07 Julai 2011

Dasar Penipu!.


Taktik Penipu





Entri lalu aku ada cakap pasal kekecohan penipu kan.  Baru kini teringat nak cerita.

Bangun pagi nak pergi kerja tengok ada mesej kat hp.

0178168482:  Iza, ni aku akma.mu dh tdo ke? Aku nk minx tlg mu.

Aku tak syak apa-apa masa ni, sebab ramai no kawan tiada dalam senarai sebab baru tukar no hp.  Lagi akma memang gelarkan diri sebagai ‘mu’.  Orang Terengganu.

Aku balas on d way nk g kerja.



Aku: Minta tlg apa ma?

0178168482: Aku nk minx pnjm srats, kad bnk aku ttelan.

Aku: Wat pe? Ko guna nk pe? Nk msk bank pe? Kalo ko byr cpt, aku ok. Aku nak guna gk.

0178168482: yela. Aku phm. Mybnk la.

Aku: Bg la no. tp rehat tau.

0178168482: mu nk msuk kt akaun sape? Esk aku byr.

Aku: La. Aku ingat akaun ko y lain mybnk tu.  Kalo ada cimb, aku leh msk awal. Asal ada internet.

0178168482: kt no cimb ni, 05090077913522, Nma anuar.

0178168482: iza.mu buh akaun bdk ofis aku la. Ni nmbr akaun 1432007305757,syamira.

Aku: K..

0178168482: mu nk msuk kul bpe



Mungkin memang bukan rezeki dia menipu, tak da internet kat tempat ofis aku.  Kebetulan pula sibuk.

Aku: Xda internet. Aku kol ko byk x dpt pg td. Nk gtau.

0178168482: So

Aku: Npe kl ko engage je. Ko kol aku

0178168482: fon aku problem, xleh trma kol n bt cl. Tu yg ku msj je.

0178168482: ko xdpt tlg aku ke?cian ank aku

0178168482: mu mmg xleh tlg aku ke



Masa ini aku da serba salah.  Akma antara kawan baik di pejabat kementerian kewangan. Bila cuba telefon tak dapat, bengang tak payah cakap lah.  Kawan susah haruslah aku nak tahu apa cerita sebenarnya.

Aku: Ko kol aku guna ofis skrg.

0178168482: bilik k.mun kunci.

Masa ini aku da pelik.  Kak Mun (P.A) bukan da retired ke.  Tapi aku fikir mungkin dia sambung kontrak.  Lagi satu seingat aku, Kak Mun orangnya bukan jenis yang lari-lari tak ikut masa kerja.  Baru pukul 12.  Tapi aku campak perasaan bukan-bukan lagi sebab fikir kawan.

Aku: No ofis ko brape?

0178168482: Ntah la syah iza. Nk g kncg dh. Xpelah xpyh sush2.

Da memberontak dah aku time ni. Macam-macam alasan lah pula.  Bagi je apa salahnya.

Aku: Ke ko ni bkn aqma.  Kemain byk alasan lg.

0178168482: Lntk mu la. Mu pun dh cl aku xdpt. Fon aku prob. Xpe mu lpakn je

Aku: Aku xda tenet. Ko paham x. K



Bila rehat, memang tak senang hati. Cuba call kawan-kawan lain tak dapat sebab banyak no fon tak ada.  Yang ada, Ema tapi asyik tak nak angkat.

Sampai lah ke malam waktu habis kerja, aku dapat mesej lagi.

0178168482: iza, smpai hti mu bt kt aku ngn iesya lgu ni



Nasib masa ini, hari jadi suami, dia dapat panggilan percuma, aku nak tanya pasal akma dari Zura. Jadi aku telefon Kak Saba untuk tanya no Zura. Bila dapat Kak Saba.  Dia kata dia pun dapat mesej dari 0178168482 mengaku Akma minta pinjam RM100.  Kebetulan Kak Saba kursus.  Bila Kak Saba tanya mana lakinya.  Dia kata kursus.  Bila tanya nape tak minta ngan Ema, dia kata Ema nak pakai duit sebab nak bersalin.  Bila disuruh minta dengan Zura pun ada juga alasannya.



Hati aku lagi tak sedap.  Memang sah PENIPU, PEMUTAR BELIT.



Bila Kak Saba da bagi aku no Zura, aku kol dan nak tanya pasal akma.  Dia kata kenapa.  Aku cakap pasal dia nak pinjam aku seratus, ktanye kad bank tertelan.

Zura:  Bukan akma ke yang masukkan kat ko duit RM100.  Dia keluar tengah hari tadi pergi CIMB, dia kata nak masukkan duit kat ko.



Mengucap panjang aku,  berderau darah aku.  Akma tertipu.



Aku telefon Akma yang sebenar.  Sah dia ingat aku yang minta duit.

Ya Tuhan.  Sayangnya dia pada aku. Akma ni sarat menunggu hari je masa tu (Sekarang da lahirkan anak keduanya, lelaki).

Sanggup dia berjalan kaki untuk pinjamkan aku duit.  Malangnya itu bukan aku.



Lepas itu aku dimaklumkan malam tu Zura pula dapat mesej kononnya aku juga nak pinjam duit.

Malam tu juga aku buat repot polis.  Pertahankan diri.  Sebab dia guna nama aku.

Esoknya dapat tau lagi ada seorang budak baru (aku tak knal) juga dapat mesej sama konon Kak saba nak pinjam duit.



Di antara kami dulu, aku, akma, kak saba, zura dan ema.  Diorang satu pejabat GST, Cukai, MoF.  Tapi aku kenal semua dan rapat dengan mereka. Aku Bahagian Perolehan Kerajaan.  Kami satu tingkat.  Bak kata kak saba si penipu ni seolah-olah sangat kenal antara kami satu sama lain.  Jadi macam terfikir siapa orang terdekat yang sanggup buat macam ni.

Aku dan kak saba berpindah.  Aku ke JB dan kak saba ke KL.  Semua nama diputarkan kecuali …………..

Tapi aku tak menuduh.  Rezeki dia  pun cuma RM100.  Itu yang aku tahulah.

Biar Tuhan saja yang membalasnya.

Tuhan je tahu perasaan geram aku.
Aku mesej si penipu lagi.
Aku: Xnk minta wit lg ke?
Tak berbalas.
Aku: Nape snyp?marah ke?
Dia: aku akn bt mung mrana
Aku: Alolo. agak2la nk tipu.  Sian akma y sbena da kena tipu ko guna nama aku.  Sib xda tenet.  Xsempat aku ditipu.  Smoga ko insaf ye n jd org b'iman. 
Dia: Mung tu xsdar diri. dh mnx tlg ku dlu (blur tetibe, sape sebenarnye dia??)
Aku: Ble aku minx tlgko penipu. Aka da wat report. padan muka ko.
Dia: yeke. bgus.
Aku: Nk pgl ko pe? anuar ke shamira?
Dia: aku jntn
Aku: Owh. anuar la ea. Syamira tu awek ke?
Dia: mung ni mmg nk mpoh.

Lepas tu aku psyco lagi, mampus dia tak layan.  kelakar pun ada. 






2 ulasan:

wahi berkata...

jahat gile... mcm babi jek perangai cam tu... heiii pepgi bace buat org geram tul...

bagus iza dah wat report, naseb skang register no pkai ic no. mmg dpt cari pnye... biar tuhan je balas...

scha exa dan dunianya berkata...

mmg jahat sangat weda...tak selamat makan duit haram.iza wat report, akma pun wat repot. tp entah lah. layan ke polis dengan RM100.

Kami buat repot sebab tak nak yg lain terkena.

Lagi satu, polis pun ada kata, kalau ramai buat repot dan ramai terkena baru dia ambil tindakan.