- Semua organ dan sistem badan utama telah terbentuk tetapi belum sempurna.
- Tulang belakang, otak dan tali pusat turut terbentuk.
- Jantung sudah mula berfungsi dan sistem saraf bayi berkembang dengan pesat.
- Jari tangan dan kaki membentuk, begitu juga dengan telinga dan kelopak mata.
- Uri yang berfungsi membawa makanan kepada bayi dan membawa bahan buangan dari bayi mula terbentuk, tetapi belum boleh berfungsi.
- Panjang janin lebih kurang 1 inci dan beratnya masih kurang dari 1 auns.
Ibu
- Buah dada anda masih terasa sakit, warna puting dan aerola menjadi bertambah gelap.
- Anda mungkin berasa letih dan memerlukan lebih rehat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru anda. Tambahan lagi semasa inilah kebanyakan organ kritikal bayi termasuk otak akan terbentuk.
- Jumlah darah dalam badan juga turut meningkat.
Tip
Kunjungi doktor anda untuk pemeriksaan prenatal.
Doktor anda mungkin memberi anda vitamin prenatal. Vitamin anda sepatutnya mengandungi 400 mikrogram asid folik.Jika anda mengalami mabuk hamil, cubalah makan sedikit tetapi kerap.
Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan. Jika anda merokok, berhenti segera!Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang daripada lima kelas makanan utama (bijirin, buah, sayur, produk tenusu, daging dan protin)Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, jus atau susu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan