01 September 2009

Sakit Perut.
Hari ini pagi2 lagi perut memulas. Satu keluarga kena. Keluarga suami aku. Suami dalam telefon pun siap ngadu tak tau la larat ke tak nak pose. Dah habis semua isi perut di buang kan. 1st time la aku dengar die cakap camtu. Kalo tak mesti die berlagak pasal puasa yang tak pernah tinggal. Hahaha. Tapi lunch tadi aku tanya die, yakin je dia jawap dia puasa. Maksudnya dia da ok la tu. Perut da tak meragam. Aku pun da tengah hari sikit mcm memulas je tapi da ok. Yang bestnya MIL call tanya sakit ke tak. Kalo sakit amik MC katanye. Rehat. Tapi aku da kat opis pun, malaslah. Aku cakap ok jelah. Walhal time tu rasa da menggigil badan. Tak larat. Badan pun bau minyak yu yee yang dia bekalkan. alhamdulillah lunch da ok skit..
Puasa Bersama Keluarga Suami.
Alhamdulillah, seronok rasanya. Hati girang je. Semuanya best. Yang paling best main ngan anak-anak buah dia yang comel2 tu. Geram jek. Aktiviti adalah bershopping! He. Sakan. Tapi aku window shopping je. Layan anak buah. Seronok. Hilang segala masalah.

(anis dan elis. anis akan buat muka camtu kalau kite sebut 'bucuk'. suke!)
1 September.

Genap 4 bulan berkahwin. Tak ada apa yang nak dibangga pun. Kalau orang lain kata bila dah kawen kita tahu macam2 lagi tentang pasangan kita yang kebiasaannya aku dengar yang buruk2 tapi aku bersyukur sebab apa perangai dia yang aku tak tahu sebelum kebanyakkannya adalah yang baik2 saja. Jadi aku bersyukur sangat dan berharap dengan 4 bulan ini akan menjadi 4 tahun dan kemudian 14 tahun dan seterusnya dengan keadaan aku masih gembira dan bahagia seperti sekarang ni. Amin.



(Kenangan berbuka semasa masih tunangan. Hanya sekali masa tahun lepas. Tak beraya sama pun.)



3 ulasan:

nAdiRah berkata...

seroNok ea dpt berbuka bersama suami tersayang... & family MIL. huhuhu~~~ semoga berbahagia selalu sempena 4monthsary...

Cik Puan*PIE berkata...

sonok bile dh kawin ni lain...xsama mcm bcinta.ape pun smga iza bahagia hgga akhir hayat

dibiuscinta berkata...

Nad: aah seronok. Beruntunglah nad kahwin awal. Terima kasih. Iza pun doakan nad berbahagia selalu.

MamaHajar: Yup, mmg tak sama. Nikmat bersahur dan berbuka lain. Gelagat memasing tu yang best. Iza pun doakan semoga Hajar dan suami ke akhir hayat.