26 Jun 2009

yeay!

hooraayyy!!!ari ni aku ke JB. da hampir 3 minggu tak jumpe suami. aku cuti sampai rabu tau..sebab selasa aku dpt exam kat JB.syiokk ok..so khamis lew aku masuk keje..
pape pun tak packing lagi ni..lambat la gamaknye lik..dan utk pengetahuan aku half day ari ni..coz aku nak amik kad nikah..kang kena tangkap lak..ahaks!

c u all soon..

p/s: aku drive..doakan aku slmt pergi dan balik ek.

26/6/2009
14:40pm









perginya MJ


Hari ini sbg ingatan aku sendiri di mana perginya Lagenda Pop Dunia, Michael Jackson. Sangat popular dan buat aku teruja dengan nyanyian disulami tarian die waktu kecil dulu..

(nampak sangat pic ni di edit kan)

p/s: kalau benar apa yg aku dengar die masuk Islam tahun lepas..moga die ditempatkan dikalangan orang yg beriman.


















24 Jun 2009

CintA + KelahiraN - mei

penilaian dari pakar yang mengkaji hubungan kasih sayang dan cinta seorang individu mengikut bulan kelahiran.

Mei
>amat mudah jatuh cinta
>baik dan jujur dalam perhubungan
>perasaan cinta yang mendalam
>mudah untuk dipujuk
>kurang suka untuk sentiasa bersama
>mudah menerima cinta seseorang
>pilihan yang tepat dalam berpasangan
>nekad untuk menjaga hubungan yang baik
>pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen/King Control)
>suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
>sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tp tak pandai memperlihatkan
>ambil berat dalam menjaga hubungan
>pasangan ideal:lahir dlm bln 6,9,10,11


Kajian tu kebanyakkannye betul utk diri iza sendiri. Nape Mei je?sebab aku n hubby dua2 bulan mei..utk tnjuk kat hubby lew ni..bonus la utk sape2 yg bulan mei gak..utk sape2 yg satu kepala mcm iza suke nak tau kajian2 ni..blh la ckp nak bulan bape ek..ngah malas nak taip sume..he.









.Wali.Cari Jodoh.

Semalam balik keja dalam kul 9 lebih..jarang balik malam..biasa dengar hotfm..tp malam tu rindu pulak pada Muzik.fm. lagipun dulu2 aku penggemar stesen radio itu waktu malam utk dengar lagu pilihan. so malam tu bile dengar aku sangat enjoi..terus ari ni cari lirik..siap wat muzik lg kat blog i ni..ilang da lagu i'm yours n lucky..kuang3...

minat sebab arangement muzik nye..lirik nye..ulangan byk tp tak bosan coz diubah suai cara penyampaian..kire cinta dengar pertama la ni..huhuhu..rasa mcm zaman muda dulu2 lak rasanya..suke kumpul lagu best..gilew!


Apa salahku
Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
'tuk jadi pengobat pilu
'tuk jadi penawar rindu
'tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat
selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Reff:
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karena cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau






23 Jun 2009

masuk akal ke?

lunch tadi
ada kawan jumpe aku tanya 'amacam?'
sgt tak paham..
die tanya lagi 'amacam?'
aku jwp 'apa yg amacam?mcm da lama tak jumpe je ko ni'
tetibe die ckp 'aku da mengandung da'.ok baru aku faham..
'o, ok la tu. bape bulan da?'
mcm teragak2 'erm..da 3 minggu'
masuk akal ke baru 3 minggu da tau kite pregnant?



-aku yg blur-

18 Jun 2009

hanimun?nope! :..(











Dah try hint. Tp tak jadi gak..












Langkawi!!!!!!!!
















aku cabar kau!








ah tidak..








aku cabar diri aku.








utk g sana..








berdua!


;)


(sebelum ni g time kursus..lain..)












p/s:ekceli kami pasangan pengantin baru dpt p free ke sana Julai ni..makan je sdn bhd. tibe2 kena byr hundred sorg utk insurans katanye. asalnye kata 3 ari je tp jadi SEMINGGU ok. so tak jadi. hubby kata no money no walk ok.cediy..da puas kata tak nyesal ke?nape die tak kisah!nampak sangat aku kisah kan..sbb free dowh..mana nak dpt..tp tak jadi tu pun sebab da menyebabkan manyak nak bayar..ok kena dengar kata suami!fullstop.

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji ' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
.
.
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk ' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
.
.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan ' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
.
.
4) ' Perhatian ' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
.
.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman '
.
.
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan ' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
.
.
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian ' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
.
.
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan ' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah
sama bagi mengurangkan panas baran suami.
.
.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
.
.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
.
.
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"




16 Jun 2009

fobia

entah kenapa kalo drive aku fobia kaum cina di belakang kereta aku..

sangat takut di langgar lagi ok..

lagi2 kalo drive dan benti, dorang kat belakang..

sangat berdebar2, jantung berdegup laju..itukan tanda fobia?

sebenarnye kejadian xciden yg berlaku baru2 ni adalah kali kedua

sebelum ni masa kursus kat IKWAS..ada simpang 3 di mana ada 2 lagi keta kat depan aku..

dalam syok tgu turn tu..tibe2 kena langgar ngan cine laki..alasan die brek tak makan..

yg bestnye keta dua2 orang cine yg langgar aku tu maintain je..just tepi2 no plat je patah skit.

mana aku tak terkilan..hebat tol keta dorang kan..da skrg aku fobia..tak kira la, asal cina aku fobia..

.

.

.

korang penah fobia?

atau tgh fobia apa skrg ni?



15 Jun 2009

surat tukar

Jumaat. Aku tanya pd PA SUB utk ke sekian kalinya lagi sama ada surat aku dah disokong ke belum. Belum katanye. Ptg PA SUB suruh amik surat aku yg da disokong tanpa pengganti ok.. Hoooraayy!! Cube tgk tarikh surat aku ngan tarikh SUB conteng2 tu..hampir sebulan ok..Bucuk aku sik tanya je da kuar bilik bos belum..huhuhu..Bucuk takyah tanya2 lg ok..pasni saya akan berurusan dengan JPA pula..Bucuk tgu je berita gumbira ok walaupun lambat.itu sudah pasti..sabar je la..











Anugerah dgn kehendakNya


Hanya Dia yang Maha Mengetahui kenapa kami tidak diberikan rezeki yang cepat.
Aku tawaqal dan berserah.
Jarak cuma asbab..

Sgt best bila aku beritahu hubby ari ni aku 'bocor' melalui sms, hubby balas
'Hurm..bile nak dpt baby ni'
So sweet..mmg aku tak sangka hubby berkongsi niat yg sama utk dpt baby awal
Aku fikir die masih muda utk itu.

aku silap.

Katenye 'da kawen mesti la nak anak'

oleh itu aku mengerti juga perasaan sorg wanita yang rela dalam terpaksa
membenarkan suami kahwin lain jika tak dpt berikan zuriat utk si suami..
betapa bernilainya anugerah anak itu dari Yang Maha Esa.

minta dijauhkan la utk sampai ke tahap itu..

ada juga org bertanya tp aku suka dgn slambe je jawab 'ala da dtg piyed pun ritu'
mereka cuma nak kongsi kegembiraan je..tp nak wat camne kalo takde berita gembira utk dikongsi..kuikuikui..

apa yg blh kami wat cume usaha,doa n tawakal ke arah itu sahaja
apa yg penting???

KERJASAMA..

wua3..ntah pape ntah..takde kena mengena...serabai!







10 Jun 2009

1st luv pasangan

Let say..tibe2 duk tgk tv, suami/isteri kau cakap 'aritu sayang ada tanya pasal N tak datang pun kan, die kata die taknak tgk saya bersanding'
Korek punye korek baru la dia gtau N tu 1st luv die..pe perasaan kamu?
.
.
.
.
--->Kecik hati?
--->Bangga dapat memiliki suami/isteri kamu?
--->Geram sebab N ada perasaan lg kat suami/isteri kamu?
--->Risau suami/isteri kamu masih ada perasaan lagi kat 1st luv die?
--->Bimbang orang ke3?
--->Hilang percaya ngan suami/isteri sebab selama ni tak terus terang?
--->abaikan mcm takde perasaan..die kan da jadi milik aku




berkenaan isu di atas, aku cuma ingin tahu reaksi masing2. itu je. saje nak kongsi2 reaksi masing2..ok masa aku tau aku banyak tanya la kat hubby aku pasal 1st luv die..itu je..nothing else..


seDIH

SEdih #1
.
Balik dari keja. Siaran HotFM 'Jem' isu dugaan sebelum mendirikan rumahtangga.
Pemanggil terakhir lelaki.
"Dugaan saya sebelum b'kahwin bukan lg brape bulan,minggu, bukan lagi brape hari.." "Habis tu?"
DJ Kieran atau AJ memotong kerana tak sabar.
"Dugaan saya lagi 10minit"
"Mcm ne crite nye tu?"
"Lg 10 minit nak akad nikah, saya kehilangan tunang saya, mak, ayah dan semua ahli keluarga saya, saya je yg terselamat.."
"accident ke?" aku pun tak sabar nak tau time ni
"TSUNAMI..(dush..rasa mcm satu tumbukan di muka aku..maha hebat dugaan die)..tunang saya orang Acheh..saya orang Kedah..semua ahli keluarga saya dihanyutkan air..saya je yg terselamat..sampai sekarang saya tak kawen..masih terngiang2 lagi tunang dan ahli keluarga saya menjerit dan memanggil nama saya........."ada lagi tp saat ni air mata aku da berlinang..DJ pun tak terkata..ada nada sebak suara lelaki itu..Aku mohon lelaki itu terus diberi kan kekuatan dan dibuka pintu dan adalah hendakNya jodoh kau.agar kau lupakan kenangan yang pahit dan dugaan yg Maha Berat itu..
.
.
.

sEDIh#2
.
Pukul 6 lebih.Hampir 500km dari rumah. Lampu merah. Aku menuruti 3 lagi kereta di depan utk berhenti. Dumm! DUmM! dua kali kereta aku disondol. Dalam hati 'Teruk ke kereta aku?' Aku beri signal ke kiri dan berhenti di kiri. Malangnya kereta lambang 'S' Vitara terus pecut. WTF??? Aku hon sekuat hati...time ni da menggigil da..terus aku jalan..'dont worry no plat ko da dlm kepala aku. menjawab la ko byr saman'. kol hubby. Depan skit aku perasan kereta sama.(ada gaya mcm menyorok tak nak aku kejar k) Pe lg aku benti la jauh skit dari die..terus keluar tgk bontot keta..'uik skit je keta aku kena..kebal da keta aku ni'. Lama skit baru dia datang kat aku. Keluar say sori, tibe2 cakap baru sebulan kerja, gaji 800 je, takde duit nak bayar bulan ni, sy general clerk je...aku pun potong ckp die 'sy pun general clerk gak..'pastu nangis tibe2..baru kata tak sengaja lari sebab 1st time langgar, dgn tak malu terus nak pinjam fon aku nak call aunty die, kalo senang kol tak pe..punya la byk kali masuk voice mail, dimatikan atau senyap jek...sengal gilew..menunggu bagai sampai dpt kol..sambil tak dapat tu kata nak bayar 200 je, masih berlegar lg dalam pale aku 'saya ada 267 je, saya blh byr 200 je, balance utk duit makan saya..kalo akak tak percaya saya boleh tunjuk baki saya' 'nanti akak baiki, kalau kurang minta la tapi bukan bulan ni.saya takde duit.jgn tipu sama saya pulak'sambil nangis2 mcm minta belas kasihan..'tp sebelum tu saya nak cakap jugak dengan aunty saya'..tue sume ayat gelabah die..aku tak cakap pape pun..bile hubby aku kol, aku bg cakap ngan pempuan tu..die kata jgn percaya cina mmg kedekut nk bg duit..aku lak yg jadi kesian kat pempuan tu, aku yg pujuk hubby aku amik je 200 tu..ayat mengalah die'sukatilah'..dah tu bile dpt kol aunty die.. dok menunggu lak setengah jam..hubby aku mengambil inisiatif suh aku kol bakal abang ipar suami aku yg mmg polis trafik shah alam..malangnye die tengah cuti..aku pun malas nak die datang..aku masih leh handle budak yg duk nangis tu..die nasihatkan aku pe yg aku kena buat je..sambil tgu makcik die aku lak kena pujuk die jgn nangis, tepuk2 belakang die n ayat yg buat die benti nangis ialah 'u janganla nangis lg, nnt aunty u datang die ingat saya marah sama u pulak'...berhasil ok..ayat power ok..mmg malu..pe org ingat bile tgk pempuan duk nangis2 tepi jln..tak kose aku nak rogol die k..wakakaka..sambil tu minta lew nama, no fon, ic no.tunggu punya tunggu, sampai aku rasa nak terkucil..dpn skit ada ESSO. die suh aku g n die nak tgu kat situ.alasan?nnt aunty saya tak nampak saya.u pun da amik no saya sume'u kol la die bgtau'kol lagi. aku gerak ke Esso. ok die ikut walaupun lambat..hubby da pesan jgn lari sudah..aku kuar n masuk tandas, enjin die idup lg..'uik budak ni nak lari ke' kebetulan pintu tu ketat,..aku wat2 mcm bukak tutup pintu. dlm hati kalo ketat susah lak nak buka nnt kalo die lari..hp berbunyi..pergh lega..mkcik die kol,bg die, terus dia kuar keta..abis ckp baru aku masuk toilet..aunty n uncle die dtg tak lama tu..
uncle 'ala sikit ni..100 sudah la..'
'100?kalo report ni 300 u kena tau' berdasarkan pengalaman aku naik moto dan langgar montot keta.
'u tak tau ke sekarang boleh buat ???(aku tak paham)rm75 je kena tau' aik nak kencing aku ke apa
'ok tak pe. saya kol abang ipar saya. die polis trafik, die lagi tau. u cakap sama die'
bile ckp ngan polis tu tak sebut plak pasal nk byr 100. tau pun takut..agaknye kalo aku tipu pun die caya kan..die kata nak baiki..bila2 pun blh anta..bil kat die..ok setle..kul 8 lebih k kat rumah..
.
.

itu la die cite SEDIH SEORANG WANITA CINA BERKACA MATA..wakakaka
:P


(keta aku yg dilanggar)

(keta yg melanggar keta aku)






05 Jun 2009

04.06.2007

Tarikh di atas adalah tarikh keramat kami sehingga membawa penyatuan ke jinjang pelamin..
Alhamdulillah..
Sedih juga bucuk bukan bucuk yg wish dulu..
Bucuk kata skrg bucuk ingat tarikh ijabkabul je..
Kalo imbas dalam tahun pertama bercinta, setiap bulan bucuk akan wish..so sweet..
Rasa btl2 dihargai..
Tak mou lupe lg tau bucuk..













03 Jun 2009

Bezakan Manusia dan Robot

Tanya lah pada sesiapa suka tak dia buat kerja seakan robot..
Tp sebagai pekerja dan orang makan gaji kadang2 terpaksa..
Mungkin kalau aku jadi orang yg aku nak cite ni pun aku akan angguk dan buat apa yang disuruh..
Pe perasaan kau bile kau bekerja dengan sesuatu syarikat tu,
manager atau sesape la berpangkat dari kau suruh kau berdiri tempat panas sekian waktu kau kerja hanya utk kau pegang papan yg bertulis
'PROMOSI CAR WASH RM8' semata-mata..
atau
berdiri 100m dari tempat kau kerja iaitu pam minyak utk kau pegang papan yang bertulis
' (nama stesen minyak) 100m di hadapan'
atau
kau kena berdiri di hadapan kedai utk menjerit berulang2
'masuk2 kedai kami, ada promotion tak beli tak apa'
Kau nak? ye aku tau kau terima kalau takde pilihan, terpaksa dan tu je keje yang bagi kau makan, kau buat tapi aku rasa majikan kau kejam, tak berperikemanusiaan atau kata lain takde otak.
Aku yang melihat sangat sakit hati..
Pk la dengan waras wahai majikan..
1. yang kes mula2 tu, yang buat aku mencebik lepas baca pe yg pekerja tu pegang adalah RM8. RM8?????Majikan, ko tak tau ke kat mana2 pun harga tu boleh dapat la utk car wash.. harga standard..buat la kajian dulu kalo nak kata promosi pun ....dah la kejam, sengal tahap cipanzi plak tu..lebih baik ko pasang satu banner depan kedai kau tu je dari ko suruh pekerja ko tu terpacak..bukan mahal sangat pun..dari ko bayar org tu utk terpacak je baik die keje utk mencuci kereta tu..
2. yang kes kedua juga majikannya mcm takde otak gak, tak tau ke dia lambang stesen pam minyak die lebih dari 100m orang blh nampak..tak perlu ada orang terpacak lew..adei..
3. yang kes ketiga tu kat pasaraya?ish kesian pekerja tu malu menjerit..ingat pasar ke nak menjerit2 mcm tu..kat pasar tani pun da modern gune speaker yang dirakam je..
Wahai majikan, ada otak sila2lah guna..
Jangan buat manusia seakan robot..walau dia pendatang asing ke aku tak kira..dorang tu manusia..bukan robot..

















02 Jun 2009

Kelab Khazanah

Kelab ni untuk warga PErbendaharaan Malaysia

Monthly kena byr woo..

tp ada gk yg bernasib baik tak perlu bayar..he




setiap tahun aku datang utk dptkan ini..

dan ada makan2 juga

he

rezeki jgn ditolak ek..


(dalam beg ni cuma ada tuala)



weekend




31 Mei, awal pagi hubby sampai dari JB


siang tu g kenduri kat ngan umah aku je..


sempat la snap..




jalan kaki ngan my mom n hubby..


leh perkenal hubby kan sambil2 tu..


pastu ingat nak g umah Mak Lang tp tak jadi..


so lepak kat umah..mama wat kuih keria/gelang utk kami..aku tlg2 jek..huhu



1 jun pula genap sebulan aku dan suami nikah..

aku cuti..hubby pun, die datang klang..

coz kami kena amik surat nikah kami..

kat PAID Klang..

pastu kami g JAIS plak utk wat kad kawen..

before that kena amik pic dulu la..

sib aku ada simpan extra pic my hubby..

kul 6 lebih hubby da nak lik

kejap sgt rasanye masa..