07 September 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ~ Nur Zahra Aisyah~ 2 Tahun

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini genap umur Zahra 2 tahun.  Momen melahirkan Zahra masih segar lagi dalam ingatan ibu.

Ibu doakan semoga Zahra jadi anak solehah, bijak dan sihat.


Apa yang ibu boleh simpulkan perangai Zahra ialah

- Senang mandi, bila ajak tu, dia menonong je ke bilik air atau terus buka baju, kalau kita lambat dia pula yang bising. He.

- Kalau ajak cuci yak, pun senang,  kira kalau tanya jawap la dia yak.  (Kenapa ini pun jadi point aku?  Sebab berbeza dengan abang dia yang malu tidak hingat, susah hendak mengaku)

- Dah mula hendak pilih baju sendiri.  Layan jelah.

- Susah hendak ambil gambar senyum, ibu perlu agah atau sebut 'gigi'.  Kadang tidak layan juga.  Huhu.  Tengok nasib dan mood dia lah.

- Senyuman Zahra sangat manis.  Umpama ubat penenang untuk ibu. *Cair*

- Suka jadi macam kakak kepada Aisy.  Bila kita tegur Aisy, dia pun sibuk tegur / marah.  

- Bila marah Aisy suka cakap, "Biasaaa dia tue, haip!!" Pastu tepuk lantai..huhu..

- Suka ikut apa abang dia buat. Contoh abang memanjat dia memanjat, abang merengek, dia ikut merengek, sebab itu ibu suka pesan dekat Aisy jangan buat perangai.

- Kalau gelak tidak ingat dunia.  

- Kalau kata nak sesuatu hendak juga.  Berani hendak larang?  Kadang ibu buat ketegaq ibu juga.  Lalalalalla.

- Kalau datang penyakit taknak, semua benda taknak.  Ini start umur berapa ibu lupa, kalau dia tengok nak sampai rumah, dia da kenal area nak dekat sampai rumah, dia akan cakap, taknak.  Meraung lah dia dengan perkataan taknak.  Tidak mahu balik.  Mungkin tak puas berjalan.  So penyakit ni berjangkit dalam perkara yang kadang tak pasti.  Haha. Phew! Serius mencabar.  

- Macam mana mengamuk pun, Zahra akan terkulai atau senyap bila ibu sua ubat penenang. (t*t*k)

- Kalau da sampai masa hendak tidur waktu malam, da pandai sebut "atas".  Maksud dia, jom ibu kita tidur kat atas, mata da tak larat ini.  Huhu.  Ini pun kalau lambat dia melalak.  Time ini aku kena cepat-cepat makan vitamin.  Yela, baru hendak merajinkan diri makan vitamin.  Sian baby dalam perut ini.  Da 3 bulan baru ibu nak merajinkan diri.

- Ya, ibu mengandung sekarang 15 minggu sudah, Zahra sebelum ini takut dengan baby, tapi bila bagitahu dalam perut ini ada baby, dia teruja, usap perut, cium, kalau jumpa pic baby mesti sebut, baby!

- Sejak ngandung da pandai main anak patung.  Dulu? harem!

- Semalam jadi macam ibu, dia susukan anak patung. Katanye, "Boboy nak t*t*k".

- Selalu berebut mainan ngan Aisy, sama je perangai dua2, apa yang abang pegang itu yang dia nak, tak dapat menangis, gitu juga ngan abang, apa yang adik pegang tetiba je rampas.  Haru *_*

- Berat Zahra dari 6 bulan sehingga last timbang 1 tahun 9 bulan hanya 11 kg.  Ada pun naik 1/2 kg je kot.  Minggu depan cek up sekali dengan ibu jumpa doktor, harap bertambahlah.

Apa lagi ye?  Itu je kot setakat ini.  






Shah Iza Shahdan
Pengedar Shaklee [ID: 913771]
017-7807014

Tiada ulasan: