05 Julai 2011

Tutti Frutti



Orang duk sibuk bertutti frutti, jadi sempena gaji ni merasa lah aku si suami belanja.
Aku punya yang sebelah kiri.  Aku ambil perasa asli tutti frutti dan kiwi.  Suami pula ambil perisa coklat dan pisang.  Selain tu ada perisa lain epal hijau dan nanas.  Dua ni hampir RM30.  Harga ikut berat.  Tak silap 10 gram 0.53sen.

 Kami pilih tempat duduk santai.  Ada tempat duduk makan macam biasa kat restoran tu.
Budak kecil ni masa ni tak reti diam.  Masa ini dibiarkan merangkak, ingatkan reti lah dia turun dari paras tinggi sejengkal ke bawah.  Rupanya terjatuh.  Mungkin semua putih, dia tak perasan. Lebam kepalanya. Nasib cepat tuam. Kejap je da hilang. 
 Ni pose maut dari aisy.
 Aku bagi aisy rasa skit aiskrim.
Marah ayah.
Sebab dia bagi buah je. He.
Pic bawah ni ayah terpaksa pangku sebab keganasan aisy yang tak terbendung.
Muka boring anak ibu.

3 ulasan:

Sue berkata...

uishh... mahal gak kan eskrem ni... tak pernah lg mkn... huhuhu...

Sue berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dibiuscinta berkata...

aah mahal..iza pun sekadar cuba je..mcm demam tuttifrutti je skarang ni.

Lagi sedap baskin robin kot.hehehe..