Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan

09 April 2010

Bulan keenam

Bayi

  • Kulit janin berwarna merah, berkedut dan diliputi rerambut halus.
  • Mata janin mula terbuka dan jari tangan serta kaki mula kelihatan.
  • Janin masih terlalu kecil dan belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibu. Jika dilahirkan semasa ini, bayi perlu diberikan penjagaan rapi dan intensif.Diakhir bulan keenam, janin berukuran 11 hingga 14 inci panjang dan berat 1 hingga 1 ½ paun.

Ibu

Anda mungkin merasa janin menendang kuat pada bulan ini.

Kulit perut anda juga terasa gatal dan pecah-pecah. Belakang anda mungkin terasa sakit.

Amalkan cara duduk dan berdiri yang baik.

Untuk membuatkan anda selesa, pakailah kasut bertumit rendah atau tanpa tumit.

Anda juga mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut anda kerana rahim anda mengembang.

Berat anda akan meningkat tetapi jika anda menyusukan anak selepas lahir anda akan mudah menurunkannya semula ke berat badan asal anda.


Tip

Untuk mengelakkan pedih ulu hati, amalkan makan 5 hidangan, sedikit tetapi kerap.

Anda mungkin alami sembelit. Minum lebih air atau jus buah, dan makan makanan tinggi fiber. Jangan mengambil antacid atau laksatif tanpa nasihat pakar



12 Mac 2010

Bulan kelima

Bayi

  • Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
  • Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
  • Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
  • Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan.
  • Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.

Ibu

Peranakan anda telah berkembang sehingga ketinggian pusat.

Jantung anda berdenyut lebih laju.

Tidur secukupnya pada waktu malam.

Jangan terlalu memaksa diri bekerja kuat, rehat jika anda kepenatan.

Jika anda tidak mengambil kalsium secukupnya, anda mungkin akan mengalami kekejangan kaki.

Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar.

Tip

Perkembangan dan berat janin boleh terjejas jika anda merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah. Masih belum terlambat untuk anda berhenti.Anda boleh mula merancang untuk melahirkan di mana, dengan siapa dan cara kelahiran.






12 Februari 2010

Bulan keempat

Bayi

  • Janin akan bergerak, menendang dan menelan.
  • Kulit bayi berwarna merah jambu dan lutsinar.
  • Bayi anda juga sudah pandai menghisap jarinya.
  • Talipusat bayi akan terus membawa khasiat dari ibu ke bayi – termasuk alkohol, nikotin dan lain-lain dadah/ubat (drugs).
  • Matanya sudah menghadap ke hadapan.
  • Ia juga sudah boleh mendengar suara anda, jadi selalulah ucapkan kata-kata yang baik terhadap bayi disamping memperdengarkan bacaan al-Quran.
  • Diakhir bulan keempat, janin berukuran 6 hingga 7 inci dan mempunyai berat 5 aun.

Ibu

Anda telahpun memasuki fasa bulan madu, trimester kedua.

Tiada lagi mabuk hamil, selera makan anda juga bertambah baik dan anda juga akan rasa lebih bertenaga.

Punggung dan buah dada anda juga akan turut membesar.

Anda juga mungkin terpaksa menukar saiz coli anda.

Ada juga ibu yang mengalami sedikit pendarahan pada hidung dan gusi.

Berat anda mungkin bertambah 0.5kg seminggu.

Tip

Anda memerlukan lebih zat besi dalam diet anda – diet yang baik tidak dapat memenuhinya jadi, biasanya doktor anda akan memberi anda vitamin prenatal seperti obimin.


15 Januari 2010

Bulan Ketiga

Bayi

  • Selepas 8 minggu, embrio kini dipanggil janin atau fetus.
  • Jari tangan dan kaki janin kini punya kuku yang lembut.
  • Rerambut halus juga sudah mula tumbuh pada kulit bayi.
  • Diperingkat ini, uri sudah berfungsi sebagai pembawa oksigen dan makanan dari ibu ke bayi.
  • Bayi sudah mula membuang najis dan air kencing melalui tali pusat.
  • Anda boleh mula mendengar detik jantung bayi untuk kali pertamanya pada minggu ke 10 hingga 12.
  • Jantina bayi juga mula terbentuk.
  • Di akhir bulan ini, janin bersaiz sebesar sebiji epal dan beratnya bertambah ke 3 auns diakhir bulan ketiga.

Ibu

Anda masih terasa sakit dan mabuk hamil, pening kepala dan loya-loya. Gejala-gejala ini akan berkurangan bila anda hampir memasuki bulan keempat. Jika gejala ini adalah teruk, beritahu doktor semasa pemeriksaan prenatal anda.

Pakaian anda mula terasa ketat di pinggang dan dada. Tukar pakaian anda kepada pakaian yang berpinggang elastik atau getah dengan jenis fabrik yang sesuai seperti kapas.

Tip

Keperluan badan anda kepada kebanyakan vitamin dan galian semakin meningkat. Teruskan amalan makanan seimbang anda.Berat anda mungkin bertambah 1 hingga 2 kilogram. Wanita yang beratnya sebelum hamil adalah normal sepatutnya menambah berat badannya antara 10 hingga 16 kg sepanjang kehamilannya.Bersenam dapat membantu. Berjalan pilihan yang baik. Tanya doktor anda sebelum memulakan rutin senaman.




24 Disember 2009

Imbas Cerita Indah Lalu.

Salam kepada blogger yang sudi menjengah ke blog aku ini.

Aku tidak lagi berblogging di pejabat.  Tempat cari makan aku bukan lagi di Kementerian Kewangan, Putrajaya (MoF).  25 November aku terima surat penempatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat JB tapi suratan tidak tertulis untuk aku di situ. Disember adalah lembaran baru buat aku. Disember adalah pra perubahan aku untuk menghadapi 2010 yang lebih mencabar. Mencabar kerana aku berhijrah mencari nafkah halal di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.  Baru hari ini penempatan aku ditetapkan dan aku diberitahu. Januari 2010 adalah permulaan bekerja. Sungguh baru beberapa hari di sini, belajar di Kamar Hakim Kanan memberi aku seciput pengalaman yang sangat berharga yang aku tidak dapat di MoF. Bak kata pepatah 'jauh berjalan luas pandangan'. Banyak perbezaan besar persekitaran tempat kerja. Kemaskini blog aku yang akan datang pasti akan menceritakan lagi serba sedikit.


Sebelum aku dapat pindah, aku dan Ema tinggal sebulan di rumah kuarters rakan sepejabat, Akma. Akma ni mengandung 7 bulan, Ema pulak mengandung 5 bulan. Suami Akma kursus sebulan di PD. Ema pula seperti aku PJJ dengan suami. Seronok tinggal dengan mereka. Kami seperti saling memahami. Susah nak cari rakan yang sekepala dengan kita. Jadi hari-hari terakhir, aku belanja mereka makan bersama di tempat yang Ema cadangkan. Kebetulan pula, aku baru saja terima APC. APC bagi aku bukanlah untuk diri aku saja. Rezeki itu patut dikongsi bersama. Jadi makan malam itu juga indah rasanya dengan suasana yang lain dari yang lain. Kami pilih tempat duduk bersila ala Jepun gitu.

Hari-hari terakhir di pejabat buat aku syahdu juga. Mana tidaknya, 5 tahun setengah di sana buat aku terasa sangat sayang pada segalanya di MoF. MoF lah perintis tempat kerja aku. Biarlah kalau rakan tidak berapa menghargai aku, aku tak nak ambil tahu sangat pasal itu, Apa yang pasti aku nak  buat hari perpisahan aku indah. Mengajak rakan-rakan pejabat makan ramai-ramai adalah sangat indah buat aku. Bukan senang aku mahu belanja rakan-rakan ini. Asalnya aku nak makan di luar tapi tidak dipersetujui rakan. Tapi akhirnya aku puas juga makan di pejabat kerana lebih ramai aku boleh ajak makan bersama. Ada juga sedikit terkilan kerana aku buat waktu hari sebelum cuti Raya Haji, ramai rakan yang tiada disebabkan telah bercuti. Tapi tidak apa, mungkin itu sahaja rezeki untuk aku berkongsi sama.


Aku mahu berbalik pada pra persediaan 2010. Perpindahan tersebut juga memerlukan aku membuat persediaan hidup berumah tangga. Hidup bersama suami, ibu mentua dan 3 adik ipar lelaki. Sungguh aku kalah dalam persediaan ini. Aku lemah. Kenapa? Kerana pra persediaan aku yang ketiga.


Aku menghidap penyakit buatan orang.  Ya, alhamdulillah. Tuhan kirim 'turn' buat aku dan suami pula. Sungguh Tuhan sayang kami. Minggu itu aku dapati aku tidak datang haid. Tapi sejujurnya, Tuhan beri semasa aku sudah putus harap. Aku tidak terlalu teruja  menjangkakan yang aku mengandung. Semasa aku perlu bertukar, suami datang bukan saja untuk membantu malah ada agenda lain.  Sepanjang bulan itu aku cuma fikir tidak mahu tekanan, aku mahu kebahagiaan, kegembiraan dan atas sebab itu, aku selalu memikirkan tempat percutian. Aku berfikir untuk  bercuti berdua, tertunai semasa ke PD. Kemudian, merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan sekampung. Tanggal 27 November masa kebanyakkan menyambut Raya Haji tapi aku telah merancang percutian bersama rakan-rakan di Teluk Batik. Itulah agenda kami. Jangka rakan-rakanku percutian itu sempena bulan madu kami.

Kami buat barbeque malam tu. Masa cari barang, aku dan suami ambil kesempatan cari pregnancy test kid. Petang tu jugak aku cek, alhamdulillah. Tengah malam tu, sebelum tidur aku dan rakan-rakan borak panjang. Suami aku dah tidur, kepenatan dek memandu. Sempat aku kirimkan khabar berita buat mereka. Sebab mereka juga orang-orang yang terpenting dalam hidup aku. Sentiasa ada waktu susah senang aku.


Apa yang kelakar adalah untuk beritahu khabar indah itu kepada mak kandung aku sendiri. Susahnya nak buat ibu tersayang percaya. Katanya, setiap bulan dia melihat aku memakai kotex. Mungkin dia tidak teringat yang selama sebulan aku tidak berjumpa dengannya sebab menetap di rumah Akma. Tapi alhamdulillah, lama-lama dia percaya juga. Sebelum bertolak ke Johor Bahru sempat juga aku mengajak keluarga makan beramai-ramai. Sebenarnya, aku cadang untuk makan beramai-ramai sejak lepas kahwin lagi, menghargai kudrat mereka bersusah payah membantu majlis perkahwinan aku. Alhamdulillah, tertunai juga akhirnya. Destinasi? Jonnys' di Jaya Jusco Bukit Raja. Macam-macam mereka order, katanya bukan senang hendak aku belanja. Tapi aku tak kisah pun, aku puas!

Semoga 2010, segalanya berjalan dengan lancar hendakNya.

p/s: ada satu lagi percutian yang dirancang. Harap dinikmati dengan indah. Amin.


18 Disember 2009

Bulan Kedua

Bayi

  • Semua organ dan sistem badan utama telah terbentuk tetapi belum sempurna.
  • Tulang belakang, otak dan tali pusat turut terbentuk.
  • Jantung sudah mula berfungsi dan sistem saraf bayi berkembang dengan pesat.
  • Jari tangan dan kaki membentuk, begitu juga dengan telinga dan kelopak mata.
  • Uri yang berfungsi membawa makanan kepada bayi dan membawa bahan buangan dari bayi mula terbentuk, tetapi belum boleh berfungsi.
  • Panjang janin lebih kurang 1 inci dan beratnya masih kurang dari 1 auns.

Ibu

  • Buah dada anda masih terasa sakit, warna puting dan aerola menjadi bertambah gelap.
  • Anda mungkin berasa letih dan memerlukan lebih rehat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru anda. Tambahan lagi semasa inilah kebanyakan organ kritikal bayi termasuk otak akan terbentuk.
  • Jumlah darah dalam badan juga turut meningkat.

Tip

Kunjungi doktor anda untuk pemeriksaan prenatal.

Doktor anda mungkin memberi anda vitamin prenatal. Vitamin anda sepatutnya mengandungi 400 mikrogram asid folik.Jika anda mengalami mabuk hamil, cubalah makan sedikit tetapi kerap.

Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan. Jika anda merokok, berhenti segera!Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang daripada lima kelas makanan utama (bijirin, buah, sayur, produk tenusu, daging dan protin)Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, jus atau susu.


18 November 2009

Bulan Pertama

Bayi

  • Lapan minggu pertama, bayi anda dipanggil embrio dan berupa seperti berudu.
  • Ia akan mula mengalami pertumbuhan kepala, badan dan jantungnya.
  • Tiub saraf yang akan menjadi otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
  • Pada hari ke 25, jantungnya sudah mula berdenyut.
  • Di penghujung bulan ini, saiz embrio lebih kurang seperti sebutir beras dan mempunyai berat kurang dari 1 auns.
Ibu

  • Anda hamil dan tidak datang haid.
  • Badan anda mula menghasilkan hormon yang diperlukan untuk membentuk bayi.
  • Buah dada akan membesar dan terasa sakit.
  • Anda kerap membuang air kecil kerana pundi kencing anda ditekan oleh rahim yang semakin membesar.
  • Sistem penghadaman anda juga terganggu mengakibatkan sembelit dan kembung perut.
  • Perubahan mood juga biasa berlaku di awal kehamilan.
  • Anda mungkin akan mengidam untuk makan sesuatu.
Tip

Anda boleh menggunakan kit pemeriksaan sendiri di rumah yang boleh dibeli di farmasi.Sahkannya dengan doktor anda bersekali dengan pemeriksaan pranatal pertama anda.Ambil vitamin B asid folik setiap hari untuk mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan saraf tunjang.Tanya doktor anda tentang ubat-ubat serta produk herba yang boleh dan tidak boleh diambil. Berhenti merokok, mengambil dadah dan minum minuman alkohol.



28 Julai 2009

soalan maut

adoi..sape la taknak anak kan..baru 2 bln da terseksa batin dgn soalan2 maut.
contoh soalan yg biasa didengar ala2 berlapik 'da ada ke?'..
ye..soalan tu normal...mungkin aku pun pernah tanya orang gak..

pastu ada yang tanya 'merancang ke?'
aduh..aku normal beb..aku nak anak..suami aku pun nak anak..
tu lah tujuan utama aku nak kawen..

adik aku yg paling kecik pun da 19 thn..
ptt panggil adik aku yg beso pjg da..haha..merepek plak.

Jadi, bayangkan la brape lama aku takde budak kecik..
aku mmg suka budak kecik atau baby...
kalo jumpe budak kecik mau habis aku kerja kan.
bukan kerja pe la..main ngan dorg la..
sampai ada org kata..kalo aku ada anak abis la teruk dikerjakan..
kalo baby lak puas aku gomol atau paling cikai aku kiss lew..

tp yg tak blh blah ble org tanya 'bile nak ada?' atau 'kawan baik ko da ada da'

ayat yang tu mmg lemah..kadang aku senyap dan senyum je..tp dalam hati aku berkata..patut tak kalo aku bahasakan orang ni..hahahaha
mana taknya..soalan bodoh ke atau org yg tanya tu bodoh...wakakakaka...
kalo nak bercakap tu sesedap bahasa die je berbunyik..haha..mungkin la ko gurau kasar kan..

Alang kata pe susah cakap je la 'dalam proses' atau kalo org yg sopan2, baik budi bahasa mesti cakap 'takda rezeki lagi'tapi aku da muak nak jawap menda sama. so sebab tu aku senyap dan senyum

kalo ikut bahasa kasar aku lak nak je aku cakap 'ko tanya la Tuhan sendiri, tu kan kuasa dia'atau 'kalo boleh sekarang gak aku nak ada' atau 'ko blh tlg adakan utk aku tak'

ye...ko bujang atau ko da ada anak. so senang la nak tanya bukan2 kan..sekarang, aku tak dapat bayangkan org yg bertahun2 kahwin tak punya anak lagi..lagi lah sakit hati..lagi lah menderita batin..penantian ini satu penyiksaan, mungkin ada hikmah..aku cuma mampu berserah (^^,)





kesuburan

Hari ni pepagi lagi da sakit perut. Suamiku pun sakit perut dari semalam. Adakah penangan makan kenduri, atau aku mengambil sedikit kesakitan suami. wow romantiknya. ops terlebih sudah..xceli nak share berkenaan dengan kesuburan since aku pun berminat dgn fakta itu.




SETELAH memahami beberapa perkara di bawah, anda akan lebih memahami mengenai kitaran haid anda:

Fakta Pertama - Kitaran haid seseorang wanita adalah bilangan hari di antara dua kedatangan haid berturutan. Jika bilangan atau tempoh hari di antara hari pertama kedatangan haidnya pada sesuatu bulan dengan hari pertama haidnya pada bulan berikutnya adalah 32 hari, kitaran haidnya adalah 32 hari untuk bulan terbabit.

Fakta Kedua - Tidak ramai wanita mempunyai bilangan hari kitaran haid yang tepat setiap bulan. Ada kalanya kitaran haidnya 30 hari, ada kalanya 28 hari dan sedikit berubah-ubah.Ini tidak bermakna seseorang itu tidak subur, malah ramai wanita yang subur mempunyai corak kitaran haid yang sedikit berubah seperti di atas.

Ini adalah contoh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat. Jika kitaran haid A tepat setiap 30 hari dan jika A didatangi haid pada 20 Jun lalu, boleh diramalkan A akan didatangi haid pada 20 Julai, 19 Ogos, 18 September, 18 Oktober, 17 November dan 17 Disember, iaitu tepat setiap 30 hari.Tarikhnya berbeza kerana bilangan hari dalam bulan kalendar adalah berbeza iaitu 30, 31 atau 28/29 hari (jika Februari).

Maka, jika B didatangi haid tepat pada setiap bulan contohnya pada 10 hari bulan untuk setiap bulan berturutan, kitaran haid B sebenarnya tidak tetap, tetapi boleh dikatakan teratur kerana bilangan harinya hanya sedikit berbeza. Selain itu, besar kemungkinan (namun tidak semestinya), kesuburan B elok iaitu berlaku ovulasi dengan teratur.

Sekarang, anda boleh menyatakan dengan pasti jenis bilangan kitaran haid anda serta ketepatannya iaitu sama ada ia tepat, sedikit berubah atau banyak berubah? Setelah mengenal pasti bilangan hari kitaran haid anda, kini anda perlu memahami beberapa fakta tambahan berikut:

Waktu subur berkait rapat dengan waktu ovulasi (pengeluaran telur matang).Fakta Ketiga - Kebanyakan kajian menunjukkan ovulasi berlaku 14 hari sebelum fasa luteal kitaran itu tamat dan seseorang didatangi haid (jika tidak hamil). Ada kajian lain pula yang melaporkan ovulasi berlaku sekitar 12-16 hari sebelum fasa itu tamat.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari secara tepat setiap bulan, bolehlah dikatakan ovulasinya berlaku 14 hari sebelum haidnya iaitu pada hari ke-14 setiap kitaran.

Bagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid setiap 30 hari pula, ovulasinya pula adalah pada hari ke-16 (kitaran 30 - 14 hari fasa luteal).

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang sedikit berubah, misalnya jika kitaran haidnya paling pendek 27 hari dan paling panjang 34 hari, maka waktu ramalan ovulasinya adalah di antara 27-14 = hari ke-13 sehingga 32-14 = hari ke-18. Malangnya, tarikh tepat ovulasinya hanya boleh dinyatakan setelah dia didatangi haid berikut. Sukar untuk membuat persediaan bersama dan ini hanya menambah tekanan untuk membilang hari.

Fakta Keempat - Didatangi haid tidak semestinya bermakna seseorang itu subur atau ada mengalami ovulasi. Ini sering menjadi salah faham.

Fakta Kelima - Kesuburan wanita juga tidak hanya tertumpu kepada ovulasi saja. Terdapat faktor lain seperti tiub falopio dan rahim.Anda dinasihati tidak terlalu memikirkan ketepatan tarikh, waktu subur atau ovulasi ini. Lebih elok dan lebih berkesan (seperti laporan kajian) jika hubungan seks dimulakan setelah haid habis dan dilakukan kerap, sekurang-kurangnya setiap tiga hari.

Ini bagi memastikan sperma suami yang masih hidup sentiasa berada di dalam tiub falopio pada bila-bila masa menunggu kedatangan ovum anda.

Kebanyakan sperma mampu bertahan selama sehingga tiga hari saja, malah ada yang mati sejurus dikeluarkan bersama air mani sewaktu ejakulasi, ada pula yang dapat bertahan lebih lama.

Itu pun jika bilangan dan kualiti sperma suami normal.

Selain itu, beberapa petanda tambahan dapat membantu anda mengenalpasti ovulasi seperti lendir atau mukus jernih berupa hingus cair, sakit sebelah ari-ari (mittelschmerz), ujian air kencing (kit peramal ovulasi), pemeriksaan mikroskopik sampel air liur (mengesan corak 'fern') serta perubahan suhu badan yang juga boleh membantu.

Semua ini hanya berkait dengan ovulasi sedangkan kesuburan wanita mempunyai beberapa faktor lain. Seeloknya berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan kesuburan.

p/s: byk laman web yg menyediakan kalendar kesuburan. cthnye: Ratuhati.com, BaiBoo, BabyCenter, dll. Ini cuma hanya sekadar usaha. Tawakal itu penting kan.