18 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Assalamualaikum kepada yang sudi singgah,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Semoga raya ini penuh makna bagi kita semua. Alhamdulillah, lagi sehari lebih untuk kita mengakhiri puasa. Seronok rasanya puasa tahun ini. Mungkin nikmat puasa sebagai seorang isteri walaupun tidak menunaikan tanggungjawab kepada suami sepenuhnya. Raya ini giliran aku dan suami beraya di rumah aku di Shah Alam. Suami aku akan sampai dalam jam 1.30 pagi Sabtu. Semoga selamat sampai hendakNya. Kebiasaan raya, selepas ke kubur aku sekeluarga akan ke rumah sanak saudara sebelah ayah sehingga jam 12 tgh malam dan lebih. Kalau pulang rumah tu memang da nak dekat 1 pagi la. Kemungkinan rutin raya aku sekeluarga berubah tahun ini kerana kami ada perancangan ke Perak (Kuala Kangsar) iaitu rumah mak long sebelah mama aku. Mama aku rindu agaknya. Lama sudah tak berjumpa. Mak Long aku jarang ada kalau adik beradik yang lain buat kenduri. Biasa yang ada pun anak-anak dan cucu-cucu dia je. Mungkin sayang nak meninggalkan rumah agaknya Aku pun kurang cam dah wajah dia. Bila ditanya melalui sms kepada suami "hurrmm" je jawapan dia. Aku tau tu tanda dia tak suka atau tak setuju. Memang tu cara suami aku. Tapi kemudian bila aku jelaskan, dia cakap "kata nak balik rumah abg raya kedua". aku, "malam pun raya kedua bang" (saje aku guna perkataan bang tu, aku tau dia suka). Dia, "ok". Alhamdulillah, dia setuju.
Kepada rakan-rakan blog yang mengenali, maaf zahir dan batin di pinta jika ada kata-kata dalam penulisan dan cerita saya selama ini mengguris hati. Maaf sangat-sangat ye!
Berhati-hati di jalan raya. Semoga kita semua selamat beraya di destinasi yang ditujui dengan selamat ya!
p/s: Ketua Setiausaha Perbendaharaan baru ucap hari raya dan part yang best, bukan pasal nak bagi duit raya ya. Kami dibenarkan pulang selepas jam 3. Alhamdulillah. Balik tu, boleh la buat apa yang patut ya..

3 ulasan:

alladiin berkata...

selamat hari raya utk awk sefamily..

dibiuscinta berkata...

tq en. Ashri. Camat ari raye sefamily juge...he

nmmy84 berkata...

selamat hari raye iza