15 Mei 2009

Berpindah mengikut suami atau tidak?

Berpindah mengikut suami.
Besar perubahan yang perlu dilalui.
Duduk di tempat orang, negeri orang. Tempat yang segalanye macam perlu bertatih semula.
Besar juga pengorbanan yg perlu ditempuhi.
Lumrah la jauh dari keluarga, katepun da kawen.
Orang selalu kata seeloknya jangan duduk di rumah mak kite atau mak mentua.
Mak aku pun pesan macam tu Katenye elok bina hidup sendiri. Susah senang sendiri. Mungkin betul juga. Sebab dorang da rasa asam garam semua tu. Tapi bagi aku yang dalam dilema. Kena la aku ikut suami kan.
Dalam fikiran ni macam2 da terbayang. Mcm la aku kene tempuhi alam seakan neraka kan. Oh, tidak. Mungkin aku je berfikir negatif. Tapi kalau kamu ditempat aku, kamu mungkin juga akan fikir macam aku. Fikiran aku normal. Bayangkan aku kena duduk dirumah suami yang masih punya emak dan 3 orang lelaki. Emak mentua aku masih kerja. Umur da lebih setengah abad. Aku terfikir macam aku kena buat suma kerja2 rumah. Kalo kat umah sendiri, kadang kalo mak aku keja petang atau malam makanan da tersedia tp suami aku kata emak die jarang da nak masak. Sebab da penat bekerja atau da tua kan. Pernah aku ajukan soal ni pada suami dan dia kata dia akan bantu. Argh, adakah itu ayat memancing? Mcm2 lagi kat benak aku ni. Kadang aku takut kesilapan-kesilapan kecil atau campur tangan orang ketiga akan memberi implikasi kpd hubungan aku ngan suami.
Wah, meleret ke cara aku berfikir? Tapi siapa yang tak sayang hubungan suami isteri ni. Lagi aku yang masih baru berkahwin. Aku taknak kesilapan kecil mengganggu hubungan suci ini. Kalo ikut hati aku nak duduk rumah sewa. Tapi mungkin kewangan atau rasa tanggungjawab die sebagai anak lelaki pertama buat dia nak bersama mama tercinta. Apapun aku tetap ikut kata suami. Aku da hantar surat pertukaran tu. Aku nak dekat dengan suami. Karang takut rasa macam tak bersuami lagi pulak. Harap cepat la proses pertukaran tu. Tak lah penat duk ulang alik masing-masing ke Shah Alam dan JB. Lagi pulak kami sememangnye mahukan anak cepat. Pasti lagi susah nanti kalau da mengandung. Harap Tuhan permudahkan segala urusan. amin.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

duduk dengan mak mertua ke??

dibiuscinta berkata...

iye awak..

♥ EeiNz ♥ berkata...

ooo..FIL dok jb eh ..makin jauhla kite..xpela..kin doakan mga cpt² dpt dok disisi somi, mga cpt² dpt bb gak ..aminnn

dibiuscinta berkata...

FIL da pass away la ekin..aa'h jauh tp dekat..sebab ada blog..hehe.mekasih atas doa2 yg best tu ;P..amin..

Ija1202 berkata...

semoga tabah melalui segalanya...dan berdoa agar di beri ruang utk berdikari bersama suami...semoga segalanya yg baik2 berlaku...insyaAllah...

dibiuscinta berkata...

TQ Ija...

cujen berkata...

syurga di bawah tapak kaki suami..
pasal mak mertua tu, wat je cam biasa.. cam kita ngan mak kita jugak... yang penting saling hormat menghormati.... good luck

dibiuscinta berkata...

tq cujen atas nasihat itu

m@Ri@ berkata...

semoga selaganya di permudahkan..=)