18 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Assalamualaikum kepada yang sudi singgah,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Semoga raya ini penuh makna bagi kita semua. Alhamdulillah, lagi sehari lebih untuk kita mengakhiri puasa. Seronok rasanya puasa tahun ini. Mungkin nikmat puasa sebagai seorang isteri walaupun tidak menunaikan tanggungjawab kepada suami sepenuhnya. Raya ini giliran aku dan suami beraya di rumah aku di Shah Alam. Suami aku akan sampai dalam jam 1.30 pagi Sabtu. Semoga selamat sampai hendakNya. Kebiasaan raya, selepas ke kubur aku sekeluarga akan ke rumah sanak saudara sebelah ayah sehingga jam 12 tgh malam dan lebih. Kalau pulang rumah tu memang da nak dekat 1 pagi la. Kemungkinan rutin raya aku sekeluarga berubah tahun ini kerana kami ada perancangan ke Perak (Kuala Kangsar) iaitu rumah mak long sebelah mama aku. Mama aku rindu agaknya. Lama sudah tak berjumpa. Mak Long aku jarang ada kalau adik beradik yang lain buat kenduri. Biasa yang ada pun anak-anak dan cucu-cucu dia je. Mungkin sayang nak meninggalkan rumah agaknya Aku pun kurang cam dah wajah dia. Bila ditanya melalui sms kepada suami "hurrmm" je jawapan dia. Aku tau tu tanda dia tak suka atau tak setuju. Memang tu cara suami aku. Tapi kemudian bila aku jelaskan, dia cakap "kata nak balik rumah abg raya kedua". aku, "malam pun raya kedua bang" (saje aku guna perkataan bang tu, aku tau dia suka). Dia, "ok". Alhamdulillah, dia setuju.
Kepada rakan-rakan blog yang mengenali, maaf zahir dan batin di pinta jika ada kata-kata dalam penulisan dan cerita saya selama ini mengguris hati. Maaf sangat-sangat ye!
Berhati-hati di jalan raya. Semoga kita semua selamat beraya di destinasi yang ditujui dengan selamat ya!
p/s: Ketua Setiausaha Perbendaharaan baru ucap hari raya dan part yang best, bukan pasal nak bagi duit raya ya. Kami dibenarkan pulang selepas jam 3. Alhamdulillah. Balik tu, boleh la buat apa yang patut ya..

11 September 2009

Mood jadi ceria semula

Lepas membebel kat blog, publish dan borak2 ngan hubby jap, mood aku kembali ok. malah bertambah gumbira. oleh itu, catatan tadi aku telah simpan dlm draf. hati da sejukkan. kite pun malas nak tgk atau ingat balik, supaya tak tensen lagi. ahaks! macam aku cakap pada entry sblm ni, husband aku manage duit die sendiri sekarang, so keborosan dia semakin terserlah la kan. tapi tak pe. sebabnya dia kata dia ada hadiah untuk aku. [sape tak suke org nk bg hadiah kan] mungkin sebab die dengar aku tensen ke die saje cakap camtu ek. he. punya la aku pujuk dia tanya hadiah pe. dia suruh tunggu gak minggu depan dia balik. lagi seminggu katannya. aku pun bagi la alasan memujuk...'kalo tak bagitau,makan tak lena......?'hahaha..aku tergelak sbb perasan aku salah ckp. tapi mmg tersasul lak ckp cenggitu..'tu da merepek dah tu' katanya. akhirnya dia beritahu gak. kemain gelak la aku, sebab dia kalah dengan aku. Kesian katanya, karang makan tak lena. hakhakhak. tembak balik lak dia. 'dah beritahu tu, kira bkn hadiah tu...kena bagi lain' [pandai tak aku pancing,harhahhar]..'pandai lar, mana boleh, byk plak utk dia je'ayat kesian.takkanla bini awk ni kejam sgt...sebenarnye aku lagi bising kat dia kalo boros tapi kali ini let go je ar sebab mood aku tengah ok..kehkehkeh..alasan..murah pun aku tak kisah, hadiah tu pun kire tanda dia ingat kat aku. itu sudah cukup..so no more tensen..utk lebih tenang, jom p menghadapNya.


10 September 2009

Terima kasih PM/ YBMK

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri Malaysia yang prihatin dengan rakyatnya walaupun dalam kemelesetan ekonomi. Rasanya ramai yang dah tahu dari berita semalam berkenaan dengan Bantuan Khas kepada Kakitangan Kumpulan Sokongan sebanyak RM500. Separuh diberi sebelum Raya Aidilfitri dan separuh lagi pada bulan Disember untuk persekolahan anak-anak. Prihatin sunggh PM kita. Janganlah pula nanti ada yang minta bonus pula dalam kegawatan sekarang ni. Sebagai rakyat kita juga perlu bertimbang rasa dengan keadaan ekonomi kita sekarang. Seandainya diberi bersyukurlah..

Alhamdulillah.

09 September 2009

09.09.09

Cantikkan nombor hari ini. Kalaulah bukan dalam bulan puasa, tentu ramai yang mengambil tarikh ini untuk majlis persandingan mereka bagi mudah mengingati tarikh bahagia itu. Ada 2 perkara lain utk mudah ingati pada tarikh ini.

1. http://www.090909.org.my/

Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) menganjurkan program "Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya" (MUFORS) 090909 atas sokongan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Kempen advokasi jalan raya oleh JKJR akan menumpukan kepada empat aspek penting sebagai langkah intervensi awal bagi mengurangkan kadar kemalangan maut menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Empat aspek yang menjadi penekanan ialah keselamatan pengangkutan awam, keselamatan tayar kenderaan, keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal serta keselamatan pemandu dan penumpang kereta. Semua rakyat Malaysia disuruh menunaikan IKRAR untuk menyumbang ke arah pengurangan kemalangan jalan raya seumur hidup mereka. Sila klik laman web di atas untuk keterangan lanjut dan menunaikan IKRAR. Harap maklum.

2. Hari Radio Malaysia

Hari ini diisytiharkan sebagai Hari Radio Malaysia dan merupakan negara ke3 yang mengisytiharkan hari tersebut. Apapun aku sokong sebab radio adalah salah satu pengubat kesunyian bagi kebanyakkan kita semua kan. Bagi yang menetap dan bekerja, dengarnya ada perarakan Media Prima ke sekitar Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya. Jom kita intai-intai sikit luar tingkap tu ye..

Selamat Hari Radio.






07 September 2009

Segala Macam

hari ini banyak aktiviti aku dihabiskan di laman sembang saja.
macam bangga pula cakap macam tu.
har har har harun salim bachik.
bukan nak bangga tapi saja beritahu perangai buruk aku hari ni.
ekh ekh ekh cam nak aibkan diri sendiri pula.
ah lantak.
dah itu kebenarannya.


aku sangat jeles pada siapa2 yang dapat cuti umum hari ini.
paling jeles dengan abang dan adik aku yang tak perlu kerja hari ini.
boleh sambung tutup mata.
sempat lagi aku minta bertukar ngan adik aku
biar dia jadi aku yang kena bekerja dan aku jadi dia..
"Boleh, angah amik sume keja alang"
"ekh mana lak alang keje ari ni. Angah duk rumah je ar"
"Mana leh tukar sehari je"
"la..mmg angah nak sehari je pun"
kalau boleh bertukar pun, tak kuasa nak lama-lama. nak alami persekitaran baru lagi. bukan nya aku tau kerja-kerja civil tu pun. ah, berangan.


Ada perkhabaran yang tak baik nak diselitkan di sini. Malam sabtu lalu, suami aku (myB) beritahu dia nak teman adik dia dan kawan ke Pasar Borong JB nak cari barang raya. Kul 12 lebih aku terjaga dan mesej myB tak balik lagi. Aku risau sebab esoknya dia nak kerja. Sian tak cukup tidur. mahu tak ke kerja pula. huhuhu. dia kata adik dia nak cari kasut lagi. Dalam pukul 5 jaga sahur ada 4 mesej. Pelik dah. Biasa kalau dia keluar dan aku tidur cuma ada 2 mesej dia beritahu yang dia da gerak dan dah sampai rumah. Rupa-rupanya adiknya terlibat dengan kemalangan. Adik ipar aku accident di highway sebab langgar lubang. Teruk juga katanya. Siku berlubang (aku pun tak faham) dan kaki semua koyak [dulu aku puji adik ipar aku ni sebab punya kaki yang licin mcm perempuan]. Sian la MIL tu mesti risau tengok anak balik da jadi camtu. Lama tu mereka di hospital. 3 ke 4 jam. Dan apa yang aku risaukan terjadi. Suami aku yang mengantok dan penat ambil EL. hehehe...

Moral: Berhati-hati. [jangan la jadi benda-benda buruk ni lagi pada keluarga dan orang-orang yang berada di sekeliling aku]


Masa sahur, myB beritahu dia ada beli baju raya. Syoknya. Warna hijau hitam. Dia pula berbaju melayu hitam dan bersampin hijau. Sedondon dan setandan u. Ahaks. Biasa pilihan dia tak pernah mengecewakan. Masa window shopping dengan family dia yang lalu aku ada juga beritahu fesyen aladin yang aku suka. Dia kata dia beli tangan aladin cam aku suka. Walaupun dah ramai yang pakai, fedulik apa ek. Janji kita pun merasa. i lyke!


Minggu lepas da sedap balik je makanan da terhidang. Mama aku yang shift malam masak segala macam. Mula dari hari Sabtu aku kena sambung balik kerja-kerja tu. Sebab mama aku tukar shift pagi. Jenuh sebenarnye tak tau nak masak apa. Hari Sabtu aku berbuka dengan lauk ayam 3 rasa, sawi goreng dan sambal petai ikan bilis. Buat air sirap + sunkist. Cedap. Suka air camtu. Ahad pula berbuka dengan air sunkist, buah tembikai, bubur labu, nasi goreng [nasi sahur berlebih2, dengan abang aku liat nak bangun lagi], keropok lekor dan ayam. 1st time buat bubur tu, biasa jadi tukang makan je. Licin. Alang dan mama kata sedap cuma aku potong labu tu kecik sangat. [mmg suke ptg kecil gilew]. Alg kata makan tekan ngan lidah je. kuikuikui. Ok la. Nanti aku potong besar sikit lain kali. Tadi pagi tanya dia nak masak sup hari ni ok tak. Dia kata tak minat. Jadi nak masak apa ek? Masak je la yang biasa2 ek. Masak ayam masak lemak cili api makan dengan ayam goreng. Slurpp cedap gak tu. yes! sib la ada blog ni. cerita2 da timbul idea untuk masak apa. esok2 plak??? adoiyai tu cerita esok2 la plak...


03 September 2009

Instinct


Aku suka ngan gerak hati aku ni. Suka, suka, suka dan sangat suka. [Hilang sakit hati aku sebentar tadi]. Tiba-tiba tengah buat kerja aku teringat seorang kawan aku ni. Teringat nak tanya khabar, tanya bila baby nak keluar.. Bila kol, dengar suara dia, aku terus tanya khabar. Orang di talian macam ragu-ragu menjawab. Bila ditanya rupanya bukan Izan. Serupa pulak suara yang menjawab panggilan tu dengan Izan. Izan yang aku maksudkan ialah Izan Syarizad binti Zakariah. Rakan satu poli dan opismate. Rupanya tepat seperti apa yang aku jangka. Dia dah bersalin secara normal. Dapat bayi lelaki pada jam 6 pagi tadi di hospital putrajaya. Seronok dan teruja aku dengar.

[bersama izan (berbaju pink) semasa kursus tahun lepas]


[bila nak pergi melawat ni ek. ada siapa2 nak teman ke Hospital Putrajaya tengah hari ni??]





02 September 2009

tag

*baru letak lepas jumpe pic anak die kat blog ummiaqeef*comellll!!!!


Baru saje teringat keadaan seorang rakan yang telah melahirkan anak. Mesti comel anak perempuan dia tu. Tak sabar nak tengok wajahnya. Lepas tu baru teringat yang aku pernah di tag oleh ibu iza ni tapi tak tunaikan lagi. So, dikesempatan yang boring2 ini lebih baik aku buat...



Syarat-syarat dan terma permainan tag ini ialah:-

* Tag dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja*

* Tag orang yang telah men'tag' anda*

* Tag orang yg anda mahu tag*



soalan dimulakan dgn nombor 0...


0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?:

mengadap pc nih dan buat kerja



1. 2 jam yang lalu?:

memandu kereta ke pejabat

3. Minggu lepas:

hanya rutin biasa g keje, lik keje. weekend ke JB.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali:

Spongebob; Doraemon; Wonderpet

5. Tiga binatang yang anda tak suka:

Tikus, cencorot dan seangkatan dengannya

6. Lima fakta tentang anda:

suka makan

suka tido

suka tgk tv

xsuka orang marah

xsuka orang yang mempersendakan aku

7. Tahun depan mungkin:

saya ...................................

8. Saya tak reti:

memandai2


9. Saya pandai: memandai2

10. Kawan saya: ada yang sangat baik, ada yang menjengkelkan, ada yang suka ketawa, ada yang suka gelak dan cakap sindir, ada yg mcm2 ada...

11. Saya ada orang yang saya sayang dan orang yang menyayangi saya mcam yang kamu ada.

12. Saya seorang yang ingin kecapi bahagia selamanya. nyah kamu yang menjadi punca kecewa dan menyakitkan hati.

13. Adik saya: ade 3 orang dan semua lelaki.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4):

makanan

minuman

pemandangan

kebanyakkan ciptaan Tuhan


15. Bilakah pertama kali anda bercinta?:

umur 16 tahun.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda:

- [tak tanya pulok]


17. Saya rindu sgt mase zaman saya kanak-kanak.

18. Saya tak sabar nak tunggu sesuatu.

19. 5 laman yang anda selalu layari: yahoomail: blogspot: facebook: friendster: email treasury

20. Siapa yang anda mahu tag?

*iza [nak tgk baby....]


Nostalgia Ramadan

Hari ni masih sakit perut lagi. Pedih sangat. Macam kena gastrik lak. Dari pagi aku tahan. Skrg da lepas lunch pun. Tiba2 teringat kenangan lama. 1st time kena gastrik masa aku darjah brape ntah. Time tu sekolah agama waktu petang. Gila2 sakit perut. Pedih camni la. Nak kata lapar tak. Pastu ustazah suruh ke klinik. Petang tu juga aku ke klinik jalan kaki seorang. Klinik sebelah sekolah saja. Jadi ustazah pun tak kisah nak lepas kan aku. Masa itu yang aku tahu, kalau orang bagi alasan malas puasa diorang kata gastrik. Itu je. Petang tu doktor suruh aku makan. Walaupun tak lapar, semangat aku ke kantin pergi makan seorang2. Dah makan ubat barulah masuk kelas balik. Esok dah sihat macam biasa.
Bila fikir pasal kenangan waktu Ramadhan pula, teringat pula masa puasa ke 3 kehilangan insan tersayang. Ayah pergi buat selama-lamanya 10 tahun yang lalu. Sedih sangat-sangat tapi puasa tetap diteruskan juga cuma raya je tak meriah langsung. Paling ingat kenangan dengan arwah waktu Ramadhan, masa arwah nak hantar untuk solat tarawih naik motor. Aku duduk ala2 perempuan melayu terakhirla (tak tahu cam mane nak explain). Kain aku tersangkut dalam roda. Lagi sikit arwah nak melintas jalan. Kalau tak mahu aku jatuh tengah2 jalan. Arwah tak jadi jalan pun sebab aku berpaut kuat tiba2 kat badan dia. Dia tarik kain tu dan bawa aku balik untuk tukar sebab kain tu pun da koyak.
Teringat pula satu waktu Ramadhan dulu, waktu tu cuti sekolah. Kami adik-beradik yang biasanya hidup dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bertambah kurang pendapatan kerana mama aku yang bekerja di kantin sekolah cuti dan tak bekerja. Ayah pula kerja kampung. Sampai satu ketika di tengah-tengah Ramadhan kami adik beradik tak tau sama ada nak puasa atau tidak. Mana tidaknya puasa atau tidak, sama. Hati tak nak puasa sebab sangat2 lapar. Tapi kalau tak puasa, tak tahu pula nak makan apa. Jadi bertahan je la. Masing-masing baring menunggu berbuka. Ayah bawa balik gula dan beras. Bila buka makan nasi dengan gula je. Masa tu berselera je. Memang sedap pun. Tak pernah nak bersungut. Aku bersyukur dengan ujian dariNya. Sekurang-kurangnya bila dah besar ini aku jenis tak cerewet tentang makan. Kalau berbuka pun, kalau orang lain ada saja yang diidamkan tapi bagi aku dapat makan sejenis lauk pun da memadai. Kalau membazir, mulut ni pula rajin nak membebel atau paling kurang pun marah dalam hati. Kalau aku sendiri yang dah tak larat, rasa menyesal pula ambil banyak2.
Pernah juga masa puasa rumah aku dinaiki banjir. Penat gila. Nasibla masa tu cuti sekolah. Yang kelakarnya, masa kami sedar air da masuk rumah, abang aku yang tidur di ruang tamu masih sedap diulit mimpi2 indah. Dalam 10 tahun duduk rumah tu, pernah sekali tu lah yang banjir. Masa tu baru duduk dalam 2 tahun. Jiran aku kata air pasang kel***. Kebetulan masa tu nak Depavali. Macam2.

01 September 2009

Sakit Perut.
Hari ini pagi2 lagi perut memulas. Satu keluarga kena. Keluarga suami aku. Suami dalam telefon pun siap ngadu tak tau la larat ke tak nak pose. Dah habis semua isi perut di buang kan. 1st time la aku dengar die cakap camtu. Kalo tak mesti die berlagak pasal puasa yang tak pernah tinggal. Hahaha. Tapi lunch tadi aku tanya die, yakin je dia jawap dia puasa. Maksudnya dia da ok la tu. Perut da tak meragam. Aku pun da tengah hari sikit mcm memulas je tapi da ok. Yang bestnya MIL call tanya sakit ke tak. Kalo sakit amik MC katanye. Rehat. Tapi aku da kat opis pun, malaslah. Aku cakap ok jelah. Walhal time tu rasa da menggigil badan. Tak larat. Badan pun bau minyak yu yee yang dia bekalkan. alhamdulillah lunch da ok skit..
Puasa Bersama Keluarga Suami.
Alhamdulillah, seronok rasanya. Hati girang je. Semuanya best. Yang paling best main ngan anak-anak buah dia yang comel2 tu. Geram jek. Aktiviti adalah bershopping! He. Sakan. Tapi aku window shopping je. Layan anak buah. Seronok. Hilang segala masalah.

(anis dan elis. anis akan buat muka camtu kalau kite sebut 'bucuk'. suke!)
1 September.

Genap 4 bulan berkahwin. Tak ada apa yang nak dibangga pun. Kalau orang lain kata bila dah kawen kita tahu macam2 lagi tentang pasangan kita yang kebiasaannya aku dengar yang buruk2 tapi aku bersyukur sebab apa perangai dia yang aku tak tahu sebelum kebanyakkannya adalah yang baik2 saja. Jadi aku bersyukur sangat dan berharap dengan 4 bulan ini akan menjadi 4 tahun dan kemudian 14 tahun dan seterusnya dengan keadaan aku masih gembira dan bahagia seperti sekarang ni. Amin.



(Kenangan berbuka semasa masih tunangan. Hanya sekali masa tahun lepas. Tak beraya sama pun.)