19 Julai 2011

kacang pool

Salam. Waktu ni jam 1.30 pagi selasa. Kalau dah terjaga memang payah sikit nak lelap semula sejak jadi ibu ni. Jadinya fikir-fikir,inilah cara terbaik aku buang masa dari berangan nak tidur tapi tak tercapai.


Makanan kat atas tu aku kenal since di johor. Tak tahulah apa sebutan dan ejaan yang sebenar. Ejaan kacang pool tu aku ambil di gerai makan. Mula-mula ingat kacang bol. Pastu makcik cleaner yang ajar aku mula2 makan ni kata pol. He.


Dalamnya ada kuah daging ala masak black pepper. Mungkin itu yg dikatakan 'pool' di mana ada telor separuh masak (leper,bkn bulat) yg berendam dalam tu. Roti bakar berplanta cicah dlm kuah tu. Yummy!

Harga RM3.50. Tambah sikit untuk betul2 kenyang makan lunch dengan nasi. He. Aku kan kuat makan.

Selamat mencuba!


P/s: kat johor ni juga belajar makan nasi ambeng yg mula2 pelik sebab nasi cmpur mi, makan nasi apa ye satu lagi yg simple ada ayam berempah,ulam dan belacan tapi harga tak kurang dari rm5.50. Tak rasa special sangat tapi suka mencuba. Tetiba mood lapar plak! Ahaks!
Published with Blogger-droid v1.6.8

2 ulasan:

♥ EeiNz ♥ berkata...

kin igtkan kuah asam td. terliurrr dah ! ehehe

RazFiRa berkata...

a'ah. makan kacang pol bila balik kampung je kat jb. wuwuwu rindunye. kat kl ade ke x benda alah ni?