Sudah sebulan lebih aku tinggalkan aktiviti berblogging. Catatan terakhir ialah copy paste tentang spina bifida. Itu je yang termampu, cepat dan pantas. Ya, aku sibuk. Di pejabat, tiada masa lagi untuk aku curahkan perasaan melainkan dengan pantas iaitu meninggalkan jejak ringkas di facebook. Sungguh, aku rindu. Aku ingin update blog ini dengan copy paste perkembangan kehamilan pula mengikut bulan2 aku mengandung. Lagi aku nak update percutian di Bukit Fraser nan indah bersama family dan juga meluahkan perasaan yang terpendam, insyaAllah jika sempat lah. Memang hendak sangat abadikan semua kenangan indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan