31 Mac 2009

Attention to membe ex-polipd!!!!

Lupe nak maklumkan korang sume yg Rohani Binti Buang telah selamat melahirkan bayi kedua pada 25 Mac 2009 (Rabu) di Hospital Putrajaya. Bayi lelaki seberat 3.4kg telah dilahirkan secara normal dan diberi nama Reza Irfan Danial bin Reza Adha.. Rohani sedang berpantang dirumah ibunya di Meru, Klang..

p/s: Iza pun tak sempat melawat lagi..time die masuk spital iza tau sebab die sempat minta mangap lg..hehe..ingat nak melawat kat spital je tp tak dimaklumkan plak...bile kol, upenye da ada kat umah mak die lew..nak p melawat ari ahad tp tak berkesempatan lak,...nnt kalo iza lawat, iza update pic die k..

(",)

Lg 30 hari???sebulan??Ya Allah kuatkan hati ku ni..sehingga aku bertemu jodoh..
Sesungguhnya saat ini hati aku ada mcm2 perasaan..marah, sedih, benci..
sampai aku tak kisah pun kalo tak jadi kawen..
tlg la otak aku..kawal hati ni..jgn terlalu ikutkan perasaan..
Semoga hati ni menjadi lebih tabah dan sabar..
Pedulikan apa orang nak kata..



26 Mac 2009

~Pengantin Jelita + Otak Kreatif~i lyke!!!

Majlis Pernikahan Afrah & Syarizal
13 Mac 2009, Masjid Putrajaya


(ofismate yg cun dan demam denggi di Hari Besarnye..sgt cantik kan..crown len dr yg len)
(lepas skali lafaz..ensem dan sopan je suami die..sarung..)
(kasik lagi..bangle plak...)
(kasik lg dan lagi...$$$$)

(pastu baru leh ciom..fotographer tegur..1st time amik pic batal air semayang ciom pipi...hehehe)

Hantaran Perempuan ke Lelaki - Konsep Island
(kiri: Sirih junjung. Kanan:anggur+coklat)
(kasut..kalo pandangan dari tepi mcm sejenis kapal ar)
(kiri: tali pinggang + 2 dompet. Kanan kain kot.:P)
(kiri: wangian+brgn peribadi. kanan: sejadah)
(kiri: KEK! suke ler..len dari yg len...kanan: jam+hp+kamera)






Hantaran Lelaki ke Perempuan - Konsep Forest
(Sirih junjung)
(kiri: kasut + handbag..kanan:anggur dan cupcakes kot)
(kiri: barang mekap. kanan: Hp + jam)
(sejadah)
*semua barangan hantaran adalah hasil kreativiti pengantin perempuan sendiri...yg penting konsep die len dari yg len...

`T.A.B.I.A.T B.U.R.U.K~orang pompuan~




Perkara2 ni kerap dilakukan kaum wanita di bawah sedar tetapi sangat membinasakan perhubungan. Untuk wanita yang sudah berumahtangga kena lebih awas dengan sifat ini. Elakkan daripada mengamalkannya kerana ianya tidak membawa sebarang kebaikan kepada perhubungan. Wanita sering menuduh dan tidak perasan yang mereka melakukannya. Penggunaan perkataan “tak pernah”, “selalu”, “memang”, antara yang sangat bahaya akan tetapi selalu sangat digunakan oleh kaum Hawa untuk membantai pasangannya.
Katalah hati sakit kerana dia tidak melakukan sesuatu yang anda inginkan. Dialog atau tuduhan yang akan keluar ialah

“You tak pernah care pasal I!” atau “Abang tak pernah nak buat apa-apa untuk saya!”.


Lantas, hati si lelaki tadi akan berdarah kerana tak mungkin aku tak pernah melakukan apa-apa untukmu, sayangku. Kenapa kau menuduh aku sebegitu teruk sekali? Adakah aku ini tak berguna langsung?, itu yang difikir lelaki yang dituduh kamu. Atau

“You selalu berperangai macam ni.” Ouch!

“Abang selalu buat tak endah apa yang saya suruh!”. Dan apabila perasaan marah memuncak

“You memang tak sayang I!!!! Atau

“Abang memang tak hiraukan saya!!!” Ouch! Ouch! Ouch! Lelehan darah di hati lelaki semakin mengalir dirobek oleh kekasihnya itu.


Untuk mengekalkan perhubungan, elakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan general yang sebegini. Tidak adil untuk si dia. Gunakan perkataan-perkataan yang positif dan sekiranya anda ingin tekankan tentang sesuatu topik, gunakan topik itu sahaja, jangan di’am’kan tujuan anda.

“You tak sms I pun tadi masa lunch. Next time smslah, ok.” Adalah lebih baik daripada “You tak pernah care pasal I, tak sms pun!”.

“Abang lupa beli magazine yang saya kirim tadi” adalah lebih baik daripada “Abang tak pernah nak buat apa-apa untuk saya”.

Atau “Abang tak buang sampah yang saya suruh tadi. Nanti berbau lah rumah” adalah lebih baik daripada

“Saya sorang je buat kerja kat rumah ni, suruh tolong sikit pun tak boleh!”


Gunakan peristiwa yang spesifik dan jangan hentam general terhadap semua aduan yang ingin anda buat.

Satu lagi yang perlu dielakkan ialah menuduh perkara yang belum terjadi. Contohnya suami anda berpakaian kemas dan bergaya kerana hari ini dia ada meeting dengan important client. Melihat kelainannya pada hari ini anda terus mengeluarkan komen,

“Nak pergi jumpa girlfriend ke pakai bukan main smart ni?” Lelaki tidak gemar komen-komen sinis begini. Kalau kita pun kena sindir pagi-pagi, sakit hati juga. Dan perlu diingat, cakap banyak-banyak kali jadi doa. Jadi janganlah doakan dia ada girlfriend ye. Daripada cakap ayat itu, mulakan pagi dengan

“Amboi… handsomenya suami saya ni. Bertuah sungguh dapat husband kacak bergaya” atau “Masih kacak lagi husband I ni, teruja tengok.” Bukan sahaja dia akan gembira, anda juga akan dapat perasaan positif itu.
Kalau suami balik lambat sikit dan telefon anda untuk memberitahu, janganlah jawab begini “Alah…. Orang lain takde lah kerja sampai lewat macam abang, entah-entah pergi ke mana..” sedih suami mendengar kerana kerja kuat pun dikutuk isteri. Hati nak balik rumah pun jadi hambar. Tu pun dah bagus suami nak kol bgtau kan daripada kite risau die tak balik2!! Adalah lebih baik kalau dijawab begini

“Ye ke? Kesian suami mama kerja kuat. Lepas kerja terus balik ye. Rindulah.” Suami mana yang tak nak bergegas balik jumpa anak isteri?
Tuduhan begini tidak mendatangkan kebaikan kepada perhubungan. Kita pun tidak suka dituduh yang bukan-bukan. Katalah kita shopping balik lambat sikit dan sampai sahaja di muka pintu suami menyindir “Amboi lamanya pergi shopping. Pergi shopping ke pergi jumpa boyfriend ni?”. Berdesing juga telinga. Dahlah penat membeli barang, kena tuduh lagi. Begitulah juga perasaan mereka apabila dituduh membabi buta.
Apabila berbicara, gunakan perkataan-perkataan positif. Daripada hantar mesej

“Abang ni tak ingat sayalah!” adalah lebih baik menghantar

“Saya rindu Abang.” Perkataan yang baik-baik akan menghasilkan reaksi yang baik-baik. Jangan impikan reaksi yang cintan cintun romantis apabila perkataan yang anda gunakan bagaikan sudah sedia untuk berbalah. Mulakan hari baru anda dengan azam untuk menjaga tutur kata dalam perhubungan agar ikatan lebih mesra dan berpanjangan.


-Renung2kan..dan selamat beramal~~ ;P

23 Mac 2009

~ Senarai Yg Dah Siap ~


1. Kursus Perkahwinan - Both of us da siap.




2. Cincin Kahwin - Bulan 12 da beli. Die sorg yg simple..kami pergi masuk kedai emas pertama, die tunjuk dan terus beli..sedangkan aku lak suke nak tgk sume kedai, lepas dpt keyakinan @ cair (tu pun dari jurujual) baru beli..


3. Tempah Baju Nikah - Mcm yg aku cite.. da tempah tp tak amik lg..die nye bulan 12 lg da tempah, bulan 1 da siap..Tempah baju die lagi mahal dari baju aku tau..cit!


4. Barang Hantaran - Barang2 die siap borong pada hari pertama kuar lg..senang bawa die..tak memilih..asal ok, amik..
-Kasut
-Jam
-Tali pinggang dan Beg Dompet
-Al-quran
-Set Penjagaan Diri


5. 'Mak Andam Tanpa Mekap' -

Pelamin - x decide mcm ne sebenar2nye lg
Baju Berinai -siap katanye tp tak p tgk lg
Baju Persandingan -siap katanye tp tak p tgk lg
Kamera
Hiasan bilik tidur -wat tabir belakang je..perlu cat tepi2 dinding la gamaknye
Dulang Hantaran
Tempat Merenjis
Pintu Gerbang
Bunga pahar -
katanye nak bg 100, so aku beli la 100 lg


Mak andam tanpa mekap adalah merangkap sepupu aku..yg aku perlu berusaha cari adalah KASUT. Tunang aku offer cari kasut kat tempat die..hari tu die p cari, hari tu gak die da berkenan kat satu kasut..cuak aku..lawa ke?smpi aku ckp takyah beli la..tp die taknak aku pk2 die pun 3g kasut tu bg aku tgk..tp cam tak clear sgt..katenye warna maroon ungu..ok ke? baju sanding aku pink purple..belasah je la..g pun selama ni die beli pape barang kat aku tak pernah mengecewakan..alang2 die beli, katenye nak masuk dlm list hantaran..layan...



6.Jurufoto - da tempah..


7.Mekap - utk nikah, tukar baju n malam berinai..aku amik jiran aku jek..yg aku penah cite sebelum ni..tak cari lg utk hari persandingan.. da call makeups.blogspot da ada org book katenye..ada ide?sape2 yg mekap marvelous la..sebab aku kan tak cantik..:D


8.Cenderahati tetamu

Beg Organza
Plastik beg
Beg Organza kipas
Beg (gula2)
Kipas
- kalo ikot hati aku, mmg aku taknak bg kipas..aku nak tunda cari menda len. tp Tunang aku kata beli la awal2..so bile da beli ngan die(p temankan die cari cenderahati bln 12 tu)..kena la cari time tu gak..yg ok just kipas je..so layankan je..


9.Bunga Telur/Pahar - Beli yg biasa je..Teringin nak wat sendiri bunga telur jenis stokin tp tunang aku kata takyah susah2 beli je pe yg ada..disokong ngan jurujual tu..katenye lg murah beli dari wat sendiri..tp kalo bezakan antara wat sendiri bunga stokin ng beli stokin ofkosla beli yg mahal kan..


10.
Bunga Penanggah - Da beli dlm 30 je..tp sepupu aku kata tak cukup, so die wat yg very simple dalam 70..da siap katanye tp tak bg lg kat aku..

11.Kompang - Disebabkan aku penah join Kompang Ezhar dan adik serta Pak Ngah aku masih aktif lg..so free la..tp tak gak kot..kenala byr wit tabungkan..hehehe



12. HIV Test - Hari ni si die pun da selesai ngetest..Yeay die pun -ve! Leh kawen!

Byk lg kan tak siap..hehe :P..cube bawa2 bertenang lagi nih..



Kad Kawen


Nih saje nak preview kad sy yg comel dan simple..itu iza tak kisah pun..iza yg pilih..

Yg sgt bengang..petanye..alahai pening aku nak betulkan..mcm mane?

Sib baik softcopy..kalo hard copy rasa nak renyuk2kan tuk lepas geram..

Da la aku fenin..masa da dekat..utk print je amik masa 2 minggu..

time tanya dulu kata 2 minggu je proses..aku ingat start dari aku bg segala maklumat..

kalo camni bukan 2 minggu, 3 minggu nak dkt sebulan plus pening aku nak betulkan peta tu..

Arrrggghhh..tension bile di pk2...aku gak salah..sape suh percaya cakap dorg..wat je la
awal2..sengal..huhuhu
update: baru je pas kol Grazine card tu..ptt le salah..iza terangkan kat org len tp yg wat kad org len..akan diperbetulkan katanye..tenang sket..

18 Mac 2009

HIV Done!


Alhamdulillah..ujian HIV telah buat dan negatif..walaupun agak lambat skit datang..sebab jam dpn Kg Baru Hicom, Shah Alam..aku kuar opis kul 3..lik awal skit..sampai dalam kul 4.15 tp 4.21 aku da kuar klinik..tuh siap p tandas lg sblm kuar tu...hehehe..sgt skejap proses nye..benda segiempat tepat berwarna putih kat atas tu la test kid yg digunakan..pegawai tu bangun nak capai brg je aku snap..hehe..

p/s: sgt risau sebab tunang tak siapkan HIV test dan borang nikah lg..bile aku nak menghantar lak ni...adeiiii...susah gak duk jauh2 ni..


17 Mac 2009

::persiapan perkahwinan di hujung minggu::

Rasa da buhsan skrg ni baru la teringat nak apdet blog..


Sabtu


1. Kad Kahwen da siap tempah..xceli da booked masa pameran pengantin di Shah Alam. So, dtg utk bg maklumat dan peta je la..murah dan simple jek..sebab org biasa buang, takde nak simpan kan..aku tempah utk dua2 pihak sekali..bila peta pun share, aku rasa agak kecik plak..mau org tak leh baca..wakakaka..lantak la..malas nak pk byk..

2. Ingat nak g usha tailor nak tempah baju nikah. ada indian tailor tu die penah wat fesyen yg aku minat tp tutup lak..borak2 n usha kat tailor len..skali ringan je aku nak wat ngan die..aku ingat simple lg bgs kan..aku wat mini kurung jek..da punye lama borak2 baru aku tau die Cina Muslim..amek baju tu pertengahan bulan 4..tak pe la..ok settle satu masalah..Pastu g mydin cari barang sat..

3. Mengisi perut kat Tomyamku.com.. Kedai membe..Membe blanje makan bakso..sedap..gilew kenyang..daging nye sebesar2 alam..bile da kenyang pun mata jadi berat..borak siap nguap lagi..

4. Singgah amik baju yg dialtered..dan tempah skali la..he...

Balik dan pekena mangga muda cicah kicap+cili api+gula...wah sedap bangat...slurrppp..ngeliur dibuatnye..hehehe


Ahad

Pagi2 lg menghantar mama aku p keje..pas sarapan dll.. ingat nak cat semula dinding yg da agak kotor dan gelap dari warna asalnye...so ngecat la sket..agak penat..rehat skejap..pastu ingat nak layan melodi..separuh je..pastu melodi layan aku..

(ada beza x?sudut kiri dah cat,kanan belum lg)


(yg ni lak kiri tak cat lg...kanan da cat..hehehe)














Bila nak mengisi perut, mak uda ngan sepupu2 dtg, katanye nak ajak mama aku bincang pasal Hari Besar aku..tp mama aku keje lak..so kire melawat sesaje je la kan..sape suh tak call dulu..pastu ada la beberapa org tlg setle ratakan pasir+batu dpn umah aku tu..da agak tenggelam dan lecak..tak sempat siap, ujan lak..hehe..

Malam p jumpa photographer nak tgk sample dan bayar deposit 30%..aku da penat mencari..sblm ni byk aku da cari..bile da dpt yg murah rasa nak cari lg murah..akibatnya bile di saat ni aku tanya, da ada org booking da..padan ngan muka aku..so, skrg da dpt 1 tu terus bayar je la..malas nak cerewet lg..walaupun mahal 200 dari yg asal..sakit...janji jumpe kul 8.30..alih2 jd nak dkt kul 10..baru lik dari job kat kedah katanya..asalnye jumpe ari isnin..tp photog tu agak risau kalo isterinya 'meletop'awal..dia nak bawak isterinya p Kelantan..sebab da due date utk mendapat 1st baby..papepun tahniah la..

Pastu da kul 11 lebih kan..terpaksa teman membe..xbf dia pinjam wit, nak bayar..tp byr separuh plak..balik da kul 12 lebih..ntah nape tak leh tido..kul 3 baru terlelap

Tamat..

Ok skrg nak p test HIV..pray for me kay!huhu

09 Mac 2009

9.3.2009 - Genap setahun



Daisypath Wedding Ticker


Entry kali ni adalah pemberitahuan secara rasmi xspecialy kpd rakan2 yg mengenali aku..
xceli tarikh 9.3.2009 genap setahun pertunangan aku bersama Mohd Izzul Hasmi bin Ismail..

Selama ni kalo orang tanya aku just berdalih..
bukan nak berahsia..tak terniat..sebab benda baik kan..

tapi disebabkan aku pernah terluka..iaitu tak jadi tunang sekitar tahun 2006..
jadi aku mengambil keputusan supaya selepas itu biarlah rahsia..

hinggakan lagi 2 minggu nak tunang baru aku bgtau sedara mara yg sngt dekat sahaja..
prepare pun ala kadar dan diadakan secara kecil2an..

biarlah bila Hari Besar itu semakin dekat baru ada orang tahu kan..
dan kini hari itu semakin tiba..
spt tag di atas..sebulan lebih lagi..

semakin berdebar..
persiapan pun tak sampai 50%..
dan lepas ni..

Semoga impian kami untuk disatukan secara sah akan terlaksana..
dan semoga dipermudahkan segala urusan kami ke arah itu...amin




05 Mac 2009

Geng

Dalam langkah berjimat cermat aku dan 3 lagi rakan menonton cite 'geng' ni pada hari ladies nite semalam..murah skit kan..owh semestinya 'geng' yg dimaksudkan adalah Geng: Pengembaraan Bermula..


xcually da lama rancang nak tgk tp masing2 ada hal so baru la berkesempatan..berita hujung minggu lepas kata da nak tamat tayangan di pawagam..lagi la rasa terkilan kalo tak memeriahkan sama..walaupun terlewat tp ok la..malas nk tgk time padat2 dan duduk DEPAN SEKALI!



Ok salah sorg kawan aku p beli kul 4..bila masuk panggung wayang (kul 8.15pm) je time aku pegang tiket nak cari tempat duduk..OMG! Die p beli yg DEPAN SEKALI???? senyap2 plak tu..dah tu sengih2 bile aku cakap..erm malas nak cakap..sebab da bising waktu tu..p je la duduk..agaknye die tak nak bgtau pun sebab taknak dgr kitorg bising kot...1st time tau duk depan skali ni... Perasaan??



Erm..segala perasaan x syok lain tertutup dok kerana syok, happy, fun tgk wayang tu..kalah la cite yg berunsur lawak..huhuhu...mcm2 posisi duduk aku dek kerana tak selesa dgn tengkuk yg sengal2...Balik sume mengadu sakit tengkuk..duk pekena nana balik..hehehehe..


Pe yg aku nak utarakan adalah sangat tak patut bila pihak panggung nak stop kan tayangan saat2 cite tu masih panas dan mendapat sambutan..bukan kah itu lebih menguntungkan pihak pawagam gak..perlu ke terima alasan memberi laluan pada crite2 baru yg lain yg lebih banyak dari Hollywood tu???? Kenapa tak nak buka periuk nasi lebih skit utk anak tempatan..lagi2 yg baru nak mencuba nasib dan meletop plak tu..aku yakin masih ada yg tak berkesempatan ke pawagam tgk cite tu dek kerana kekangan masa.. Semoga cite animasi di Malaysia akan bertambah maju dan lebih berkembang mantop ok!!

BETUL! BETUL! BETUL!




p/s: Last week baru tau yg fathiyah (penyumbang suara upin & ipin) tinggal berdekatan dengan rumah aku (Taman Seri Proton) dan bersekolah di Kampung tempat tinggal aku..Idup Kampung Telok Menegon!! huhuhu





anyambakul.blogspot.com

Ala...menci la...nape na tak invite iza pun...kan iza da bg email..sedey tau..plz2..invite k..arap na baca..sian kite tau..kite suke baca blog awak la..isk3