28 Mei 2009

Rahsia Hidung

Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya… huhu
  • Hidung panjang :
    Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
    Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

  • Hidung kecil :
    Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
    Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
    Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

  • Hidung paruh burung :
    “Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
    Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

  • Hidung tajam :
    Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

  • Hidung lurus:
    Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

  • Hidung kembang:
    Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

  • Hidung runcing:
    Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

  • Hidung pesek:
    Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.


Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda…

nota kaki:aku copy paste je dari email yang aku dapat. selamat mengenali peribadi diri dan orang di sekeliling anda k.

Rinduku Terhenti

(Wajah seorang juara/jutawan)

Tomok

Telah ku tinggalkan
Memori silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walau duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundung kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang berpaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilang kan berganti
Cinta tiba cinta pergi
Yang azali ku nanti

Telah ku tinggalkan
Memori silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu
Walau duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundung kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu
Ku pinggirkan lara

Yang berpaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia
Padam nyala patah tumbuh
Hilang kan berganti

Cinta tiba cinta pergi
Yang azali ku nanti

Ku lupakan mu jua disini
Rinduku terhenti
Sejak kau pergi menjauhi
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundung kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang berpaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia
Padam nyala patah tumbuh

Hilang kan berganti
Cinta tiba cinta pergi
Yang azali ku nanti

Lately suke sangat ngan lagu ni..rasa tenang je bile dengar..ahaks!mau ada yg termuntah..tapi aku tak tipu..aku rasa tenang..mungkin waktu ni Tomok nyanyi dengan setulus hati buat bekas tunang die..rezeki buat Tomok kan..takde sape tau.. lelaki yang dulu diperlekeh2kan oleh kaum sejenisnya..dikatakan suara sengau la..joget setempat la..tp lain pulak buat remaja perempuan waktu itu..menjadi kegilaan (termasuk aku, tp tak gilew sgt lew)..especially kawan aku yg di sebelah Tomok dalam pic di bawah. Diana. Sgt taksub dengan Tomok waktu dulu..sanggup beli cd dan karoke sume lagu2 Tomok..manis waktu tu..Tahniah Tomok..

25.05 Besday B

1st time bersama suami dihari lahirnya, takde apa yg special selain ikatan.
Suami pun taknak kek, nak hadiah jek..
Beli hadiah pun suh dia pilih sendiri..
Sebab takde ide nak beli apa, sebab kebanyakkan barang utk lelaki aku da bagi time hantaran..
So, die pilih jeans Levi's..
Asal B suke dan bahagia..

Kat bawah ni kami singgah mencuba fish spa..b mcm kelihatan tenang je duk melihat ikan2 tu sedangkan aku duk tahan geli..sangat geli ok..









21 Mei 2009

PTK



Arini sepatutnya aku PTK tp tgk la pusat peperiksaan tu kat mana..

Melaka?alahai..jadi malas nak pergi..

Mulanya nak gak pergi..

Ye la pas exam leh aku gerak ke JB jumpa suami terchinta..
Leh amik cuti Jumaat tu..hehehe..dpt lama sket ngan suami..
Tapi bila pk2 balik..
Kang nak mencari tempat satu hal..

buat nye tak sempat amik exam sebab sesat mahu cuti aku dipotong..

so kemalasan jadi amat berganda2..

Jadinya aku membenarkan gaji aku masih ditakuk lama tanpa usaha..

;) da...





























Baby Irfan


Semalam lunch aku g menjenguk my bestpren kat umahnye presint 14. Dijemput lew datang.. Lunch sesame..kate pun kawan kan..gipun aku tak puas tgk baby die aritu..ye la die datang time aku kawen..time tu lagi 3 hari dia nak abis pantang..nak pegang pun aku takut lagi..so semalam lenjan la puas2..kali ni tak dapat dikenal pasti baby die ikut rupa sape..Rohani tidak, Reza pun tidak..tapi ada rupa adik beradik dorang lew..hehehe..ikut pakcik die kot..Baby Reza Irfan Danial ni kuat daya tahan badan ek sebabnye Mama, Papa dan Kakak CT die sume demam dan selsema tp die sihat walafiat..Alhamdulillah..Suka tengok Irfan senyum sangat comel dan suke gak tgk dahi Irfan yang luas..mesti bijak da besar ni..InsyaAllah..









19 Mei 2009

pic bertandang- sedikiit koleksi peribadi


















Perubahan si suami

ish sejak2 bergelar isteri orang ni..
apa dalam kepala aku cuma suami..
so jgn la jelik bile baca blog aku ni ek..
kalo jelik gak nak kate apa..

kalo tgk title cam nak ngate perbezaan perangai setelah die bergelar suami..
tp aku cuma nak kata ttg fizikal die je..
setelah 4 bulan lebih tak jumpe..
dan ikatan suami isteri yang menemukan kami..
aku dapat lihat perubahan fizikal dia..
tatkala saat diijabkabulkan..

Kalo dulu badan die berisi kini die makin susut atau kurus..
Kalo dulu orang kate dia cerah kini die makin gelap..
ada kelibat panau di leher die..
susah ke dia tanpa aku..
hehehe..tak mungkin kan..

apapun die tetap suami aku..
aku terima die seadanye..










~pic kawen 2 mei~





p/s:curi dari blog adik aku


18 Mei 2009

Persoalan jodoh

Mengenang kembali waktu aku mengedar kad kahwin di ofis ni..ada segelintir yang duk tanya

'da confirm ke ni?'

'tak menyesal?'

'muktamad?'

jujur waktu tu aku tak tau jawab utk persoalan tu..
waktu tu sangat berat utk aku jawap persoalan ttg jodoh..
jodoh yg ditentukan..
jodoh yg sememangnya bukan paksaan..
Kadang sgt subjektif soalan tu bagi aku..
jawapan dari sudut persoalan yang berbeza..

Bila dikenangkan kembali..
Tuhan ketemukan aku dengan 2 jejaka utk bertakhta sementara dalam hati ni sebelum Allah ketemukan aku seorang suami..
Rupanye 2 jejaka tu adalah gabungan utk aku memilih seorang suami
IZZUddin + saLmi = MOHD IZZUL HASMI
Betapa agungnye TUHAN
aku tak rasa itu kebetulan..
aku tahu itu ketentuan..

Manisnya jejaka pertama adalah kerana cinta pertama..sifat terlalu memendam adalah jurang besar utk bersama walau terlalu sayang..kuasa tuhan utk penyebab kepada perpisahan..

Jejaka kedua?Anehnya aku diberi hati yang sangat kuat utk tidak meneruskan pertunangan dengan lelaki bernama SALMI..walaupun saudara mara telah tahu..
DIA beri petunjuk melalui mimpi..DIA ambil nyawa ibu lelaki itu yang selalu dapat sejukkan hati yang sekeras kerak nasi..DIA juga membuka episod demi episod supaya hati ni kuat utk tidak memilih lelaki itu..
Betapa manisnya istikharah..
DIA beri aku pengajaran sebelum aku benar-benar menghargai seorang lelaki..
dan kini aku sangat yakin lelaki yang bernama suami yang menjadi pelengkap utk aku..
terjawab sudah.. aku adalah dari tulang rusuk kiri MOHD IZZUL HASMI..






15 Mei 2009

pic outdoor-curi dr blog my OP




my OP ni namanye Abang Razi dari Selambakreatif..Abg Razi ni baru je sampai dari kelantan masa aku siap2 nak nikah..muke pun nampak penat jek..best ngan die ni sebab gigih memikir posing utk aku..time pic ni mekap pun da comot..aku suke lap peluh2 di muka..huhuhu..dah tu lupe bawak span..gitu lew jadinye



Berpindah mengikut suami atau tidak?

Berpindah mengikut suami.
Besar perubahan yang perlu dilalui.
Duduk di tempat orang, negeri orang. Tempat yang segalanye macam perlu bertatih semula.
Besar juga pengorbanan yg perlu ditempuhi.
Lumrah la jauh dari keluarga, katepun da kawen.
Orang selalu kata seeloknya jangan duduk di rumah mak kite atau mak mentua.
Mak aku pun pesan macam tu Katenye elok bina hidup sendiri. Susah senang sendiri. Mungkin betul juga. Sebab dorang da rasa asam garam semua tu. Tapi bagi aku yang dalam dilema. Kena la aku ikut suami kan.
Dalam fikiran ni macam2 da terbayang. Mcm la aku kene tempuhi alam seakan neraka kan. Oh, tidak. Mungkin aku je berfikir negatif. Tapi kalau kamu ditempat aku, kamu mungkin juga akan fikir macam aku. Fikiran aku normal. Bayangkan aku kena duduk dirumah suami yang masih punya emak dan 3 orang lelaki. Emak mentua aku masih kerja. Umur da lebih setengah abad. Aku terfikir macam aku kena buat suma kerja2 rumah. Kalo kat umah sendiri, kadang kalo mak aku keja petang atau malam makanan da tersedia tp suami aku kata emak die jarang da nak masak. Sebab da penat bekerja atau da tua kan. Pernah aku ajukan soal ni pada suami dan dia kata dia akan bantu. Argh, adakah itu ayat memancing? Mcm2 lagi kat benak aku ni. Kadang aku takut kesilapan-kesilapan kecil atau campur tangan orang ketiga akan memberi implikasi kpd hubungan aku ngan suami.
Wah, meleret ke cara aku berfikir? Tapi siapa yang tak sayang hubungan suami isteri ni. Lagi aku yang masih baru berkahwin. Aku taknak kesilapan kecil mengganggu hubungan suci ini. Kalo ikut hati aku nak duduk rumah sewa. Tapi mungkin kewangan atau rasa tanggungjawab die sebagai anak lelaki pertama buat dia nak bersama mama tercinta. Apapun aku tetap ikut kata suami. Aku da hantar surat pertukaran tu. Aku nak dekat dengan suami. Karang takut rasa macam tak bersuami lagi pulak. Harap cepat la proses pertukaran tu. Tak lah penat duk ulang alik masing-masing ke Shah Alam dan JB. Lagi pulak kami sememangnye mahukan anak cepat. Pasti lagi susah nanti kalau da mengandung. Harap Tuhan permudahkan segala urusan. amin.


14 Mei 2009

pic nikah by hafidzkamaruddin

hari ni aku nak p keje, alang bg 2 cd dari hafidz..hafidz ni kawan poli alang.. die dtg time tu coz adik nk tgk adik aku jadi..sebenonye mmg nak amik die jadi OP utk segala majlis di pihak aku..tp disebabkan die da ada job 2 mei tu..so die dengan bermurah hati amik pic di hari pernikahan aku pd 1 mei jek..manyak glew die amik..mcm dok klik2 je gamaknye keje die..every single second dok klik kot..rajin lak tu cari part yg best dan alih2 barang..OP aku lmbt smpi coz dari kelate so die la duk tercanguk start dari awal aku mekap..terharunye...


kalo nak bace blog hafidz ni klik kat sini..

best part yg aku bace kat blog hafidz ni adalah komen alang..






terharu beb..mula nak cover..

tp membe yg duk sama bace duk kate 'terharu'..

mau nak meleleh..

Lastly, billion thanx to Hafidz dan Alang..pe lg..layan k..aku pilih yg tertentu je la nih..

terperanjat aku ..die duk tercanguk nk amik pic aku kuar keta..tabik la..OP aku pun tak wat camtu..


Alang sedang nikahkan abang iparnye


tanda doa dan restu dari Mama (gambar di bawah) dan Alang (gambar di atas)


time bace taklik ni aku sebak..tp aku tgk sume cool..aku tarik nafas byk2..kaver


kini punye 2 MAMA AZIZAH