20 Julai 2009

Bermalas-malasan


Teruja - MU dengan Malaysia



Sepanjang weekend yg baru lepas ni kebanyakan masa aku adalah di depan tv. Seronok juga rasanya sekali sekala menepek je depan tv. Boleh la skit2 nak jadi pengulas rancangan tv. Buat kecoh di rumah sendiri. Aku pasti ramai merasakan saat yg paling best minggu tu bila melihat MU lawan Malaysia. Tentu ramai penyokong MU yang tak melepaskan peluang ke Bukit Jalil. Mana taknya, masa aku tonton di Astro secara live pada petang Sabtu tu, kebanyakannya berpakaian warna merah dan putih. So, segelintir penyokong yang memakai baju kuning je la yang menjadi perhatian media saat Malaysia menjaringkan gol. Masa mula2 permainan aku dan adik2 tidak meletakkan harapan tinggi kepada pemain Malaysia bila melihatkan pencapaian lepas2 Malaysia dibelasah teruk. Dalam byk2 perlawanan hanya ada satu saja jaringan Malaysia. Bila Rooney menjaringkan gol pada minit ke 9, adik aku buat tekaan yg dalam 10 minit MU akan menjaringkan satu gol, jadi mungkin MU akan memecahkan rekod untuk dapat 9 gol. Gurauan itu hampir menjadi kenyataan bila Nani pula menjaringkan gol minit ke 24 dan tersasar habis bila minit terakhir sebelum rehat Amri menjaringkan gol yang boleh dibanggakan.. Teruja masa tengok tu.. Masa separuh kedua plak aku rasa ketegangan perlawanan bila MU tukar pemain dengan masukkan pemain hebat2 termasuklah Owen dan Fabio. Tak putus-putus dia tukar pemain termasuklah tukar penjaga gol. Nampak tinggi penjaga gol tu. Cuak gak masa tu tapi Amri berjaya berlari laju utk menjaringkan gol yang kedua. Mungkin waktu itu penjaga gol MU memandang rendah akan kemampuan Malaysia dengan membiarkan sedetik bola itu terlepas sebelum mengejar. Mungkin MU juga rasa ketegangan waktu itu. Pertahanan Malaysia yang kukuh itu goyah juga bila defend Malaysia yang menggantikan penjaga gol terlepas bola Owen masa minit ke 84. Tapi waktu tu sedikit pun rasa kecewa takda, malah puas. Aku tak rasa Malaysia kalah tapi bangga dengan pasukan muda itu sebab menjaringkan 2 gol adalah kali pertama buat Malaysia berlawan dengan MU. Seperti yang semua sedia maklum, MU tak jadi lawan Indonesia sebab pengeboman hotel yang akan mereka menginap di sana dan berminat untuk lawan lagi dengan Malaysia. Saat ini aku tahu MU pasti akan berusaha lebih lagi untuk kalahkan Malaysia dengan teruk seperti lazim dan Malaysia pasti ada sedikit rasa yakin jadi perlawanan hari ini juga tidak aku jangkakan kemenangan. Cukuplah pasukan Malaysia berlawan dengan bersungguh, pertahanan yang baik dan bukan cara main yang nampak bodoh. Itu sudah memadai dan memuaskan hati aku sebagai penonton. Semoga Berjaya!


Bosan – APM

APM tak best sebab

  • Paling sengal bila artis Indon yg hodoh menyampaikan hadiah memakai jaket yang menampakkan tubuh yang kering BUKA SELUAR dan TUNJUK MONTOT dia yang aku perasan ada tulisan ‘KISS’. Kurang ajar, tidak sopan
  • kebanyakkan artis indon sembrono je berpelukan dan cium pipi ngan pakaian yang menjolok mata. Malu bile tau kebanyakkannye Islam.
  • Setiap kali persembahan suara artis tenggelam timbul
  • Sekali gus buat rasa semua lagu tak best, slow, dll. Termasuk la CT yang bawa lagu CINDAI yang da lama. Tapi ok la dia bawa lagu kedua yang terkini.
  • Crowd yang tak best. Mungkin sebab persembahan pun tak best.

Disebabkan itu aku masuk tidur. Lagi best. Tapi esoknya adik aku cakap pastu ST12 bawak lagu ‘jangan2’. Alor, sikit frust tak dapat tengok performance dia. Takpe..astro mesti ada ulangan kan.









1 ulasan:

nadirah berkata...

betullah...APM kali ni membosankan. bingit tinge dengar indunnsss menjerit2. pastu pakaian sume saksiiiisss termasukla si 'BOMBERS KISS' yg sengal ituh. audio system dia tak best. sangat membosankan. huh.