27 Mac 2014

~Bercuti di Legoland Waterpark Johor Bahru~

Assalamualaikum,

Minggu ini minggu cuti sekolah.  Jadi saya ingin kongsikan pengalaman dan mengajak anda ke Legoland Johor Bahru, Malaysia bagi yang bercuti di sekitar Johor Bahru dan yang berhampiran dengannya.  

Legoland Malaysia meliputi Legoland Theme Park, Water Park dan Hotel in One Lego.  (Boleh rujuk di sini). Jadi yang saya hendak kongsikan ialah percutian di Water Park.  Untuk makluman setiap satu lain-lain bayaran.  Ada juga combo.  Sebarang makluman tentang harga dan tiket boleh rujuk sini.  Anda juga boleh terus beli secara online.  Sekiranya anak anda masih memakai pampers, anda dikehendaki membeli "swim diapers" berharga RM10.00.  Menariknya tentang "swim diapers" ialah tetap kering tapi tidak pasti sekiranya anak anda membuang air besar ;)

Jom rasai keseronokan di Legoland Water Park.  Kami pergi pada 12.10.2013 iaitu pada awal pembukaan Legoland Water Park.

LEGO Slide RacersDigalakkan anda memakai baju renang.  Kenapa?  Anda tidak dibenarkan bermain di satu-satunya tempat iaitu di LEGO Slide Racer.  Teruja tengok orang main, bila pergi dilarang main, oh, sedih!  Mana tidak teruja bila tengok golongan remaja berkali-kali berlumba dengan rakan masing-masing.  Pergh! Rasa hendak kembali remaja saja, main bersama rakan-rakan.


(LEGO Slide Racer - satu-satunya permainan yang kami
tidak dapat main)

Antara yang paling menarik perhatian ramai dan mengujakan ialah di Joker Soaker.  Kenapa?  Sebab ramai yang suka tunggu baldi besar penuh dan melimpahkan air dengan derasnya.
Ya, saya juga rasakan keseronokannya.  Tempat yang menjadi tumpuan ramai.








Build-A-Raft RiverBuilt-A-Raft River sesuai untuk ibu bapa dan anak-anak yang ingin merasai dibawa arus sungai sambil bermain lego di atas pelampung.











LEGO Wave PoolBagi yang ingin merasai suasana pantai dan ombak pula boleh ke ruangan LEGO Wave Pool ini.  Hati-hati dengan anak-anak kecil anda sebab ada bahagian yang agak dalam.  Di kaki pantai pula ombak agak kuat menarik. 

 







Kerusi yang disediakan di LEGO Wave Pool, ala-ala pantai sungguh.

Duplo Splash Safari, khas untuk kanak-kanak. credit picture

Lain-lain permainan untuk dewasa ialah 

Red RushRed Flush

Twin ChasersTwin Chaser. Nampak sama tapi lain rasanya.  Sebelah kanan lagi mengujakan bagi yang sukakan cabaran secara bersendiri.

Brick BlasterBrick Blaster.

Splash 'N' SwirlSplash 'N' Swirl.

Splash 'N' Swirl lebih mengujakan sebab ada pusaran.
Tidal TubeTidal Tube
Imagination Station
Masa kami pergi Imagination Station ini masih belum berfungsi.

Untuk makluman kebanyakkan permainan di atas ada nota
The following swimwear is not permitted: cotton t-shirts, exposed zippers, wet suits, water shoes, or any lose articles that may get damaged during the ride, such as hats or sunglasses.
Saya tidak pasti jika kini diketatkan perkara berikut, tapi semasa saya pergi hanya satu sahaja dilarang tapi yang lain-lain dibenarkan.  Bagi kanak-kanak akan diukur ketinggian terlebih dahulu, kesian Aisy tidak dapat main bersama walau mahu.

Makanan pula.ada 2 kafe iaitu 
Brick Bay Café
A sandwich bar, specialising in freshly made sandwiches & thirst quenching mocktails & ice blended drinks.

Beach 'N' Brick Grill
Enjoy a vast assortment of yummy meals at this outdoor eatery. With items like fresh sandwiches, burgers, hot dogs, chicken tenders and delicious salads, this place is sure to satisfy even the hungriest beach bum!

Brick Bay Cafe bersebelahan dengan Joker Soaker danBeach ~n~Brick Grill bersebelahan dengan LEGO Wave Pool.  Harga kedua-dua kafe adalah sama iaitu satu set RM25/seorang.  

Teruja?  Apa lagi, jom ke Legoland Water Park.  Bagi aku memang agak mahal tiket dan makanan tapi untuk sekali dalam hidup apa salahnya anda cuba, jelajah Malaysia dulu sebelum jelajah luar negara.  


Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014