Assalamualaikum.. lama pula rasanya aku tinggalkan blog ni. Mana tidaknya, asal buka internet je terus ke facebook..kat sana usik mengusik dan bercerita lebih pantas. Lagi pulak ramai yang dikenali.
Cerita tentang raya, raya pertama adalah dirumah aku sendiri di Shah Alam. Husband aku gerak dari JB pada jumaat malam Sabtu tu. Dia sampai dalam kul 1 pagi lebih dan kami cuci mata di Uptown Shah Alam sampai kul 3 lebih. Lepas tu teman dia bersahur di McD. Aku dah kebocoran petang jumaat tu. Tahun ni ponteng 4 hari je..kurang dari tahun2 lepas. Alhamdulillah. Kira-kira sampai rumah pukul 4 lebih la..
Sabtu. 19/09/2009 jam kul 8 da gerak ke pasar Meru, Klang bersama suami tercinta berbelanja barang basah. Sempat borong kuih raya yang biasanya orang jual RM25 jadi RM11. Yang RM22 jadi RM10. So, aku belilah 3, sebab kat rumah tu pun da banyak borong. Lepas tu kemas-kemas rumah seharian. Nasib la tak puasa. Tapi tahan mengantok je lah. Dalam pukul 3 sempat tido setengah jam. Pastu tak jadi tidur sebab kesian mama sorang2 kat dapur.
Malam tu lepas berbuka, main mercun sat, pergi lah cari barang-barang raya. Pergi Ole-Ole Shah Alam, dapat 1 tdung aku dgn harga RM9 je. Pergi kompleks PKNS, padat. Tak dapat nak cari apa lah. Pastu pergi Klang pula dapat la tudung aku dan mama serta sampin suami. Alhamdulillah la dapat murah. Kalau biasa tudung tu harga RM35, tapi aku dapat RM23. Berbeza, memang berbeza. Pukul 1 lebih kot sampai rumah. Tahun lepas lagi lambat. he. Mata da ngantok, pe lagi tdo lew..
Ahad. 20/09/2009. raye!! Time aku berkemas dan isi apa yang patut, suami, abang dan adik aku pergi ke masjid. Balik solat raya, suami duk suruh mandi je. he. Lepas siap2, pergilah ke kubur dan gambar time
Pastu raya di rumah sedara sekitar umah aku. 3 umah je. Pastu gerak ke Telok Panglima Garang, cadangnya nak raya umah mak cik aku tapi bila mesej katanya da nak gerak ke rumah anaknya, jadinya kami terus ke rumah sepupu aku lew. Selalunya lepas je rumah sepupu ni kami akan ke Pulau Indah tapi aku dan family tahun ni nak menukar ke haluan sendiri. Kami beraya di rumah adik dan kakak sebelah mama aku pula di Selayang dan Nilai. Tiada pic yang diambil. Memang tak teringat lew. Balik sampai rumah da nak kul 2.
Isnin. 21/9/2009 lepas sarapan aku bermalas-malas depan tv. Si suami da tak sabar nak pulang ke JB. Jadinya dia keluar sendiri. Rupanya ke Tasik Shah Alam tgk ikan. Adoyai, kalau dah minat kan. Atau mungkin tension ngan aku. he. So, merajuk sekejap ngan suami sebab ditinggalkan tanpa berita. Dalam tengah hari, balik JB. Sampai-sampai je terus ke Kempas rumah mummy suami. Lama lah sampai ke malam.
Selasa. 22/9/2009 ke Pontian. salah seorang makcik dia berubat. Kena buatan orang. Berubat siang hari tu pun menyeramkan awalnya tapi jadi bahan ketawa bila tgk gelagat dan hamburan sumpah seranah 'setan' itu. Tak habis melihat, kami terus ke rumah salah seorang makciknya, Bibik di sekitar itu juga. Tak lama lepas itu, sepupunya Abang Long dari Kg Baru, KL datang beraya ngan family. Lepas makan, kami dihiburkan dengan belon dan persembahan puppetnya. Memang riuh la. Dalam pada tu, makcik2nya yang berubat pun da datang ke rumah Bibik menjamu selera. Malam tu kul 10 lebih mereka nak sambung berubat lagi. Aku mmg nak sangat tgk tapi dihalang suami. Katanya aku period ni takut menda2 tu masuk dalam badan aku pula. Merajuk aku dalam kereta, buat tak tahu. Tido. Hampir juga lah nak xciden. Mama, kak ngah dan adik dia yang pergi tidur di rumah Mummy nya. Balik pukul 4 pagi katanya.
Rabu 23/9/2009. Selain melayan budak-budak yang datang rumah, aku main dengan 2 orang anak buah suami. Elis dan Anis. Petang Abg long dan family datang beraya di rumah kami pula. Lepas masak dan makan malam, mama dll yang pergi balik bersama makcik-makcik dan sepupu yang lain sampai ke rumah. Borak-borak, main mercun dan layan tv sehingga jam 1 lebih.
Khamis 24/09/2009 Makcik2 dan sepupu pulang tengah hari, malam ke open house kawan suami,Majid. Lepas tu teman suami berfutsal. pulang jam 3 pagi.
Jumaat 25/09/2009 ke Muar rumah Mak Lang dan Pak Itam suami. Malam baru pulang bersama mak Utih. Sebelum tu raya umah sepupu dulu. Mak Utih tido di rumah.
Sabtu 26/09/2009 Mak Utih dan anak-anak pulang ke rumah. malam ke rumah Enjal, kwn b dan jam 10 lebih rumah suami dipenuhi dengan rakan-rakan, jiran serta rakan sekerja datang beraya sehingga 2 pagi lebih. Pergh ramai gilew..penat dan seronok!
Ahad 27/09/2009 Hantar k.ngah ke Larkin untuk pulang ke Shah Alam. Lepas tu, aku, suami, mama dan hagiz beraya di rumah makcik dan pakcik aku. 1st rumah mak lang, rumah kawan mama dan kemudian rumah pakcik azmi. Pulang ke rumah kemudian sambung beraya ke umah kwn suami Tmn Daya.
Isnin 28/9/2009. Suami kerja di pagi hari. Sayu pula hati. Mungkin da sedap ada orang kesayangan di sisi lama kan. Siap2, petang aku, mama mentua dan Hafiz gerak pulang, sebelum itu aku beraya rumah Mak Ani, makcik suami di Bangi. Kemudiannya, kami tunggu K.ngah ngan bf dia datang dan ramai2 ke Sepang untuk beraya di rumah Mak Long. Jam da pukul 12.00 lebih. Kami semua kena tahan tidur di rumah mak Long. Kak ngah ngan bf saje yang balik.
Selasa 29/9/2009. tak jadi ke rumah mak anjang sebab kami lewat menunggu bf Kak Ngah. so, aku, kak ngah dan bf nye ke R&R Awan Besar makan sate kajang. Sampai rumah da nak kul 1
Rabu 30/9/2009. Ke Rumah Mak Anjang di Puchong. Aku, k.ngah dan bf nye ke rumah Mak Ani berkumpul dulu dan gerak sama. Kami di jamu makan sate. sate lagi. he.
Khamis 1/10/2009. Aku da lunyai. Mata tak leh buka. Badan letih. Perut da tak sedap. Tak kerja. Malam pukul 10 lebih mama and the gang datang beraya ke rumah aku. Balik jam 12.30. Rugi tak datang. Lupa lak kawan aku ajak lunch beraya kat rumah dia. He.
Jumaat 2/10/2009. Jamuan raya di ofis. Sonok bangat! Suami aku bertolak dari JB ke Shah Alam. yabedabedu!
Sabtu 3/10/2009. Jam 1.30 am suami sampai ke rumah. Bangun awal amik kak ngah dan bf dan hantar ke rumah Mak ani. Kak ngah ikot dorang g Muar raya lagi. Aku singgah rumah Mak Anjang hantar barang yang dikirim. Tamat Beraya.
Ahad 4/10/2009. Suami pulang jam 6.45pm. Cedih.... :....(
2 ulasan:
alololo...cian cayang =)
malunye...he
Catat Ulasan