25 Disember 2009

24 Disember 2009

Imbas Cerita Indah Lalu.

Salam kepada blogger yang sudi menjengah ke blog aku ini.

Aku tidak lagi berblogging di pejabat.  Tempat cari makan aku bukan lagi di Kementerian Kewangan, Putrajaya (MoF).  25 November aku terima surat penempatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat JB tapi suratan tidak tertulis untuk aku di situ. Disember adalah lembaran baru buat aku. Disember adalah pra perubahan aku untuk menghadapi 2010 yang lebih mencabar. Mencabar kerana aku berhijrah mencari nafkah halal di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.  Baru hari ini penempatan aku ditetapkan dan aku diberitahu. Januari 2010 adalah permulaan bekerja. Sungguh baru beberapa hari di sini, belajar di Kamar Hakim Kanan memberi aku seciput pengalaman yang sangat berharga yang aku tidak dapat di MoF. Bak kata pepatah 'jauh berjalan luas pandangan'. Banyak perbezaan besar persekitaran tempat kerja. Kemaskini blog aku yang akan datang pasti akan menceritakan lagi serba sedikit.


Sebelum aku dapat pindah, aku dan Ema tinggal sebulan di rumah kuarters rakan sepejabat, Akma. Akma ni mengandung 7 bulan, Ema pulak mengandung 5 bulan. Suami Akma kursus sebulan di PD. Ema pula seperti aku PJJ dengan suami. Seronok tinggal dengan mereka. Kami seperti saling memahami. Susah nak cari rakan yang sekepala dengan kita. Jadi hari-hari terakhir, aku belanja mereka makan bersama di tempat yang Ema cadangkan. Kebetulan pula, aku baru saja terima APC. APC bagi aku bukanlah untuk diri aku saja. Rezeki itu patut dikongsi bersama. Jadi makan malam itu juga indah rasanya dengan suasana yang lain dari yang lain. Kami pilih tempat duduk bersila ala Jepun gitu.

Hari-hari terakhir di pejabat buat aku syahdu juga. Mana tidaknya, 5 tahun setengah di sana buat aku terasa sangat sayang pada segalanya di MoF. MoF lah perintis tempat kerja aku. Biarlah kalau rakan tidak berapa menghargai aku, aku tak nak ambil tahu sangat pasal itu, Apa yang pasti aku nak  buat hari perpisahan aku indah. Mengajak rakan-rakan pejabat makan ramai-ramai adalah sangat indah buat aku. Bukan senang aku mahu belanja rakan-rakan ini. Asalnya aku nak makan di luar tapi tidak dipersetujui rakan. Tapi akhirnya aku puas juga makan di pejabat kerana lebih ramai aku boleh ajak makan bersama. Ada juga sedikit terkilan kerana aku buat waktu hari sebelum cuti Raya Haji, ramai rakan yang tiada disebabkan telah bercuti. Tapi tidak apa, mungkin itu sahaja rezeki untuk aku berkongsi sama.


Aku mahu berbalik pada pra persediaan 2010. Perpindahan tersebut juga memerlukan aku membuat persediaan hidup berumah tangga. Hidup bersama suami, ibu mentua dan 3 adik ipar lelaki. Sungguh aku kalah dalam persediaan ini. Aku lemah. Kenapa? Kerana pra persediaan aku yang ketiga.


Aku menghidap penyakit buatan orang.  Ya, alhamdulillah. Tuhan kirim 'turn' buat aku dan suami pula. Sungguh Tuhan sayang kami. Minggu itu aku dapati aku tidak datang haid. Tapi sejujurnya, Tuhan beri semasa aku sudah putus harap. Aku tidak terlalu teruja  menjangkakan yang aku mengandung. Semasa aku perlu bertukar, suami datang bukan saja untuk membantu malah ada agenda lain.  Sepanjang bulan itu aku cuma fikir tidak mahu tekanan, aku mahu kebahagiaan, kegembiraan dan atas sebab itu, aku selalu memikirkan tempat percutian. Aku berfikir untuk  bercuti berdua, tertunai semasa ke PD. Kemudian, merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan sekampung. Tanggal 27 November masa kebanyakkan menyambut Raya Haji tapi aku telah merancang percutian bersama rakan-rakan di Teluk Batik. Itulah agenda kami. Jangka rakan-rakanku percutian itu sempena bulan madu kami.

Kami buat barbeque malam tu. Masa cari barang, aku dan suami ambil kesempatan cari pregnancy test kid. Petang tu jugak aku cek, alhamdulillah. Tengah malam tu, sebelum tidur aku dan rakan-rakan borak panjang. Suami aku dah tidur, kepenatan dek memandu. Sempat aku kirimkan khabar berita buat mereka. Sebab mereka juga orang-orang yang terpenting dalam hidup aku. Sentiasa ada waktu susah senang aku.


Apa yang kelakar adalah untuk beritahu khabar indah itu kepada mak kandung aku sendiri. Susahnya nak buat ibu tersayang percaya. Katanya, setiap bulan dia melihat aku memakai kotex. Mungkin dia tidak teringat yang selama sebulan aku tidak berjumpa dengannya sebab menetap di rumah Akma. Tapi alhamdulillah, lama-lama dia percaya juga. Sebelum bertolak ke Johor Bahru sempat juga aku mengajak keluarga makan beramai-ramai. Sebenarnya, aku cadang untuk makan beramai-ramai sejak lepas kahwin lagi, menghargai kudrat mereka bersusah payah membantu majlis perkahwinan aku. Alhamdulillah, tertunai juga akhirnya. Destinasi? Jonnys' di Jaya Jusco Bukit Raja. Macam-macam mereka order, katanya bukan senang hendak aku belanja. Tapi aku tak kisah pun, aku puas!

Semoga 2010, segalanya berjalan dengan lancar hendakNya.

p/s: ada satu lagi percutian yang dirancang. Harap dinikmati dengan indah. Amin.


18 Disember 2009

Bulan Kedua

Bayi

  • Semua organ dan sistem badan utama telah terbentuk tetapi belum sempurna.
  • Tulang belakang, otak dan tali pusat turut terbentuk.
  • Jantung sudah mula berfungsi dan sistem saraf bayi berkembang dengan pesat.
  • Jari tangan dan kaki membentuk, begitu juga dengan telinga dan kelopak mata.
  • Uri yang berfungsi membawa makanan kepada bayi dan membawa bahan buangan dari bayi mula terbentuk, tetapi belum boleh berfungsi.
  • Panjang janin lebih kurang 1 inci dan beratnya masih kurang dari 1 auns.

Ibu

  • Buah dada anda masih terasa sakit, warna puting dan aerola menjadi bertambah gelap.
  • Anda mungkin berasa letih dan memerlukan lebih rehat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru anda. Tambahan lagi semasa inilah kebanyakan organ kritikal bayi termasuk otak akan terbentuk.
  • Jumlah darah dalam badan juga turut meningkat.

Tip

Kunjungi doktor anda untuk pemeriksaan prenatal.

Doktor anda mungkin memberi anda vitamin prenatal. Vitamin anda sepatutnya mengandungi 400 mikrogram asid folik.Jika anda mengalami mabuk hamil, cubalah makan sedikit tetapi kerap.

Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan. Jika anda merokok, berhenti segera!Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang daripada lima kelas makanan utama (bijirin, buah, sayur, produk tenusu, daging dan protin)Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, jus atau susu.


11 Disember 2009

27 November 2009

21 November 2009

HaniMun LasT MinutE


Cite ni da basi tapi nak pahatkan kat blog ni untuk kenangan masa depan. Aku dan suami ke Port Dickson. Ikutkan sejak kahwin kami tak pernah hanimun lagi. So, ni dikira hanimun la kan. Last minit minggu lepas aku dan suami saje nak holiday, berdua. Selalu jumpa sik kat umah mama masing-masing aja, nak gak environment baru kan. He.

Lagi satu sebenarnya aku da rindu kat PD ni. Dah 5 tahun lebih tinggalkan PD, tetiba rindu plak. Tu yang ke sana tu. Jumaat malam Sabtu tu sampai pun da kul 1 lebih kot, so kami pilih hotel cikai jek. Janji dapat tido kan. Tapi mmg tak lena ar, soknye bangun pun badan tak sakit2. Haha, nasib lah..


Esoknye baru cari hotel yang selesa dan menghadap kat pantai mmg susah ar.. Tak dapat ar.. Byk habis. So yang kami dapat tinggal kat apartment . Okla kan janji menghadap pantai. Memang syiok lah.. Lpas check out sok nya aku ajak asben ke Rumah Api, Tanjung Tuan, Melaka.  Actually aku ajak g sana sebab dlu aku ngan membe poli (Rohani dan Wati) pernah jalan kaki dari pantai depan poli kami sampai ke sana.  Memang best ar. Tak penat langsung. Time tu mana ada plan, so takda air pun tak rasa penatnya sbb tgk keindaahan ciptaan Tuhan. Walhal penat gak tu naik bukit ke Rumah Api tu. So layan jek ar gamba ni..







20 November 2009

18 November 2009

Bulan Pertama

Bayi

  • Lapan minggu pertama, bayi anda dipanggil embrio dan berupa seperti berudu.
  • Ia akan mula mengalami pertumbuhan kepala, badan dan jantungnya.
  • Tiub saraf yang akan menjadi otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
  • Pada hari ke 25, jantungnya sudah mula berdenyut.
  • Di penghujung bulan ini, saiz embrio lebih kurang seperti sebutir beras dan mempunyai berat kurang dari 1 auns.
Ibu

  • Anda hamil dan tidak datang haid.
  • Badan anda mula menghasilkan hormon yang diperlukan untuk membentuk bayi.
  • Buah dada akan membesar dan terasa sakit.
  • Anda kerap membuang air kecil kerana pundi kencing anda ditekan oleh rahim yang semakin membesar.
  • Sistem penghadaman anda juga terganggu mengakibatkan sembelit dan kembung perut.
  • Perubahan mood juga biasa berlaku di awal kehamilan.
  • Anda mungkin akan mengidam untuk makan sesuatu.
Tip

Anda boleh menggunakan kit pemeriksaan sendiri di rumah yang boleh dibeli di farmasi.Sahkannya dengan doktor anda bersekali dengan pemeriksaan pranatal pertama anda.Ambil vitamin B asid folik setiap hari untuk mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan saraf tunjang.Tanya doktor anda tentang ubat-ubat serta produk herba yang boleh dan tidak boleh diambil. Berhenti merokok, mengambil dadah dan minum minuman alkohol.



12 November 2009

pisau cukur

Salam. Sape dah tgk pisau cukur? Saya dah. (Tak mcm gaya berlagak kan) Best gak cerita ni. Ending jek wat kite tertanya-tanya. Oleh itu dari 5, saya beri 4. Aku tgk kat JJ, JB. Ramai. Penuh. Cerita ini tak memerlukan pelawak untuk kita terhibur dan ketawa. Nabil yang ada kat dalam tu pun watak kecil yang diberi pun, sekadar biasa2 saje. So aku tabik pada penulis skrip die. (salah sorg pengacara 3R, lupe lak nama die)

Ekh, ekh. Aku dapat pisau cukur tau time beli tiket wayang tu. Hahaha.. Sape nak pisau cukur free ngan voucher dan happy ketawa riang ria aidiladha(bakal), sila2lah ke panggung.. Erm, kena dpt royalti nih sbb promote..huhuhu

p/s: baru kali ke2 melihat wayang ngan suami tercinta sejak 6 bulan mendirikan rumah tanpa tangga..(daif sungguh aku suami isteri nih..

notakakiwangi: teringin nk tgk cite wayang 2012..blew ek...lau cite omputih ni leh beli cetak rompak je..ngah pk2 lg..


05 November 2009

bersamamu

Assalamualaikum.

Lama dah tak bersiaran di sini (huhu. macam berita la pula) Rindu sangat kadang nak berkongsi cerita. Setiap kali ada cerita, lupa untuk dikongsi.

Kali ini aku terpanggil untuk berkongsi perasaan. Perasaan tidak sangka, simpati dan kurang keperihatinannya aku. Semalam aku lihat tv3 rancangan BERSAMAMU. Kebiasaannya pada waktu malam aku tidur awal. Tapi kali ini mungkin Tuhan gerakkan aku berkongsi perasaan dengan jiran aku. Ya, semalam adalah jiran aku. Jiran belakang rumah. Tapi penggambaran semalam aku lihat, mereka ambil arah ke belakang je lah. Teratak indah aku tidak terpamer langsung (perasan). Memang banyak hari kebelakangan ini berduyun-duyun kereta ke belakang rumah tapi aku cuma endah tak endah je. Kadang orang marah kalau kita sibuk-sibuk kan. Aku pun tak minat nak masuk campur hal orang walaupun sebenarnya dulu aku amat rapat dengan mereka. Masa aku beritahu adik lelaki dia pun, adik dia cuma cakap malu je. Katanya adik beradik ramai. Yalah adik beradik ramai bukan penentu dapat membantu. Masing-masing ada life sendiri. Memang patut lah mereka dapat bantuan rumah tu sebabnya rumah hasil peninggalan arwah nenek saudara yang diduduknya itu takda bilik. Mana tidaknya, arwah nenek sedara kak Ina tu tak berkahwin, jadi tidak perlukan bilik ya tidak. Lagi rumah itu da uzur, memang patutlah ada yang membantu bina semula.

Aku cuma berdoa dengan kehadiran warga yang prihatin membantu kehidupan mereka sekeluarga lebih membantu dan membuat mereka sekeluarga selesa. InsyaAllah.

p/s: Kamera berminat dengan Hezriq yang comel. Asyik muka dia je. Geram aku.

20 Oktober 2009

Salam Aidilfitri Ayah & Bonda - Hujan & Raihan

Hujan & Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

p/s:really love this song among Raya


14 Oktober 2009

Dugaan

Tuhan, aku tak kuat utk terima dugaan walau sekecil ini. Aku hambamu yang sangat lemah. Tolong bimbing aku..


13 Oktober 2009

my classmate (5A-SMKKJ)

Salam

Sabtu lepas, malam aku ke kampung sebelah (sungai kandis). My pren, ya wat open house. Aku g bkn nk mkn semata2 tapi aku disebabkan teruja berjumpa ngan kwn2 lama. kami kenal since aku masuk smkkj time form 4. dlm kelas kami lebih dimonopoli oleh chinese..dak pempuan melayu cuma ada 5 org je..kalau tak 4 org, time form 5 dla masuk kelas kami. pindah dari Perak. Budak laki Melayu pun ada 4 org jek..

Hari tu borak2 ngan dak kelas 5B, dorang kata kitorg cam dak angle..lastly kata cam nerd..hahahaha..lawak2..tp tol gak, dak 5B kecoh skit..mgkin sbb kelas dorg ramai dak Melayu kan..nerd ke? tak ar..

Ima baru jek dpt post nurse dan rezeki dia kembali ke tmpt asal, Klang di HTAR. Lepas abis form 5, family die berhijrah ke Melaka. Lama tak jumpa. since habis form 5, sekali je aku penah jumpa dia. Tahun 2007. Kawan2 aku ni tekun belajar, cuma aku ngan dila la malas skit. Tak minat. Aku tak minat sains tulen. Aku nk tukar kelas akaun. Aku minat math. Tak perlu study, just faham. Tp tak berani nak tukar dan malas. Alih2 belajar pun malas sampai mak aku risau gilew tgk aku yg wat dunno ngan SPM. Jadinya result pun yg A1 math je lah.. lain hancos...Aku ingat dlu, aku duk sblh ima, aku suke kaco die blajar smpi 1 tahap die menangis. Smpi skrg aku rasa serba salah. Terukkan aku.Ima mmg ada gaya nerd dulu. dgn spek bulat dan tebal tp skrg die da ayu..ayu sgt.

Zati n zulia rapat. sama2 study. Zati pendiam sgt2. sentiasa tumpukan pada study. dia berjaya ke matriks pas SPM atas usaha dia. Zati nk sambung Bachelor utk next year. moga berjaya. Zulia pula aku rapat sbb kami sama2 pengganas..ekh tak. pengawas.he. Dia kawen masa study Diploma lagi. Skrg da punya anak satu umur 5 tahun. Rezeki dia kawen awal.

Dla geng aku. Geng berborak. Geng malas belajar. Tp die ke UiTM gak. Aku gak tersadai kat politeknik..hakhakhak..


(Dari kiri: aku, Rozaimah, Zati Atiqah dan Zulia)







Dla @Norsyamsima Adila. Nih pic time die tunang. Dah berkahwin bulan 3 yg lalu..cantikkan cam Karena Kapoor..Kebanyakkan ar ckp camtu..he








09 Oktober 2009

duit2

alhamdulillah start selasa hingga sabtu ni makan free jek..kurang la skit pengeluaran wang aku..he..
gaji kuar awal..isau tibe2..mampukah aku kawal kewangan hingga hjg bln 11..harap2
npe kenaikkan gaji tak naik lagi..sllu every year on time...ekonomi2..ok gak dpt lmbt..nnt dpt byk skit bln dpn..he..tp kalo dpt bln ni on time kan best dpt kaver lama glew nk gaji bln 11 nnt..papelah..penat da pk..camtu gak..tak ubah pape pun..huhu


08 Oktober 2009

mekak

nak kaber org sini, kita kena mekak dgn org kat sinun
org sini pun duk mekak kaber diri
bila bg org sana, org sana mekak konon marahkan org sinun

kesimpulannya,aku sgt menci org mekak kat aku..




p/s:mcm aku jadi bahan lepas marah dan kesilapan org pulak..







06 Oktober 2009

Solat Taubat dan Doa Nabi Zakaria Sebagai Usaha Mendapatkan Zuriat

Solat Taubat dan Doa Nabi Zakaria Sebagai Usaha Mendapatkan Zuriat



Zuriat atau anak adalah anugerah Allah dan rezeki untuk memperolehi anak juga dalam ketentuannya. Sebagai Muslim jangan lupa yang pertama mestilah memohon kepadaNya dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal.


Suami dan isteri kena buat amalan berikut setiap malam:


Solat taubat 2 rakaat

Solat hajat 2 rakaat- niat untuk dapat zuriat

Baca ayat : " Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami' uddua" - ayat 38 Surah Al-Imran (Doa Nabi Zakaria)

Wiridkan ayat ini 40 kali lepas tu doa minta pada Allah dalam bahasa masing-masing.
Amalkan dengan penuh Yakin... sangat mustajab...










05 Oktober 2009

raya..raya..raya..



Assalamualaikum.. lama pula rasanya aku tinggalkan blog ni. Mana tidaknya, asal buka internet je terus ke facebook..kat sana usik mengusik dan bercerita lebih pantas. Lagi pulak ramai yang dikenali.


Cerita tentang raya, raya pertama adalah dirumah aku sendiri di Shah Alam. Husband aku gerak dari JB pada jumaat malam Sabtu tu. Dia sampai dalam kul 1 pagi lebih dan kami cuci mata di Uptown Shah Alam sampai kul 3 lebih. Lepas tu teman dia bersahur di McD. Aku dah kebocoran petang jumaat tu. Tahun ni ponteng 4 hari je..kurang dari tahun2 lepas. Alhamdulillah. Kira-kira sampai rumah pukul 4 lebih la..


Sabtu. 19/09/2009 jam kul 8 da gerak ke pasar Meru, Klang bersama suami tercinta berbelanja barang basah. Sempat borong kuih raya yang biasanya orang jual RM25 jadi RM11. Yang RM22 jadi RM10. So, aku belilah 3, sebab kat rumah tu pun da banyak borong. Lepas tu kemas-kemas rumah seharian. Nasib la tak puasa. Tapi tahan mengantok je lah. Dalam pukul 3 sempat tido setengah jam. Pastu tak jadi tidur sebab kesian mama sorang2 kat dapur.

Malam tu lepas berbuka, main mercun sat, pergi lah cari barang-barang raya. Pergi Ole-Ole Shah Alam, dapat 1 tdung aku dgn harga RM9 je. Pergi kompleks PKNS, padat. Tak dapat nak cari apa lah. Pastu pergi Klang pula dapat la tudung aku dan mama serta sampin suami. Alhamdulillah la dapat murah. Kalau biasa tudung tu harga RM35, tapi aku dapat RM23. Berbeza, memang berbeza. Pukul 1 lebih kot sampai rumah. Tahun lepas lagi lambat. he. Mata da ngantok, pe lagi tdo lew..

Ahad. 20/09/2009. raye!! Time aku berkemas dan isi apa yang patut, suami, abang dan adik aku pergi ke masjid. Balik solat raya, suami duk suruh mandi je. he. Lepas siap2, pergilah ke kubur dan gambar time

Pastu raya di rumah sedara sekitar umah aku. 3 umah je. Pastu gerak ke Telok Panglima Garang, cadangnya nak raya umah mak cik aku tapi bila mesej katanya da nak gerak ke rumah anaknya, jadinya kami terus ke rumah sepupu aku lew. Selalunya lepas je rumah sepupu ni kami akan ke Pulau Indah tapi aku dan family tahun ni nak menukar ke haluan sendiri. Kami beraya di rumah adik dan kakak sebelah mama aku pula di Selayang dan Nilai. Tiada pic yang diambil. Memang tak teringat lew. Balik sampai rumah da nak kul 2.


Isnin. 21/9/2009 lepas sarapan aku bermalas-malas depan tv. Si suami da tak sabar nak pulang ke JB. Jadinya dia keluar sendiri. Rupanya ke Tasik Shah Alam tgk ikan. Adoyai, kalau dah minat kan. Atau mungkin tension ngan aku. he. So, merajuk sekejap ngan suami sebab ditinggalkan tanpa berita. Dalam tengah hari, balik JB. Sampai-sampai je terus ke Kempas rumah mummy suami. Lama lah sampai ke malam.



Selasa. 22/9/2009 ke Pontian. salah seorang makcik dia berubat. Kena buatan orang. Berubat siang hari tu pun menyeramkan awalnya tapi jadi bahan ketawa bila tgk gelagat dan hamburan sumpah seranah 'setan' itu. Tak habis melihat, kami terus ke rumah salah seorang makciknya, Bibik di sekitar itu juga. Tak lama lepas itu, sepupunya Abang Long dari Kg Baru, KL datang beraya ngan family. Lepas makan, kami dihiburkan dengan belon dan persembahan puppetnya. Memang riuh la. Dalam pada tu, makcik2nya yang berubat pun da datang ke rumah Bibik menjamu selera. Malam tu kul 10 lebih mereka nak sambung berubat lagi. Aku mmg nak sangat tgk tapi dihalang suami. Katanya aku period ni takut menda2 tu masuk dalam badan aku pula. Merajuk aku dalam kereta, buat tak tahu. Tido. Hampir juga lah nak xciden. Mama, kak ngah dan adik dia yang pergi tidur di rumah Mummy nya. Balik pukul 4 pagi katanya.



Rabu 23/9/2009. Selain melayan budak-budak yang datang rumah, aku main dengan 2 orang anak buah suami. Elis dan Anis. Petang Abg long dan family datang beraya di rumah kami pula. Lepas masak dan makan malam, mama dll yang pergi balik bersama makcik-makcik dan sepupu yang lain sampai ke rumah. Borak-borak, main mercun dan layan tv sehingga jam 1 lebih.


Khamis 24/09/2009 Makcik2 dan sepupu pulang tengah hari, malam ke open house kawan suami,Majid. Lepas tu teman suami berfutsal. pulang jam 3 pagi.


Jumaat 25/09/2009 ke Muar rumah Mak Lang dan Pak Itam suami. Malam baru pulang bersama mak Utih. Sebelum tu raya umah sepupu dulu. Mak Utih tido di rumah.


Sabtu 26/09/2009 Mak Utih dan anak-anak pulang ke rumah. malam ke rumah Enjal, kwn b dan jam 10 lebih rumah suami dipenuhi dengan rakan-rakan, jiran serta rakan sekerja datang beraya sehingga 2 pagi lebih. Pergh ramai gilew..penat dan seronok!



Ahad 27/09/2009 Hantar k.ngah ke Larkin untuk pulang ke Shah Alam. Lepas tu, aku, suami, mama dan hagiz beraya di rumah makcik dan pakcik aku. 1st rumah mak lang, rumah kawan mama dan kemudian rumah pakcik azmi. Pulang ke rumah kemudian sambung beraya ke umah kwn suami Tmn Daya.

Isnin 28/9/2009. Suami kerja di pagi hari. Sayu pula hati. Mungkin da sedap ada orang kesayangan di sisi lama kan. Siap2, petang aku, mama mentua dan Hafiz gerak pulang, sebelum itu aku beraya rumah Mak Ani, makcik suami di Bangi. Kemudiannya, kami tunggu K.ngah ngan bf dia datang dan ramai2 ke Sepang untuk beraya di rumah Mak Long. Jam da pukul 12.00 lebih. Kami semua kena tahan tidur di rumah mak Long. Kak ngah ngan bf saje yang balik.



Selasa 29/9/2009. tak jadi ke rumah mak anjang sebab kami lewat menunggu bf Kak Ngah. so, aku, kak ngah dan bf nye ke R&R Awan Besar makan sate kajang. Sampai rumah da nak kul 1

Rabu 30/9/2009. Ke Rumah Mak Anjang di Puchong. Aku, k.ngah dan bf nye ke rumah Mak Ani berkumpul dulu dan gerak sama. Kami di jamu makan sate. sate lagi. he.



Khamis 1/10/2009. Aku da lunyai. Mata tak leh buka. Badan letih. Perut da tak sedap. Tak kerja. Malam pukul 10 lebih mama and the gang datang beraya ke rumah aku. Balik jam 12.30. Rugi tak datang. Lupa lak kawan aku ajak lunch beraya kat rumah dia. He.




Jumaat 2/10/2009. Jamuan raya di ofis. Sonok bangat! Suami aku bertolak dari JB ke Shah Alam. yabedabedu!


Sabtu 3/10/2009. Jam 1.30 am suami sampai ke rumah. Bangun awal amik kak ngah dan bf dan hantar ke rumah Mak ani. Kak ngah ikot dorang g Muar raya lagi. Aku singgah rumah Mak Anjang hantar barang yang dikirim. Tamat Beraya.




Ahad 4/10/2009. Suami pulang jam 6.45pm. Cedih.... :....(