19 Julai 2011

Pahlawan Masuk Hospital


Salam Isnin. Jam 12 tengah hari.  Mata mengantuk nak buat kerja. Sebab tak dapat tidur walaupun sudah pukul 3 pagi tadi.


Gambar di atas adalah antara pahlawan dalam hidup aku. eceh! Adik aku lah. Alang.  Masuk hospital semalam.  Denggi.  Dari hari Isnin lepas ke Isnin semalam demam dia sekejap baik sekejap demam semula.  Bila cek terus admit.  Tahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.  Susahnya jauh dengan family tersayang.  Nasiblah biasa macam ni.  Kalau apa-apa, jenuh juga nak pergi melawat.  Cuma telefon saja lah yang dapat menghubungi. Nasihat minum air 100 plus banyak-banyak.


Dia ni lah geng gaduh mulut aku.  Geng carut marut.  Tak simpan dalam hati punya.  Masa kecik geng gusti!  Masa dia kecik sangat, aku lah yang sikat dan potong kuku dia.  Budak tak reti potong kuku. Lama² suruh belajar potong sendiri baru pandai.


Moga cepat sembuh ye, amin.  Kalau sampai hari Khamis, 21 Julai alamatnya sambut hari jadi yang ke 25 di hospital la jawapnya.  Hari ini dalam Sejarah. Ahaks!


Tiada ulasan: