19 November 2010

part 1...kelahiran aisy

Salah satu detik paling berharga adalah ketika bergelar ibu.  Aku kini ibu kepada insan bernama Muhammad Aisy Hafiy bin Mohd Izzul Hasmi.  Nama Aisy Hafiy da lama aku sematkan dalam fikiran. Berkenan benar aku dengan nama tu sejak baca majalah Ma & Pa di library MoF.  Time tu baru kapel je dengan suami. Biasa dulu lepas time rehat aku dan suriani akan singgah ke library baca majalah. Aku minat dengan huruf Y di kedua2 hujung nama. Aku minat dengan makna MEWAH KEMULIAAN.  Berharap semuga dia penuh dengan kemuliaan dalam pelbagai segi.  Aku tambah nama Muhammad sebab Aisy lahir pada hari Isnin. Ambil berkat sempena hari kelahiran Baginda. Asalnya aku nak letak A'isy supaya senang orang menyebut dan ada juga dalam beberapa buku ejaan macam tu tapi JPN Johor kata tak boleh letak apa-apa tanda. Bengkek je bila suami call dan bagitau semasa dia mendaftar nama.  Sudahnya sekarang bila orang kaunter panggil kebanyakannya salah.  Disebut I.C. Termasuk la adik beradik aku.  Adeh tensen aku sebagai ibu dan pemberi nama.  Jangan salahkan ibu mengandung ha! he.
Tu baru pasal nama, aisy lahir pada 2.8.2010 jam 1.23 petang.  Lewat 4 hari dari tarikh jangkaan 29.7.2010.  Nasib tak ramai tanya bila nak bersalin. Kalau tak mahu tension dibuatnya. He. Aku takda apa-apa tanda sehinggalah 1 Ogos 2010.
Masa ni bangun pagi terus ke bilik air tengok da ada darah di seluar kecil.  Aku da sedia maklum dari pembacaan yang kalau tanda darah bagi kelahiran anak pertama mungkin dalam 2,3 hari lagi.  Aku terus bagitahu suami, masa ni ada krisis manja di malam hari. So suami pun tanya acuh tak acuh. Macam mana? Aku cakap la mungkin 2, 3 hari lagi. Ok. Tu je. Terasa juga.  Rasanya sepanjang mengandung suami tak terlebih excited cam suami2 lain yang kali pertama bakal terima anak.  Sampai kadang aku terasa macam nak bersalin jauh dari dia.  Tapi kesabaran lebih menguasai diri, aku fikir mungkin selepas dia lihat kelahiran anak sendiri, dia akan lebih sayang aku dan anak.  Alhamdulillah kesabaran aku berbaloi.  Ekh, apa lah difikir perkara yang tak enak ekh. Mengundang sedih je. Biasalah tu perasaan orang mengandung yang nak diberi perhatian dan di manja.
Pagi tu 2 orang makcik suami datang jenguk atok. Bila tanya dan bagitahu da ada tanda, mereka kata aku relaks je, diorang yang risau.  Aku kata tentang perkara sama.  Mereka suruh cek saja untuk tahu keadaan.  Aku diam.  Dalam pukul 1, bila ke bilik air keluar darah lagi.  Bila makcik-makcik tahu lagi lah dia suruh cek.  Petang sebelum balik itu juga yang dikata.  Petang tu kami keluar, saja nak berjalan.  Memang setiap minggu kami akan berjalan tak kiralah tempat yang sama ke. Sebab aku bosan duduk di rumah.  Aku minta suami ke gerai kelapa bakar.  Ingat nak ke pasaraya Jusco cuci mata tengok barang baby tapi pesanan makcik2 tu terngiang-ngiang lak di telinga, aku pun ajak suami ke Hospital Sultan Ismail, Johor untuk cek sahaja.  Dia da tanya, kata lambat lagi. Saja cek,  kata aku.
Bila sampai aku ke bilik saringan bersalin.  Naik lif, bagi buku kat kaunter, suami kena masuk bilik menunggu aku ke bilik untuk diperiksa.  'Bawa kain batik tak?' 'tak.'.  'Lain kali bawa kain batik ya, tukar kain dalam bilik air tu, takyah pakai seluar dalam.'.  Aku menurut perintah. Bila keluar dia suruh aku baring kat katil pertama dekat dengan kaunter dan depan bilik air.  Sebaris aku ada India macam tengah menahan sakit. Kesian dalam hati aku.  Nurse tu pasang wayar kat perut aku.  Lepas tu ada doktor lelaki Melayu datang.  Dia tanya kenapa datang.  'Saje je nak cek.'  'Da ada tanda ke?' 'Da kuar darah pg td ngan petang tapi tak sakit'.  Pastu aku merasa la pe orang cakap 'seluk' tu. Datang seorang lagi doktor laki Melayu lagi hensem.  Doktor pertama bagitahu doktor kedua. Doktor pertama seluk lagi kemudian agaknya doktor hensem tu tak puas hati dia lak seluk. Sabar jelah. Kalau aku tau dari awal aku suruh doktor hensem tu sorang je seluk.  Pastu doktor tu kata da buka 3 cm. 'Owh belum lagi kan doktor, kalau anak pertama lama lagi kan'. Pastu dia kata dia nak tanya doktor pakar dulu. Nurse menyampuk 'Kalau saya, kalau yakin bagi je balik doktor.'  Doktor pertama tu pun tak kisah.  Tapi yang si hensem tu lak sayang sangat kat aku agaknya..Haahahaha.
Aku pujuk macam mana pun dia tak bagi.    Dengar la dia kol dan report dan keputusannya tahan.  Ingat lagi ayat dia yg aku dgr 'masuk wad ye patient comel tu' he berbunga hati aku.  Aku cakap nak makan kejap, dia kata suruh suami beli.  Aku cakap nak cari barang dan esok pepagi aku datang pun tak bagi.  Bila kata jap lagi datang balik pun tak bagi gak.  Nasib la ko hensem. Siap suruh suami aku je turun daftar wad dan aku tunggu situ.  Takut aku balik agaknya.  Pastu duduk je tengok sambil borak dalam fon.  Bila aku pandang baru dia blah.  Sabar je la.
Waktu tu dalam hati aku ada gak bisik suruh balik.  Kalau ikut nakal aku balik aja tapi husband lak macam tak sokong.  Cuma cakap tadi siapa yang nak datang cek.  Adeh.  Lemah badan aku.  Aku ikutkan je la
*takda masa nak sambung..len kali k..



18 November 2010

aku merinduimu...

Assalamualaikum....
Rindu sangat nak berblog..Tiba-tiba rasa facebook sangat memboringkan dan amat merindui blog...Sebenarnya dah lama aku rindukanmu... Rindu cerita saat suka duka, bukan takda masa, ada sebenarnya..boleh je celah-celah masa tu kalau nak, tapi aku je tak pandai nak bahagikan masa untukmu..Bukan takda cerita gak, banyak sangat sebenarnya sampaikan sekarang ni tak tahu nak cerita yang mana satu..
- Nak cerita saat bersalinkan cahaya mata pertama.
- Nak cerita perkembangan anak.
- Nak cerita pasal aku sekeluarga.
- Nak luah perasan, itu ini..ah banyak lah...sampaikan sekarang momen terpenting semasa melahirkan anak tu pun hampir ada yang lupa..ha engkau, amik! rajin sangat nak update..walhal aku nak sangat simpan momen tu untuk kenangan diri dan anak sekiranya dia bertanya...dan nak baca...
Teringin jugak nak buat wajah baru pada blog ni tapi takut pulak ada yang hilang dan boleh dikatakan perlu ambil masa dan hehehe malu gak nak mengaku tak berapa pandai sebenarnya..lama dah tak godek-godek dan bege2 blog ni..
Mulai esok akan ku selit-selit masa untukmu ye...macam2 nak cerita...tunggu tau...arh teruja lebih la..he..





30 Julai 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan




*lagu ini ditujukan untuk si dia...

02 Julai 2010

Bulan kesembilan

Bayi
  • Pada umur 37-40 minggu, bayi sudah sempurna dan sedia untuk keluar dari rahim ibunya.

  • Paru-parunya juga sudah matang. Sepanjang bulan ini berat bayi bertambah ½ paun seminggu.

  • Kepala bayi biasanya sudah turun, terletak di bawah perut ibu.

  • Diakhir bulan beratnya bertambah kepada 6 hingga 9 paun dan panjang 19 hingga 21 inci.

Ibu

  • Berat anda mungkin tidak naik pada bulan ini.

  • Pusat anda mungkin akan timbul.

  • Pernafasan lebih mudah kerana bayi telah menurun ke bawah.

  • Tetapi, anda juga akan kerap terkencing kerana bayi menekan pundi kencing anda. Jangan kurangkan pengambilan air walaupun anda akan kerap ke tandas.

  • Kaki anda akan bertambah bengkak.

  • Servik anda akan memanjang dan memendek semasa ia bersedia untuk kelahiran.

  • Anda akan merasa tidak selesa kerana tekanan dan berat bayi dan pelbagai gejala lain seperti kekejangan, sembelit dan lain.

  • Pastikan anda mendapat rehat secukupnya dan makan makanan seimbang.

Tip

  • Pemeriksaan prenatal anda kini ialah seminggu sekali.

Awasi kontraksi anda. Anda hampir melahirkan apabila kontraksi anda:

  • Tetap dan berjarak sama (contohnya setiap 7 minit )

  • Berlaku lebih 5 kali dalam satu jam

  • Berakhir selama 30 ke 70 saat

  • Semakin terasa sakit/kuat apabila anda bergerak

  • Tanya doktor anda jika anda rasa anda ingin melahirkan




05 Jun 2010

update cite lepas

Suatu hari waktu balik, YA keluar dan ajak aku dan ordeli berborak.  Dia tanya pasal driver lama. Aku maklumkan yang driver lama ikut YA sebelum ini.  Aku masukkan sekali pasal PA dia yang dah bertukar fikiran untuk ikut dia.  Dia bagi tahu aku yang dia tak ajak pun.  Dia tak nak pandai-pandai dan tiada kuasa nak  bawa PA.  Dia kata kalau PA lama dia nak ikut, kenala buat surat ke JPA. Dia mengikut arahan saja katanya. Dia suruh kami stay je.  Dia takkan kacau kami, kami buat saja kerja kami.

Tapi katanya diam saja lah, tak perlu diberitahu kepada PA lama dia.  Aku pun diamkan aja. Bila PA dia kol, atau aku kol, dua2 takda pun bangkitkan hal itu.  Jadi senang pada aku. Tak perlu nak menjawab.  Semalam YA menyatakan hasratnya untuk alihkan kedudukan di pejabat dia dan kemudian susun atur juga di tempat kami. Hari ini, susun atur dibuat seperti dirancang.  Alhamdulillah memang selesa dari sebelumnya.  Sebelum ini tempat jurubahasa duduk di pantry dan YA minta dia duduk bersama kami.  Walaupun dia dah bertukar duduk, masih terasa selesa lagi. 

p/s : YA aku nak driver India dan muda.  Sesape ada kenalan, bolehlah ajukan pada saya ye...huhu..



04 Jun 2010

Bulan kelapan

Bayi
  • Otak bayi terus berkembang dengan cepat.

  • Gerakan janin mula perlahan kerana saiznya semakin besar, namun bayi akan menendang dengan kuat dan berpusing.

  • Anda mungkin boleh melihat siku dan tumit bayi pada perut anda.

  • Tulang kepala bayi masih lembut dan ini memudahkan ia untuk keluar nanti.

  • Paru-paru bayi masih belum matang.

  • Saiz janin lebih kurang 18 inci panjang dengan berat 5 paun. Pertambahan berat ini kebanyakannya datang daripada lemak.

Ibu
  • Buah dada anda mungkin mengeluarkan kolostrum (cecair yang akan menjadi makanan bayi sebelum susu keluar) semasa ia mula menghasilkan susu. Bersihkan puting anda dengan air dan gosok dengan lembut, jangan gunakan sabun untuk mengelakkan kekeringan.

  • Anda mungkin merasa kurang selesa semasa tidur. Tidur mengiring dan sokong belakang dan perut anda dengan beberapa biji bantal. Anda mungkin menghadapi sedikit kesukaran bernafas kerana bayi menekan paru-paru anda.

  • Kekejangan kaki biasa berlaku pada bulan ini, begitu juga dengan vena verikos di mana di kaki anda akan timbul urat seperti sarang labah-labah.

Tip

Anda dikehendaki mengalami pemeriksaan prenatal 2 minggu sekali tetapi berjumpa segera dengan doktor jika anda mengalami tanda-tanda berikut:

  • Pendarahan atau keluar cecair yang banyak daripada vagina

  • Kejang, sakit perut, atau sakit belakang yang kuat

  • Pandangan mata kabur

  • Rasa bayi turun

  • Gerakan bayi yang semakin perlahan dengan banyaknya

  • Lebih daripada 5 kontraksi dalam satu jam.

Sediakan diri anda untuk penyusuan susu badan:

  • Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dengan bertanya dan membaca.

  • Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.


01 Jun 2010

tukar lagi

Baru sekejap duk kat mahkamah sesyen dalam 4 bulan, aku pulak kena tukar.  Tukar ke Mahkamah Tinggi.  Macam kena campak-campak.  Surat bertukar serta-merta.  Tarikh surat 17 Mei.  Tarikh tu juga aku dapat khabar angin.  Dorang nak tukar, terus wat surat tarikh dorang decide.  Sedangkan 17 Mei tu, PA tukang sign pun tak dapat surat lagi.  Aku terima pun 18 Mei petang, lepas aku minta surat kat admin sebab Mahkamah Tinggi da panggil aku. Serabut.

Yang sangat kecewa dan sedih bila 17 Mei tu juga, aku khabarkan pada Hakim dan minta dia bantu, tapi dia suruh aku pergi je. Taknak nama di black list katanya oleh Pengarah katanya. Antara alasan aku taknak tukar ialah aku baru di Mahkamah Sesyen, ada PA gred N32 dan aku tiada pengalaman handle tmpt N32. N22 pernah lah. PA gred N32 ni ada breast cancer, tapi da habis kimo.  Aku rasa sangat tak adil dia ditempatkan di N17.  Bagi aku dia lebih layak.  Bila aku nak ajukan sendiri dengan Pengarah, ramai tak setuju. Katanya Pengarah kalau da buat keputusan, memang tak akan berganjak. Aku ikutkan ajelah. 
Perasaan masa mula2 jaga Pesuruhjaya Kehakiman yang lebih di kenali sebagai Yang Arif @ YA sangat mendebarkan.  Mana taknya, aku sentiasa rasa diri aku banyak kelemahan, walaupun gred aku da bertukar N27 tapi bagi aku pengalaman bekerja semasa di Kementerian Kewangan dengan Mahkamah adalah sangat berbeza. Banyak perkara-perkara yang perlu aku belajar.  Bila dapat Mahkamah Tinggi 7 yang baru dijumudkan ni, tentulah banyak kekurangan. Tanpa komputer, printer dan sebagainya, banyak tempat aku kena merempat untuk siapkan kerja.  Dalam seminggu lebih baru complete.  Kat sini perkara baru yang aku kena buat ialah segalanya tentang pemandu YA.  Dari perlantikan, gaji, elaun lebih masa semua di bahu aku.

Awalnya aku dapat YA perempuan.  Baik sangat.  Bertudung labuh, suka senyum, orang Utara dan rajin.  Apa-apa surat atau fail yang dibawa masuk, akan diangkat sendiri ke luar. Yang tak selesa cuma YA suka buka pintu, jadi bila kami nak borak pun seakan-akan berbisik. He, hormat dan segan la katakan.  Dalam seminggu aku berkhidmat dengan dia, aku dapat surat pertukaran beliau ke MT Kuala Lumpur.
Sedih pun ada. Dia pun kata baru je nak bermesra dengan u ol. Dia suruh aku tawarkan driver yang baru dilantik dengan YA yg gantikan tmpt dia nanti, dan aku suggest yang dia blh bawa driver tu.  Dia tak kisah cuma perlu tanya driver sebab driver tu orang Johor kan.  Driver yang mmg dah seronok ngan YA tu pun terus nak ikut, sebab byk dgr khabar angin yang akan gantikan YA adalah seorang Dato' yang garang.  Huhu.

Akhirnya hari ini terjawab YA baru tu seorang lelaki dari Mahkamah Perusahaan Johor. Macam cina wajahnya, tinggi dan baik juga orangnya. Alhamdulillah.  Hari ini juga aku risik2 dengan PA lama YA baru tu.  PA baru ada menyatakan hasrat untuk mengikut YA ke Mahkamah Tinggi ni. Katanya sebelum ini YA nk bawa dia, tapi dia taknak sebab pernah berkhidmat di Mahkamah Sesyen ni dah lama.  Tapi baru sekarang dia tergerak hati nak mengikut bos lama dia tu.  Aku tak kisah pun kalau ditukarkan semula ke Mahkamah Sesyen. Relaks sikit sebab kat MT ni banyak kerja. Dah tu aku cuma dapat elaun tanggung kerja untuk gred N32 yang dalam seratus lebih je.  Aku tak dapat pendapatan lebih macam sebelum ini di Mahkamah Sesyen sebab aku dapat Mahkamah Tinggi yang buat kes-kes jenayah. Masa di Mahkamah Sesyen Sivil, pendapatan aku selama aku 4 bulan di situ da dapat 1k lebih.  Ada PA yang da lama duduk jaga gred N32 ni tapi tak pernah terima elaun tanggung kerja pun.  Jadi, apa ku kisah??hehe..

Cuma yang seronok di high court ini bila ada orang yang blh aku minta tlg, iaitu ordeli.  Tak perlu lagi aku ke stor untuk ambil barang, tak perlu lagi aku bersusah payah untuk fotostat, shred, hantar surat ke admin, angkat fail dll.  Ordeli ni sama macam Pembantu Am Pejabat, cuma nama je berbeza.  Tugas utama dia sebagai pengiring YA ke mana sahaja YA pergi.  Time aku dengan perut membesar dan ada orang membantu, ringan sikit la beban aku.  Tapi kat Mahkamah Sesyen pun aku tak gerak sangat pun.huhu.. Tgk masa gak ar..sebab tu ar tak bape kisah...huhu...nak ke tak bersuara kat YA nih???huhuhu

07 Mei 2010

Bulan ketujuh

Bayi
  • Janin kini boleh membuka dan menutup matanya, menghisap ibu jarinya, menangis serta menendang.

  • Janin akan turut memberi tindakbalas terhadap cahaya dan bunyi.

  • Cuba nyalakan lampu picit dan halakan kepada perut anda, bayi anda di dalam perut mungkin akan menghala ke arah cahaya tersebut.

  • Jika janin dilahirkan semasa ini, ia mempunyai peluang yang baik untuk hidup.

  • Panjangnya kini 15 inci dan berat 3 paun.

Ibu

  • Anda kini telah memasuki trimester ketiga.

  • Jika anda berisiko mendapat diabetes gestasi, doktor akan menjalankan ujian darah ke atas anda untuk mengesannya.

  • Jika tumit dan kaki anda bengkak ketika berdiri, cuba baring dan tinggikan kaki anda daripada badan.

  • Tanda regangan mungkin akan kelihatan di perut dan buah dada kerana saiznya yang membesar.

  • Anda juga mungkin mengalami tanda kelahiran palsu. Ini adalah normal, tetapi anda hendaklah berjumpa dengan doktor jika tanda ini wujud lebih dari 5 kali dalam masa satu jam.

  • Oleh kerana perut anda semakin membesar, badan anda akan menjadi kurang seimbang dan mudah terjatuh. Berhati-hatilah!

Tip

  • Anda boleh menghadiri kursus kelahiran bayi yang ditawarkan oleh hospital.

  • Berehatlah jika penat. Badan anda sedang bekerja kuat.




29 April 2010

suami

Saat ini aku rasakan suami adalah kurniaan terindah yang diberikan Tuhan.
Kerana Suami aku memiliki apa yang aku inginkan selama ini iaitu anak.
Kerana suami juga aku rasa bahagia.
Bahagia kerana disayang, dicintai, ada orang ambil berat dan tempat bermanja.
Memang aku pernah keluh kesah kerana kekurangan itu [mungkin juga penangan ibu mengandung yg cepat terasa], tapi alhamdulillah lepas berterus terang kasih sayang semakin erat.

Kini,
Aku rasa kesian pada suamiku.
Tiada masa rehat untuk dirinya.
Cuba mencari duit tambahan.
Walaupun baru, tapi aku tak sanggup tengok hari dia tanpa rehat yang cukup.
Tengok tubuh kering dia seakan rasa tiada tanggungjawab aku padanya.
Sedangkan makan dia kadang perlu dipaksa.

Sebenarnya aku terasa apa yang jadi pagi ni.
Semalam kerja di site [Pasir Gudang] tak habis lagi, dia datang jemput aku. Kemudian hantar aku balik, dia keluar sambung kerja semula di site. Overtime katanya. Lepas overtime ada job luar katanya. Lebih kurang 1 atau 2 pagi balik. Bila jam da pukul 3 pagi, aku yang tertidur terjaga sendiri. Menanti suami pulang. Hati tak sedap. Takut bila badan penat dan pulang lewat pagi, ada perkara buruk berlaku. Tapi aku istighfar banyak2. Alhamdulillah, bila dia balik jam 5 lebih. Aku lega. Cuma apa yang aku risau benar berlaku. Dia kemalangan. Dilanggar lelaki Melayu yang mabuk. Apa yang aku amat bersyukur sangat pada Tuhan, suamiku tiada apa-apa. Kereta sahaja akan dibaiki lelaki itu. Kesian untuk suami aku, tambah kerja lagi pada dia.

Hari ini aku berdoa lagi, semoga tiada apa-apa jadi. Tak sampai 2 jam sahaja dia tidur, amat merisaukan hati.



26 April 2010

sebenarnya aku dalam keadaan ngantok ni.so keja tak leh jalan. Oleh itu aku nak ambil inisiatif utk meluahkan rasa geram dan apa saja yang berlegar dalam kepala ni..

gamba kahwin
* terbaru aku da dapat kontek jurugambar belah aku melalui Nurul, rakan blogger.  Itu pun melalui no isteri dia.  Pastu apa yang diutamakan oleh isteri dan beliau ialah pasal duit. Kurang asam. Ingat aku tak berduit ke? Da lama aku peram duit baki korang. Korang yang lembab mcm siput ba alip ba ya. Pastu kata da bagi preview lama dah, aku yang tak reply. Sekali hantar pic yang da berzaman aku suh dia edit. Sengal.
* Pastu alasan kata kawan dia yg reply, bukan dia. Kawan nak cilok kerja dia. Bila aku balas, dia balas dengan macam2 alasan. Bila aku kata aku muak dengan alasan dan nak hasil, ye, dia hantar hasil 3 hari seperti dijanjikan pepagi ni tapi sakit hati aku sbb separuh sahaja hasil dia. Bukan semua. Alasan lagi dengan katakan nanti kena edit lagi. Kata je la ko tak mampu nak wat edit dalam 3 hari. Nyampah. Laki ni penuh dengan alasan. Pastu tak malu nak pk pasal duit lagi, siap kata kalau edit lebih dari 3 kali akan cas RM150 untuk sekali edit. Owh patut r ko bijak sangat bagi separuh. Nanti aku edit lagi, ko leh kira sebagai dah 3 kali edit ek..Pandai betul ko main kata dan duit. Makan duit haram je ar ko. Hasil ntah ke mana. Geram.  Hilang mood aku nak makan pagi ni, jadi nya aku yang padan muka, kelaparan. Huh! 
p/s :Nantilah tgk apa dia balas lak..Hurm, bila nak selesai.

tempat kerja
* Menci la bila pk kena pindah-pindah bilik ni. Court aku kena ditukarkan ke tingkat 2. Ada pilihan untuk pindah ke tingkat yang sama cuma court yang kecil tapi Pengarah kata nak fikirkan dulu. Dah tu, Sai budak jurubahasa satu bilik ngan aku ni kursus lak seminggu. So, kemalasan aku berganda untuk memikirkan seorang pasal pindah-pindah ni. Angkat barang mmg aku surrender ar. Malas nak mengemas lagi. Jangan wat time weekend sudah. Lagi berganda kemalasan aku. Hurm..
* Dengar kata akan pindah bangunan gak end of this year, bape kali pindah pun tak tau la..Bila la nusajaya nak siap, biar kekal jek..Malas nak pindah2, lau aku je pindah tak pe..ni satu court, byk kejadah nak dibuat. Huhu. Baru je aku edit bilik aku ni kasi cantik sikit, da kena pindah. Sangat membazir masa. Tapi untuk berblogging sementara tak pe la ekh..
* Tak suka dengan kawan2 yang mengadu domba dengan aku dan tak perasan yang diri tu hipokrit sebab dengan orang yang dia duk ngandu tu kemain baik, belakang orang tu duk ngata2..Ntah-ntah aku pun di ngadu kat orang lain. Lantak engkau lah..Disebabkan ini aku telah menjauhkan diri dari kawan-kawan tersebut, sangat bahaya org2 mcm ni.
p/s : owh, teringat pula nota kaki letter head mahkamah 'BUAT KERJA'. Adeiii...

duit - ceti.
*macam mana nak jadi ceti haram yang bertauliah? Aku tak reti la plak nak kutip hutang ni. Orang yang meminjam pun wat tak tau jek. Tapi aku perlukan duit. Kalau tak lagi ramai nak meminjam tapi aku terpaksa bagi alasan yang bernas dan yang masih membelenggu kepala otak aku, bukan sebab apa, sebab aku tau yang nak pinjam tu pun takkan berkemampuan untuk membayar juga.. Huhuhu . Aku bukan kedekut kan? He. Walaupun masih ada duit di bank tapi aku rasa tak suka nak gunakan.  Bila da kosong nanti, nak simpan balik mmg payah.  Duit memang berlegar dalam pale otak aku ni. Mana tak nya, aku tak prepare pape untuk bakal anak tersayang ni, dengan baru cek saman yang RM400 dan road tax yang mati pertengahan bulan Jun ni. Argh, boleh ke pura2 lupa road tax dah mati? :P hikhikhik...Mana nak cekau duit untuk celeb hari-hari terindah, ulang tahun kelahiran asben lagi. Sumenye bulan mei. Erm asben aku slambe je tak p servis keta tu. Da lebih 10 ribu km daripada sepatutnya dah..pergh..lau pape jadi, duit gak tu..hukhukhuk.. Pastu dia leh senyap tak bayar duit kutu aku kat mak dia. Aku suh dia bayar untuk aku setiap bulan. Jahat tak? Ekekeke.
p/s : Nak tlg hulur duit, tak mampu. Aku da join pelaburan ASB. Adei..tak pe lah, utk masa depan kan..

lain-lain
* aku perasan lately aku ada masalah kalau aku tunggu husband aku untuk tidur sama la.. Bila dia tidur, die letak pale je terus lelap. Macam aku dolu-dolu la..Dan masalahnya lepas dia tidur je, aku tak leh tidur. Sangat payah. Sampai 2-3 jam. Pe masalah aku ni.. Perlu dapatkan rawatan tak? Erk..huhu..
*apa lagi ekh..ok malas nak pk..da..






20 April 2010

a.n.n.i.v.e.r.s.a.r.y planning

Assalamualaikum pada yang sudi membaca,
Lama dah tak menulis dan meluah perasaan di sini..
Macam-macam cerita sebenarnya aku nak luahkan..tapi tak semua boleh terluah..
Di hari yang rasany ada masa terluang, boleh la kucoretkan sedikit..

Sebenarnya otak aku masih ligat dan selagi waktu itu tak berlalu aku masih terfikir, apa yang terbaik untuk ulang tahun perkahwinan aku dan suami yang pertama.  Mula-mula sekali aku nak fotoshoot..kenangan bersama perut boyot [walau tak boyot mana pun, baru 6 bulan :D] dengan suami, hasil setelah setahun perkahwinan tapi aku masih fobia dengan jurugambar yang tidak menunaikan janji.  Sehingga kini album kahwin kami tak terima lagi.  Sedih sangat. Tapi kalau aku pilih ini pun, aku pasti akan lebih berhati-hati dan minta resit.
Ada yang cadangkan makan malam. Ok jugak. Tapi kami ni macam tak romantik je.  Segan pun ada. Lagi satu tak tahu area mana dengan suami.  Ada juga bincang dengan suami tapi dia macam tak excited je. Asyik kata nanti dan nanti lah..huhu..Masa dah suntuk nih.  InsyaAllah petang ni aku akan cuba bawa bincang lagi.  Semalam ada kawan dia datang jemput wedding 1 Mei, nasib dia ingat tarikh kahwin dan kata tak dapat datang dan datang untuk nikah dan belah lelaki sahaja.  Sekurang-kurangnya aku tahu dia ada hati nak sambut ulang tahun perkahwinan kami. Tapi bila nak decide ni cik abang oiii... :(( Terlalu mendesak ke aku? hik hik..
Kawan karib aku cadangkan picnic bersama keluarga yang lain.  Jadi adalah yang tukang amik gambar.. Ok gak tu..Aku fikir kalau picnic biar lah yang dekat-dekat je dengan JB sebab kalau aku berjalan jauh, nanti pertengahan bulan nak ambil kakak ipar di Melaka, mesti berjalan sampai ke Klang, itu wajib..Mana boleh dalam sebulan tak jejakkan kaki ke sana..Hehe..Then, wesak day cuti. Mesti ada jalan-jalan. Duit lagi. Ekh lupa pulak, time tu da gaji..He, leh ar gak pertimbangkan kan..huhuhu..
Selain tu, ada yang cadangkan hanimun lagi.  Tapi, sempat ke? Asben diam seribu bahasa..tak pe, akan diusulkan kepada suami, jgn risau 'ibu' ye..hehehe.. k la..cite len, len kali la.. :P

p/s : Erm, ada ke tak surprise dari suami tersayang untuk besday aku nih??



09 April 2010

Bulan keenam

Bayi

  • Kulit janin berwarna merah, berkedut dan diliputi rerambut halus.
  • Mata janin mula terbuka dan jari tangan serta kaki mula kelihatan.
  • Janin masih terlalu kecil dan belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibu. Jika dilahirkan semasa ini, bayi perlu diberikan penjagaan rapi dan intensif.Diakhir bulan keenam, janin berukuran 11 hingga 14 inci panjang dan berat 1 hingga 1 ½ paun.

Ibu

Anda mungkin merasa janin menendang kuat pada bulan ini.

Kulit perut anda juga terasa gatal dan pecah-pecah. Belakang anda mungkin terasa sakit.

Amalkan cara duduk dan berdiri yang baik.

Untuk membuatkan anda selesa, pakailah kasut bertumit rendah atau tanpa tumit.

Anda juga mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut anda kerana rahim anda mengembang.

Berat anda akan meningkat tetapi jika anda menyusukan anak selepas lahir anda akan mudah menurunkannya semula ke berat badan asal anda.


Tip

Untuk mengelakkan pedih ulu hati, amalkan makan 5 hidangan, sedikit tetapi kerap.

Anda mungkin alami sembelit. Minum lebih air atau jus buah, dan makan makanan tinggi fiber. Jangan mengambil antacid atau laksatif tanpa nasihat pakar



02 April 2010

kehilangan

Salam,
Hari ni terima berita sedih tentang kehilangan penghibur berbakat besar iaitu Din Beramboi. 
Susah aku nak rasa terlalu sedih terima kehilangan artis macam apa yang aku rasa pada arwah Din Beramboi ni. 
Bagi aku yang sentiasa terhibur dengan lawak-lawak kasar dia, aku rasa satu kehilangan yang amat besar. 
Aku terhibur saat rancangan Pagi Di Era bersama arwah, rancangan Spontan, Mandi dan Raja Lawak yang terbaru.  Tapi Tuhan lebih sayangkan dia dari peminat-peminat yang sangat terhibur dengan gaya lawak spontan dan selamba beliau. Argh, sedihnya...
Lagi satu mungkin sebab cara kematian dia yang aku ikuti sejak Rabu lalu, sama seperti kematian sepupu aku iaitu arwah Kak Liza beberapa tahun yang lepas.  Memang aku dah sedih Rabu lalu lagi, aku dapat rasa arwah Din Beramboi pasti akan pergi jua tapi dalam hati tetap berdoa semoga ianya tak berlaku. 
Lagi lah bila terbaca Metro semalam, isterinya beritahu beliau kata akan cuti panjang, seakan takut dengan ayat 'cuti panjang' tu. Semua tu aku hanya dapat luah pada suami aku saja.
Aku faham perasaan keluarga dia.  Aku tak dapat lupakan bagaimana arwah Kak Liza meninggal.  Sedih sangat, arwah perlu diuruskan oleh pihak hospital kerana setiap yang berongga pasti ada darah sehinggakan Encik (ibu arwah) pengsan semasa melihat jenazah beliau sebelum dikapankan kerana masih banyak darah yang mengalir. 
Pagi tadi aku hanya mampu menahan air mata dari mengalir bila dapat tahu arwah meninggal dan berharap semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.




16 Mac 2010

Mana Nak Cari Keperluan Bayi dan Maklumat Susu...

Salam,
Sebenarnya aku dah tak sabar nak berbelanja untuk bayi.  Asalnya aku dan suami rancang untuk berbelanja dari awal. Ramai yang sokong. Tapi bila mak mentua tegur jangan beli dulu dan tunggu sampai perut nampak, aku pendamkan je niat tu. Aku faham dia taknak kami terlalu teruja. Sebenarnya aku sama mengandung dengan kakak ipar iaitu kakak suami aku. Tapi tiada rezeki buatnya, dia gugur masa awal-awal kehamilan.  Aku pun takut juga. Tapi sentiasa doakan semoga aku dan baby selamat sehingga bersalin. 
Asalnya aku rancang untuk berbelanja awal sebab tak nak rasa sangat pengeluaran duit untuk perbelanjaan bayi tapi bila mama da cakap macam tu, aku simpan je la duit sikit-sikit.  Buat masa sekarang, kalau beli pun, aku cuma beli baju-baju bayi yang aku rasa murah masa ada sale dan cantik.  Baru ada lebih kurang 5 @ 6 helai.  Untuk berpantang pula, mama suruh aku join kawan dia main duit kutu dan dapat duit hujung bulan 7. Sebab katanya masa berpantang pun banyak juga nak guna duit. 
Aku fikir bila start masuk 6 bulan, aku nak fulun cari yang penting-penting.  Mesti terasa nanti kan duit keluar.  Sebab di bulan ke 7 berkemungkinan juga baby akan keluar.  Bukan aku doa, tapi berjaga-jaga. Sebab aku ada baca kesan dari hb kurang, kemungkinan bayi akan keluar pramatang.  Lagi satu teringin nak cari botol susu untuk susu-susu ibu yang di pam. Pernah dulu tengok kat nona tak silap, macam mana ibu iaitu seorang doktor menyusukan anak.  Dalam ice box yang tempat beku tu penuh dengan botol-botol susu mengikut tarikh.  Macam mana ye nak cari. Teringin nak cari info tu lagi.  Harap-harap siapa yang ada info leh ar share ngan aku ekh..


12 Mac 2010

gerakan pertama

Aku mula rasa gerakan atau tendangan pertama anak kecil dalam perut ini sehari sebelum aku check up iaitu pada hari Selasa 10.03.2010.  Sebelum ini aku tidak tahu atau tidak dapat kesan pergerakan bayi kerana tidak mahu terlalu perasan. Ada yang kata pergerakan bayi seperti rerama. Ada juga cuba bayangkan bagaimana rasa rerama dalam perut? Sebab aku tak pernah masukkan rerama dalam perut. Gurau je. Sebenarnya aku tak dapat imagine rasa itu.
Nah, malam tu waktu aku sedang berbaring, sambil membaca majalah mami dan baby, aku rasa sesuatu iaitu seperti tendangan tapi aku fikir perasaan aku je. Bila kali kedua aku rasa pergerakan sama di tempat yg sama, aku letakkan tapak tangan aku untuk kepastian.  Janin dalam perut ini seolah mengerti perasaan aku, dan beri tendangan sekali lagi. Terujanya perasaan aku, bila suami aku masuk bilik, aku beritahu dia tapi bayi ini dah berhenti bergerak.  Apapun terima kasih buat ibu tersenyum ye sayang.
Waktu check up, seperti yang aku jangkakan, soalan itu akan di tanya. Sekarang, saat aku menulis tadi bayi menendang juga. Baby faham perasaan ibu ya. Baby tau ibu cerita tentang baby ye.
Bercerita tentang panggilan ibu, suamiku yang cadangkan panggilan itu kerana kedua-dua mak kami dipanggil mama, dan adiknya pula dengan gelaran umi. 
Jadilah
suamiku - ayah.
aku - ibu.

p/s: Mendoakan yang terbaik kandungan ini sehingga aku dapat dengar sendiri gelaran-gelaran itu dari mulut anakku yang tercinta. Amin.


fuh fuh fuh [gaya buang habuk]

assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang sudi menjengah, membaca dan meninggalkan jejak di sini.

Sudah sebulan lebih aku tinggalkan aktiviti berblogging.  Catatan terakhir ialah copy paste tentang spina bifida.  Itu je yang termampu, cepat dan pantas.  Ya, aku sibuk. Di pejabat, tiada masa lagi untuk aku curahkan perasaan melainkan dengan pantas iaitu meninggalkan jejak ringkas di facebook.  Sungguh, aku rindu.  Aku ingin update blog ini dengan copy paste perkembangan kehamilan pula mengikut bulan2 aku mengandung.  Lagi aku nak update percutian di Bukit Fraser nan indah bersama family dan juga meluahkan perasaan yang terpendam, insyaAllah jika sempat lah.  Memang hendak sangat abadikan semua kenangan indah.

 

Nama

Laki selalu jarang untuk menunjukkan perasaan mereka. Maksud aku suami aku.  Semalam aku seronok sangat bila dalam perjalanan pulang, tiba-tiba B tanya kalau anak perempuan nak namakan apa.  Kenapa? Sebab jarang dia nak mulakan dulu cakap tentang bayi.  Seingat aku pun masa mula-mula dapat tahu mengandung tu pun, dia tunjukkan teruja dia melalui perbuatan sahaja.  Dia beli set tilam dan bantal dan set pakaian bayi. Segalanya biru. He. Indah saat tu. Terkejut dan gembira.
Aku minta suami yang menamakan anak perempuan kerana aku takda ide. Itu pun dia macam nak taknak je angguk. Ada ke dia mcm angguk, senyum dan menaikkan bahu je reaksi dia. Tapi akhirnya dia jawap ok dan senyum juga. Laki kan. Tapi aku tahu dia suka bila aku beri hak itu. Nama anak laki telah lama aku simpan sejak sebelum kahwin lagi sebab minat dengan nama yang aku lihat dalam senarai nama pilihan tapi masih ragu-ragu juga. Macam nak tambah-tambah pun ada. Tengok je lah nanti ok.

nota tangan : tak suka bila orang pk dan cakap bukan-bukan pasal bayi dalam kandungan ini sebab aku juga risau cuma mampu tawakal

Bulan kelima

Bayi

  • Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
  • Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
  • Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
  • Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan.
  • Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.

Ibu

Peranakan anda telah berkembang sehingga ketinggian pusat.

Jantung anda berdenyut lebih laju.

Tidur secukupnya pada waktu malam.

Jangan terlalu memaksa diri bekerja kuat, rehat jika anda kepenatan.

Jika anda tidak mengambil kalsium secukupnya, anda mungkin akan mengalami kekejangan kaki.

Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar.

Tip

Perkembangan dan berat janin boleh terjejas jika anda merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah. Masih belum terlambat untuk anda berhenti.Anda boleh mula merancang untuk melahirkan di mana, dengan siapa dan cara kelahiran.






12 Februari 2010

Bulan keempat

Bayi

  • Janin akan bergerak, menendang dan menelan.
  • Kulit bayi berwarna merah jambu dan lutsinar.
  • Bayi anda juga sudah pandai menghisap jarinya.
  • Talipusat bayi akan terus membawa khasiat dari ibu ke bayi – termasuk alkohol, nikotin dan lain-lain dadah/ubat (drugs).
  • Matanya sudah menghadap ke hadapan.
  • Ia juga sudah boleh mendengar suara anda, jadi selalulah ucapkan kata-kata yang baik terhadap bayi disamping memperdengarkan bacaan al-Quran.
  • Diakhir bulan keempat, janin berukuran 6 hingga 7 inci dan mempunyai berat 5 aun.

Ibu

Anda telahpun memasuki fasa bulan madu, trimester kedua.

Tiada lagi mabuk hamil, selera makan anda juga bertambah baik dan anda juga akan rasa lebih bertenaga.

Punggung dan buah dada anda juga akan turut membesar.

Anda juga mungkin terpaksa menukar saiz coli anda.

Ada juga ibu yang mengalami sedikit pendarahan pada hidung dan gusi.

Berat anda mungkin bertambah 0.5kg seminggu.

Tip

Anda memerlukan lebih zat besi dalam diet anda – diet yang baik tidak dapat memenuhinya jadi, biasanya doktor anda akan memberi anda vitamin prenatal seperti obimin.


22 Januari 2010

15 Januari 2010

Bulan Ketiga

Bayi

  • Selepas 8 minggu, embrio kini dipanggil janin atau fetus.
  • Jari tangan dan kaki janin kini punya kuku yang lembut.
  • Rerambut halus juga sudah mula tumbuh pada kulit bayi.
  • Diperingkat ini, uri sudah berfungsi sebagai pembawa oksigen dan makanan dari ibu ke bayi.
  • Bayi sudah mula membuang najis dan air kencing melalui tali pusat.
  • Anda boleh mula mendengar detik jantung bayi untuk kali pertamanya pada minggu ke 10 hingga 12.
  • Jantina bayi juga mula terbentuk.
  • Di akhir bulan ini, janin bersaiz sebesar sebiji epal dan beratnya bertambah ke 3 auns diakhir bulan ketiga.

Ibu

Anda masih terasa sakit dan mabuk hamil, pening kepala dan loya-loya. Gejala-gejala ini akan berkurangan bila anda hampir memasuki bulan keempat. Jika gejala ini adalah teruk, beritahu doktor semasa pemeriksaan prenatal anda.

Pakaian anda mula terasa ketat di pinggang dan dada. Tukar pakaian anda kepada pakaian yang berpinggang elastik atau getah dengan jenis fabrik yang sesuai seperti kapas.

Tip

Keperluan badan anda kepada kebanyakan vitamin dan galian semakin meningkat. Teruskan amalan makanan seimbang anda.Berat anda mungkin bertambah 1 hingga 2 kilogram. Wanita yang beratnya sebelum hamil adalah normal sepatutnya menambah berat badannya antara 10 hingga 16 kg sepanjang kehamilannya.Bersenam dapat membantu. Berjalan pilihan yang baik. Tanya doktor anda sebelum memulakan rutin senaman.




12 Januari 2010

SPINA BIFIDA

Salam. Sebenarnya aku punya masalah iaitu muntah, pening dan tiada selera makan kalau makan ubat-ubatan yang nurse bagi.  Dari sebab itu, aku tidak lagi makan ubat. Bila aku share dengan kawan-kawan di facebook, mereka bagi pandangan mengenai kesan tidak makan ubat, iaitu penyakit spina bifida kepada bayi.  Penat juga la surf, akhirnya dapat.

Sharing is Caring..


Sejarah


• Di Malaysia 64 304 bayi meninggal dunia disebabkan masalah spina bifida.
• Penyakit ini adalah biasa berlaku di Amerika Syarikat iaitu 1,5000 hingga 2,000 bayi.
• Kecacatan yang kedua terbesar di Amerika Syarikat.
• 1 dalam 1,000 bayi.


Definisi Spina Bifida

( Cleft spine )


• Kecacatan sel otak yang tidak berfungsi secara normal.
• Kerosakan sistem saraf tunjang
• Kecacatan bermula di awal peringkat ibu mengandung.
• Perkembangan terbantut dalam proses perkembangan otak di bahagian hujung saraf tunjang.
• Berlaku pada minggu ke 3 atau 4 ekoran dari proses persenyawaan.( 21 hingga 28 hari selepas persenyawaan)
• Spina Bifida ( Latin mean Split spine )
• Pembentukkan bahagian tulang belakang yang tidak sempurna.
• Keadaan kecacatan sejak lahir ( kongenital) iaitu pada peringkat awal bayi.



Punca-punca Kecacatan


1. Faktor baka/genetik
2.Faktor-faktor persekitaran.
3.Kekurangan zat makanan ibu ketika mengandung – Asid Folik
4.Pencemaran udara oleh unsur-unsur radioaktif
5.Penggunaan racun perosak
6.Pendarahan otak akibat kecederaan semasa dilahirkan
7.Jangkitan oleh protozoa toxoplasma gondii semasa di dalam kandungan
8. Penyakit seperti:
• Sifilis
• Rubella
• Phenylketonuria (PKU)-An Amino Acid Disorder .
• Hypothyroidism- kekurangan horman tiroid.



Latar Belakang


Terbahagi kepada tiga jenis :


1. Spina Bifida Occulta (uh-kul-tuh)
• Latin bermaksud hidden
• Sebahagian dari tulang belakang tidak tertutup dengan sepenuhnya.
• Bengkak sejak dilahirkan.
• Berbulu
• Satu kumpulan lemak
• Seperti tanda lahir
• Spina cord dan penutupnya tidak cacat .
• Tidak ada masalah sistem saraf dan neuron.
• Kanak-kanak tidak mengetahui mereka mempuyai maslaah sehingga dewasa nanti.

• Hanya terserlah apabila di X-ray



2. Meningocele ( meh-nin-jo-se )
• Mengandungi cairan yang dikenali sebagai cecair serebrospina dikenali Meningosele
• Pertumbuhan tulang belakang secara normal.
• Dapat dibedah.



3. Myelomeningcele (my-uh-low-meh- nin-jo-seel)
• Masalah neuron yang kronik.
• Bahagian spinal bayi terbuka di bahagian bawah sepanjang tulang belakang
• Saraf dan tisu terdedah.
• Masalah kecacatan kedua-dua belah kaki.
• Masalah epilepsi, pundi kencing dan penyahtinjaan.

• Bahagian bengkak merangkumi saraf tunjang dikenali myelomeningocele



Kesan Kanak-kanak yang menghidapi spina bifida

• Mempunyai penyakt attention deficit disorder dan masalah koordinasi mata dan tangan.
• Masalah sistem saraf

• Kesan ke atas otak.

• Sistem perkumuhan dan penyahtinjaan

• Masalah tulang dan otot


Kaedah Rawatan

Terbahagi kepada dua kategori:
1. Rawatan perbedahan awal.
Membuang bahan yang terkandung di bahagian tulang kanak-kanak
• Perbedahan dalam masa 24 sehingga 28 jam membaiki saraf tunjang dan otak.
Mengeluarkan cecair dari otak akibat hidrofelus.
• Pemulihan anggota (fisioterapi)
Rawatan berterusan selepas perbedahan.
Melakukan senaman dengan berjalan.
2. Rawatan berterusan
• Neurologi
• Pakar neurologi mengubat otak dan masalah sistem saraf termasuk sawan pada pesakit spina bifida.
• Neurosurgeri
• Membedah masalah spina bifida dan membuat perbedahan spina bifida.
• Kejururawatan
• Jururawat bekerjasama dengan pakar perubatan lain sebelum dan selepas perbedahan.
• Optalmologi
• Kanak-kanak spina bifida mempunyai masalah penyakit mata seperti crossed eyes atau masalah penglihatan.
• Ortopediks

Memerhati pertumbuhan tulang, otot dan sendi.
• Pediatriks

Memastikan masalah perkumuhan kanak-kanak baik dan penyediaan nutrisi.
• Perubatan fizikal dan rehabilitasi
Perubatan rehabilitasi pediatrik menyediakan rawatan perubatan . Bekerjasama dengan pakar perubatandan terapis.

• Urologi

Pakar menggunakan perubatan dan perbedahan untuk memperbaiki organ perkumuhan seperti pundi kencing, buah pinggang pesakit spina bifida.



Maklumat tentang spina bifida boleh anda dapati melalui Laman
Web www.spinabifida.damons.com

Bagi anda yang sayangkan anak yang dalam kandungan boleh cuba Set Kehamilan Shaklee


08 Januari 2010

01 Januari 2010