15 Januari 2010

Bulan Ketiga

Bayi

  • Selepas 8 minggu, embrio kini dipanggil janin atau fetus.
  • Jari tangan dan kaki janin kini punya kuku yang lembut.
  • Rerambut halus juga sudah mula tumbuh pada kulit bayi.
  • Diperingkat ini, uri sudah berfungsi sebagai pembawa oksigen dan makanan dari ibu ke bayi.
  • Bayi sudah mula membuang najis dan air kencing melalui tali pusat.
  • Anda boleh mula mendengar detik jantung bayi untuk kali pertamanya pada minggu ke 10 hingga 12.
  • Jantina bayi juga mula terbentuk.
  • Di akhir bulan ini, janin bersaiz sebesar sebiji epal dan beratnya bertambah ke 3 auns diakhir bulan ketiga.

Ibu

Anda masih terasa sakit dan mabuk hamil, pening kepala dan loya-loya. Gejala-gejala ini akan berkurangan bila anda hampir memasuki bulan keempat. Jika gejala ini adalah teruk, beritahu doktor semasa pemeriksaan prenatal anda.

Pakaian anda mula terasa ketat di pinggang dan dada. Tukar pakaian anda kepada pakaian yang berpinggang elastik atau getah dengan jenis fabrik yang sesuai seperti kapas.

Tip

Keperluan badan anda kepada kebanyakan vitamin dan galian semakin meningkat. Teruskan amalan makanan seimbang anda.Berat anda mungkin bertambah 1 hingga 2 kilogram. Wanita yang beratnya sebelum hamil adalah normal sepatutnya menambah berat badannya antara 10 hingga 16 kg sepanjang kehamilannya.Bersenam dapat membantu. Berjalan pilihan yang baik. Tanya doktor anda sebelum memulakan rutin senaman.




Tiada ulasan: