Memaparkan catatan dengan label luahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan. Papar semua catatan

29 Julai 2009

takut..

tibe2 aku jadi berdebar2...
tanda aku takut
di sini dah ada..
di sana pun ada juga..
merata ada
dimana saja orang perkatakan
pelbagai cara dilakukan
tapi tak juga berkesan
adakah ini satu peringatan
agar kite mengingatiNya
agar kita siap sedia
supaya bila ajal tiba
kita redha menghadapinya
ye..H1N1 atau selesema Bab!
mana2 institusi pengajian kebanyakkannya dikuarantin
adakah wabak ini akan menular sehingga tempat kerja kita juga dikuarantin
masa itu Maha Hebat ujiannya
asalnya mmg aku tak kisah pun dengan penyakit ini
nampak tidak la terlalu bahaya
tapi bila angka yang kena semakin ramai
kawasan paling dekat ngan aku juga ditutup iaitu UiTM Shah Alam
aku sangat bimbang
lagi bimbang bile suami aku selesema semalam
sek yg sgt dkt ngan tempat kerjanya
iaitu di Johor Jaya juga ditutup
aku jadi takut
aku minta suami aku pergi hospital cepat2 kalo ada tanda lain
harap sgt takde tanda2 lain
dan cuma selesema biasa.
Tuhan, terima kasih dengan ujian kecilMu ini
kerana buat aku takut dan gentar akan kekuasaanMu





28 Julai 2009

soalan maut

adoi..sape la taknak anak kan..baru 2 bln da terseksa batin dgn soalan2 maut.
contoh soalan yg biasa didengar ala2 berlapik 'da ada ke?'..
ye..soalan tu normal...mungkin aku pun pernah tanya orang gak..

pastu ada yang tanya 'merancang ke?'
aduh..aku normal beb..aku nak anak..suami aku pun nak anak..
tu lah tujuan utama aku nak kawen..

adik aku yg paling kecik pun da 19 thn..
ptt panggil adik aku yg beso pjg da..haha..merepek plak.

Jadi, bayangkan la brape lama aku takde budak kecik..
aku mmg suka budak kecik atau baby...
kalo jumpe budak kecik mau habis aku kerja kan.
bukan kerja pe la..main ngan dorg la..
sampai ada org kata..kalo aku ada anak abis la teruk dikerjakan..
kalo baby lak puas aku gomol atau paling cikai aku kiss lew..

tp yg tak blh blah ble org tanya 'bile nak ada?' atau 'kawan baik ko da ada da'

ayat yang tu mmg lemah..kadang aku senyap dan senyum je..tp dalam hati aku berkata..patut tak kalo aku bahasakan orang ni..hahahaha
mana taknya..soalan bodoh ke atau org yg tanya tu bodoh...wakakakaka...
kalo nak bercakap tu sesedap bahasa die je berbunyik..haha..mungkin la ko gurau kasar kan..

Alang kata pe susah cakap je la 'dalam proses' atau kalo org yg sopan2, baik budi bahasa mesti cakap 'takda rezeki lagi'tapi aku da muak nak jawap menda sama. so sebab tu aku senyap dan senyum

kalo ikut bahasa kasar aku lak nak je aku cakap 'ko tanya la Tuhan sendiri, tu kan kuasa dia'atau 'kalo boleh sekarang gak aku nak ada' atau 'ko blh tlg adakan utk aku tak'

ye...ko bujang atau ko da ada anak. so senang la nak tanya bukan2 kan..sekarang, aku tak dapat bayangkan org yg bertahun2 kahwin tak punya anak lagi..lagi lah sakit hati..lagi lah menderita batin..penantian ini satu penyiksaan, mungkin ada hikmah..aku cuma mampu berserah (^^,)