31 Julai 2009

Hanya Di Sini



Hanya Di Sini
Hanya Di Sini Tempatnya
Tempat Aku Meluah Segala
Meluah Rasa Hati Yang Tependam
Termasuklah Rasa Hati Yang Tak Boleh Dikongsi Dengan Orang Yang Aku Sayang
Bila Orang Yang Aku Sayang Dah Tahu blog ni
bla bla bla
Terpaksalah aku tutup blog ni...



eececcece..ayat last tu aku da tak ingat..aku bedal je..tp sape yg tgk cite blogger boy malam tadi..mesti tau kan..aku suke kat Ki lew..suka dari dia jadi pengacara Destinasi Bajet lagi..Segalanya ttg die..sebab die sorg yg bersahaja..kalo sape2 suke tgk Destinasi Bajet pasti tahu die suka order atau minum apa.. :P





HRMIS

Hari ini perlu meluangkan masa untuk meng'apdet' harta, hutang, dan segala ttg duit di HRMIS..
Hari ni last day..
Nama aku da naik..
Aku tak apdet lagi lepas isi masa mula2 masuk keja..
Akan dikenakan tindakan ek???
Bahaya..bahaya..
so hari ini tumpuan adalah pada ANGKA..
aku adalah seorang yg 'last minute' kan..
hahaha..tu sememangnya..
sape yg belum wat, p wat
ada harta je terus apdet
jgn jadi mcm aku..
da dpt memo baru nak wat..:P


30 Julai 2009

hilang percaya

kadang ada sebab kenapa kita taknak beritahu sesuatu walaupun benda tu benda baik.
kalo benda buruk lagi la patut kita tapis takut mengaibkan orang, kan.
kadang kita rasa walaupun benda baik kita tak nak war-warkan agar taknak dikatakan riak.
biar org tahu dari orang lain.
kadang kita taknak bgtahu sebab kita rasa belum sampai waktu.
atau kita rasa kita tak layak untuk dapat berita baik itu
walau kita tahu itu rezeki dari Tuhan
tp walau apa pun perkara baik atau burukkita akan share dengan orang yang sentiasa bersama kita je. tahu perkembangan baik buruk hidup kita.
Hari ini aku dapat surat, bile org yg buka surat tu duk paksa aku bukak surat tu cepat aku teruja. Aku ingat aku dapat surat tukar. Tapi bila berita baik lain yang diterima, si pembawa berita beria nak tahu sama. Aku minta die berjanji jgn beritahu sesiapa. Bila tak percaya, aku minta bersumpah. Aku lihat bibir nya terkeluar perkataan SUMPAH. Aku beritahu dan kongsi gembira.
Tapi bila ramai yg dapat tahu dan org yg bersumpah yang menyebarkan aku jadi hilang percaya. Sejujurnya aku tahu aku tak layak dapat anugerah tu. Aku tahu aku mcm mana. Aku tahu orang akan kata aku dapat sebab 'turn'. ye, aku pun mengaku, sebab tu aku MALU utk itu. Malu dikata orang. Tak pe la..itu antara dia dan Tuhan. Aku da maafkan. Benda da jadi. Lagi pun biasa la manusia, kadang2 excited nak sampai sesuatu yang die rasa org lain tak tau..Mmg best perasaan tu..hahahaha.
Pape pun bila aku fikir balik kalo ikut 'turn', 'turn' aku tahun lepas. Tapi aku tau aku mmg tak layak so aku just let go. Aku percaya 'turn' ini sebenarnya rezeki. Tuhan tahu aku 'sesak' tahun ni. Byk lobang2 yang nak kena bayar..yang tak habis berbayar..Maknanya ini rezeki atau hadiah perkahwinan kami. Alhamdulillah...
p/s: Abg Razi Selambakreatif, cepat2 siapkan album kawen iza. Tuhan da bagi rezeki nak bayar abang ni..huhuhu

29 Julai 2009

takut..

tibe2 aku jadi berdebar2...
tanda aku takut
di sini dah ada..
di sana pun ada juga..
merata ada
dimana saja orang perkatakan
pelbagai cara dilakukan
tapi tak juga berkesan
adakah ini satu peringatan
agar kite mengingatiNya
agar kita siap sedia
supaya bila ajal tiba
kita redha menghadapinya
ye..H1N1 atau selesema Bab!
mana2 institusi pengajian kebanyakkannya dikuarantin
adakah wabak ini akan menular sehingga tempat kerja kita juga dikuarantin
masa itu Maha Hebat ujiannya
asalnya mmg aku tak kisah pun dengan penyakit ini
nampak tidak la terlalu bahaya
tapi bila angka yang kena semakin ramai
kawasan paling dekat ngan aku juga ditutup iaitu UiTM Shah Alam
aku sangat bimbang
lagi bimbang bile suami aku selesema semalam
sek yg sgt dkt ngan tempat kerjanya
iaitu di Johor Jaya juga ditutup
aku jadi takut
aku minta suami aku pergi hospital cepat2 kalo ada tanda lain
harap sgt takde tanda2 lain
dan cuma selesema biasa.
Tuhan, terima kasih dengan ujian kecilMu ini
kerana buat aku takut dan gentar akan kekuasaanMu





28 Julai 2009

soalan maut

adoi..sape la taknak anak kan..baru 2 bln da terseksa batin dgn soalan2 maut.
contoh soalan yg biasa didengar ala2 berlapik 'da ada ke?'..
ye..soalan tu normal...mungkin aku pun pernah tanya orang gak..

pastu ada yang tanya 'merancang ke?'
aduh..aku normal beb..aku nak anak..suami aku pun nak anak..
tu lah tujuan utama aku nak kawen..

adik aku yg paling kecik pun da 19 thn..
ptt panggil adik aku yg beso pjg da..haha..merepek plak.

Jadi, bayangkan la brape lama aku takde budak kecik..
aku mmg suka budak kecik atau baby...
kalo jumpe budak kecik mau habis aku kerja kan.
bukan kerja pe la..main ngan dorg la..
sampai ada org kata..kalo aku ada anak abis la teruk dikerjakan..
kalo baby lak puas aku gomol atau paling cikai aku kiss lew..

tp yg tak blh blah ble org tanya 'bile nak ada?' atau 'kawan baik ko da ada da'

ayat yang tu mmg lemah..kadang aku senyap dan senyum je..tp dalam hati aku berkata..patut tak kalo aku bahasakan orang ni..hahahaha
mana taknya..soalan bodoh ke atau org yg tanya tu bodoh...wakakakaka...
kalo nak bercakap tu sesedap bahasa die je berbunyik..haha..mungkin la ko gurau kasar kan..

Alang kata pe susah cakap je la 'dalam proses' atau kalo org yg sopan2, baik budi bahasa mesti cakap 'takda rezeki lagi'tapi aku da muak nak jawap menda sama. so sebab tu aku senyap dan senyum

kalo ikut bahasa kasar aku lak nak je aku cakap 'ko tanya la Tuhan sendiri, tu kan kuasa dia'atau 'kalo boleh sekarang gak aku nak ada' atau 'ko blh tlg adakan utk aku tak'

ye...ko bujang atau ko da ada anak. so senang la nak tanya bukan2 kan..sekarang, aku tak dapat bayangkan org yg bertahun2 kahwin tak punya anak lagi..lagi lah sakit hati..lagi lah menderita batin..penantian ini satu penyiksaan, mungkin ada hikmah..aku cuma mampu berserah (^^,)





Tag berkenaan hp dari Iza

Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
fon sony da lebih setahun,
fon nokia setengah tahun..

apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?
fon sony - pic kawen yg di edit oleh OP.
fon nokia - hubby aku set wallpaper yg berubah2. ada 3, ketiga2 pic tu pic kawen kami. 1 pic kawen yg diedit OP, 1 pic kawen sebelah suami, 1 pic kawen malam berinai.

Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
fon sony -115
fon nokia - 49


Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?
fon sony - 8
fon nokia - 5

Sekiranya diberi peluang, nombor artis mana yang anda mahu?
tak terpk pun nak ada no artis.

Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
tak ingat tp lebih dari 10 plus tukar2 hp dgn hubby


Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
mula2 guna maxis. bile hp sony rosak n perlu repair, aku beli xtra fon utk sementara. bile da ok dan kebetulan celcom ada promotion best stgh sen utk xpac, kami lebih guna celcom. maxis diteruskan bile kredit celcom da abis dan 3g je.


Nada dering yang anda gunakan?
tak ingat la..bukan aku yg set pun.he.

Senarai top 5 yang anda selalu msg?
~ hubby
~zura
~nana
~mama
~alang



Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
B


Orang yang nak di tag?5 org ni sahaja :
no ide












kesuburan

Hari ni pepagi lagi da sakit perut. Suamiku pun sakit perut dari semalam. Adakah penangan makan kenduri, atau aku mengambil sedikit kesakitan suami. wow romantiknya. ops terlebih sudah..xceli nak share berkenaan dengan kesuburan since aku pun berminat dgn fakta itu.




SETELAH memahami beberapa perkara di bawah, anda akan lebih memahami mengenai kitaran haid anda:

Fakta Pertama - Kitaran haid seseorang wanita adalah bilangan hari di antara dua kedatangan haid berturutan. Jika bilangan atau tempoh hari di antara hari pertama kedatangan haidnya pada sesuatu bulan dengan hari pertama haidnya pada bulan berikutnya adalah 32 hari, kitaran haidnya adalah 32 hari untuk bulan terbabit.

Fakta Kedua - Tidak ramai wanita mempunyai bilangan hari kitaran haid yang tepat setiap bulan. Ada kalanya kitaran haidnya 30 hari, ada kalanya 28 hari dan sedikit berubah-ubah.Ini tidak bermakna seseorang itu tidak subur, malah ramai wanita yang subur mempunyai corak kitaran haid yang sedikit berubah seperti di atas.

Ini adalah contoh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat. Jika kitaran haid A tepat setiap 30 hari dan jika A didatangi haid pada 20 Jun lalu, boleh diramalkan A akan didatangi haid pada 20 Julai, 19 Ogos, 18 September, 18 Oktober, 17 November dan 17 Disember, iaitu tepat setiap 30 hari.Tarikhnya berbeza kerana bilangan hari dalam bulan kalendar adalah berbeza iaitu 30, 31 atau 28/29 hari (jika Februari).

Maka, jika B didatangi haid tepat pada setiap bulan contohnya pada 10 hari bulan untuk setiap bulan berturutan, kitaran haid B sebenarnya tidak tetap, tetapi boleh dikatakan teratur kerana bilangan harinya hanya sedikit berbeza. Selain itu, besar kemungkinan (namun tidak semestinya), kesuburan B elok iaitu berlaku ovulasi dengan teratur.

Sekarang, anda boleh menyatakan dengan pasti jenis bilangan kitaran haid anda serta ketepatannya iaitu sama ada ia tepat, sedikit berubah atau banyak berubah? Setelah mengenal pasti bilangan hari kitaran haid anda, kini anda perlu memahami beberapa fakta tambahan berikut:

Waktu subur berkait rapat dengan waktu ovulasi (pengeluaran telur matang).Fakta Ketiga - Kebanyakan kajian menunjukkan ovulasi berlaku 14 hari sebelum fasa luteal kitaran itu tamat dan seseorang didatangi haid (jika tidak hamil). Ada kajian lain pula yang melaporkan ovulasi berlaku sekitar 12-16 hari sebelum fasa itu tamat.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari secara tepat setiap bulan, bolehlah dikatakan ovulasinya berlaku 14 hari sebelum haidnya iaitu pada hari ke-14 setiap kitaran.

Bagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid setiap 30 hari pula, ovulasinya pula adalah pada hari ke-16 (kitaran 30 - 14 hari fasa luteal).

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang sedikit berubah, misalnya jika kitaran haidnya paling pendek 27 hari dan paling panjang 34 hari, maka waktu ramalan ovulasinya adalah di antara 27-14 = hari ke-13 sehingga 32-14 = hari ke-18. Malangnya, tarikh tepat ovulasinya hanya boleh dinyatakan setelah dia didatangi haid berikut. Sukar untuk membuat persediaan bersama dan ini hanya menambah tekanan untuk membilang hari.

Fakta Keempat - Didatangi haid tidak semestinya bermakna seseorang itu subur atau ada mengalami ovulasi. Ini sering menjadi salah faham.

Fakta Kelima - Kesuburan wanita juga tidak hanya tertumpu kepada ovulasi saja. Terdapat faktor lain seperti tiub falopio dan rahim.Anda dinasihati tidak terlalu memikirkan ketepatan tarikh, waktu subur atau ovulasi ini. Lebih elok dan lebih berkesan (seperti laporan kajian) jika hubungan seks dimulakan setelah haid habis dan dilakukan kerap, sekurang-kurangnya setiap tiga hari.

Ini bagi memastikan sperma suami yang masih hidup sentiasa berada di dalam tiub falopio pada bila-bila masa menunggu kedatangan ovum anda.

Kebanyakan sperma mampu bertahan selama sehingga tiga hari saja, malah ada yang mati sejurus dikeluarkan bersama air mani sewaktu ejakulasi, ada pula yang dapat bertahan lebih lama.

Itu pun jika bilangan dan kualiti sperma suami normal.

Selain itu, beberapa petanda tambahan dapat membantu anda mengenalpasti ovulasi seperti lendir atau mukus jernih berupa hingus cair, sakit sebelah ari-ari (mittelschmerz), ujian air kencing (kit peramal ovulasi), pemeriksaan mikroskopik sampel air liur (mengesan corak 'fern') serta perubahan suhu badan yang juga boleh membantu.

Semua ini hanya berkait dengan ovulasi sedangkan kesuburan wanita mempunyai beberapa faktor lain. Seeloknya berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan kesuburan.

p/s: byk laman web yg menyediakan kalendar kesuburan. cthnye: Ratuhati.com, BaiBoo, BabyCenter, dll. Ini cuma hanya sekadar usaha. Tawakal itu penting kan.


27 Julai 2009

Ahad bersama Suami


Hari Ahad terasa sangat indah bila suami ada bersama. Ada tempat bermanja, teman berborak, teman mengusik, teman utk aku mengada, teman utk aku buat muka, teman utk aku jaga makan dan minumnya..tak lah bosan. tak la hujung minggu aku sama je.

Pagi ahad tu Mak Ngah aku datang jemput meramaikan utk majlis tunang anaknya, Norman di Pandamaran. Mmg takde pape aktiviti haritu melainkan utk mengisi gas aircond yg da tak rasa sejuk lg. Patutnya ada casual outdoor yg da lama tergendala tp OP tu senyap jek. Nak jugak rasa batalkan tapi bila fikir ianya free, kenapa perlu tolakkan. So, tunggu je la. Selagi tak ambil pic casual outdoor tu, selagi tu lah album aku tak siap. Naya je.

Ok, tentang tunang, janji kul 2 tp tolak dalam kul 2.30. Nasib la tak jauh pandamaran tu dari rumah kami. Kira2 lebih dari 10 kereta la. Pas berbincang, saat yang ditunggu2 adalah makannnnn...wah tak ingat aku. dah alang2 lapar, semua lauk aku bedal. ada udang sambal petai, rendang ayam, kari daging, ikan masin, sayur campur, sambal belacan dan ulam. Pastu bedal bubur durian kacang (betul ke?). yang aku tak bedal pulut kuning je..

Dalam kul 4, masing2 cadang nak g Kg Kerinchi or somewhere else (Dewan) kat KL tu untuk jemputan kenduri kahwin sedara Pak Usu tapi sebelum tu balik dulu hantar hantaran. Bila yang lain2 lambat, tak sampai lagi, lama2 kami jadi malas nak pergi. Aku n hubby pun pegi la cari kedai aksesori utk tambah gas aircond. Kata pun hari ahad, jadi byk kedai tutup. Luckly kat Bukit Tinggi klang ada kedai bukak.



Pastu hubby tanya nak g mana. Aku takde ide. Dia ajak g Tasik Shah Alam. Dalam perjalanan tu hubby aku kaco minah cam adik beradik la sebab muka sama kan. Aku pun layankan je. Budak tu pun layan, mungkin tak jangka yang kami suami isteri sebab aku pun duk sengih je..Tetiba hubby aku teringin nak g tengok ikan kat tasik tu. Aku pun layan kan je sebab aku tau suami aku ni minat bela ikan. agaknye sebab tu die tak makan ikan kot..hahaha..pepandai je aku nih..Aku mmg tak minat, so ni 1st time la aku masuk. Kebetulan mcm kami ekori budak2 tu la sebab dorg pun benti kat Tasik Shah Alam gak.


Bg penggemar ikan blh la ke Tasik Shah Alam. Sambil2 buka mata dengan ikan yg mcm2 jenis, boleh bawa anak2 mandi di Wet World, bersebelahan je dgn tempat ikan ni (aku pun tak tau nama tempat tu..). Mau buntang bijik mata aku bila tgk ada ikan2 yang harganya kalah harga orang iaitu hampir RM40k. Segalanya tentang ikan ada disini. Dari utk bahan pancing sampai la utk bela ikan. Besar jugakla kawasan ni..puas jugakla menjelajah..ada belakang2 lagi yang kami tak tgk sebab da nak hampir senja. so, amik je la (kat bawah ni)..len kali leh p area belakang tu.


Sebelum balik aku teman hubby pekena roti aiskrim. aku kurang skit ngan aiskrim sebab ngilu..eesssttt..abis mam balik, siap2 utk suami pulang, sebelum tu singgah makan roti john di A&Z Burger dan ke Seksyen 17 utk naik bus. Malangnya tiket bus utk pukul 9.30 da abis di jual. Paling awal ada pukul 12 tgh malam. Da tak blh buat apa, beli je la. Bila memikirkan esok perlu kerja, kami buat keputusan balik ke rumah utk tdo sebentar. Pe yg bengang bile pergi balik ke stesen bus, bus lambat. sampai nak dekat kul 1. cian hubby aku, duk senyap je kuasa tido tu masih ada. Dalam kul 5 lebih, alhamdulillah dia sampai di Larkin dan adik die datang jemput. Risau juga bile suami balik tgh malam. Bukan apa, mcm2 kite dengarkan pasal pemandu mengantuk ni..Alhamdulillah, Tuhan lindungi suami aku. Gagah suami aku sanggup tak tdo semata2 takut terbabas tak g keje. Sian die sakit pwot tak ilang2. Sib tak wat hal masa kat dalam bus kan b.


p/s: Entah bile lagi aku nak jumpa suami lg..



26 Julai 2009

Sabtu bersama Suami

Kami berjumpa lagi setelah 3 minggu lebih tak bersua. 3G pun tidak. just sms n call. Hari sabtu bermalas2an di rumah. Petang baru berjalan ngan mama ke hospital untuk melawat org kg yg masuk ICU. Pergi sana baru teringat yang kami tak tanya sesape pun detail pasal pesakit. Dengan nama glamer je yg kami tahu kami ke sana. Nama glamer Dek Wang. Nama betul Saiful Nizam(agaknya kata kawan aku). Tu pun tau bile da sampai baru kol org kg tanya tp dorg pun tak pasti sangat sebab da ziarah beberapa hari yg lalu. sorg bg tau tingkat 4 atau 5. sorg bg tau tingkat 6. bile pegi tingkat 6 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, wad bersalin n ICU utk kanak2 atau baby. sib tak de nama Saiful Nizam, kalo tak aku da p ziarah da tanpa prejudis..hahahaha.
Turun tingkat 5 takde nama yg seangkatan. Turun tingkat 4 yg ada nama saiful azmi. Tgk katil kosong. Pesakit India tanya aku cari sape dan suruh rujuk pada jururawat. Mama aku kata pesakit lg pandai bg ide kat kite. he. Dia da biasa duk sini, kata aku. Bile tanya, dah balik semalam katanye. pe lagi tergelak la kami. tp tu la tak tentu betul org yg dimaksudkan betul.
Sebelum ini aku penah pergi melawat sekali dengan kawan2 time tu. tingkat 4. Dalam 2,3 minggu die balik. pastu masuk spital balik. Masa tgk mmg syahdu la. Dengan tempurung kepala yg tiada disebelah kiri. Terpaksa dibuang kerana ada darah beku. Masih tak sedar diri. Ketika mak die nak buang kahak dengan memasukkan tiub di dalam mulutnya, ada riak sakit di wajahnya. lepas berjaya disedut sedikit, Dek Wang menggigit tiub dan kahak masuk semula. Kami dimaklumkan yang sebenarnye dia dah sedar cuma belum buka mata je lepas xciden.
Beliau dilanggar kereta waktu tengah malam pulang ke rumah oleh wanita yang melanggar lampu isyarat di simpang jalan. Yang melanggar minta maaf je. Sedangkan kawan kami ni menderita berbulan lamanya. Itu la lumrah kan atas kehendakNya juga terjadi kemalangan tu.
Ok tutup cite sedih tu. Kesimpulannya kami ke spital pulang tanpa melawat sesiapa. Mama aku duk kesal nape la tak pergi umahnye dulu sebelum pergi. Nak kata apa, menda da jadi ma..he.
Pastu kami ke salun rambut. Memasing nak potong rambut. Da rimas dengan rambut panjangnya. Sebelum ni aku dan mam pernah ke salun lepas aku habis kenduri di rumah lelaki. Kami mengikut jejak alang untuk kerinting rambut. Teringin gak nak rasa rambut kerinting. Aku rasa cantik jugak rambut kerinting ni. Rambut berombak dan rasa cun di situ. Cuma aku rimas juga.
Lepas habis masa di situ, kami ke Domino's pula. Beli lebih skit, bawa pulang utk org rumah. Kemudian terus ke pasar malam pula utk beli keperluan dapur..Seronok juga bile keluar bertiga ni. Aku perasan hubby aku slalu sepakat ngan mama utk pekena aku. besh gak. aku layan je sbb aku tau mungkin itu cara suami aku mengambil hati ibu mentuanye. Syg mama dan hubby!







CintA + KelahiraN II

Lama da janji ngan En. Ashri.. La ni baru wa teringat nak buat..ampunkan wa En. Ashri :P (saje tiru bahasa lu.ahaks!)

Disember

  • Pemurah terhadap perhubungan
  • mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
  • tergesa-gesa dalam perhubungan
  • suka didampingi oleh pasangan
  • benci dikongkong
  • berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)
  • suka mempengaruhi pasangan
  • curang dalam percintaan
  • kurang berkerjasama dengan pasangan
  • selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
  • mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan
  • pasangan ideal: lahir bulan 3,9,11,12

p/s: sbb byk buruk la iza lambat post entry ni <----(alasan)



23 Julai 2009

sukenya....

tak lama lg my best friend akan join sini..leh la kite tukar2 cite selalu..

luv u hani...



sakit tengkok

adei ari ni sakit tengkok la..nak toleh ke kiri je sakit..mesti aku salah tido ni kan..salah bantal ke..adeii..arap tak lama la..




22 Julai 2009

speed typing






jom kengkawan poli try ni..jom kenang balik zaman ngan poli..ngan en. ashri..




59 perkataan

Speed test




p/s:keputusan aku yg tak memberangsangkan..leh cuba lg















21 Julai 2009

Muhasabah Diri

Tempoh perkahwinan yang lama bukanlah ukuran tapi aspek seperti matlamat, tujuan dan pelaksanaan syariat hidup berumahtangga Islam itulah yang seharusnya turut diambil kira.
  • Muhasabah diri. Walaupun telah bertahun lama berkahwin, kita perlu menanyakan diri, adakah cinta dan sayang kepada pasangan kita seluas laut?
  • Apabila hati jadi tenteram, tenang dan merasa cukup serta bersyukur terhadap nikmat yang dimiliki, maka apa juga yang melanda dalam rumah tangga, ia mampu ditangani secara bijaksana
  • Syurga adalah asas kepada Shim, Ra, Ga dan Alif yang membawa maksud Seronok, Riang, Gaya hidup dan Anak-anak.
  • Kasih sayang perlu ditunjukkan dengan ucapan kata-kata pujian dan ungkapan romantis.
  • Jangan meniru atau membandingkan gaya hidup keluarga kita dengan keluarga orang lain (jiran atau teman)
  • Keperluan kehidupan biarlah berpadanan, berpatutan dan berkemampuan. Malah sekiranya mampu adakah ia satu keperluan? Jika tidak dan kita tetap menginginkannya, lantas dalam konteks Islam di situ telah berlaku pembaziran.
  • Cara untuk menyemarakkan rasa cinta dalam sesebuah keluarga ialah dengan solat berjemaah, makan bersama, membaca al-Quran, berzikir, beriadah, berpuasa, bergurau senda serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

sumber Utusan Malaysia 21 Julai 2009 (MEGA)










20 Julai 2009

Bermalas-malasan


Teruja - MU dengan Malaysia



Sepanjang weekend yg baru lepas ni kebanyakan masa aku adalah di depan tv. Seronok juga rasanya sekali sekala menepek je depan tv. Boleh la skit2 nak jadi pengulas rancangan tv. Buat kecoh di rumah sendiri. Aku pasti ramai merasakan saat yg paling best minggu tu bila melihat MU lawan Malaysia. Tentu ramai penyokong MU yang tak melepaskan peluang ke Bukit Jalil. Mana taknya, masa aku tonton di Astro secara live pada petang Sabtu tu, kebanyakannya berpakaian warna merah dan putih. So, segelintir penyokong yang memakai baju kuning je la yang menjadi perhatian media saat Malaysia menjaringkan gol. Masa mula2 permainan aku dan adik2 tidak meletakkan harapan tinggi kepada pemain Malaysia bila melihatkan pencapaian lepas2 Malaysia dibelasah teruk. Dalam byk2 perlawanan hanya ada satu saja jaringan Malaysia. Bila Rooney menjaringkan gol pada minit ke 9, adik aku buat tekaan yg dalam 10 minit MU akan menjaringkan satu gol, jadi mungkin MU akan memecahkan rekod untuk dapat 9 gol. Gurauan itu hampir menjadi kenyataan bila Nani pula menjaringkan gol minit ke 24 dan tersasar habis bila minit terakhir sebelum rehat Amri menjaringkan gol yang boleh dibanggakan.. Teruja masa tengok tu.. Masa separuh kedua plak aku rasa ketegangan perlawanan bila MU tukar pemain dengan masukkan pemain hebat2 termasuklah Owen dan Fabio. Tak putus-putus dia tukar pemain termasuklah tukar penjaga gol. Nampak tinggi penjaga gol tu. Cuak gak masa tu tapi Amri berjaya berlari laju utk menjaringkan gol yang kedua. Mungkin waktu itu penjaga gol MU memandang rendah akan kemampuan Malaysia dengan membiarkan sedetik bola itu terlepas sebelum mengejar. Mungkin MU juga rasa ketegangan waktu itu. Pertahanan Malaysia yang kukuh itu goyah juga bila defend Malaysia yang menggantikan penjaga gol terlepas bola Owen masa minit ke 84. Tapi waktu tu sedikit pun rasa kecewa takda, malah puas. Aku tak rasa Malaysia kalah tapi bangga dengan pasukan muda itu sebab menjaringkan 2 gol adalah kali pertama buat Malaysia berlawan dengan MU. Seperti yang semua sedia maklum, MU tak jadi lawan Indonesia sebab pengeboman hotel yang akan mereka menginap di sana dan berminat untuk lawan lagi dengan Malaysia. Saat ini aku tahu MU pasti akan berusaha lebih lagi untuk kalahkan Malaysia dengan teruk seperti lazim dan Malaysia pasti ada sedikit rasa yakin jadi perlawanan hari ini juga tidak aku jangkakan kemenangan. Cukuplah pasukan Malaysia berlawan dengan bersungguh, pertahanan yang baik dan bukan cara main yang nampak bodoh. Itu sudah memadai dan memuaskan hati aku sebagai penonton. Semoga Berjaya!


Bosan – APM

APM tak best sebab

  • Paling sengal bila artis Indon yg hodoh menyampaikan hadiah memakai jaket yang menampakkan tubuh yang kering BUKA SELUAR dan TUNJUK MONTOT dia yang aku perasan ada tulisan ‘KISS’. Kurang ajar, tidak sopan
  • kebanyakkan artis indon sembrono je berpelukan dan cium pipi ngan pakaian yang menjolok mata. Malu bile tau kebanyakkannye Islam.
  • Setiap kali persembahan suara artis tenggelam timbul
  • Sekali gus buat rasa semua lagu tak best, slow, dll. Termasuk la CT yang bawa lagu CINDAI yang da lama. Tapi ok la dia bawa lagu kedua yang terkini.
  • Crowd yang tak best. Mungkin sebab persembahan pun tak best.

Disebabkan itu aku masuk tidur. Lagi best. Tapi esoknya adik aku cakap pastu ST12 bawak lagu ‘jangan2’. Alor, sikit frust tak dapat tengok performance dia. Takpe..astro mesti ada ulangan kan.









17 Julai 2009

xhousemate

[dari kiri: sue, hani, irfan (anak hani) dan watie]

kami sama2 sama2 duk 1 umah kat flat 'antarabangsa' kat presint 9
kami sama2 1 kelas di politeknik Port Dickson.
antara aku, hani dan watie rapat sejak sem 2.
aku rapat ngan sue utk aktiviti luar terutama camping
tapi dengan hani kami rapat dari sem 1 hingga kini.

perjumpaan ni dah lama aku inginkan.
lepas 2 minggu merancang,
akhirnya jadi juga perjumpaan pada tarikh ini.

bertempat di rumah Hani
aku ingat hari Jumaat masa pjg utk kami luangkan masa
tp tak..sekejap sgt rasanya
tak puas bercerita pun

Hani hidangkan kami juadah Tomyam, rendang ayam dan sotong goreng tepung.
Kami dalam status atau peringkat hidup yg berlainan sekarang

watie masih solo
aku pula baru berkahwin
su berkahwin dan punya anak satu
dan hani paling advance, berkahwin dan punya anak dua...

aku rindu suasana riuh dulu
zaman bujang2
zaman satu bilik
zaman gilew2
zaman gelak ketawa
berkongsi cerita

ye kami penah selisih paham
tp mmg blh dikira dgn jari
dan aku tak ingat walau satu pun pasal perselisihan faham
kadang aku rasa mcm takde perselisihan faham antara kami..

yg aku tau waktu itu sgt seronok..
zaman main2..

kini semua ada haluan hidup masing2
aku ngan hani masih tak lupa utk bertukar cerita
antara ramai kawan aku lebih selesa dengan die
punya peribadi yang baik..


aku harap pas ni akan ada lagi perjumpaan mcm ni..
may be ngan pasangan masing2 ke..
so kena tunggu wati kawen dulu la kan..
si cantik wati ni mestila byk pilihan kan..
duk ketawa je plak tu orgnye..
aku doakan yang terbaik utk wati pilih pasangan hidup dia..
atau mungkin dengan lebih ramai lagi PA2 yg lain..
amacam?
ada bran?
(walhal aku yg tak datang masa korang wat perjumpaan kan..sowi..jauh la wat kat pjy time hjg minggu..he alasan)


(time nak balik berebut2 masing2 nak amik pic..tu pun ide aku tau..aku pun ske bergamba..hik)


















16 Julai 2009

Tidak berbelanja?

FOMCA menetapkan hari ini 16 Julai 2009 sebagai Hari Tidak Berbelanja. Tahun kedua. Kalo tanya pada diri sendiri, pantas jawab tak boleh lagi2 hari kerja. Kalo weekend duk umah satu hari tu boleh la jugakkan. Masak dan makan di rumah je kan. Itu pun kena berbelanja. Lain la kalo kite da beli keperluan tu lebih awal. Atau masak je apa yg ada. Kalo waktu kerja?

Boleh sebenarnya. Sebab tujuan utama FOMCA adalah untuk kita memikirkan tabiat berbelanja kita seharian. Bukan tak berbelanja langsung. Kalo tak berbelanja langsung lagi bagus la kan. Kalo selama ni kita kuarkan duit macam air. Ari ni kita kuarkan duit hanya untuk keperluan sahaja. Bukan mengikut nafsu. Bagi yang berkenderaan sendiri, mmg tak dapat dielakkan untuk minyak, tol dan parking kan. Kalau yang dapat kurang atau elak salah satu dari tu mmg beruntung la.. Kalo yang tumpang kawan lagi la besh kan. Tapi dalam best2, ada gak yang hulur skit sebab segan gak kan tumpang kosong mcm tu. Bagi yang naik bas lagi jimat kan.

Kalau bab makan pulak, leh bawa bekal je. Tapi bila ramai yang tak tahu awal dan baru tahu hari ni, leh amalkan Brunch iaitu Breakfast + Lunch ye tak..he. Tak kira la nak sarap je atau nak lunch je atau nak makan antara Breakfast dan Lunch atau nak makan waktu pagi dan simpan skit utk lunch kan. Terpulang. Siapa yang berpuasa, bonus la ye tak. Pahala dan jimat sambil sahut langkah Fomca itu.

Pe lagi? Yg hari ni sambut besday atau anniversary? Nak beli keperluan rumah? Takleh tunda hari?terpulang la nak sambut atau tak.. kalo wat atau sambut ala kadar pun kire sokong juga kan. Sebab kita fikir juga cara kita berbelanja. Kalo sekadar wish lagi la sokong, ye tak.. Apa yang penting kite berbelanja secara berhemah. Ingat duit kita bukan cuma untuk hari ini, tp mungkin ada keperluan di masa akan datang. Itu baru dikatakan bijak berbelanja. Menyimpan, beringat2 dahulu, bersenang2 kemudian. Jom share ide BERJIMAT..

Nak makan apa ek sarapan ni? Mcm teringin nak makan lontong lew. lama da tak makan :P
Boleh ke blog nad sbb ada info pasal langkah2 berjimat juge..

09 Julai 2009

Tag Tanda Aku X Berapa Rajin

Tag ni dari isteri org dan bakal ibu iaitu iza :D

1. Bila kali terakhir anda cuci toilet
mase dekat2 ari kawen. kiranya hujung bulan 4 la..

2. Pencuci apa yang anda guna?
Pe ntah namanye. tak hingat. kadang belasah je guna serbuk basuh baju tu

3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa?
tak tentu2 lg i mop..coz mama i rajin utk itu..ahaks!

4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
memandu, mandi atau kalo ada makan dulu, pekena makan malam. sebab tu i da slim.makan awal :P

5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple?
nasi + kicap + sardin

6. Minuman yang anda buat setiap pagi?
milo 3 in 1 or nescafe or teh o (teh o kalo rasa da lama tak buang air besar.he)

7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan?
kai slimut, baca doa dan tutup mata.

8. Harus menjawab tag ini?
tak harus. i tau kalo yg rasa die rajin mesti cepat2 nak wat ni.wakakaka..i tak nak tau sape rajin n malas..tu idup uols..janji uols bahagia













08 Julai 2009

A&Z burger

ha tu die..kengkawan saya tgh gigih siapkan burger..pic ni time awal2 buka gerai..
A&Z burger adalah hak milik WANITA tau.. Aqid & Zura
Biasa burger dimonopoli oleh lelaki je kan..
Dorg mmg minat bisnes..
dan dalam erti kata lain baru nak berjinak2..
bercita2 nak buka restoran sendiri pasni..
amin..
Angah doakan korang berjaya satu ari nnt..
chayo2!!!
(that guy tgh betulkan plug..utk pasang radio lew.penting tu)


Tag 5 - segalanya 5

Tag ni da lama kak ziah bg..so baru la ni nak wat

5 names I go by :
1- angah: family, jiran
2- sayang/buchuk : suami
3- iza: kebanyakkan membe
4- sha: membe sekolah menengah telok panglima garang, kuala langat
5- shah: 'org2 hebat' cthnye Datuk Zalekha dan En. Ashri (my lecturer)

5 Jobs I have had in my life
1. 'ayam'
2. kilang kayu kecil - kasik licin ngan kertas pe tak ingat dah
3. kilang golf
4. kilang kayu - tampal2 kayu yg tak sempurna
5. MoF -syukur sgt ngan keje skrg


5 place I have lived before
1. Batu 11, telok panglima garang
2. Kuala Pilah
3. Asrama SMKTPG
4. PoliPD
5. Presint 9, Putrajaya


5 TV shows that I watch currently
1.bigger lost weight (kalo tak silap ar)
2.Nur Kasih
3.Gugu Gaga Erra
4.Am I Smarter Than Grade 5 (kalo tak silap lg)
5.Jgn Lupa Lirik! yeay yeay..


5 place I have been :
1-Putrajaya
2-Klang/Shah Alam
3-JB
4-GSC/TGV
5-Masjid Ar-Rahimin-historial memory

5 People that e-mail/contact me regularly :email:
1. kak aza (x-opismate)
2- murni nasir (opismate)
yg dua org tu ari2 leh dikatakan ada.yg len tak kerap lew. leh tak senaraikan yg ni..kerap gak ni
3.friendster
4.myspace
5.facebook
:P

5 of my favourite foods
sume makanan Malaysia yg halal adalah kegemaran aku..

5 things I would like to do :
1-nak tinggal sebumbung ngan suami
2-nak hanimun ngan suami
3-mau buat anak
4-mau bawak mama p jalan2-Cameron, Langkawi
5-nak wat keje la..da bape minit tertumpu wat tag ni..ekekeke..bos jgn tau sy curi masa tau :P

5 friends I think will respond :
ada ke yg nak respond..o kamu ye?ok kamu buat ye..need to noe u too..





07 Julai 2009

tAyaR raBaK

lik keje semalam.
kat puchong.
aku rasa keta bergegar.
sib kat depan ada shell.
dari lane kanan skali terus ke situ sambil tekan signal kecemasan.
aku jadi pelik.
terus call asben.
die suh cek tayar mana takda angin.
'bukan takda angin..koyak la b'
'koyak'
'aah, koyak rabak' sambil gelak + excited..
(pic terbalik. gilew rabak)
'o, mesti sebab lowed dulu tu'
'aah la rajin sgt nak tukar. mcm ne ni?'
'kena tukar tayar spare la.'
'mana ada tayar spare'
'ada kat bonet belakang tu, bawah papan'
'ekh mana saya tau nak tukar'
'kol alang'
'ok'
Pe jadi pas tu?
Alang (adik aku) tak tau tukar tayar gak.. aku kol OG (jiran kg). pun tak tau. tp die tolong aku kol Ijal (bdk kg gak) tlg..duk tgu dorg datang, ada sorg budak shell dtg dan tawarkan pertolongan.
'ekh tau ke?'
'akak ingat saya apa..budak lagi ke?'
sengih je aku.
mana la aku tak cakap camtu. 2 org laki yg aku minta tlg tak tau so aku pk tak sume laki pun tau tukar tayar la. yg ijal tu keje kat Toyota so bab keta mmg dalam tangan lew..
die ngah berusaha aku lak curi2 amik pic die..eekekeke..aku bg la upah tanda penghargaan.
nih hasilnya..kelakar tak..sampai ari sabtu la gamaknye aku drive ngan tayar kecik ni..ari biasa kan kedai kan tutup awal..arap ok la
tgk pic2 tu..mmg kelako gak la sebelah kecik sebelah beso..aku mesej hubby
'kelako la, tayar kecik cam tayar motor'
'Hehe.bkn tayar mtr la. tayar keta sorong'
adik aku plak balik duk tbahak2 gelak..die kata tayar motor die lagi beso..
sabor je la..segan gak la..ekekeke..mau tak nye..yg sygnye bunga tayar ok lg..


menda ni terjadi sebab aku lambat tinggi kan keta tu ngan letak getah booch..
baru2 kawen ritu suami aku baru letak..
walhal bukan mahal pun..
RM15 je..
masa baru beli dlu aku tukar tayar dari size asal tayar 12' ke 15'
pastu lowed dan bile 5 org duduk, atau 4 org berbadan tak sekurus aku (:P)
kalo jalan tmpt tak rata mesti bunyi bergesel yg menakutkan..
dan ini lah bahana nye yg aku dapat..
kesan dari suke menangguhkan sesuatu..huhuhu..

p/s:jgn jadi mcm aku