27 November 2009

21 November 2009

HaniMun LasT MinutE


Cite ni da basi tapi nak pahatkan kat blog ni untuk kenangan masa depan. Aku dan suami ke Port Dickson. Ikutkan sejak kahwin kami tak pernah hanimun lagi. So, ni dikira hanimun la kan. Last minit minggu lepas aku dan suami saje nak holiday, berdua. Selalu jumpa sik kat umah mama masing-masing aja, nak gak environment baru kan. He.

Lagi satu sebenarnya aku da rindu kat PD ni. Dah 5 tahun lebih tinggalkan PD, tetiba rindu plak. Tu yang ke sana tu. Jumaat malam Sabtu tu sampai pun da kul 1 lebih kot, so kami pilih hotel cikai jek. Janji dapat tido kan. Tapi mmg tak lena ar, soknye bangun pun badan tak sakit2. Haha, nasib lah..


Esoknye baru cari hotel yang selesa dan menghadap kat pantai mmg susah ar.. Tak dapat ar.. Byk habis. So yang kami dapat tinggal kat apartment . Okla kan janji menghadap pantai. Memang syiok lah.. Lpas check out sok nya aku ajak asben ke Rumah Api, Tanjung Tuan, Melaka.  Actually aku ajak g sana sebab dlu aku ngan membe poli (Rohani dan Wati) pernah jalan kaki dari pantai depan poli kami sampai ke sana.  Memang best ar. Tak penat langsung. Time tu mana ada plan, so takda air pun tak rasa penatnya sbb tgk keindaahan ciptaan Tuhan. Walhal penat gak tu naik bukit ke Rumah Api tu. So layan jek ar gamba ni..







20 November 2009

18 November 2009

Bulan Pertama

Bayi

  • Lapan minggu pertama, bayi anda dipanggil embrio dan berupa seperti berudu.
  • Ia akan mula mengalami pertumbuhan kepala, badan dan jantungnya.
  • Tiub saraf yang akan menjadi otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
  • Pada hari ke 25, jantungnya sudah mula berdenyut.
  • Di penghujung bulan ini, saiz embrio lebih kurang seperti sebutir beras dan mempunyai berat kurang dari 1 auns.
Ibu

  • Anda hamil dan tidak datang haid.
  • Badan anda mula menghasilkan hormon yang diperlukan untuk membentuk bayi.
  • Buah dada akan membesar dan terasa sakit.
  • Anda kerap membuang air kecil kerana pundi kencing anda ditekan oleh rahim yang semakin membesar.
  • Sistem penghadaman anda juga terganggu mengakibatkan sembelit dan kembung perut.
  • Perubahan mood juga biasa berlaku di awal kehamilan.
  • Anda mungkin akan mengidam untuk makan sesuatu.
Tip

Anda boleh menggunakan kit pemeriksaan sendiri di rumah yang boleh dibeli di farmasi.Sahkannya dengan doktor anda bersekali dengan pemeriksaan pranatal pertama anda.Ambil vitamin B asid folik setiap hari untuk mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan saraf tunjang.Tanya doktor anda tentang ubat-ubat serta produk herba yang boleh dan tidak boleh diambil. Berhenti merokok, mengambil dadah dan minum minuman alkohol.



12 November 2009

pisau cukur

Salam. Sape dah tgk pisau cukur? Saya dah. (Tak mcm gaya berlagak kan) Best gak cerita ni. Ending jek wat kite tertanya-tanya. Oleh itu dari 5, saya beri 4. Aku tgk kat JJ, JB. Ramai. Penuh. Cerita ini tak memerlukan pelawak untuk kita terhibur dan ketawa. Nabil yang ada kat dalam tu pun watak kecil yang diberi pun, sekadar biasa2 saje. So aku tabik pada penulis skrip die. (salah sorg pengacara 3R, lupe lak nama die)

Ekh, ekh. Aku dapat pisau cukur tau time beli tiket wayang tu. Hahaha.. Sape nak pisau cukur free ngan voucher dan happy ketawa riang ria aidiladha(bakal), sila2lah ke panggung.. Erm, kena dpt royalti nih sbb promote..huhuhu

p/s: baru kali ke2 melihat wayang ngan suami tercinta sejak 6 bulan mendirikan rumah tanpa tangga..(daif sungguh aku suami isteri nih..

notakakiwangi: teringin nk tgk cite wayang 2012..blew ek...lau cite omputih ni leh beli cetak rompak je..ngah pk2 lg..


05 November 2009

bersamamu

Assalamualaikum.

Lama dah tak bersiaran di sini (huhu. macam berita la pula) Rindu sangat kadang nak berkongsi cerita. Setiap kali ada cerita, lupa untuk dikongsi.

Kali ini aku terpanggil untuk berkongsi perasaan. Perasaan tidak sangka, simpati dan kurang keperihatinannya aku. Semalam aku lihat tv3 rancangan BERSAMAMU. Kebiasaannya pada waktu malam aku tidur awal. Tapi kali ini mungkin Tuhan gerakkan aku berkongsi perasaan dengan jiran aku. Ya, semalam adalah jiran aku. Jiran belakang rumah. Tapi penggambaran semalam aku lihat, mereka ambil arah ke belakang je lah. Teratak indah aku tidak terpamer langsung (perasan). Memang banyak hari kebelakangan ini berduyun-duyun kereta ke belakang rumah tapi aku cuma endah tak endah je. Kadang orang marah kalau kita sibuk-sibuk kan. Aku pun tak minat nak masuk campur hal orang walaupun sebenarnya dulu aku amat rapat dengan mereka. Masa aku beritahu adik lelaki dia pun, adik dia cuma cakap malu je. Katanya adik beradik ramai. Yalah adik beradik ramai bukan penentu dapat membantu. Masing-masing ada life sendiri. Memang patut lah mereka dapat bantuan rumah tu sebabnya rumah hasil peninggalan arwah nenek saudara yang diduduknya itu takda bilik. Mana tidaknya, arwah nenek sedara kak Ina tu tak berkahwin, jadi tidak perlukan bilik ya tidak. Lagi rumah itu da uzur, memang patutlah ada yang membantu bina semula.

Aku cuma berdoa dengan kehadiran warga yang prihatin membantu kehidupan mereka sekeluarga lebih membantu dan membuat mereka sekeluarga selesa. InsyaAllah.

p/s: Kamera berminat dengan Hezriq yang comel. Asyik muka dia je. Geram aku.