21 Julai 2011

-Singgah Selalu-

Hari ini Yang Arif (YA) belanja makan di Singgah Selalu, berdekatan  dengan Danga Bay, Johor Bahru.  Ini kali pertama YA belanja makan di luar.  Kali ke 2 belanja makan.  First time masa ada seorang Jurubahasa bertukar ke Mahkamah lain (dalaman).  Yang turut serta seramai 9 orang termasuk isteri YA.

Apa yang menarik?

Tempat luas.  Kami pilih di dalam tempat aircond.  Ramai orang pilih di luar.  Lepas rasa aircond yang segan tak mahu keluar, rasanya lagi seronok menikmati juadah di luar.  Dekat untuk ber buffet.  Kalau pasal lauk secara buffet ni memang banyak pilihan.  Kira tawaf 2 kali jugalah. 



Harga?
Harga buffet untuk satu kepala ialah RM18.  Kalau kita ambil ala carte RM25++.


Gambar tak sempat nak ambil.  Aku ambil nasi sikit tapi ambil lauk banyak. Antaranya ikan kari, ulam iaitu pegaga dan ulam raja, peha ayam ke burung goreng tak tahulah. Comel je..dll  Lepas tu round ke 2 ambil bubur pulut hitam dan goreng-goreng iaitu pisang, cekodok, cendawan dll.  Round ke 3 ambil ketam goreng pula.  Tapi semua aku makan sedikit-sedikit. Jadi perut tak lah penuh sangat. 


Air pula ambil barli suam, 100 plus dan milo 0.  ni semua adalah nafsu.  Kata pun bos belanja.  Yang tak habis adalah milo!  Tak sempat nak minum isteri YA ajak berborak.  Bila semua dah bangun aku sempat jamah je la jawapnya.

Disebabkan banyak hidangan, aku ambil peluang mencari makanan yang milk booster.  Alhamdulillah walaupun malam tak makan sebab nak ber J Card, tapi memang kenyang. Antara milk booster, kari, ulam pegaga, barli.  Semua yang berasaskan protein.


Untuk keterangan lanjut berkenaan Singgah Selalu.  Boleh klik di sini.  Kalau kat fb pun ada.  Search je Singgah Selalu ye.





p/s: My pahlawan discharge 10 malam pada malam hari jadi.  Mungkin doktor kata, pulanglah sambut 2 jam hari jadi kamu di luar. Ahaks!


Tiada ulasan: