27 Jun 2011

Fibroadenoma II


Berbalik pada entri ini, saje aku nak berkongsi info serba sedikit dari pengalaman.  Sekaligus menjawab pertanyaan affa.

Bagaimana aku mula mendapat tahu?

Bermula dari kawan dan pendedahan kesihatan yang diberikan semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan.

Kawan iaitu  2 orang rakan karib, seorang kawan sama belajar di poli dan seorang kawan di Kementerian Kewangan sendiri.  Secara ringkas, mereka berkongsi cerita iaitu dari pemeriksaan payudara sendiri mendapati ada ketulan dan membuat pemeriksaan di Hospital Putrajaya, hari yang sama dapatkan tarikh untuk pembedahan dan selepas di bedah, keluar wad pada hari yang sama.  Bunyi macam senang je kan.

Semasa belajar pemeriksaan sendiri di Putrajaya pula aku dapat info bagaimana rupanya kanser. Kulit seperti oren sunkist, ketulan yang keras dan saiz B yang tak sama.




Bila aku dapat kesan?

Sebenarnya aku mula rajin cek sendiri bila da tahu tu.  Kadang ragu-ragu sendiri. Entah ya, entah tidak.  Bila da tunang tu da dapat rasa, tapi tak yakin.  Bila ada lagi pemeriksaan di tempat lain, aku pergi dan bertanya pada jururawat, katanya bukan.
Hati aku mengiyakan.


Sampailah saat aku berkahwin, melahirkan dan menyusukan.  Aku mengepam.  Hasil pam aku biasanya macam ni.



My Right B pasti akan memberikan hasil lebih dari My Left B.  Walau dalam keadaan Aisy baru lepas menyusu My Right B.  Rakan seangkatan kata tak pula mcm aku.  Jadi perasaan inilah yang buat aku kuat untuk periksa apa yang selama ini yang buat aku tertanya-tanya dan ingin tahu.

23.11.2010 - Masa ini aku beranikan diri nak tahu apa ketulan tu.  Kalau ikut hati memang taknak pergi sebab aku rasa kalau teruk pun, aku nak menyusukan aisy paling kurang 6 bln.  Tunggu jumpa doc mmg berjam.  Bila jumpa tak sampai 5 minit pun.  Meyakitkan hati.  Aku pergi KK Kg Melayu.  Jumpa doktor, yang dipentingkan ialah borang masa berapa lama sehingga dapat jumpa dia.  Pastu kelam kabut nak habiskan patient yang menunggu.  Langsung takda hati nak cek.  Bila aku cakap, dia kata perasaan aku je.  Bila aku cakap pasal tanda-tanda yang aku rasa, dia kata aku terlalu banyak membaca.  Doktor apakah ini?? Terus aku suruh dia pegang tempat yang aku rasa, tak cakap apa, terus tulis di kad dan suruh aku datang lagi 3 bln.  Note yang ditulis 'breast tisu ..............module 2x3 mobile in tender'.  Suruh aku datang lagi 3 bln untuk cek balik tanpa bagi sebarang tarikh temujanji.  Tak pelah.  Tak jumpa doktor cam ko pun tak apa.

17.12.2010 - Aku pergi ke Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah.  Ramai puji klinik ni cepat.  Berhampiran dengan Hospital Sultanah Aminah, JB.  Memang cepat. Doktor yang cek terus rujuk aku ke Pakar Pembedahan pada hari yang sama.

Di wad pembedahan ni memang sangat ramai.  Hari Jumaat memang Hari 'B'. He. Jumpa doktor laki. Malangnya, disebabkan aku tak mengepam dan tak pula bawa Aisy, doktor tak dapat cek apa-apa sebab mmg B tengah bengkak.  Bila dia tekan je, keluar susu. Malu juga.  Siap minta maaf.  Cepat dia jawap its ok.  Jadi dia beri aku tarikh 3 bln lagi untuk cek.

Lepas 3 bln jumpa doktor perempuan Melayu pula.  Muda. Kali ini aku bawa Aisy dan anak pengasuh untuk tolong tgkkan Aisy bila aku di dalam.  Doktor dapat kesan,  Kedudukan B kiri jam 7.  Dia menggunakan alatan seperti jarum untuk ambil tisu untuk diperiksa.  Malangnya yang dapat cuma air susu.  Jadi dia bagi temujanji lagi 3 bln untuk tengok sama ada ketulan membesar atau tidak serta temujanji buat ultrasound.

Akhirnya pada 17.6.2011 aku buat ultrasound macam periksa bayi dalam kandungan tu.  Ada terdapat ketulan 1.2cm x 0.7cm.  Ala-ala sebesar guli.  Aku berdua bersama Aisy atas tujuan sama dan juga untuk cek kesihatan Aisy yang da hampir batuk seminggu.  Kali ini dengan doktor India Perempuan. 

Selepas periksa, dengan penuh tumpuan dari mata ke mata dia beri penerangan kepada aku.  Katanya ketulan ini mungkin bukan kanser atas 2 faktor iaitu dalam usia aku bukan peringkat kanser menyerang dan kedua sebab tiada keturunan aku yang pernah diserang kanser.  Dipanggil Fibroadenoma.

Dia bagi pilihan sendiri kepada aku sama ada untuk buat pembedahan atau tidak.  Katanya, kalau teruk dia memang cadangkan untuk pembedahan tapi ini terpulang.


Kenapa kalau bedah?
Kalau bedah, aku masih menyusu dan dia khuatir sekiranya ada jangkitan kuman. Lagi khuatir aku tidak selesa ketika menyusu sebab berdekatan dengan nipple myB. 

aku, 'kan jauh kat bawah doktor'.
doktor: memang. Tapi kalau awak baring dekat dengan niple jika dibedah.

Katanya, jika bedah memang doktor boleh buat kajian apa tisu itu sebenarnya dan mungkin aku sudah lega tiada ketulan tapi dia tak beri jaminan yang ketulan itu tiada lagi selama-lamanya. 


Kalau tak bedah pula?
Kalau tak bedah, aku kena monitor sendiri setiap bulan sama ada semakin besar dan jika ada ketulan di tempat lain juga. Kalau ada, terus rujuk semula dengan doktor.


Hasilnya? dia bagi aku masa untuk fikir. 4 atau 6 bulan.  Aku pilih 6 bulan tapi dia suruh 4 bulan pula. Jadinya bulan 10 nnt lah ye.  Kenapa dia bagi masa lama? dia kata mungkin masa itu, sekiranya hati aku terbuka nak bedah atau susu sudah tak ada.  Aku dah beritahu niat murni aku untuk menyusu 2 tahun.  Dia kata tak apa, kita tengok dulu nanti macam mana.  Atau mungkin tunggu Aisy habis menyusu sehingga 2 tahun katanya.  Tapi jika saya termengandung lagi dan lagi dan lagi?  Doktor kata, takkanlah u tak gap anak lebih 2 tahun.  Siapalah saya doktor untuk menjangkakan semua itu.



Persoalannya, jika kamu di tempat saya.  Bedah atau tidak?


p/s: sehingga kini tak beritahu mama @ keluarga kandung.  Baru je kelmarin beritahu ibu mertua.  Itupun sebab menjawap persoalannya kenapa jauh sangat bawa aisy cek up.


sambungan sini


14 ulasan:

nadirah berkata...

As'SaLam ieZa... jUst nAk kOngsi... dE sorg aNak kwn peJabat aku ada masaLah caM ko gAK (fibrodenoma). dah perNah buANg sekALi...taksamPai setaHUn tuMbuh bALik...kaLi ni tumbuh kiri kAnan...& agak bYk. sHiannn aku tgk. sBb dia muda reMaja. beLasan tahun ag. adik iPar aku pon pernAH disahkan fibrodenoma sebesar sYiLing 50 sen. dia ambiL kePutusan utk bUang. sBb ada kemungkinan benda ni boLeh merebak meNjd kaNser kaLau disimPan Lama & kALau diBUang juga tidak muStahiL iaNya akan tumbUh seMULa sBB org kAta beNda ni berAKar. kaLau aku jd Kau...aku rasa aku aKan bUang. biArLah berParut sKet... cuma utk situasi ko...shiAn pd baBy... :( ko fikirlah sebaik2nya k. insyaAllah semuanya seLamat. :)

scha exa dan dunianya berkata...

Salam Nad..thanks atas keprihatinan ko..sebak dan takut juga baca..moga dijauhkan..kalau blh bila ada anak lagi, aku nak susukan sendiri mereka. Jadi masih samar lagi keputusan aku.

Tanpa Nama berkata...

Salam..hi..
Sue dah penah operate dah last year..
"Giant fibroadenoma" . Sgt2 aktif n die membesar dlm mase seminggu jadi besar . around 5-7cm size . Tak berapa ingat sgt . Tapi baru2 ni check , ade tumbuh lagi . Tp kecik sikit n x aktif, 1.5cm je . B4 ni buat kat PPUM, ingat mcm nak transfer ke hospital Pantai sbb doc kat PPUM tu macam lgsg tak membantu nak advice kite buat keputusan .

Tanpa Nama berkata...

Sue..blh tak saya contact awk, sy ingin tahu lebih lanjut berkenaan pembedahan itu..Email pada saya boleh? 1d4yum4h4d1@gmail.com

diana berkata...

salam...saya salah satu pesakit FIBROADENOMA jgak.....dah 2 blan kesan ...n dah jmpe doktor...dah buat pemeriksaan cecair n ultrasound....doktor pon ade tnye nk bedah atau x.....ade 2 kmgkinan jgk doktor ckp..."law xbdah awak kne cewk slalu lah B awak tue...."...yg sy punye pon sbesar guli..tapi besr cket kot dari tue...ble sy ckap pasal ktumbuhan nie kat makcik2....die ckap lebih elok pergi brubat kmpng...sbb fibroadenoma nie ade akar...law brubat kg....die bleh matikan akar trus...law buat operation...memg akan tumbuh lagi lah....sy pon confuse....tapi untuk awak yg dah ade beby...sy cdangkn lbih baek pergi brubat kg....tkut nanti tumbuh bnyak lagi law bedah...sy pon mgkin brubat kg jgak....

mikha tracsia berkata...

Hi..sy kelmarin bru sj bt ultrasound..actually sblum ni mmg sy sendri ada rasa 2 benjolan dkt atas breast kiri..mmg agak besar.. tp sy biarkan sj sblum ni sbb ingatkn normal..tp pd 3/4/2012 tu kwn sy yg kerja sbg doktor dia tolong sy cek..dan dia jga rasa mmg ada benjolan tetapi 3 benjolan..then dia suggest utk sy p bt ultrasound..so bila dah bt ultrasound kemarin..result dia mmg ada fibroadenoma..dan ianya ada 4..yg paling besar 27x14mm..yg lain berukuran 14x7mm, 9x4mm dan 9x5mm..doktor ckp sy ada 2 pilihan..sama ada sy biarkn sj atau buat biopsy..doktor ckp klau di biarkan mgkin dia akan mengecil bila umur sy suda tiba monopos tetapi klau mau tggu smpai umur sy monopos pun lama lg sbb ni tahun sy bru 25..jd sy sndri kena bt keputusan sma ada sy bt biopsy atau x..tetapi mmg sy d suggest utk bt follow up cek up slps 12 bulan dan biopsy ble d lakukan utk fibroadenoma yg besar..

mikha tracsia berkata...

Hi..sy kelmarin bru sj bt ultrasound..actually sblum ni mmg sy sendri ada rasa 2 benjolan dkt atas breast kiri..mmg agak besar.. tp sy biarkan sj sblum ni sbb ingatkn normal..tp pd 3/4/2012 tu kwn sy yg kerja sbg doktor dia tolong sy cek..dan dia jga rasa mmg ada benjolan tetapi 3 benjolan..then dia suggest utk sy p bt ultrasound..so bila dah bt ultrasound kemarin..result dia mmg ada fibroadenoma..dan ianya ada 4..yg paling besar 27x14mm..yg lain berukuran 14x7mm, 9x4mm dan 9x5mm..doktor ckp sy ada 2 pilihan..sama ada sy biarkn sj atau buat biopsy..doktor ckp klau di biarkan mgkin dia akan mengecil bila umur sy suda tiba monopos tetapi klau mau tggu smpai umur sy monopos pun lama lg sbb ni tahun sy bru 25..jd sy sndri kena bt keputusan sma ada sy bt biopsy atau x..tetapi mmg sy d suggest utk bt follow up cek up slps 12 bulan dan biopsy ble d lakukan utk fibroadenoma yg besar..

mikha tracsia berkata...

Hi..sy kelmarin bru sj bt ultrasound..actually sblum ni mmg sy sendri ada rasa 2 benjolan dkt atas breast kiri..mmg agak besar.. tp sy biarkan sj sblum ni sbb ingatkn normal..tp pd 3/4/2012 tu kwn sy yg kerja sbg doktor dia tolong sy cek..dan dia jga rasa mmg ada benjolan tetapi 3 benjolan..then dia suggest utk sy p bt ultrasound..so bila dah bt ultrasound kemarin..result dia mmg ada fibroadenoma..dan ianya ada 4..yg paling besar 27x14mm..yg lain berukuran 14x7mm, 9x4mm dan 9x5mm..doktor ckp sy ada 2 pilihan..sama ada sy biarkn sj atau buat biopsy..doktor ckp klau di biarkan mgkin dia akan mengecil bila umur sy suda tiba monopos tetapi klau mau tggu smpai umur sy monopos pun lama lg sbb ni tahun sy bru 25..jd sy sndri kena bt keputusan sma ada sy bt biopsy atau x..tetapi mmg sy d suggest utk bt follow up cek up slps 12 bulan dan biopsy ble d lakukan utk fibroadenoma yg besar..

Tanpa Nama berkata...

salam..saya pon tgah alami fibrodenoma..sy nk tmya berapa ek kos pembedahan nk buang ketulan fibrodenoma ni?

Unknown berkata...

salam..
sy pon ade mengalami fibrodenoma ni masa umo saya 22 tahun, masa tu masih blaja di Universiti..sy de pg jumpa klinik pelajar n suh sy g refer ke PPUM, but samapi skang sy x pegi..dulu ketumbuhan tu sebesar guli, skang mcm dah sebesar telor puyoh tu..risau gak
skang saya nk tnya klu wat pembedahan di hospital kerajaan barpa kos dia ek, sy dengr kat hospital swasta kene byr sampai 5k..takut sy xmmpu byr je..mintak mklum bals dr sahabt semua..

Unknown berkata...

salam.. sy pon ade mengalami fibrodenoma dulu hingga skang ni..
saya kene masa umo 22 thn masih study ky U lg, pastu g jumpa doc kt klinik plajar, dia gtau sy kene fibrodenoma ni, so refer sy ke PPUM, but until now sy x p kat PPUM coz manegement dia truk, sy menunggu lama sampai da fed up..
cuma skang risau, hampir 5 thun bnda tu dlm badn n dr sesar biji guli, da jadi mcm telur puyuh..time period je sakit..so sy nk tnya kalu wat pembedahan, berpa kos nye kalu di hospital kerajaan, coz sy dpat tahu klu wat pembedahan di hospital swasta bajet dlam 5k..so rasa mcm xmmpu la..hope dapat nasihat dai sahabat sekalian..

♥MAMASYAZA♥ berkata...

adik. akak nak tanya ni. macam mana kes fibroidenoma adik ni. adik dah pegi buat checkup dgn Dr. lagi tak.
akak ni baru dpt tahu ada fibroidenoma saiz 10mm. rasa risau sgt

scha exa dan dunianya berkata...

Salam kak..erm saya buat tak tahu je kak..da anak dua pun..mgkin iza nye tak serius..akak add hp no iza 0177807014..kita chit chat k

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Saya niza nak kongsikan pngalaman saya.
Saya mula merasa ketulan pd breast kanan saya slps bhenti breastfeed anak sulung saya pd awal tahun 2009. Pd nov 2009, saya g check dgn doc, klinik swasta, so doc cakap milk duct & bg ubat. Masa mkn ubat tu, mmg saya dpt rasakan perubahan pd ketulan tsbut, di mana ia mengecil. So, saya biarkan saja, mls nk fikir.

Tahun 2011 saya buat pap smear d klinik & doc yg sama. Ketulan msh ada tp doc bgtahu ketulan x obvious, so dia cakap lama2 nanti hilang.

Sehinggalah saya melahirkan anak ke-2 pd mei 2012, saya dapati ketulan msh ada. Oleh kerana anak ke 2 saya baru stop breastfeed bln 2 2013, so saya nk pastikan susu betul2 kering baru g check up.

2 mggu lepas saya buat pap lg dan doc mendapati ketulan msh ada so doc advice saya buat breastscan. Saya buat d hosp.swasta memandangkn suami saya ada kemudahan panel dr comp. Result scan mmg tdapat benign lump di breast kanan sbsr 3cm. So doc refer saya ke dr.pakar dan advice saya buang lump tsbut.

Saya buat pembedahan kcil pd selasa lepas dan pagi td buat follow up and the result was fibroadenoma. Dr.pakar explain ada 2 ketulan, satunya sbsr 3cm dan satu lg bsrnya 1cm.

Saya nasihatkan sentiasa buat pantauan dan sekiranya didapati ketulan tu membesar, sebaiknya buat pembedahan. Dan dr.pakar nasihat saya utk amalkan makanan seimbang dan kurangkan pengambilan kafein, produk tenusu & lemak.