09 September 2009

09.09.09

Cantikkan nombor hari ini. Kalaulah bukan dalam bulan puasa, tentu ramai yang mengambil tarikh ini untuk majlis persandingan mereka bagi mudah mengingati tarikh bahagia itu. Ada 2 perkara lain utk mudah ingati pada tarikh ini.

1. http://www.090909.org.my/

Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) menganjurkan program "Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya" (MUFORS) 090909 atas sokongan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Kempen advokasi jalan raya oleh JKJR akan menumpukan kepada empat aspek penting sebagai langkah intervensi awal bagi mengurangkan kadar kemalangan maut menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Empat aspek yang menjadi penekanan ialah keselamatan pengangkutan awam, keselamatan tayar kenderaan, keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal serta keselamatan pemandu dan penumpang kereta. Semua rakyat Malaysia disuruh menunaikan IKRAR untuk menyumbang ke arah pengurangan kemalangan jalan raya seumur hidup mereka. Sila klik laman web di atas untuk keterangan lanjut dan menunaikan IKRAR. Harap maklum.

2. Hari Radio Malaysia

Hari ini diisytiharkan sebagai Hari Radio Malaysia dan merupakan negara ke3 yang mengisytiharkan hari tersebut. Apapun aku sokong sebab radio adalah salah satu pengubat kesunyian bagi kebanyakkan kita semua kan. Bagi yang menetap dan bekerja, dengarnya ada perarakan Media Prima ke sekitar Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya. Jom kita intai-intai sikit luar tingkap tu ye..

Selamat Hari Radio.






2 ulasan:

Mawaddah berkata...

iza...nak email

email kat wdh_yzd@yaho0.com

scha exa dan dunianya berkata...

ok