28 Jun 2011

Durian

Aku adalah salah seorang penggemar buah tempatan ni.
Tahun lepas beli berguni-guni sebab kat Pasar Borong Pandan, JB ada buat pesta durian.
Aku dimaklumkan setiap tahun memang ada pesta durian di JB ni.
Tunggu punya tunggu tahun ni rasa lambat sangat.
Tiap-tiap hari lalu lalang gerai durian tepi jalan.
Makanya aku dan suami dah tak tertahan.
Mana tak nya, jiran pun duk bagi bau je.
Akhirnya kami singgah juga.

Kononnya nak ambil yang 3 RM10.
Tapi suami aku terpesona dengan kata-kata Cina loghat kelate tu.
Akhirnya beli yang ni





sebijik RM18.

Rasa???


Tak memikat hati..
Jadinya akan tunggu untuk pesta durian..
Cepatlah...nafsu menggila ni.



27 Jun 2011

Fibroadenoma II


Berbalik pada entri ini, saje aku nak berkongsi info serba sedikit dari pengalaman.  Sekaligus menjawab pertanyaan affa.

Bagaimana aku mula mendapat tahu?

Bermula dari kawan dan pendedahan kesihatan yang diberikan semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan.

Kawan iaitu  2 orang rakan karib, seorang kawan sama belajar di poli dan seorang kawan di Kementerian Kewangan sendiri.  Secara ringkas, mereka berkongsi cerita iaitu dari pemeriksaan payudara sendiri mendapati ada ketulan dan membuat pemeriksaan di Hospital Putrajaya, hari yang sama dapatkan tarikh untuk pembedahan dan selepas di bedah, keluar wad pada hari yang sama.  Bunyi macam senang je kan.

Semasa belajar pemeriksaan sendiri di Putrajaya pula aku dapat info bagaimana rupanya kanser. Kulit seperti oren sunkist, ketulan yang keras dan saiz B yang tak sama.




Bila aku dapat kesan?

Sebenarnya aku mula rajin cek sendiri bila da tahu tu.  Kadang ragu-ragu sendiri. Entah ya, entah tidak.  Bila da tunang tu da dapat rasa, tapi tak yakin.  Bila ada lagi pemeriksaan di tempat lain, aku pergi dan bertanya pada jururawat, katanya bukan.
Hati aku mengiyakan.


Sampailah saat aku berkahwin, melahirkan dan menyusukan.  Aku mengepam.  Hasil pam aku biasanya macam ni.



My Right B pasti akan memberikan hasil lebih dari My Left B.  Walau dalam keadaan Aisy baru lepas menyusu My Right B.  Rakan seangkatan kata tak pula mcm aku.  Jadi perasaan inilah yang buat aku kuat untuk periksa apa yang selama ini yang buat aku tertanya-tanya dan ingin tahu.

23.11.2010 - Masa ini aku beranikan diri nak tahu apa ketulan tu.  Kalau ikut hati memang taknak pergi sebab aku rasa kalau teruk pun, aku nak menyusukan aisy paling kurang 6 bln.  Tunggu jumpa doc mmg berjam.  Bila jumpa tak sampai 5 minit pun.  Meyakitkan hati.  Aku pergi KK Kg Melayu.  Jumpa doktor, yang dipentingkan ialah borang masa berapa lama sehingga dapat jumpa dia.  Pastu kelam kabut nak habiskan patient yang menunggu.  Langsung takda hati nak cek.  Bila aku cakap, dia kata perasaan aku je.  Bila aku cakap pasal tanda-tanda yang aku rasa, dia kata aku terlalu banyak membaca.  Doktor apakah ini?? Terus aku suruh dia pegang tempat yang aku rasa, tak cakap apa, terus tulis di kad dan suruh aku datang lagi 3 bln.  Note yang ditulis 'breast tisu ..............module 2x3 mobile in tender'.  Suruh aku datang lagi 3 bln untuk cek balik tanpa bagi sebarang tarikh temujanji.  Tak pelah.  Tak jumpa doktor cam ko pun tak apa.

17.12.2010 - Aku pergi ke Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah.  Ramai puji klinik ni cepat.  Berhampiran dengan Hospital Sultanah Aminah, JB.  Memang cepat. Doktor yang cek terus rujuk aku ke Pakar Pembedahan pada hari yang sama.

Di wad pembedahan ni memang sangat ramai.  Hari Jumaat memang Hari 'B'. He. Jumpa doktor laki. Malangnya, disebabkan aku tak mengepam dan tak pula bawa Aisy, doktor tak dapat cek apa-apa sebab mmg B tengah bengkak.  Bila dia tekan je, keluar susu. Malu juga.  Siap minta maaf.  Cepat dia jawap its ok.  Jadi dia beri aku tarikh 3 bln lagi untuk cek.

Lepas 3 bln jumpa doktor perempuan Melayu pula.  Muda. Kali ini aku bawa Aisy dan anak pengasuh untuk tolong tgkkan Aisy bila aku di dalam.  Doktor dapat kesan,  Kedudukan B kiri jam 7.  Dia menggunakan alatan seperti jarum untuk ambil tisu untuk diperiksa.  Malangnya yang dapat cuma air susu.  Jadi dia bagi temujanji lagi 3 bln untuk tengok sama ada ketulan membesar atau tidak serta temujanji buat ultrasound.

Akhirnya pada 17.6.2011 aku buat ultrasound macam periksa bayi dalam kandungan tu.  Ada terdapat ketulan 1.2cm x 0.7cm.  Ala-ala sebesar guli.  Aku berdua bersama Aisy atas tujuan sama dan juga untuk cek kesihatan Aisy yang da hampir batuk seminggu.  Kali ini dengan doktor India Perempuan. 

Selepas periksa, dengan penuh tumpuan dari mata ke mata dia beri penerangan kepada aku.  Katanya ketulan ini mungkin bukan kanser atas 2 faktor iaitu dalam usia aku bukan peringkat kanser menyerang dan kedua sebab tiada keturunan aku yang pernah diserang kanser.  Dipanggil Fibroadenoma.

Dia bagi pilihan sendiri kepada aku sama ada untuk buat pembedahan atau tidak.  Katanya, kalau teruk dia memang cadangkan untuk pembedahan tapi ini terpulang.


Kenapa kalau bedah?
Kalau bedah, aku masih menyusu dan dia khuatir sekiranya ada jangkitan kuman. Lagi khuatir aku tidak selesa ketika menyusu sebab berdekatan dengan nipple myB. 

aku, 'kan jauh kat bawah doktor'.
doktor: memang. Tapi kalau awak baring dekat dengan niple jika dibedah.

Katanya, jika bedah memang doktor boleh buat kajian apa tisu itu sebenarnya dan mungkin aku sudah lega tiada ketulan tapi dia tak beri jaminan yang ketulan itu tiada lagi selama-lamanya. 


Kalau tak bedah pula?
Kalau tak bedah, aku kena monitor sendiri setiap bulan sama ada semakin besar dan jika ada ketulan di tempat lain juga. Kalau ada, terus rujuk semula dengan doktor.


Hasilnya? dia bagi aku masa untuk fikir. 4 atau 6 bulan.  Aku pilih 6 bulan tapi dia suruh 4 bulan pula. Jadinya bulan 10 nnt lah ye.  Kenapa dia bagi masa lama? dia kata mungkin masa itu, sekiranya hati aku terbuka nak bedah atau susu sudah tak ada.  Aku dah beritahu niat murni aku untuk menyusu 2 tahun.  Dia kata tak apa, kita tengok dulu nanti macam mana.  Atau mungkin tunggu Aisy habis menyusu sehingga 2 tahun katanya.  Tapi jika saya termengandung lagi dan lagi dan lagi?  Doktor kata, takkanlah u tak gap anak lebih 2 tahun.  Siapalah saya doktor untuk menjangkakan semua itu.



Persoalannya, jika kamu di tempat saya.  Bedah atau tidak?


p/s: sehingga kini tak beritahu mama @ keluarga kandung.  Baru je kelmarin beritahu ibu mertua.  Itupun sebab menjawap persoalannya kenapa jauh sangat bawa aisy cek up.


sambungan sini


26 Jun 2011

LIPas terbang?

Salam Sabtu.

Korang pernah kena tak?
Selama 27 tahun sebulan lebih hidup.
Baru aku faham kenapa ada orang kata geli atau takut lipas.
Kejadian ni baru kena kat aku.

Masa aku pergi jumpa Mr. T.
Sedang aku membuang asid. (faham ke ni? (: )
Tengah aku berusaha dengan cepatnya sebab Aisy nak mengikut.
Tetiba lipas terbang dan hampir nak masuk ke dalam kain!

Arggggghhh!!
(Mau tak jerit!)

Makanya aku bersilat la dalam T tu.
Ingatkan lipas tu magik.
Rupanya suamiku kata memang lipas blh terbang..ye ke???????????????????
 
(suka ko ekh dpt takutkan aku.  Seram da jumpa lipas. Harus jumpa suruh laki bunuh. He)









23 Jun 2011

Keletah Aisy 22 Jun 2011

Salam Khamis!

Cerita semalam.

Pengasuh siap wat demo lagi untuk beritahu yang Aisy da pandai memanjat sofa.
Taraaa!!
dan yang buat kami gelak semalam, bila Aisy duk terjelir² lidahnya..
tak pernah² plak..
ntah kenapa..
alahai anak ibu..
ni lah dia pengarang jantung anak ibu..

p/s: yang buat ibu sedikit cemburu bila Pengasuh tunjukkan sifat cemburu Aisy.  Bila pengasuh peluk Omei, Aisy menangis.  Sedangkan ibu ada. Terasa ibu tau Aisy. (^,^)


21 Jun 2011

Fibroadenoma

Apakah itu ?




Ia adalah tumor yang biasa ditemui di payudara wanita.Ia adalah satu benjolan tisu keras yang tidak berbahaya dan bukan kanser.Ia terjadi akibat peningkatan sensitiviti hormon oestrogen wanita.Kebiasaannya ia kenyal lembut dan mudah bergerak ke bawah kulit.Benjolan ini kenyal kerana ia mengandungi kolagen.Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika tersentuh.Ia biasa ditemui pada wanita muda tetapi boleh juga berlaku pada sebarang umur wanita.Fibroadenoma biasa ini mempunyai saiz satu hingga tiga sentimeter.Tetapi apabila saiz bertambah 5 sentimeter keadaan ini dinamakan fibroadenoma gergasi.Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja.

Sesetengah fibroadenoma yang kecil ini akan dapat dikesan semasa kehamilan dan semasa penyusuan bayi.




20 Jun 2011

Keletah Aisy Waktu Makan

Aisy susah nak makan.
Walaupun camtu, tapi aku tak akan paksa dia makan.
Aku akan ambil masa yang lama untuk bagi dia makan dengan tenang.

Sekarang kalau bagi Aisy makan mesti disulam dengan tawa.
Asalnya macam ni...

Pada suatu hari..eceh! Minggu lepas tak silap. Atau lebih. Huhu.
Sambil tunggu Aisy telan bubur dalam mulut,
aku letak bekas makan atas 'tangan' sofa.  Tangan aku berisi sudu stand by bubur nak suap ke mulut dia.
Tiba-tiba Aisy tolak bekan makan!

'Heeeiii!' Terkejut aku.
Aisy gelak sakan.
Ekh budak ni, dalam hati aku sambil tersenyum.
Nakal kan?


Aku tak marah pun sebab tak kotor.
Atas tindakan pantas si ibu! Poyo tak? Haha.

Bila aku nak letak balik, cepat-cepat dia nak tolak!
Nasib aku masih pegang tapi terkeluar lah jeritan aku lagi.
Kemain dia gelak!
Eh, nakal kau ekh. Aku apa lagi. Mulut dia ternganga kan..terus suap!
ahahaha.


Aku saja pancing.
Dia buat lagi.
Aku suap lagi.

Pancing lagi.
Buat lagi.
Suap lagi.


Sampai satu masa.....
-


-


-


--BBBLLLUUWWEEEkkkKK!!!!



ahahaha...ambik!!!
(sila jangan geli ekh..time ni Aisy mampu diletakkan di dapur untuk kuarantin sementara kami membersihkan apa yang patut..ehehe..sebab tu dia main m*t*h dia..bluwek!)
ayah yang penat, tertidur pun terjaga. Marah sebab sambil makan gelak-gelak.  Marah pun, ayah juga yang kena kemas.
aku masih ngan mood gelak sakan.  Aisy main muntah.


result - satu hape pun tak masuk mulut!!! wakakaka.. apa pun tak boley//

Sampai sekarang Aisy mesti nak tumpahkan bekas makanan kalau makan.  Nak ajak gurau la tu.
Sekali dua je aku layan..hahaha..


17 Jun 2011

aisy ke klinik

Penat glew ok. Skrg da jam 4.00 ptg bru smpi dr pg kt klinik. Pg td cek aku. Kul 12 cek aisy coz smlm dmam panas,da smgu btuk n selsema. Sblm ni ada dmam tp skit je. Mcm segan nk dmam. Smlm bru perasan panas sgt. Alhamdulilah cek amek darah td sume ok cuma hb kurg. Da mcm problem masa aku ngandungkn dia plak. Jumaat dpn kena g lg. Sib aku dpt mc ari ni. Wlupun da amek cuti. Doc kte npe amek cuti,bazir je. Amek je mc ni. Ha3 tbaik la doc ni. Aku xnk dia bising lak. Bazir ktenye. Time amek ubat td,malu seh! Aisy tkeluarkan u'uk dr atas suar.kena meja farmasi. dah jd aku nk cpt blah. Ng peg farmasi laki cina tu y x mesra alam. Plastik pun aku mta. Dah tu nk kena mta tlg mskkan. Xnampak ke aku ngah bersihkan u'uk aisy kat meja tu. Da jadi aku xtau pe biji butir ubat tu pun. Lantak lah. Janji aku bg n aisy sht nanti.
Published with Blogger-droid v1.6.8

13 Jun 2011

~KL Gangster, Gigi & Cinderella~

Tiga tajuk itu cerita hari Sabtu 11 Jun 2011. Filem kedua aku bawa Aisy ialah KL Gangster.  Filem pertama Aisy ke panggung ialah Nur Kasih The Movie.  Cerita KL Gangster ni oklah.  Kira tak berat sangat sebab ada unsur komedi dari Zizan dan Sofi. 

Macam mana Aisy di panggung?
Bukan nak puji.  Tapi dia memang budak baik.  Tak meragam.  Kalau ikutkan dia tak sihat.  Batuk dan selsema.  Batuk sejak hari Rabu.  Selsema pula sejak hari Jumaat.  Demam tak demam, orang kata 'dedar'.  Tapi dia tetap aktif.  Malah jadi kuat bebel.  Dalam wayang ni tak dapat nak bergerak ke mana. Jadi kejap dengan ibu, kejap dengan ayah.  Bila penat dia baring. Kasi susu, tidur lah dia. Tidurpun da nak habis cerita.  Kalau masa Nur Kasih dia tidur awal sikit.  Tapi KL Gangster lambat sebab bunyi bising sangat kot.   

Dalam pada tengok wayang tu, Aisy tiba-tiba tarik tudung aku dan gigit.  Aku pun tarik balik la, dan bagi jari aku untuk dia gigit.  Wah! berbunga hati aku. Kenapa? Aisy tumbuh gigi!!!!  Terus bagitahu ayah.  Ayah nya pun suka kot.  Terus cium dahi Aisy.  Keterujaan ibu terserlah bila ibu sekarang suka sangat nak mengusya giginya sampai naik marah aisy. Haha..
(Gambar sekadar hiasan.  Tak sabar nak tunggu peluang snap gigi sulong Aisy)

Bila sudah tidur, keluar wayang dalam kegelapan tu aku angkat Aisy dengan gaya baby lah jawapnya.  Jadi bila bertapak-tapak keluar dari TGV baru perasan yang kasutnya da hilang.  Alahai anak ibu jadi cinderella.  Takkan lah nak masuk balik kan.  Tidak lah jawapnya.  Jadi tinggallah kasut sebagai kenangan ada bayi berumur 10 bulan melayan KL Gangster.  Nanti ibu pamerkan kasut tu ye, mana lah tahu kot ada puteri yang terjumpa. Ahaks! 




(siapa puteri yang jumpa sila jumpa ye Encik Cinderella ada dengan saya..ahaks!..ops kasut murah² saje..AAK!)


06 Jun 2011

berPisah..

Salam Isnin.
Pagi ini bangun pukul 6. Sejuk Sangat. Hujan Lebat.
Perut memulas-mulas. Pagi-pagi jumpa Mr. Tan. 3 kali.
Tak ada hati nak memonteng kerja. Siap juga.



Saat hantar Aisy, macam biasa ajar 'babai'.
Aisy peluk emak (panggilan Aisy pada pengasuh) tanpa pandang ibu.
Biasalah tu. Sebab tumpuan kat tv atau abang Omei.  Anak sedara pengasuh.
Bila dipanggil-panggil ajak 'babai', pandang juga akhirnya tapi menangis.
Tersentuh hati ibu.  Tak nak berpisah dah ye.









(gambar sekadar hiasan)

04 Jun 2011

25 Mei 2011 - Birthday Suami ke 25

Birthday kali ni aku buat simple je macam tahun lepas. (Tak cerita pun)
Cuma tahun lepas celebrate ramai-ramai.
Tapi disebabkan kali ini kami duduk bertiga je.
Jadi sambut bertiga.
Aku tempah apam polkadot dengan member FB.
Tengah hari pulak aku ke kedai kek.
Inilah hasilnya.




romantik tak aku? Ahaks!

Lepas itu dinner ke Pizza Hut. (Dah kata penggemar makanan segera, situlah pilihan dia)
Tapi time makan ni memang tak ada selera.
Ada terima kes penipuan. (Nanti kalau ingat aku cerita)
Aku sibuk dengan telefon dan suami sibuk dengan handle Aisy yang sangat lasak.
Jadinya bungkus dan bagi pada keluarga mentua.
Sian dia. Sorry.
Tapi sebelum tu pergi buat report dulu kat balai pasal kes tipu tu.
Balik rumah da kul 1 lebih.
Nasib badan.