28 Ogos 2009

terbang~~~

he.. tak tau nak letak tajuk pe..ari ni pas abis keje terus ke rumah akak ipar kat seksyen 7, amik die dan gerak ke JB. Bukan pe, aku ni nak drive malam2 sakit mata lew..silau..so kena gerak cepat..tp singgah la jap solat ke..tak pun qada' je..leh jama' ke? Dulu masa sekolah agama, ustaz bg contoh perjalanan dari kedah ke Johor..hahaha..tak tau 90 marhalah tu jauh mana..kekeke..malu bertanya sesat jalan..weee...

erm ni la 1st time pose sbg suami isteri..ada beza ke ek..he..dugaan..dugaan..wakakaka..berbuka dgn keluarga baru juga..mesti ada kelainan..kat johor cepat sket waktunye..kalo biasa aku jaga kul 5 tp ngn family in law kenala bgn awal kan..he..arap aku selamat pergi dan balik..tu jek..

27 Ogos 2009

Jualan

Hari ini dengarnya ada jualan oleh Puspanita di ofis aku ni. Jualan ni bukan selalunya ada. Kadang-kadang (teringat petikan cerita lama pula). 2, 3 bulan baru ada. Kali ni tiada hebahan seperti biasa. Hanya mulut ke mulut. Nak pergi ke? Bershopping waktu2 lapar ni membuatkan nafsu membeli memuncak. Bagi yang dah kebalkan hati je boleh melawan nafsu membeli atau sekadar beli untuk keperluan dan cuci mata. Tapi bagi menyambut raya kebiasaannya banyak pulak yang dirasakan perlu ada. Sebenarnye jualan ni memang memudahkan la. Tak perlu nak cari jauh2 barang untuk sambut raya tapi juga untuk memudahkan menghabiskan duit dalam masa singkat. Ala, duit. Macam mana elak pun habis jugak. Esok-esok mencari juga barang perlu itu. Tapi time raya satu je bukan keutamaan. Baju. Jarang sekali aku beli baju raya lebih dari 2 pasang. Tahun lepas pun cuma sepasang. Itu pun cari di malam raya. He. Pelik ke? Erm, aku ada alasan tersendiri. Sebabnya aku cuma sibuk di hari pertama raya sehingga ke 12 malam atau pagi barulah sampai rumah. Habis rumah2 saudara yang tak ke mana dilawati. Lepas tu raya kedua dah lepak depan tv. Nak raya rumah kawan pun jadi tak pasti. Takut2 mereka masih dikampung masing2 lagi. Al-maklumlah aku tiada atuk dan nenek lagi.
Tapi raya kali ni terfikir utk beli lebih pula sebab raya kedua aku ke Johor Bahru beraya bersama keluarga mentua. Jadi, banyak pulak yang kena di beli. Takkan nak balik dengan tangan kosong je kan. Gaji bulan sembilan pula dapat awal sebelum raya. Erm...paham2la kalau duit dah ada depan mata. Mampos lepas raya kena cari ikhtiar lain. Kalau kebiasaannya aku cari kuih dan baju di malam raya, kali ini aku dah order awal. Takut jadi macam tahun lepas. Nak cari murah punya pasal. Malam raya baru bergegas nak shopping bagai. Kuih raya yang best2 dah habis. Dapat lah kuih raya dan kerepek seadanya. Selebihnya dapat tempias hujan dan jam. He.


Muhasabah Diri I

Dalam bulan Ramadhan,
Diam orang berpuasa merupakan Tasbih,
Tidurnya adalah Ibadah,
Doanya mustajab,
Amalannya diGandakan.

21 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H

Salam Ramadhan buat diriku dan semua umat Islam semua..
Mohon maaf andai ada terlanjur kata..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu..

19 Ogos 2009

Jurugambar

Fikir la..aku kawen 1 mei tapi sampai sekarang tak dapat pic belah pempuan lagi..hilang da sabar aku..ok aku tak nak komen dan harap yg terbaik la yang dihasilkan nnt sbb baru2 ni ada respon my OP tunjuk pic kitorg. Ekceli family, sedara dan kawan2 aku suke kat OP aku ni sebab die lebih bg ide utk kami yg kaku nih.. Aku pun suke.. So skrg disebabkan kerja jalan, ilang da skit2 bengang aku utk diceritakan..

Yg sebelah laki pulak..adoyai..sehari demi sehari die mungkir janji dan sampai skrg bile da tau no kami die takkan angkat langsung..yg aku bengang lg rm50 nak bayar habis ngan die nih.. Asalnya die bagi sticky album..tu pun kemain janji sehari jadi berminggu baru nak hantar.. Bile tgk hasil cantik, hilang bengang kami ngan janji tak ditepati tu..tinggal storybook jek..Die ni jenis suka minta duit skit2 tau..lepas siap je sticky tu die desak 100 demi 100..aku tak suke cara die, aku ckp ngan hubby byr je habis dan suruh die bagi album tu..suami aku ikutkan. Tapi bile kol asik bagi alasan kedai cina tu tak siap lagi..da berminggu2 kami tanya die kata kedai tu salah print. pastu da 2 minggu tanya alasan yg sama..bile suami aku kol die da taknak angkat.. dan suami aku minta tolong aku kol.. aku guna fon ofis. lambat gak la nak angkat.. pastu die minta maaf, katanye bukan die nak tipu tp kedai tu yg lambat, takkan la nak tipu kawan la (diorg satu skolah menengah)..aku ye kan je dan aku kata ok. next weeknye aku kol gune opis da haram taknak angkat..nampak sgt die mmg penipu..die mmg nak ngelak. siyes kawan2 pun die cas mahal kat suami aku..hanya kurang 100 je beza dgn my OP. walhal die cuba klik utk satu majlis dan my OP klik dari nikah, persalinan, malam berinai dan sanding. Dahtu blh amik pic pun jenis kedekut. Just one pic utk satu2 acara. Family aku tgk pun sakit hati dan suke ngan my OP lg. Bkn nye suami aku tak tau rumah die kat mana. masa sblm dan selepas majlis kami pun, kami yg jemput die.. Rumah mmg gah lew.. Mmg tak caya die nak menipu. Sebab tu kami sentiasa bagi masa seminggu utk kol balik.. Tapi bile jadi mcm ni mmg geram la.. Da tak tau ide nak wat mcm ne lg.
Buntu.
Takkan la nak sergah rumah plak. So pada sape2 yg nak hire jurufoto ni plz take note pape pun minta la resit.. Baik ada perjanjian. Tgk hasil dorg puas2. Masa hubby aku tgk hasil die pun mmg hasil sticky album je. Takde tunjuk storybook. Sebenarnye kami lg berminat ngan storybook sebab thn lama. Kalo sticky ni sendiri print kedai pun blh..dan diingatkan lagi satu jgn amik sebab kawan atau sedara. Kadang teman2 rapat ni yg suke buat tahi. Melainkan kita rapat sangat ngan die dan mengikuti hasil2 rakan jurufoto kita..
Jangan jadi macam aku lagi.. :....(