- Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
- Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
- Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
- Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan.
- Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.
Ibu
Peranakan anda telah berkembang sehingga ketinggian pusat.
Jantung anda berdenyut lebih laju.
Tidur secukupnya pada waktu malam.
Jangan terlalu memaksa diri bekerja kuat, rehat jika anda kepenatan.
Jika anda tidak mengambil kalsium secukupnya, anda mungkin akan mengalami kekejangan kaki.
Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar.
Tip
Perkembangan dan berat janin boleh terjejas jika anda merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah. Masih belum terlambat untuk anda berhenti.Anda boleh mula merancang untuk melahirkan di mana, dengan siapa dan cara kelahiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan