18 September 2014

~Cerita Jumpa Doktor 15 & 18.09.2014~

Assalamualaikum..

Cerita 15.09.2014:

Balik kerja singgah Klinik Kesihatan Mahmoodiah seperti yang dikatakan dalam post lalu.  Dapat 4 ubat.  Doktor tukar ubat antibiotik lain.  Tak kose nak makan dah.  Satu hari kerja terkeruk-keruk macam monyet.  Balik rasa hendak demam dibuatnya.  Makan pun tak lalu.  Malam encik suami buat bubur kasi perut beralas.  Nasib baik esoknya cuti.  Tapi malam 16hb itu tidak tahu hendak makan apa, takut gatal.  Almaklumlah ini pengalaman pertama aku gatal satu badan.  Sebab ubat pula tu.  Mencik!  Encik suami kata makan maggi sajalah.  Ok, awak masak.  Dia beli maggi tomyam.  Masa hendak makan itu nampak udang, makan maggi tapi tak makan udang.  Hamik, satu malam tak boleh tidur, gatal, apa lagi terpaksa juga telan ubat selesema/gatal yang doktor bagi.  Terlajak tidur.  Pergi je kerja, lantaklah lambat.  Sudah biasa lambat pun kan.


Cerita 18.09.2014:


Hari ini jumpa doktor, appointment di Klinik Kesihatan Mahmoodiah.  Awal tahu datang kerja semangat hendak tengok baby dalam tummy.  Lepas thumb print, buka ofis, ambil toner sebab lepas jumpa doktor hendak pergi Mahkamah Ayer Molek ambil barang di stor.  Terus gerak ke Klinik Mahmoodiah.  Ambil nombor, ekh daftar pun kena bayar singgit, appointment kot.  Tunggu doktor bilik 17.  Aku pesakit pertama tapi lama juga tunggu dipanggil.  Bagitahu doktor alahan ubat, sudah jumpa doktor lain dan ganti antibiotik lain tapi tak nak makan.  Takut.  Doktor kata jangan takut, bukan semua ubat kita alah.  Dalam hati tidak apalah doktor, tidak sanggup lagi hendak memperjudikan diri sendiri dengan try n error alahan ubat antibiotik yang mana alergi mana tidak.  Huhu.

Bila hendak scan, da letak cecair itu, doktor tunjuk kepala, "Saya ukur dulu ye satu-satu, nanti saya bagitahu" sekali.....crek, keluar tak sampai separuh je.  Kertas habis.  Baik doktor India ini, dia yang mencari kertas itu, dia call jururawat lain minta tolong cari, dia cari cara macam mana hendak pasang, dia juga jumpa sendiri kertas itu.  Nurse KD Abdul Samad membontot saja.  Tolong sikit-sikit.  Semua itu makan masa lama, sampai encik suami tertidur di luar.  Doktor, "Agaknya patient lain dekat luar mesti ingat kenapa dengan patient pertama ini, tak siap-siap" Hahaha.  Tergelak aku.  Betul juga itu.  Macam banyak sangat hendak cek aku ini sampai lama sangat.  Sabar sajalah.  Padahal penerangan ambil masa sekejap sahaja.  Oh ya, doktor jangka lahir 6.3.2015, lewat 6 hari.  Hehe.  Seperti yang dijangkakan.  Anak-anak ibu semua overdue nampaknya ya..

Yang super cute bila doktor tunjuk semua anggota baby tengah menendang-nendang, memang ada panjang ruang untuk kaki dia melunjur, aku tak rasa pun tendangan itu lagi.  Doktor cakap, tulang belakang normal, lurus, kaki pun okay, kalau cacat macam ini doktor kata, alhamdulillah!!!! syukur sayang, biarlah ibu terima sakit, tapi bukan kamu, damailah dalam perut ibu ya sayang.. Semoga kamu lahir dalam keadaan sihat sempurna dan comel..

OKlah, hari ini Khamis, balik awal.  Sudah hendak masuk jam 4.  Ayah on the way.  Patut balik 3.30pm.  Tak apalah, ganti ibu selalu lewat datang.







Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014

15 September 2014

Antibiotik dan gatal satu badan!!!

Assalamualaikum...

Ikut hati rasa hendak menjerit, melolong, memekik...Satu badan gatal-gatal, merah-merah.  Semalam aku demam hari kedua, kebetulan semalam tarikh check up.  Jadi, pergilah boleh minta MC juga.  Nasib dapat.

Masuk-masuk doktor tanya boleh tidak datang jumpa dia hari Khamis sebab scanner kat situ katanya tidak boleh ukur janin.  Pulak.  Berapa kali hendak datang.  Terpaksa la cakap boleh kan.

Bila cakap boleh, doktor tulis sikit dan sign.  Ekh senang kerja, apa lagi memang niat hendak mengadu domba. Makanya bagitahu lah doktor yang ada "guli" dekat bawah telinga aku..Dia kata takut ada infection kot.  Makanya dia bagi aku ubat antibiotik, ngadu demam dapat paracetamol, ngadu buasir, dapat ubat roket (siapa buasir tahulah) dan ubat cairkan najis.  Hamik.

Dari dalam bilik doktor lagi, doktor suruh ambil ubat-ubat mana tak da, ganti lain, ubat sapu je takda dia suruh ambil dekat Mahmoodiah nanti.  Ubat sapu itu untuk dagu aku ini, asalnya jerawat, aku duk picit-picit membeso jadi nanah. Tapi da kurang sikit sebab aku da mengurangkan aktiviti mengopek luka nanah tu dan letak Herbal Blend Shaklee.

Lepas jumpa doktor, ambil darah, perut aku memang kosong masa ini sebab tidak lalu makan.  Demam la kan.  Makanya bila ambil je da mula loya.  Nurse kata da lapar ini, nanti jangan ambil susu ye, tak elok untuk perut kosong.  Makan sikit-sikit tau.  Ajak asben keluar cepat sebab rasa nak muntah, duk tahan-tahan tarik nafas, tak nak fikir, adei, termuntah juga sebelum keluar pagar (rumput).  Hadoi..

Lepas itu balik dalam perjalanan cari roti, ikut pesan nurse.  Pastu terus singgah umah mentua.  Dia orang nak g hantar anak buah kawen belah laki kat Kota Masai.  Kitorang memang da siap bawa baju.    Badan da lembik memang rasa tak nak pergi, ada kawan adik pun cakap tak nak pergi, jadi cakap dengan suami tak nak pergi juga.  Dia macam tak kasi je.  Senyap je lah. Sempat lah tidur sekejap kat rumah mentua.  Bila jaga, terasa sakit pinggang tidur dekat karpet je. Bersiap tukar baju je, malas nak mekap, takda mood.

Pergi kenduri, boleh pula pengapit cakap dengan kompang, gerak jauh sikit, tak mencabar dekat sangat katanya, adoi badan da la tak larat, makanya aku duk tepi depan dewan je.  Haha.  Iring dari situ.  Jadilah.

Lepas makan, tunggu lama sangat, pengantin bergambar sume, tukar baju hendak potong kek, minta la encik suami ambil ubat kat dalam kereta.  Makan ubat demam dengan antibiotik.  Pergh baru buka je da bau kebusukan antibiotik tu, bila telan lagi lah tidak ingat dia punya busuk, rasa hendak termuntah.  Nasib dapat tahan, kalau tidak mana nak letak muka dekat situ.

 Masa kenduri itu, emak pengantin (kakak tiri encik suami) ajak jalan ke Tanjung Puteri, dalam hati aku, ah sudah aku dah la tidak sihat.  Alhamdulillah, lepas makan ubat itu rasa berpeluh la masa dalam kereta dalam perjalanan hendak ke Tanjung Puteri itu, demam okay sikit. Lepas itu makan dekat Senibong, mak pengantin belanja.  Masih tak lalu lagi.

Malam sampai rumah ingat hendak makan antibiotik itu sebab doktor kata kena makan 4x sehari jangan miss sebab hendak tengok kesan katanya.  Aku pula ingat hendak makan vitamin, especially Ostematrix Shaklee (Kalsium) risau kot terjaga tidur sebab sakit pinggang.  Jadi aku bawa ubat dekat dalam bilik tidur, konon jaga malam makan tapi berapa kali jaga pun tak da hati hendak makan.  Miss! :D


Bangun pagi terkeruk-keruk badan.   Adoi..dekat ofis ini lagi merenyam.  Masa dekat rumah gatal bahagian punggung je.  Dekat office dekat tulang jari ini, lutut, siku paling tak tahan.


Balik ini confirm hendak pergi Klinik Mahmoodiah..sebab buka sampai jam 9 malam.  Tak tahan wooo!!!

Owh ye, aku menggoogle cari keyword cara makan Antibiotik Cloxacillin ini.  Katanya makan sebelum makan (sila klik link itu).  Adoi, sebab tak tahu ke nurse semalam main cakap ha je?  Dan untuk info juga rupanya antibiotik ini sebenarnya bakteria.  Macam hendak nangis je.  Mungkin seumur hidup aku tidak pernah makan antibiotik dan aku alah antibiotik.  

Nah! antara info lain.

- Dr Zubaidi - Mengambil antibiotik ketika hamil (Dalam senarai antibiotik untuk ibu hamil tidak tersenarai pun antibiotik yang aku dapat)


- Kesan sampingan antibiotik pada wanita - ini yang seram baca.  Ada pautan lain juga dekat situ.










Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014
 

11 September 2014

~Hamil Anak Ketiga - Genap 16 minggu~

Bismillahhirrahmaanirrahim...

Assalamualaikum

Wah! Tepuk bahu sendiri.  Bukan sebab mengandunglah! Tapi sebab rajin update kat blog sendiri kebelakangan ini...Kahkahkah...

Serius aku rindu zaman berblogging dengan rakan-rakan di Kementerian Kewangan, melihatkan mereka sering berblog, baca blog mereka, buat aku rajin berblog.  Kini, mood berblog kembali.  Mungkin sebab aku rajin baca blogger catatkan susunatur rumah.  Minat ke arah itu sekarang.  Mungkin juga hendak share pengalaman peribadi.  Kalau pasal biz, kena buat research sikit, aku kan "rajin".  Hahaha.  Ini pun hendak tempek gambar tak dapat, makanya baca je lah tulisan aku yang gamaknya memboringkan..hehe..


Owh, berbalik pada tajuk post! Ya, saya ibu mengandung.  Entah kenapa anak ketiga ini macam terima ucapan tahniah aku rasa janggal.  Haha.  Ada sekali terpacul di mulut, "ala, anak ketiga, bukan anak pertama pun", mungkin dalam hati aku orang lebih teruja anak pertama kan.  Maafkan ibu ya, baby dalam perut ibu, ibu bangga punya kamu sekarang.  

Ya, bila mengandung anak ketiga, samalah aku mengandung anak kedua, tiada keterujaan, biasa saja, tiada hendak jaga sangat.  Kalau anak pertama rajin minum susu, anak kedua minum milo saja, sian anak kedua ibu gelap.  Hehe.  Jadi, disebabkan insaf bab itu nanti ibu cari susu kambing ye sayang, lagi terbaik dari anak pertama.

Sepanjang mengandung pun jarang makan vitamin yang dibekalkan.  Bila ingat sahaja, tapi dalam minggu lepas atau minggu ini aku pastikan sebelum tidur, makan vitamin, kesian baby ibu dalam perut.

Masa anak pertama dan kedua, selalu kena kejang otot, orang panggil mengkarung, jadi aku tambah Ostematrix Shaklee di samping vitamin lain yang nurse bekalkan iaitu B complex, Asid Folik dan Vitamin C.  (Masa di KD Plentong tidak pernah dapat bekalan vitamin C). Iron pun dibekalkan tapi sampai sekarang masih tidak berkesempatan makan. Masa mengandung Aisy dan Zahra dua-dua aku ada masalah hb rendah di tengah-tengah mengandung, maksudnya masa awal daftar buku normal, pastu ada, hendak dekat bersalin normal.  Harap-harap tidak makan iron ini Ahad nanti (14/9/2014) jumpa doktor oklah ye.  Kenapa tidak makan?  Sebab nurse suruh ambil sebelum makan.  Lupalah!  

Oh ya, aku sudah buat buku pink pada 24/8/2014 di Klinik Sultan Abdul Samad, Johor Bahru.  Biasa cek up di KD Plentong.  Ramai sangat.  Jadi saja beralih angin sebab pernah tumpang cek Zahra, tengok tidak ramai. Masa itu baru 13 minggu.  Alhamdulillah semua ok.  Cuma masa ambil tekanan darah, tekanan darah aku rendah sangat, 70/40, nurse itu ambil sampai 3 kali baru dapat 90/60.  Dia tidak puas hati.  Masa itu aku memang tengah pening.  Aku datang tidak makan sebab ingatkan sekejap je sebab patient tidak ramai, rupanya lama juga menunggu.  Nurse sini buat dengan slow motion dan tenang, senyuman yang teramat manis, jadi, sabar sajalah.  Masa dia ambil darah aku makan roti, beli dekat situ juga.  

Bila jumpa nurse yang dekat dalam, dia tanya ada ambil vitamin tidak?  Aku cakap tidak.  Sebenarnya stok vitamin Shaklee banyak lagi cuma masa mengandung ini memang tidak ada hati hendak makan, badan melepek saja.  Mana tidaknya, aku mengandung sejak puasa lagi, dari puasa aku sudah tinggalkan Shaklee, kadang saja aku ambil ESP waktu pagi dan malam ambil Ostematrix sebab aku ada masalah penghadaman.  Nurse kata patut sebelum pregnant kena ambil asid folik, dalam hati, ye saya tahu nurse... cuma tidak amalkan saja :P

Aku memang alami masalah sembelit, mana tidaknya malas minum air juga.  Lepas puasa semua malas...macam harem kan?  Tapi hari ini memang nekad hendak back to normal.  Habiskan 2 liter air di pejabat.  Ada seminggu kot tidak membuang ini.  Patutlah perut buncit.  Kalau dulu mengandung 3 bulan perut normal je, tapi ini terasa buncitnya.  Yang best orang duk tegur, "Mengandung ke?  Tapi tidak nampak lagi"  "Badan tidak naik pun" Paling banyak, "Tidak nampak pun"  Aiyooo baru 3 bulan kot, bukan 7 bulan..  Menyesal pula gatal mulut bagitahu kat facebook awal, kalau tetiba nampak perut je baru bagitahu lagi senang kan?  


Ini aku baru lepas search gugel.  Tengok 14 minggu itu tet*k lagi besar dari perut.  Normal okay.  Memang tidak nampak. Tapi aku ini perut dengan tet*k dah sama beso, sebab sudah lama tidak memerut.  Itupun masih kata kecil.  Sedeyyy...


Lepas tepek status 11 minggu itu, ada lah baca artikel yang tidak boleh bagitahu umum selagi belum lepas trimester pertama, oh, baru tahu.  Hahaha.  Lantak lah, aku bukan mengandung anak first, setahu aku jangan bagitahu itu yang anak first, sebab tidak mahu terlalu teruja dan mengharap dan bila berlaku keguguran, ko sendiri menyesal dan malu. kan?


Okaylah, jumpa lagi!

Siapa hendak top up vitamin jangan lupa hubungi ibu mengandung ini tau..  Hahahaha...



Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014
 


10 September 2014

~Muhammad Aisy Hafiy~ 4 tahun~


Assalamualaikum.

Sebenarnya hari ini bukan birthday Aisy pun.  Birthday Aisy 2.8.2010.  Maknanya sudah sebulan lebih pun. Tapi saja hendak buat entry pasal Aisy.  Dulu rajin berbicara pasal Aisy dekat sini.  Rindu pula hendak cerita pasal Aisy.  Lagi-lagi lepas cerita pasal Zahra dalam post yang lalu.

Birthday Aisy yang ke empat merupakan birthday Aisy yang pertama kali bukan dalam bulan Ramadhan.  Kali ini pada 6 Syawal.  Jadi alang-alang beraya rumah pakcik aku sebab dia ajak datang rumah masa itu, makanya aku bawa kek dekat rumah dia.  Tapi disebabkan anak-anak dia sudah besar, dia minta sambut rumah sepupu aku, anak Mak Lang.  Makanya kami menunggu sampai ke malam sebab sepupu aku itu pergi beraya.  Al-Maklumlah esoknya hendak sekolah jadi dia kata dia pulun beraya.

Hampir hancur juga kek Aisy sebab Aisy dan Zahra tidak sabar hendak tunggu mereka habis beraya.  Simple saja sambutannya tapi alhamdulillah, asalkan anak-anak happy.  Budak kecil kan bukan reti hendak minta apa-apa.  Bersyukur saja dengan apa yang ada.  Hehe. Apa yang penting ibu doakan anak ibu kekal sihat, bijak dan soleh dengan hendakNya.

Okay, ibu pun hendak simpulkan anak lelaki ibu yang berumur 4 tahun ini:-

- Seorang yang comel.  Ramai juga puji dan kata (bagi aku, doa) handsome bila sudah besar nanti.  Aamin.  Moga cantik wajah dan akhlaknya.

- Masih lagi belum putus susu dan pampers.  Kalau lepas mandi pag memang tidak pakaikan pampers, kencing ok lagi taip yak memang tidak boleh percaya lagi.  Malam pun masih pakaikan pampers lagi.  

- Susah mandi.  Macam-macam alasan.  Kalau mandi pagi, bila ayah mandi, mesti cakap hendak mandi dengan ibu.  Tapi alhamdulillah 2 hari ini dia tidak minta pun.  Malam itu sebelum tidur pesan dekat dia, esok mandi dengan ayah tau, ok katanya.  Kena buat pendekatan macam ini rupanya.

- Belajar dekat KEMAS ini, yang nampak perubahan dari segi warna lah.  Sudah lawa sikit, kalau tidak, satu warna saja semua satu muka.  ABC, 123, Alifbata masih tidak berapa lancar lagi baca dan tulis.  Perancangan tahun depan hendak sekolah lain.  Memang dari awal ingat belajar dekat KEMAS cuma untuk beri pendedahan saja.  Sebab cita-cita hendak sekolahkan anak-anak sekolah Cina.

- Pandai memujuk kalau hendak sesuatu.  Contoh dengan adik, minta baik-baik tapi kalau tidak dapat, rampas juga.  huhu. Apa yang adik pegang itu yang dia hendak, sama je dengan Zahra. Contoh lain, dengan Mak Ngah (Cikgu) dia, balik sekolah, konon-konon hendak beli roti, pastu minta mainan sekali.  Ahaks!

- Suka menyibuk /rajin tolong ibu di dapur.

- Pernah buat susu sendiri.  

- Suka pegang pusat kalau menyusu.  Sama macam Zahra.

Apa lagi ea?  Lain-lain biasa saja kot.


p/s: Misi semalam masih tidak tercapai.  Wuarghhh..sudah sebati kah?

Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014

09 September 2014

7 Cara Untuk Tingkatkan Keyakinan Diri Dengan Semulajadi & Percuma

Assalamualaikum.  Tips ini dari RotiKaya.  


Kenapa aku tempelkan kat sini.  Untuk makluman aku sendiri.  Aku nak 'remind myself' terutama point 2.  Aku suka bangun last minit.  Ya, itu kelemahan aku.  Kalau anak buat hal, atau perut meragam, atau terkeluar lambat skit, sangat jam dan aku pasti akan datang lambat.  Setiap bulan kerani admin bising kat aku.  "Pandai2lah jaga diri sendiri" Katanya.  Ahaks.  Aku sendiri pun da malas nak bagi alasan bila dia bebel.  Sebabnya aku tau aku sendiri yang salah.  Perasaan salah yang tanpa sekelumit pun rasa nak berubah tahap serius!

Bulan ini je da lewat 5 hari.  Bangga x? Kahkahkah...Baru 9hb.  Nampak sangat sehari je aku awal.  Ops! bukan awal tapi tepat jam 8.00.  Kahkahkah lagi.

Aku nak janji ngan diri sendiri dekat sini.  Nak bangun awal jam 4. Mampu ko?  Wakakaka..
Ekh2, serius sikit.  Ok, bangun awal pukul 4, janji tau Iza? Bangun pastu ko g Qiam sekejap, pastu ko kemas sikit umah ko supaya balik tenang x serabut otak, boleh terus masak, pas kemas, mandi, solat, gosok baju walaupun aku tau ko pemalas nak mampus gosok baju, selalu cari baju tak yah gosok, da bangun awal ini banyak sikit baju ko boleh pakai, tak la baju sama je...Kahkahkah...

Deal? Okay, bulan 10 kita tengok result k dear iza..huhu

Actually lama gak entri rotikaya ni tapi sape nak jenguk ntah ingat iklan apa tengok bontot laki..harem...sekali rupanya tips...rugi tak tengok dari awal..ahaks..kalau x, x la lambat aku 5 kali..wakakaka..alasan aje ko...
Oleh RotiKaya Staff pada 
28 August 2014, 9:08AM
Ini cadangan kami untuk anda para gadis di luar sana yang mahu meningkatkan keyakinan diri di dalam dunia yang penuh dengan cabaran & pancaroba — juga jejaka kacak untuk ditawan.
Z4mgxB

1. Amalkan Pemakanan Sihat (Serius?)

Ya, kami serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari anda anda mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan anda lebih yakin dengan diri tanpa anda sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.
giphy-fruit

2. Jadikan Rutin Untuk Bangun Awal Pagi

Jangan panggil enteng kesan bangun awal pagi kepada diri anda. Sains menunjukkan otak kita akan mengalami fasa optimum 2 jam selepas bangun tidur, jika anda bangun lebih awal, lebih cepat untuk anda merasa lebih yakin untuk bertemu dengan rakan sepejabat atau pun di kolej.
AqrKpo

3. Pastikan Anda Bersenam, Setiap Hari

Walaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau hey, sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri anda secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan anda hari demi hari. Cara ini paling kami sarankan.
YELX2o

4. Baiki Postur Badan, Gaya Jalan

Ini akan mengambil sedikit masa (seperti tips yang lain sebenarnya), jika anda fokuskan diri anda untuk mempunyai postur badan yang lebih baik dan berjalan dengan gaya peragawati di atas pentas fesyen, anda akan nampak lebih kurus dan berkeyakinan. Dari jauh pun orang lain boleh hidu, so tighten your core, stand or sit up straight.
giphy-stand tall

5. Luang Masa Bantu Orang Lain

Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat anda sendiri. Jika anda luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri anda. Membantu orang lain tunjukkan diri anda yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
Anq06O

6. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka

Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Anda pastinya tidak mahu bertemu si dia yang diminati dengan wajah kusam ‘kan?
ZyL529

7. Senyum!

Mulakan hari anda dengan senyuman dan hey, jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika anda suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.
A83Gkw
Shah Iza Shahdan Pengedar Shaklee [ID: 913771] 017-7807014

07 September 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ~ Nur Zahra Aisyah~ 2 Tahun

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini genap umur Zahra 2 tahun.  Momen melahirkan Zahra masih segar lagi dalam ingatan ibu.

Ibu doakan semoga Zahra jadi anak solehah, bijak dan sihat.


Apa yang ibu boleh simpulkan perangai Zahra ialah

- Senang mandi, bila ajak tu, dia menonong je ke bilik air atau terus buka baju, kalau kita lambat dia pula yang bising. He.

- Kalau ajak cuci yak, pun senang,  kira kalau tanya jawap la dia yak.  (Kenapa ini pun jadi point aku?  Sebab berbeza dengan abang dia yang malu tidak hingat, susah hendak mengaku)

- Dah mula hendak pilih baju sendiri.  Layan jelah.

- Susah hendak ambil gambar senyum, ibu perlu agah atau sebut 'gigi'.  Kadang tidak layan juga.  Huhu.  Tengok nasib dan mood dia lah.

- Senyuman Zahra sangat manis.  Umpama ubat penenang untuk ibu. *Cair*

- Suka jadi macam kakak kepada Aisy.  Bila kita tegur Aisy, dia pun sibuk tegur / marah.  

- Bila marah Aisy suka cakap, "Biasaaa dia tue, haip!!" Pastu tepuk lantai..huhu..

- Suka ikut apa abang dia buat. Contoh abang memanjat dia memanjat, abang merengek, dia ikut merengek, sebab itu ibu suka pesan dekat Aisy jangan buat perangai.

- Kalau gelak tidak ingat dunia.  

- Kalau kata nak sesuatu hendak juga.  Berani hendak larang?  Kadang ibu buat ketegaq ibu juga.  Lalalalalla.

- Kalau datang penyakit taknak, semua benda taknak.  Ini start umur berapa ibu lupa, kalau dia tengok nak sampai rumah, dia da kenal area nak dekat sampai rumah, dia akan cakap, taknak.  Meraung lah dia dengan perkataan taknak.  Tidak mahu balik.  Mungkin tak puas berjalan.  So penyakit ni berjangkit dalam perkara yang kadang tak pasti.  Haha. Phew! Serius mencabar.  

- Macam mana mengamuk pun, Zahra akan terkulai atau senyap bila ibu sua ubat penenang. (t*t*k)

- Kalau da sampai masa hendak tidur waktu malam, da pandai sebut "atas".  Maksud dia, jom ibu kita tidur kat atas, mata da tak larat ini.  Huhu.  Ini pun kalau lambat dia melalak.  Time ini aku kena cepat-cepat makan vitamin.  Yela, baru hendak merajinkan diri makan vitamin.  Sian baby dalam perut ini.  Da 3 bulan baru ibu nak merajinkan diri.

- Ya, ibu mengandung sekarang 15 minggu sudah, Zahra sebelum ini takut dengan baby, tapi bila bagitahu dalam perut ini ada baby, dia teruja, usap perut, cium, kalau jumpa pic baby mesti sebut, baby!

- Sejak ngandung da pandai main anak patung.  Dulu? harem!

- Semalam jadi macam ibu, dia susukan anak patung. Katanye, "Boboy nak t*t*k".

- Selalu berebut mainan ngan Aisy, sama je perangai dua2, apa yang abang pegang itu yang dia nak, tak dapat menangis, gitu juga ngan abang, apa yang adik pegang tetiba je rampas.  Haru *_*

- Berat Zahra dari 6 bulan sehingga last timbang 1 tahun 9 bulan hanya 11 kg.  Ada pun naik 1/2 kg je kot.  Minggu depan cek up sekali dengan ibu jumpa doktor, harap bertambahlah.

Apa lagi ye?  Itu je kot setakat ini.  






Shah Iza Shahdan
Pengedar Shaklee [ID: 913771]
017-7807014

04 September 2014

~Shaklee Punca Rahim Bengkak???~

Assalamualaikum.

Lama blog ini menyepi.  Pagi ini buka facebook dan tengok ada bekas rakan kerja share status seorang guru yang megalami bengkak rahim.  Guru ini claim berpunca dari makan Shaklee sejak puasa yang lalu.  (Macam baru sangat lagi makan kan?) Subhanallah semoga kita dijauhkan dari penyakit ini dan semoga guru tersebut lekas sembuh.

Saya tertarik dengan blog www.faizalfairuz.com mengenai isu ini.  Jadi iza share kan pengisian beliau.  Sebab saya pun dan "stalk" guru tu, almaklumlah saya pernah aktif jual juga, takut juga jika dipersalahkan.  Jadi stalk la fb dia untuk info lanjut, dan saya setuju dengan apa yang dibahaskan dalam blog faizalfairuz. Semoga bermanfaat untuk semua.  Credit.

As salam

Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sentiasa bergerak aktif untuk membakar lebih kalori dan makan secara sederhana. Ingat pesan Nabi Muhammad SAW, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Jangan semua 3/3 untuk makanan semata mata. Kalau tak ikut sunnah, itulah jadinya pelbagai penyakit kepada diri kita.

Malam ni, ada member saya PM dalam FB bertanyakan isu SHAKLEE PENYEBAB KANSER. Hurmm macam macam isu yang timbul hampir setiap bulan.

Saya jarang melatah hanya disebabkan tajuk tajuk seperti ini. Lazimnya masyarakat kita hanya baca tajuk tetapi tidak baca isi.

Jika dikatakan 'Lembu Boleh Bertelur' pun silap silap terus kita percaya sebab ianya SENSASI berbanding kita bagitahu 'Lembu Boleh Melahirkan Anak Lembu' .... bunyi macam biasa ja kan !!!!

Ok let's back to this topic. Isunya timbul apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan seorang Guru telah meletakkan post ini di Wall Facebook miliknya.

Tarikh 3 September 2014
Ok untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya gambar gambar yang diletakkan di Wall facebook itu, boleh tengok di bawah ini;







APA JAWAPAN SAYA?

Sebelum saya memberi pandangan saya, jom kita tengok dulu beberapa jawapan daripada pengguna pengguna Facebook yang lain di laman Facebook milik si 'Cikgu' ini.



CIKGU .... PANDANGAN IKHLAS SAYA

Untuk pengetahuan cikgu, saya bukanlah di sini untuk menidakkan kebenaran yang cuba disampaikan oleh cikgu. Jika saya la menjadi agen yang menjual supplement tersebut kepada cikgu, pasti saya akan memberi maklum balas yang TERBAIK kepada cikgu kembali, mungkin bermula dari awal lagi bila saya nak menjual Set Vitamin tersebut kepada cikgu.

Saya terpaksa mengakui sememangnya bukan semua agen Shaklee mempunyai pengetahuan mengenai kesihatan. Demi mencari sesuap nasi bagi diri sendiri dan keluarga, ramai mengambil langkah untuk buat bussiness. Ada yang suri rumah, kerani dan lain lain yang berbeza dunia mereka dengan bidang kesihatan. Mungkin tidak sesuai untuk saya menjadi wakil kepada agen tersebut untuk meminta maaf kepada cikgu.

Tapi ternyata agen Shaklee tersebut tidak sama dengan saya dan kawan kawan yang lain. Mungkin bila pertanyaan cikgu tidak diendahkan, malah dikatakan membuat fitnah, jika saya menjadi cikgu pun, mungkin saya juga akan marah seperti cikgu. Takut jugak tengok cikgu marah seperti dalam Post di bawah ini;


KITA SAMA SAMA MENCARI REZEKI

Saya juga ramai kawan yang menjual supplement supplement yang lain, tetapi saya sedikit pun tidak pernah memperlekehkan bussiness kawan kawan saya kerana saya sedar rezeki itu datang dari Allah SWT.

Sejauh manapun kita berusaha jika ditakdirkan rezeki itu bukan milik kita, memang selama lamanya tidak akan menjadi milik kita.

Cikgu juga merupakan usahawan produk untuk menurunkan berat badan iaitu Ultra Shape.



Rupa rupanya kita di gelanggang yang sama dengan produk yang berlainan. Semoga niat kita bersama untuk buat bussiness diberkati Oleh Allah SWT.

Mungkin produk kami bukan produk Bumiputera, produk kami datang daripada USA, sebuah negara yang katanya menyokong Yahudi. Mungkin cikgu marah dengan USA sebab serang Palestin. Saya dapat tengok sejak pertengahan bulan Ogos pun cikgu dah menyebarkan propaganda propaganda ini.



Owh baru saya perasan, rupa rupanya cikgu sejak dari awal lagi telah membenci kami. he he he. Tak baik benci teruk teruk nanti akan jatuh sayangnya !!!!

BEGINILAH CIKGU .....

Apa yang berlaku antara cikgu dan agen Shaklee tersebut biarlah menjadi isu cikgu dengan agen tersebut.

Sebab jika saya, saya memang tak boleh nak terima bulat bulat apa yang cikgu cuba propagandakan. Ini berdasarkan sebab;

1. Bukti yang cikgu tunjukkan adalah tidak telus kerana kenapa perlu sembunyikan nama pengadu yang bermesej dengan cikgu.

2. Cikgu juga merupakan usahawan produk supplement kesihatan iaitu Ultra Shape. Saya juga agak 'curious' dengan produk cikgu kerana saya tak pasti adakah ia telah menjalani beribu ribu ujian klinikal seperti mana produk Shaklee? Yang lebih membimbangkan adakah cikgu juga turut mengambil produk tersebut? Saya juga boleh katakan cikgu mungkin berpenyakit kerana produk tersebut !!!!!

Cikgu kata cikgu ambil supplement Shaklee awal Ramadhan (awal Bulan Julai) dan STOP 29 Ogos 2014.


Tapi dalam pertengahan Bulan Ogos cikgu dah mula membenci Shaklee dengan mengatakan Shaklee membantu Israel !!!! Dalam membenci cikgu masih makan supplement Shaklee sehingga 29 Ogos 2014. Hurmm .....

3. Adakah mungkin rahim cikgu sememangnya dah bengkak sebelum ini, mungkin rahim cikgu yang bermasalah sebelum ini. Adakah terdapat sebarang pembuktian yang rahim cikgu ok sebelum ini?

Saya bukan berniat hendak membuktikan cikgu tidak bersalah. Tetapi saya juga orang yang bekerja dalam kesihatan. Dalam masa 2 bulan cikgu makan supplement Shaklee cikgu dah membuat anggapan semua ini disebabkan oleh Shaklee !!!


Cikgu perlu buktikan dengan apa jua kajian klinikal yang mana makanan tambahan boleh memberi kesan kepada pembengkakan Rahim jika diambil dalam tempoh hanya 2 bulan ?!!!!

Saya mungkin akan menjadi lebih hormat kepada cikgu jika cikgu dapat buktikan sememangnya hanya supplement Shaklee yang telah menyebabkan cikgu jadi seperti itu. Buat ujian, buat pemeriksaan. Ini baru setakat mendapatkan pemeriksaan di klinik yang 'pakar', cikgu telah membuat persepsi sendiri. Lagipun doktor tu hanya bagi kat cikgu Asid Folik dan Kalsium kan .... !!!! 

Untuk seorang pesakit itu dikatakan mempunyai kencing manis sekalipun, ia bukan mengambil masa 2 - 3 bulan tetapi penyakit itu hanya dapat dikesan setelah 5 - 10 tahun lamanya. 

CIKGU ...... CIKGU ....... CIKGU

Jika benarlah bagai di kata, cikgu mungkin ada yang tidak serasi dengan beberapa nutrisi yang terdapat dalam supplement Shaklee.

Mungkin jugak cikgu turut mengambil supplement lain.

Mungkin jugak cikgu berdendam dengan Agen Shaklee tersebut.

Mungkin juga sebab cikgu marah Shaklee yang katanya menyokong Israel.

Kalau nak dibandingkan kes cikgu ini, banyak lagi testimoni lain yang membuktikan sebaliknya. 



Saya telah menggunakan penaakulan fikiran saya yang waras dalam membantu cikgu mencari penyelesaian terbaik. Mungkin saya boleh marah dan maki cikgu menggunakan cara yang digunakan oleh cikgu, tetapi sebagai lelaki yang ada 9 akal tak mungkin saya berbuat demikian.

Saya tidak bertanding untuk membuktikan cikgu bersalah atau berniat untuk membuatkan cikgu menukar persepsi cikgu. 

Mungkin cikgu boleh renung kembali Posting yang cikgu buat dalam facebook cikgu sendiri;


Wallahua'lam