31 Oktober 2012

Pengalaman Bersalin Anak Kedua ~ Nur Zahra Aisyah Binti Mohd Izzul Hasmi ~

Alhamdulillah hari ini sudah 54 hari umur anakku Nur Zahra Aisyah binti Mohd Izzul Hasmi.  Bermaksud sudah 54 hari juga aku selamat bersalin.

Menceritakan tentang bersalin, aku lewat 8 hari dari tarikh jangkaan bersalin (EDD) mengikut kalendar pada 30 Ogos 2012. Aku bagi tarikh hari pertama haid yang diminta jururawat seperti biasa.  Kalau ikutkan scan doktor swasta menjangkakan aku bersalin pada 6.9.2012.  Jadi jangkaan bersalin mengikut scan hampir tepat.  Aku bersalin pada 7.9.2012 (Jumaat) jam 00:44 (12.44 pagi @ tengah malam).   Sudah 2 anak aku lewat macam ini.  Mungkin bila ada rezeki nombor 3 aku akan bagi tarikh hari pertama lepas habis haid pula.  Seksa rasanya menunggu.  Tertekan. Cuti lama terbuang saja. Mungkin juga hikmah dan rahmatNya mahukan aku berehat.


Ceritakan tentang rahmat ada 3 keinginanku Tuhan makbulkan dalam kelahiran ini.

Pertama, aku dapat anak perempuan, bermakna aku sudah ada sepasang anak. Kalau mahu berhenti sekejap atau jarak pun tidak mengapa.

Kedua, aku memang mula-mula berdoa ingin anak aku lahir pada Jumaat, jadi bila orang kata moga aku dapat anak pada hari Merdeka aku sentiasa Aminkan sebab pada hari itu hari Jumaat.  Penghulu segala hari.  Semoga anak yang lahir menjadi yang solehah dan baik belaka.  Amin.


Ketiga pula aku juga berangan kalau boleh anak ini lahir di Putrajaya sempena permulaan kerjaya aku sehinggalah genap 5 tahun di sana.

Alhamdulillah, ketiga-tiga tercapai.

Detik-detik sakit bersalin pula pada 6 September 2012.  Waktu itu, jam 5 pagi lebih aku terjaga dan ke tandas untuk membuang air.  Ada keluar tanda darah. Sakit sikit-sikit saja lepas itu.  Kejap ada kejap hilang.  Jadi aku malas layankan.  Aku taknak cepat sangat pergi.  Malas nak duduk hospital lama-lama macam pengalaman dulu.  Tak kuasa nak menginap percuma di hospital.  Kali ini mama aku nasihat macam mana pun aku buat tak tahu.  

Masa 5 September 2012 sebenarnya aku sudah ke hospital Putrajaya seperti dinasihatkan oleh doktor di KD Plentong sekiranya tiada tanda tapi Putrajaya kata boleh balik dan bagi tarikh 7 September 2012 datang semula.  Masa datang tu memang ada nota yang wad Putrajaya penuh pada hari ini (sebenarnya hari-hari penuh).  Jururawat pun kata kalau aku datang 7 September tu aku cuma akan diperiksa dan akan dihantar ke mana-mana hospital berdekatan. Tak kisahlah, dalam hatiku memujuk.

Sambung tadi, bila mama sendiri sudah bising suruh pergi saja, kita ni nak melawan, kita nak senang beranak.  Taknak pula sebab menderhaka karang susah pula bersalin.  Jadi aku diamkan saja.  Kalau tanya encik suami dia kata terpulang. Mama macam tak kasi beranak hospital Putrajaya juga.  Jauh, katanya.  Bagi aku dekat saja. Sebab sudah biasa ulang-alik kerja dulu.  Dalam pada itu aku tanya jiran dan kawan yang pernah beranak di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah tentang servisnya.  Jiran kata suami tidak boleh masuk. Hati aku berat pula ke sana bila dengar macam tu.

Disingkatkan cerita jam 11.00 lebih malam aku menyusukan Aisy untuk tidurkan dia.  Tiba-tiba ada bunyi 'pop' dan rasa basah.  Terus aku jerit panggil suami dan ke tandas untuk tengok apa yang basah sambil bagitahu suami mungkin air ketuban yang pecah.  Sikit saja rupanya yang keluar.  Aku pakai pad dan beritahu mama dan suami nak ke hospital.  Dalam 11.30 aku, Suami, Aisy dan Uda bergerak naik satu kereta. Uda rapat dengan Aisy, jadi dia boleh jaga Aisy masa suami sibuk dengan aku.  Mama, Alang, Dikcu dan Along menyusul kemudian.

Mama "Nak ke hospital mana?" "Banting je lah, dekat" kataku. "A,ah. Banting jelah". 

Aku tengok jam setiap kali sakit.  Memang 5 minit sekali.  Sah macam yang selalu orang cakapkan.  Dulu masa Aisy tak rasa pun pengalaman ini.  Aku tanya suami lagi, nak ke Putrajaya ke Banting.  Dia kata tidak kisah, ikut aku, dah sakit tu, macam mana? tanyanya.

Dalam duk fikir-fikir, sampai dekat traffic light depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.  
Aku, "Putrajaya je lah jom".
Suami "Boleh ke?"
Aku "Boleh"

Terus Encik Suami putar stereng menghala ke Putrajaya. Huhu. Setiap 5 minit kali sakit aku diamkan saja.  Cuma bila suami bawa laju tu aku cakap elak jalan tak rata.  Sakit.

Sampai hospital, bangun dari kereta, aku rasa air keluar lagi.  Uda parking kereta.  Masa ini bagi uda dengan Aisy, Aisy dah nangis nak mengikut kami tapi kami biarkan juga.  Sampai kaunter, menunggu jururawat dengan tugasannya.  Aku cuma menahan.  Taknak menunjukkan rasa sakit. Bila siap, jururawat ambil dan daftar dokumen aku pula.

Aku disuruh masuk untuk diperiksa.  Sebelum tu timbang dan ambil tekanan darah.  Jam 12.10 bila doktor cek, baru 5cm.  Doktor tanya aku ada masalah apa-apa.  Aku cakap anemia tapi da recoverd.  Pastu doktor kata nak transfer aku ke Hospital ABC, Presint 8, Putrajaya.  Hospital itu untuk mereka yang tiada apa-apa masalah semasa mengandung.  Jururawat beritahu sudah telefon ambulan untuk ambil aku.  Ambulan pun sudah ready.  Cuma menantikan Doktor buat surat transfer aku saja. Doktor lebih ambil berat dengan pesakit sebelah aku.  Macam ada asma.

12.30 tengah malam aku disuruh turun katil dan duduk untuk menunggu.  Aku pun turun, sebelum turun ada datang sakit kerap tu.  Tiba-tiba aku tak boleh duduk (dalam keadaan separuh nak duduk), terus aku beritahu jururawat yang lalu yang aku nak berak.  Jururawat suruh aku duduk.  Aku tahan rasa berak dan duduk.  Jururawat tadi datang semula dan suruh aku baring balik, doktor nak cek semula katanya.

Bila doktor cek, da 9cm buka katanya.  Masa ini memang tak ingat dunia tahan sakit da.  Rasa baby da nak kuar.  Doktor tak pasti suruh jururawat cek pula.  Jururawat cek pun 9cm.  Terus bergegas masing2 heret aku dengan katil tu.  Aku cepat-cepat buka mata pesan suami ada di luar.  Jururawat kata sudah panggil.  Mata aku duk pejam masa ini sebab jururawat duk suruh aku tahan.  Tahan budak nak keluar lagi sakit rupanya.  Hahaha. Kelakar bila ingat.  Kelam kabut masa ini.

Sorang nurse cakap bilik 4, sorang nurse kata takda alat yang untuk tahu sakit kita tu. Bila sampai bilik tu aku kena bangun pindah katil, walaupun da rapat tapi dengan nak menahan sakit tak terangkat rasa badan tapi gagahkan juga.  Pastu suruh tukar baju pula.  Dalam hati aku, macam nak cakap je, boleh tak nak teran je?  Alahai.  Tapi berfikir waras lagi dan buat saja macam diarahkan.  Lagipun diorang tolong.  Mungkin nampak aku sakit kot.

Lepas tu baru teran. Kalau masa Aisy aku tak perasan air ketuban keluar, masa Zahra membuak rasanya. He. Bila teran ingat da kuar, aku pun berhenti meneran, tetiba nurse suruh teran lagi..rupanya baru takat leher, bahu belum lagi..alahai anak aku, terus teran, nurse cakap awak angkat bontot ni.  Alamak baru perasan, terus letak bontot. Pastu baru keluar. Kalau masa Aisy dulu tak nampak secalit pun darah, time Zahra ni ada jugalah darah (Ibu tak rajin minum air kelapa, apa pun tak rajin lah beria time Zahra ni. Anak kedua katanye).  

Bila keluar terus aku tanya perempuan ke lelaki.  Semua senyap.  Aku tanya suami.  Perempuan ke?  Aah.  Lega.  Tepat kata doktor swasta semasa scan yang terlalu yakin anak aku perempuan.  Hehe.  Lepas tu baru nurse bagi aku peluk.. Dia suruh sentuhan kulit ke kulit. Baru pergi.

Anak ibu lahir berat 3.43kg (berat sikit dari Aisy 3.34kg), tinggi 50cm (kurang 1cm dengan Aisy) dan lilitan kepala tak ingat. He.

Lepas tu nurse kata anak aku muka lebam mungkin sebab terbelit leher dengan tali pusat masa hendak keluar katanya.  Dia ambil dan hendak bagi oksigen.  

Lama sikit baru dia bagi,  dia kata anak aku lapar hendak susu. Dah hisap jari.  Baik budak ini, katanya.



Untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee, sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan: