07 Julai 2011

Anak Lembu v Anak Ibu

Situasi di surau tempat kerja.
Biasalah sebelum nak memulakan ibadah tu ada cit chat.
Tanya khabar, tanya anak masing-masing.
Lebih tertumpu pada anak aku, Aisy.

Sekali ada yang menyampuk.  Tak pernah berborak dengan mereka-mereka ni.  Almaklumlah baru di tempat kerja.
Jadi berkogsi pasal pengalaman masing-masing menyusukan anak.
Terkeluar soalan aku, 'Anak pertama juga ke?'
Jawapan dia @ Kak Sue 'Aah anak pertama, yang dua lagi anak lembu.'
Aku blur. Tak faham dan tanya lagi.
Jawapan sama diberikan.

Kawan aku jelaskan, anak dia 3 orang, yang pertama dan kedua minum susu 'tin'. Ayat lain untuk aku faham.

Apakah????

Sampainya hati dia cakap kat dua orang anak dia macam tu kan??

Tertanya-tanya aku sendiri.

Mungkin juga dia rasa kenikmatan menyusukan anak.
Atau penyesalan dengan sengaja tidak menyusukan anak pertama dan kedua kerana tidak ada pengetahuan.

Waktu-waktu dulu kan ramai lebih bangga siapa beli susu tin lebih mahal.
Sekarang ni saja baru hospital rakan bayi war-warkan kebaikan susu ibu.

Jadi kamu, kamu dan kamu, jangan suka-suka terus bagi susu tin kat anak ye.


Banyak kebaikan menyusukan anak sendiri.
Antara yang aku ingat:
- dapat mengurangkan berat badan secara ideal. (terbukti)
- dapat menjarakkan anak sehingga 6 bulan. (terbukti)
- dapat merapatkan hubungan ibu dan anak dengan kehangat pelukan ibu.
- susu ibu mempunyai nutrien terbaik dari segala susu dan diikuti dengan susu kambing barulah susu lembu.
- kolustrom (erk! jap g lah aku wat entry penyusuan ibu..aku search untuk korang)


(emej dari gugel. tiada bermaksud apa-apa)

Berbalik pada tajuk, semoga aku terus diberikan rezeki untuk terus menyusukan anak atau anak-anak walaupun ada ketulan di my B. amin.

Aku pernah tanya dengan mama aku dan adik beradik minum susu apa.
Mama kata abang dan adik bawah aku susu lembu.  Aku dan adik nombor empat dan lima susu mama.
Dia tak ingat aku menyusu sampai umur berapa.
Tapi seingat dia lebih dari setahun 3 bulan.

TERIMA KASIH MAMA!!!!




2 ulasan:

Sue berkata...

Betul tu iza... jgnlah kita label anak kita macam2... kita gak yg salah kan, tak bagi susu ibu... macam tu, memang sedikit terkilan tak dpt susukan syahmi sepenuhnya... but at least, sue tetap susukan dia dan dia merasa menyusu dari sue... lebih elok penyesalan tu kita tebus utk anak2 berikutnya... like what i'm doing now... wish me luck yer iza...

dibiuscinta berkata...

Setuju. sebagai ibu doa yg terbaik untuk anak je.

Bagi iza sue kira berjaya juga. Sebab sue da sampai 6 bulan susu sepenuhnya dan diteruskan sehingga 2 tahun.

Doakan iza berjaya juga ye.