27 Julai 2011

terbang untuk tenang

Salam jumaat. Kemain tajuk. Asalnya aku da buat entry ni semalam tapi internet tetibe invisible, tergantung saja.

Sekarang jam 5. Aku kat airport senai ni. Destinasi kuching. Sepatutnya btolak tengah hari. Sudah sampai cari i.c aku, takda! Mati!

Biasa tak pernah pula aku keluarkan dari dompet. Wat report. tanya airasia kena penalti 500 lbh sbb aku beli tiket murah. Next flight lapan mlm.


Sudahnya naik flight jam 5.50ptg dgn firefly. Tiket baru 300 lbh. Aku,suami n aisy.

Doakan aku selamat bcuti pergi dan balik ye.
Published with Blogger-droid v1.6.8

23 Julai 2011

Ada Apa Dengan Cinta



Pelakon utama Ada Apa Dengan Cinta yang sungguh jelita dan cantik ini telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 17 Julai yang lalu secara Normal.


Tak sabar nak tengok baby dia.





22 Julai 2011

Sekali Lagi


Malam ini layan diri sesorang.
Macam biasa suami keluar berfutsal.



Aku layan movie ini.
-Sekali lagi-
Menarik!
Rugi tak tengok.


Berkisarkan kisah seorang lelaki kaya yang menghidap penyakit Automatik!
ekh bukan.
Autisme!


Dilatih ibunya untuk keluar sendiri setiap hari bagi mengajarnya untuk berdikari.
Ekh! tak best lah kalau cerita.

Wajib tonton ni.

Ada babak-babak yang tak terduga.
Buat hati sebak, jiwa sedih. Mata basah!

Shazeizy Sam memang pelakon terbaik.
Boleh pegang apa sahaja watak.
Begitu juga dengan Mia Sara dan Lisa Surihani yang bersahaja.
Terbaik.


Cerita cinta.

Suke part SS ingat dia main-main jadi ayah kepada Mia. Ahaks! 'Mama jadi nenek ye, aunty (panggilan kepada Lisa) pun da terima bla bla jadi ayah'

Ahaks! Tomei.

Hasil Rembatan J Card Member's Day


Salam Jumaat.

Inilah hasil yang termampu dirembat sempena J Card Member's Day.  Agak-agak untuk keperluan raya.  Untuk anak je lebih kan. Yang permainan tu bukan untuk Aisy tapi sebaliknya untuk hadiah majlis besday anak member esok.

Seronok juga.  Sebab dapat yakinkan suami yang sales sememangnya sales!

Dulu aku juga sependapat dengan dia yang sekiranya sales, tak semestinya murah sebab ada taktik tipu harga di situ.  Sebab aku pernah buat part time dan kena tukar price tag naikkan harga time sales! Tapi pemikiran aku berubah sendiri.  Kena bijak pilih sendiri.  Asal berkualiti dan murah.

Paling best masa beli selipar untuk aisy.  Sebelum ni dia pakai kasut je.  Bila dah try taknak bukak!  Bila nak bukak, dia bunyi ek ek ek..pastu menggeleser (tak reti diam).  Tapi buka juga akhirnya time nak try kasut pula.

Pagi ni, bila dia nampak selipar, dia cuba nak pakai sendiri.  Ayah pun layankan pakai ke kaki dia.  Bila ayah nak betulkan kaki, bunyi ek ek ek, ingat tak selesa.  Betul lagi, ek ek ek lagi.  Rupanya dia taknak ayah dia pegang atau buka!  Bila nak ke rumah pengasuh, dalam kereta ayah tanggalkan, nak menangis peluk ibu.  Akhirnya ke rumah pengasuh berselipar.  Comel aja! Geram.  Bila beritahu pengasuh, pengasuh pun pe lagi, duk mengusik nak buka.  Memang tak tentu arah la dia..he.

Seronok!


21 Julai 2011

-Singgah Selalu-

Hari ini Yang Arif (YA) belanja makan di Singgah Selalu, berdekatan  dengan Danga Bay, Johor Bahru.  Ini kali pertama YA belanja makan di luar.  Kali ke 2 belanja makan.  First time masa ada seorang Jurubahasa bertukar ke Mahkamah lain (dalaman).  Yang turut serta seramai 9 orang termasuk isteri YA.

Apa yang menarik?

Tempat luas.  Kami pilih di dalam tempat aircond.  Ramai orang pilih di luar.  Lepas rasa aircond yang segan tak mahu keluar, rasanya lagi seronok menikmati juadah di luar.  Dekat untuk ber buffet.  Kalau pasal lauk secara buffet ni memang banyak pilihan.  Kira tawaf 2 kali jugalah. 



Harga?
Harga buffet untuk satu kepala ialah RM18.  Kalau kita ambil ala carte RM25++.


Gambar tak sempat nak ambil.  Aku ambil nasi sikit tapi ambil lauk banyak. Antaranya ikan kari, ulam iaitu pegaga dan ulam raja, peha ayam ke burung goreng tak tahulah. Comel je..dll  Lepas tu round ke 2 ambil bubur pulut hitam dan goreng-goreng iaitu pisang, cekodok, cendawan dll.  Round ke 3 ambil ketam goreng pula.  Tapi semua aku makan sedikit-sedikit. Jadi perut tak lah penuh sangat. 


Air pula ambil barli suam, 100 plus dan milo 0.  ni semua adalah nafsu.  Kata pun bos belanja.  Yang tak habis adalah milo!  Tak sempat nak minum isteri YA ajak berborak.  Bila semua dah bangun aku sempat jamah je la jawapnya.

Disebabkan banyak hidangan, aku ambil peluang mencari makanan yang milk booster.  Alhamdulillah walaupun malam tak makan sebab nak ber J Card, tapi memang kenyang. Antara milk booster, kari, ulam pegaga, barli.  Semua yang berasaskan protein.


Untuk keterangan lanjut berkenaan Singgah Selalu.  Boleh klik di sini.  Kalau kat fb pun ada.  Search je Singgah Selalu ye.





p/s: My pahlawan discharge 10 malam pada malam hari jadi.  Mungkin doktor kata, pulanglah sambut 2 jam hari jadi kamu di luar. Ahaks!


19 Julai 2011

Pahlawan Masuk Hospital


Salam Isnin. Jam 12 tengah hari.  Mata mengantuk nak buat kerja. Sebab tak dapat tidur walaupun sudah pukul 3 pagi tadi.


Gambar di atas adalah antara pahlawan dalam hidup aku. eceh! Adik aku lah. Alang.  Masuk hospital semalam.  Denggi.  Dari hari Isnin lepas ke Isnin semalam demam dia sekejap baik sekejap demam semula.  Bila cek terus admit.  Tahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.  Susahnya jauh dengan family tersayang.  Nasiblah biasa macam ni.  Kalau apa-apa, jenuh juga nak pergi melawat.  Cuma telefon saja lah yang dapat menghubungi. Nasihat minum air 100 plus banyak-banyak.


Dia ni lah geng gaduh mulut aku.  Geng carut marut.  Tak simpan dalam hati punya.  Masa kecik geng gusti!  Masa dia kecik sangat, aku lah yang sikat dan potong kuku dia.  Budak tak reti potong kuku. Lama² suruh belajar potong sendiri baru pandai.


Moga cepat sembuh ye, amin.  Kalau sampai hari Khamis, 21 Julai alamatnya sambut hari jadi yang ke 25 di hospital la jawapnya.  Hari ini dalam Sejarah. Ahaks!


kacang pool

Salam. Waktu ni jam 1.30 pagi selasa. Kalau dah terjaga memang payah sikit nak lelap semula sejak jadi ibu ni. Jadinya fikir-fikir,inilah cara terbaik aku buang masa dari berangan nak tidur tapi tak tercapai.


Makanan kat atas tu aku kenal since di johor. Tak tahulah apa sebutan dan ejaan yang sebenar. Ejaan kacang pool tu aku ambil di gerai makan. Mula-mula ingat kacang bol. Pastu makcik cleaner yang ajar aku mula2 makan ni kata pol. He.


Dalamnya ada kuah daging ala masak black pepper. Mungkin itu yg dikatakan 'pool' di mana ada telor separuh masak (leper,bkn bulat) yg berendam dalam tu. Roti bakar berplanta cicah dlm kuah tu. Yummy!

Harga RM3.50. Tambah sikit untuk betul2 kenyang makan lunch dengan nasi. He. Aku kan kuat makan.

Selamat mencuba!


P/s: kat johor ni juga belajar makan nasi ambeng yg mula2 pelik sebab nasi cmpur mi, makan nasi apa ye satu lagi yg simple ada ayam berempah,ulam dan belacan tapi harga tak kurang dari rm5.50. Tak rasa special sangat tapi suka mencuba. Tetiba mood lapar plak! Ahaks!
Published with Blogger-droid v1.6.8

14 Julai 2011

¥bubur ayah¥

Thanks ayah,bantu ibu. Pagi2 tgk da siap. Terima kasih daun keladi. Lain kali blh tlg lagi.
Published with Blogger-droid v1.6.8

13 Julai 2011

Wordless Wednesday Contest by Eyriqazz.com - Membaiki kereta rosak.



Wordless Wednesday - Membaiki kereta rosak.


Nota Kaki: Sesiapa nak join sila klik sini.  Hadiah iaitu 5 gambar paling menarik yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih akan memenangi RM10 Cash/Top up + gambar dan entry tersebut akan di Featuredkan di Eyriqazz.Com


12 Julai 2011

Gara-gara Facebook




Layan
Tajuk : Cinta Muka Buku
By Najwa Latif.

Komen: Sekali dengar, terus terpikat.




11 Julai 2011

Cerita Sedih Bertimpa-timpa~ Kematian dan Barah Paru-Paru

Salam semua.

Aku tak sempat buat post Norma sebelum ini dengan sempurna.  Sebabnya lepas aku copy paste dan publish, bila sedar gambar tak masuk, aku dapat mesej dari suami dan tak sempat baca mesej, suami telefon.

Pak cik Mat meninggal.  Pakcik saudara dia.  Suami Mak Lang, kakak emak mentuaku.  Jadi kami pun pergi ke sana jam 12.00 tengah hari.  Arwah dikebumikan selepas Zuhur hampir waktu Asar.

Bercerita tentang Cik Mat, arwah tak ada sakit apa-apa.  Lepas Subuh, arwah juga dimaklumkan ada kematian awal pagi Jumaat itu.  Kemudian arwah nak mengambil air wuduk untuk solat sunat.  Kemudian sedar-sedar menantu nampak dia berteleku menahan sakit di dalam bilik dan tak lama menghembuskan nafas terakhir. Gembira mendengar cara kematian dia yang sangat senang.

Asalnya nak balik malam tu juga sebab esoknya suami kena kerja tapi disebabkan penat, masing-masing tumpang baring jam 12 tengah malam.  Jadinya semua terlajak.

Esoknya suami tak pergi keja juga sudahnya sebab nak melawat Mak Anjang, makciknya pula di Hospital Serdang.  Makcik dia baru disahkan pada hari Sabtu itu menghidap Barah Paru-Paru. 

Sama pula kejadian dengan Norma. Rambut yang dah susut.Hari ini juga aku dimaklumkan oleh mama yang Pak Chek aku juga di masukkan ke HKL sebab Barah Paru-Paru.  Aku doakan semoga semuanya selamat.

dan sekarang aku berfikir, itu dikira keturunan kah?





08 Julai 2011

Ihsan buat Norma

Entry ni aku copy dari kawan aku,  Weda.  Rasanya banyak juga blogger yang menwar-warkan.
Memang tersentuh sangat kisah Norma ni.  Tak dapat bantu banyak, bantu sikit pun jadilah.
Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke blog Moon sendiri.








COPY DAN PASTE DARI BLOG WEDA.


Hanya ni je yang mampu aku tolong. Sebenarnya malam tadi lagi housemate aku dah citer. Tetiba sedang aku blog walking hari ni terbaca lagi sekali kisah ini. Impak die lagi tersentuh la sebab dapat tengok gamba smua. Semoga allah merahmati Talib sekeluarga dan semoga Norma cepat sembuh..






TOTALLY COPY & PASTE dari KasihAleeya



Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..



Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...







-Norma-



Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..







-Norma bersama Rafiq-



tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..



Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..







-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-







-Talib sentiasa ada disisi isteri-



Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..







-Talib bersama Rafiq-







-tangan Norma yang lebam-







-gambar terkini baby Rafiq-



Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..



kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb















01070068677528















Noormawati Mohd Rasif



aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.



Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..



hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....






Manisnya kurma ini... Semput!!!

Baru lepas tengok semanisnya kurma, tajuk Ipar Kepoh.
Memang itulah rancangan kegemaran aku kalau seorang.
Kalau si dia keluar, main futsal.

Untuk pengetahuan anda, 7/7 adalah tarikh kelahiran Ustazah.
Selamat Ulangtahun kelahiran Ustazah.
Semoga terus maju, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Apa yang menarik minat aku ialah sportingnya Ustazah.
Cuba tengok kat facebook dia tu.
Aku masih amatur untuk copy lagi.
Last sekali ayat dia.

'Haaa...Ustzh tak smput tau!'



07 Julai 2011

Dasar Penipu!.


Taktik Penipu





Entri lalu aku ada cakap pasal kekecohan penipu kan.  Baru kini teringat nak cerita.

Bangun pagi nak pergi kerja tengok ada mesej kat hp.

0178168482:  Iza, ni aku akma.mu dh tdo ke? Aku nk minx tlg mu.

Aku tak syak apa-apa masa ni, sebab ramai no kawan tiada dalam senarai sebab baru tukar no hp.  Lagi akma memang gelarkan diri sebagai ‘mu’.  Orang Terengganu.

Aku balas on d way nk g kerja.



Aku: Minta tlg apa ma?

0178168482: Aku nk minx pnjm srats, kad bnk aku ttelan.

Aku: Wat pe? Ko guna nk pe? Nk msk bank pe? Kalo ko byr cpt, aku ok. Aku nak guna gk.

0178168482: yela. Aku phm. Mybnk la.

Aku: Bg la no. tp rehat tau.

0178168482: mu nk msuk kt akaun sape? Esk aku byr.

Aku: La. Aku ingat akaun ko y lain mybnk tu.  Kalo ada cimb, aku leh msk awal. Asal ada internet.

0178168482: kt no cimb ni, 05090077913522, Nma anuar.

0178168482: iza.mu buh akaun bdk ofis aku la. Ni nmbr akaun 1432007305757,syamira.

Aku: K..

0178168482: mu nk msuk kul bpe



Mungkin memang bukan rezeki dia menipu, tak da internet kat tempat ofis aku.  Kebetulan pula sibuk.

Aku: Xda internet. Aku kol ko byk x dpt pg td. Nk gtau.

0178168482: So

Aku: Npe kl ko engage je. Ko kol aku

0178168482: fon aku problem, xleh trma kol n bt cl. Tu yg ku msj je.

0178168482: ko xdpt tlg aku ke?cian ank aku

0178168482: mu mmg xleh tlg aku ke



Masa ini aku da serba salah.  Akma antara kawan baik di pejabat kementerian kewangan. Bila cuba telefon tak dapat, bengang tak payah cakap lah.  Kawan susah haruslah aku nak tahu apa cerita sebenarnya.

Aku: Ko kol aku guna ofis skrg.

0178168482: bilik k.mun kunci.

Masa ini aku da pelik.  Kak Mun (P.A) bukan da retired ke.  Tapi aku fikir mungkin dia sambung kontrak.  Lagi satu seingat aku, Kak Mun orangnya bukan jenis yang lari-lari tak ikut masa kerja.  Baru pukul 12.  Tapi aku campak perasaan bukan-bukan lagi sebab fikir kawan.

Aku: No ofis ko brape?

0178168482: Ntah la syah iza. Nk g kncg dh. Xpelah xpyh sush2.

Da memberontak dah aku time ni. Macam-macam alasan lah pula.  Bagi je apa salahnya.

Aku: Ke ko ni bkn aqma.  Kemain byk alasan lg.

0178168482: Lntk mu la. Mu pun dh cl aku xdpt. Fon aku prob. Xpe mu lpakn je

Aku: Aku xda tenet. Ko paham x. K



Bila rehat, memang tak senang hati. Cuba call kawan-kawan lain tak dapat sebab banyak no fon tak ada.  Yang ada, Ema tapi asyik tak nak angkat.

Sampai lah ke malam waktu habis kerja, aku dapat mesej lagi.

0178168482: iza, smpai hti mu bt kt aku ngn iesya lgu ni



Nasib masa ini, hari jadi suami, dia dapat panggilan percuma, aku nak tanya pasal akma dari Zura. Jadi aku telefon Kak Saba untuk tanya no Zura. Bila dapat Kak Saba.  Dia kata dia pun dapat mesej dari 0178168482 mengaku Akma minta pinjam RM100.  Kebetulan Kak Saba kursus.  Bila Kak Saba tanya mana lakinya.  Dia kata kursus.  Bila tanya nape tak minta ngan Ema, dia kata Ema nak pakai duit sebab nak bersalin.  Bila disuruh minta dengan Zura pun ada juga alasannya.



Hati aku lagi tak sedap.  Memang sah PENIPU, PEMUTAR BELIT.



Bila Kak Saba da bagi aku no Zura, aku kol dan nak tanya pasal akma.  Dia kata kenapa.  Aku cakap pasal dia nak pinjam aku seratus, ktanye kad bank tertelan.

Zura:  Bukan akma ke yang masukkan kat ko duit RM100.  Dia keluar tengah hari tadi pergi CIMB, dia kata nak masukkan duit kat ko.



Mengucap panjang aku,  berderau darah aku.  Akma tertipu.



Aku telefon Akma yang sebenar.  Sah dia ingat aku yang minta duit.

Ya Tuhan.  Sayangnya dia pada aku. Akma ni sarat menunggu hari je masa tu (Sekarang da lahirkan anak keduanya, lelaki).

Sanggup dia berjalan kaki untuk pinjamkan aku duit.  Malangnya itu bukan aku.



Lepas itu aku dimaklumkan malam tu Zura pula dapat mesej kononnya aku juga nak pinjam duit.

Malam tu juga aku buat repot polis.  Pertahankan diri.  Sebab dia guna nama aku.

Esoknya dapat tau lagi ada seorang budak baru (aku tak knal) juga dapat mesej sama konon Kak saba nak pinjam duit.



Di antara kami dulu, aku, akma, kak saba, zura dan ema.  Diorang satu pejabat GST, Cukai, MoF.  Tapi aku kenal semua dan rapat dengan mereka. Aku Bahagian Perolehan Kerajaan.  Kami satu tingkat.  Bak kata kak saba si penipu ni seolah-olah sangat kenal antara kami satu sama lain.  Jadi macam terfikir siapa orang terdekat yang sanggup buat macam ni.

Aku dan kak saba berpindah.  Aku ke JB dan kak saba ke KL.  Semua nama diputarkan kecuali …………..

Tapi aku tak menuduh.  Rezeki dia  pun cuma RM100.  Itu yang aku tahulah.

Biar Tuhan saja yang membalasnya.

Tuhan je tahu perasaan geram aku.
Aku mesej si penipu lagi.
Aku: Xnk minta wit lg ke?
Tak berbalas.
Aku: Nape snyp?marah ke?
Dia: aku akn bt mung mrana
Aku: Alolo. agak2la nk tipu.  Sian akma y sbena da kena tipu ko guna nama aku.  Sib xda tenet.  Xsempat aku ditipu.  Smoga ko insaf ye n jd org b'iman. 
Dia: Mung tu xsdar diri. dh mnx tlg ku dlu (blur tetibe, sape sebenarnye dia??)
Aku: Ble aku minx tlgko penipu. Aka da wat report. padan muka ko.
Dia: yeke. bgus.
Aku: Nk pgl ko pe? anuar ke shamira?
Dia: aku jntn
Aku: Owh. anuar la ea. Syamira tu awek ke?
Dia: mung ni mmg nk mpoh.

Lepas tu aku psyco lagi, mampus dia tak layan.  kelakar pun ada. 






Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun



Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain




Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari (amin)
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
  • Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

- sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda

- ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu

- rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini

- bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama




Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif



  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier (patutlah dia tak minat)
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun





Prelacteal Feeds

Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini



Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan



Bayi


  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu




Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda






Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda




Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.



Rujukan

Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor




Anak Lembu v Anak Ibu

Situasi di surau tempat kerja.
Biasalah sebelum nak memulakan ibadah tu ada cit chat.
Tanya khabar, tanya anak masing-masing.
Lebih tertumpu pada anak aku, Aisy.

Sekali ada yang menyampuk.  Tak pernah berborak dengan mereka-mereka ni.  Almaklumlah baru di tempat kerja.
Jadi berkogsi pasal pengalaman masing-masing menyusukan anak.
Terkeluar soalan aku, 'Anak pertama juga ke?'
Jawapan dia @ Kak Sue 'Aah anak pertama, yang dua lagi anak lembu.'
Aku blur. Tak faham dan tanya lagi.
Jawapan sama diberikan.

Kawan aku jelaskan, anak dia 3 orang, yang pertama dan kedua minum susu 'tin'. Ayat lain untuk aku faham.

Apakah????

Sampainya hati dia cakap kat dua orang anak dia macam tu kan??

Tertanya-tanya aku sendiri.

Mungkin juga dia rasa kenikmatan menyusukan anak.
Atau penyesalan dengan sengaja tidak menyusukan anak pertama dan kedua kerana tidak ada pengetahuan.

Waktu-waktu dulu kan ramai lebih bangga siapa beli susu tin lebih mahal.
Sekarang ni saja baru hospital rakan bayi war-warkan kebaikan susu ibu.

Jadi kamu, kamu dan kamu, jangan suka-suka terus bagi susu tin kat anak ye.


Banyak kebaikan menyusukan anak sendiri.
Antara yang aku ingat:
- dapat mengurangkan berat badan secara ideal. (terbukti)
- dapat menjarakkan anak sehingga 6 bulan. (terbukti)
- dapat merapatkan hubungan ibu dan anak dengan kehangat pelukan ibu.
- susu ibu mempunyai nutrien terbaik dari segala susu dan diikuti dengan susu kambing barulah susu lembu.
- kolustrom (erk! jap g lah aku wat entry penyusuan ibu..aku search untuk korang)


(emej dari gugel. tiada bermaksud apa-apa)

Berbalik pada tajuk, semoga aku terus diberikan rezeki untuk terus menyusukan anak atau anak-anak walaupun ada ketulan di my B. amin.

Aku pernah tanya dengan mama aku dan adik beradik minum susu apa.
Mama kata abang dan adik bawah aku susu lembu.  Aku dan adik nombor empat dan lima susu mama.
Dia tak ingat aku menyusu sampai umur berapa.
Tapi seingat dia lebih dari setahun 3 bulan.

TERIMA KASIH MAMA!!!!




05 Julai 2011

Hasil nuffnang

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga cubaan aku.  Sebenarnya aku nak pamerkan 0.25 sen pendapatan pertama aku yang berjaya pada bulan lepas.  Tapi disebabkan lambat belajar macam mana nak copy, jadinya rezeki sudah meningkat ke 0.47 sen.

Korang gelakkan ke???
Mesti korang jangkakan sehebat korang berpuluh-puluh ringgit kan?? kan???
Saya budak baru belajar lah..
TAHNIAHkan lah saya.

Dah lama tau saya nak belajar dan berguru, tapi diri sendiri pun malas, mana nak dapat.
Sekarang baru rajin.
Tapi kerja pula melambak.
Nak buat kat rumah, al maklumlah anak saya, anak gajet.
Jadi apa yang patut sajalah.

p/s:Dari aku membuang masa FB layan orang yang menyakitkan hati.  Baik aku layan perasaan kat sini.  Tak gitu? *fuh2! jauhkanlah perasaan sakit hati tu, taknak fikir.



Tutti Frutti



Orang duk sibuk bertutti frutti, jadi sempena gaji ni merasa lah aku si suami belanja.
Aku punya yang sebelah kiri.  Aku ambil perasa asli tutti frutti dan kiwi.  Suami pula ambil perisa coklat dan pisang.  Selain tu ada perisa lain epal hijau dan nanas.  Dua ni hampir RM30.  Harga ikut berat.  Tak silap 10 gram 0.53sen.

 Kami pilih tempat duduk santai.  Ada tempat duduk makan macam biasa kat restoran tu.
Budak kecil ni masa ni tak reti diam.  Masa ini dibiarkan merangkak, ingatkan reti lah dia turun dari paras tinggi sejengkal ke bawah.  Rupanya terjatuh.  Mungkin semua putih, dia tak perasan. Lebam kepalanya. Nasib cepat tuam. Kejap je da hilang. 
 Ni pose maut dari aisy.
 Aku bagi aisy rasa skit aiskrim.
Marah ayah.
Sebab dia bagi buah je. He.
Pic bawah ni ayah terpaksa pangku sebab keganasan aisy yang tak terbendung.
Muka boring anak ibu.

04 Julai 2011

¤kemalangan¤

Hari ini aku cuti. Cirit birit. Sabtu ada kenduri rumah mentua. Perut ni manja sgt. Lau 'ceri beri' yg x selesa nk keja ialah buasir. Masalah timbul sejak ngandung.

Sedang ibu sidai bju, aisy y dlm walker ke sana sini jatuh tgolek. Ubatkan dgn susu je. Tertidur si comel. Hampir nk menangis aku. Nasib xda apa-apa. Lepas dia tidur, tgk luar bru aku perasan yg aku cmpkkn bju y dpegang. Hati ibu mana x tergamam. Sebelum tu dah la dia tumpahkan vico. Walhal ibu kat sebelah je. Mmg budak aktif sayang ibu ni.

Hari sabtu 2 julai aisy genap 11 bln. Skejap je masa. 10 bulan da pndi
-babai,
-flying kiss cara dia,
-berdiri dan menapak 2,3 langkah.
-Semalam dgr lagu,goyang2 kepala.
-Pandai ajuk apa org buat.
-Lau ibu ckp nk pok,dia pok ibu dlu.


Xda lain aisy macam aisy ibu,pandai sudah cri susu ibu sendiri. Semoga anak ibu kekal sihat dan bijak.
Published with Blogger-droid v1.6.8