02 September 2009

Nostalgia Ramadan

Hari ni masih sakit perut lagi. Pedih sangat. Macam kena gastrik lak. Dari pagi aku tahan. Skrg da lepas lunch pun. Tiba2 teringat kenangan lama. 1st time kena gastrik masa aku darjah brape ntah. Time tu sekolah agama waktu petang. Gila2 sakit perut. Pedih camni la. Nak kata lapar tak. Pastu ustazah suruh ke klinik. Petang tu juga aku ke klinik jalan kaki seorang. Klinik sebelah sekolah saja. Jadi ustazah pun tak kisah nak lepas kan aku. Masa itu yang aku tahu, kalau orang bagi alasan malas puasa diorang kata gastrik. Itu je. Petang tu doktor suruh aku makan. Walaupun tak lapar, semangat aku ke kantin pergi makan seorang2. Dah makan ubat barulah masuk kelas balik. Esok dah sihat macam biasa.
Bila fikir pasal kenangan waktu Ramadhan pula, teringat pula masa puasa ke 3 kehilangan insan tersayang. Ayah pergi buat selama-lamanya 10 tahun yang lalu. Sedih sangat-sangat tapi puasa tetap diteruskan juga cuma raya je tak meriah langsung. Paling ingat kenangan dengan arwah waktu Ramadhan, masa arwah nak hantar untuk solat tarawih naik motor. Aku duduk ala2 perempuan melayu terakhirla (tak tahu cam mane nak explain). Kain aku tersangkut dalam roda. Lagi sikit arwah nak melintas jalan. Kalau tak mahu aku jatuh tengah2 jalan. Arwah tak jadi jalan pun sebab aku berpaut kuat tiba2 kat badan dia. Dia tarik kain tu dan bawa aku balik untuk tukar sebab kain tu pun da koyak.
Teringat pula satu waktu Ramadhan dulu, waktu tu cuti sekolah. Kami adik-beradik yang biasanya hidup dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bertambah kurang pendapatan kerana mama aku yang bekerja di kantin sekolah cuti dan tak bekerja. Ayah pula kerja kampung. Sampai satu ketika di tengah-tengah Ramadhan kami adik beradik tak tau sama ada nak puasa atau tidak. Mana tidaknya puasa atau tidak, sama. Hati tak nak puasa sebab sangat2 lapar. Tapi kalau tak puasa, tak tahu pula nak makan apa. Jadi bertahan je la. Masing-masing baring menunggu berbuka. Ayah bawa balik gula dan beras. Bila buka makan nasi dengan gula je. Masa tu berselera je. Memang sedap pun. Tak pernah nak bersungut. Aku bersyukur dengan ujian dariNya. Sekurang-kurangnya bila dah besar ini aku jenis tak cerewet tentang makan. Kalau berbuka pun, kalau orang lain ada saja yang diidamkan tapi bagi aku dapat makan sejenis lauk pun da memadai. Kalau membazir, mulut ni pula rajin nak membebel atau paling kurang pun marah dalam hati. Kalau aku sendiri yang dah tak larat, rasa menyesal pula ambil banyak2.
Pernah juga masa puasa rumah aku dinaiki banjir. Penat gila. Nasibla masa tu cuti sekolah. Yang kelakarnya, masa kami sedar air da masuk rumah, abang aku yang tidur di ruang tamu masih sedap diulit mimpi2 indah. Dalam 10 tahun duduk rumah tu, pernah sekali tu lah yang banjir. Masa tu baru duduk dalam 2 tahun. Jiran aku kata air pasang kel***. Kebetulan masa tu nak Depavali. Macam2.

Tiada ulasan: