27 Julai 2009

Ahad bersama Suami


Hari Ahad terasa sangat indah bila suami ada bersama. Ada tempat bermanja, teman berborak, teman mengusik, teman utk aku mengada, teman utk aku buat muka, teman utk aku jaga makan dan minumnya..tak lah bosan. tak la hujung minggu aku sama je.

Pagi ahad tu Mak Ngah aku datang jemput meramaikan utk majlis tunang anaknya, Norman di Pandamaran. Mmg takde pape aktiviti haritu melainkan utk mengisi gas aircond yg da tak rasa sejuk lg. Patutnya ada casual outdoor yg da lama tergendala tp OP tu senyap jek. Nak jugak rasa batalkan tapi bila fikir ianya free, kenapa perlu tolakkan. So, tunggu je la. Selagi tak ambil pic casual outdoor tu, selagi tu lah album aku tak siap. Naya je.

Ok, tentang tunang, janji kul 2 tp tolak dalam kul 2.30. Nasib la tak jauh pandamaran tu dari rumah kami. Kira2 lebih dari 10 kereta la. Pas berbincang, saat yang ditunggu2 adalah makannnnn...wah tak ingat aku. dah alang2 lapar, semua lauk aku bedal. ada udang sambal petai, rendang ayam, kari daging, ikan masin, sayur campur, sambal belacan dan ulam. Pastu bedal bubur durian kacang (betul ke?). yang aku tak bedal pulut kuning je..

Dalam kul 4, masing2 cadang nak g Kg Kerinchi or somewhere else (Dewan) kat KL tu untuk jemputan kenduri kahwin sedara Pak Usu tapi sebelum tu balik dulu hantar hantaran. Bila yang lain2 lambat, tak sampai lagi, lama2 kami jadi malas nak pergi. Aku n hubby pun pegi la cari kedai aksesori utk tambah gas aircond. Kata pun hari ahad, jadi byk kedai tutup. Luckly kat Bukit Tinggi klang ada kedai bukak.



Pastu hubby tanya nak g mana. Aku takde ide. Dia ajak g Tasik Shah Alam. Dalam perjalanan tu hubby aku kaco minah cam adik beradik la sebab muka sama kan. Aku pun layankan je. Budak tu pun layan, mungkin tak jangka yang kami suami isteri sebab aku pun duk sengih je..Tetiba hubby aku teringin nak g tengok ikan kat tasik tu. Aku pun layan kan je sebab aku tau suami aku ni minat bela ikan. agaknye sebab tu die tak makan ikan kot..hahaha..pepandai je aku nih..Aku mmg tak minat, so ni 1st time la aku masuk. Kebetulan mcm kami ekori budak2 tu la sebab dorg pun benti kat Tasik Shah Alam gak.


Bg penggemar ikan blh la ke Tasik Shah Alam. Sambil2 buka mata dengan ikan yg mcm2 jenis, boleh bawa anak2 mandi di Wet World, bersebelahan je dgn tempat ikan ni (aku pun tak tau nama tempat tu..). Mau buntang bijik mata aku bila tgk ada ikan2 yang harganya kalah harga orang iaitu hampir RM40k. Segalanya tentang ikan ada disini. Dari utk bahan pancing sampai la utk bela ikan. Besar jugakla kawasan ni..puas jugakla menjelajah..ada belakang2 lagi yang kami tak tgk sebab da nak hampir senja. so, amik je la (kat bawah ni)..len kali leh p area belakang tu.


Sebelum balik aku teman hubby pekena roti aiskrim. aku kurang skit ngan aiskrim sebab ngilu..eesssttt..abis mam balik, siap2 utk suami pulang, sebelum tu singgah makan roti john di A&Z Burger dan ke Seksyen 17 utk naik bus. Malangnya tiket bus utk pukul 9.30 da abis di jual. Paling awal ada pukul 12 tgh malam. Da tak blh buat apa, beli je la. Bila memikirkan esok perlu kerja, kami buat keputusan balik ke rumah utk tdo sebentar. Pe yg bengang bile pergi balik ke stesen bus, bus lambat. sampai nak dekat kul 1. cian hubby aku, duk senyap je kuasa tido tu masih ada. Dalam kul 5 lebih, alhamdulillah dia sampai di Larkin dan adik die datang jemput. Risau juga bile suami balik tgh malam. Bukan apa, mcm2 kite dengarkan pasal pemandu mengantuk ni..Alhamdulillah, Tuhan lindungi suami aku. Gagah suami aku sanggup tak tdo semata2 takut terbabas tak g keje. Sian die sakit pwot tak ilang2. Sib tak wat hal masa kat dalam bus kan b.


p/s: Entah bile lagi aku nak jumpa suami lg..



Tiada ulasan: