11 Julai 2011

Cerita Sedih Bertimpa-timpa~ Kematian dan Barah Paru-Paru

Salam semua.

Aku tak sempat buat post Norma sebelum ini dengan sempurna.  Sebabnya lepas aku copy paste dan publish, bila sedar gambar tak masuk, aku dapat mesej dari suami dan tak sempat baca mesej, suami telefon.

Pak cik Mat meninggal.  Pakcik saudara dia.  Suami Mak Lang, kakak emak mentuaku.  Jadi kami pun pergi ke sana jam 12.00 tengah hari.  Arwah dikebumikan selepas Zuhur hampir waktu Asar.

Bercerita tentang Cik Mat, arwah tak ada sakit apa-apa.  Lepas Subuh, arwah juga dimaklumkan ada kematian awal pagi Jumaat itu.  Kemudian arwah nak mengambil air wuduk untuk solat sunat.  Kemudian sedar-sedar menantu nampak dia berteleku menahan sakit di dalam bilik dan tak lama menghembuskan nafas terakhir. Gembira mendengar cara kematian dia yang sangat senang.

Asalnya nak balik malam tu juga sebab esoknya suami kena kerja tapi disebabkan penat, masing-masing tumpang baring jam 12 tengah malam.  Jadinya semua terlajak.

Esoknya suami tak pergi keja juga sudahnya sebab nak melawat Mak Anjang, makciknya pula di Hospital Serdang.  Makcik dia baru disahkan pada hari Sabtu itu menghidap Barah Paru-Paru. 

Sama pula kejadian dengan Norma. Rambut yang dah susut.Hari ini juga aku dimaklumkan oleh mama yang Pak Chek aku juga di masukkan ke HKL sebab Barah Paru-Paru.  Aku doakan semoga semuanya selamat.

dan sekarang aku berfikir, itu dikira keturunan kah?





Tiada ulasan: