gamba kahwin
* terbaru aku da dapat kontek jurugambar belah aku melalui Nurul, rakan blogger. Itu pun melalui no isteri dia. Pastu apa yang diutamakan oleh isteri dan beliau ialah pasal duit. Kurang asam. Ingat aku tak berduit ke? Da lama aku peram duit baki korang. Korang yang lembab mcm siput ba alip ba ya. Pastu kata da bagi preview lama dah, aku yang tak reply. Sekali hantar pic yang da berzaman aku suh dia edit. Sengal.
* Pastu alasan kata kawan dia yg reply, bukan dia. Kawan nak cilok kerja dia. Bila aku balas, dia balas dengan macam2 alasan. Bila aku kata aku muak dengan alasan dan nak hasil, ye, dia hantar hasil 3 hari seperti dijanjikan pepagi ni tapi sakit hati aku sbb separuh sahaja hasil dia. Bukan semua. Alasan lagi dengan katakan nanti kena edit lagi. Kata je la ko tak mampu nak wat edit dalam 3 hari. Nyampah. Laki ni penuh dengan alasan. Pastu tak malu nak pk pasal duit lagi, siap kata kalau edit lebih dari 3 kali akan cas RM150 untuk sekali edit. Owh patut r ko bijak sangat bagi separuh. Nanti aku edit lagi, ko leh kira sebagai dah 3 kali edit ek..Pandai betul ko main kata dan duit. Makan duit haram je ar ko. Hasil ntah ke mana. Geram. Hilang mood aku nak makan pagi ni, jadi nya aku yang padan muka, kelaparan. Huh!
p/s :Nantilah tgk apa dia balas lak..Hurm, bila nak selesai.
tempat kerja
* Menci la bila pk kena pindah-pindah bilik ni. Court aku kena ditukarkan ke tingkat 2. Ada pilihan untuk pindah ke tingkat yang sama cuma court yang kecil tapi Pengarah kata nak fikirkan dulu. Dah tu, Sai budak jurubahasa satu bilik ngan aku ni kursus lak seminggu. So, kemalasan aku berganda untuk memikirkan seorang pasal pindah-pindah ni. Angkat barang mmg aku surrender ar. Malas nak mengemas lagi. Jangan wat time weekend sudah. Lagi berganda kemalasan aku. Hurm..
* Dengar kata akan pindah bangunan gak end of this year, bape kali pindah pun tak tau la..Bila la nusajaya nak siap, biar kekal jek..Malas nak pindah2, lau aku je pindah tak pe..ni satu court, byk kejadah nak dibuat. Huhu. Baru je aku edit bilik aku ni kasi cantik sikit, da kena pindah. Sangat membazir masa. Tapi untuk berblogging sementara tak pe la ekh..
* Tak suka dengan kawan2 yang mengadu domba dengan aku dan tak perasan yang diri tu hipokrit sebab dengan orang yang dia duk ngandu tu kemain baik, belakang orang tu duk ngata2..Ntah-ntah aku pun di ngadu kat orang lain. Lantak engkau lah..Disebabkan ini aku telah menjauhkan diri dari kawan-kawan tersebut, sangat bahaya org2 mcm ni.
p/s : owh, teringat pula nota kaki letter head mahkamah 'BUAT KERJA'. Adeiii...
duit - ceti.
*macam mana nak jadi ceti haram yang bertauliah? Aku tak reti la plak nak kutip hutang ni. Orang yang meminjam pun wat tak tau jek. Tapi aku perlukan duit. Kalau tak lagi ramai nak meminjam tapi aku terpaksa bagi alasan yang bernas dan yang masih membelenggu kepala otak aku, bukan sebab apa, sebab aku tau yang nak pinjam tu pun takkan berkemampuan untuk membayar juga.. Huhuhu . Aku bukan kedekut kan? He. Walaupun masih ada duit di bank tapi aku rasa tak suka nak gunakan. Bila da kosong nanti, nak simpan balik mmg payah. Duit memang berlegar dalam pale otak aku ni. Mana tak nya, aku tak prepare pape untuk bakal anak tersayang ni, dengan baru cek saman yang RM400 dan road tax yang mati pertengahan bulan Jun ni. Argh, boleh ke pura2 lupa road tax dah mati? :P hikhikhik...Mana nak cekau duit untuk celeb hari-hari terindah, ulang tahun kelahiran asben lagi. Sumenye bulan mei. Erm asben aku slambe je tak p servis keta tu. Da lebih 10 ribu km daripada sepatutnya dah..pergh..lau pape jadi, duit gak tu..hukhukhuk.. Pastu dia leh senyap tak bayar duit kutu aku kat mak dia. Aku suh dia bayar untuk aku setiap bulan. Jahat tak? Ekekeke.
p/s : Nak tlg hulur duit, tak mampu. Aku da join pelaburan ASB. Adei..tak pe lah, utk masa depan kan..
lain-lain
* aku perasan lately aku ada masalah kalau aku tunggu husband aku untuk tidur sama la.. Bila dia tidur, die letak pale je terus lelap. Macam aku dolu-dolu la..Dan masalahnya lepas dia tidur je, aku tak leh tidur. Sangat payah. Sampai 2-3 jam. Pe masalah aku ni.. Perlu dapatkan rawatan tak? Erk..huhu..
*apa lagi ekh..ok malas nak pk..da..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan