13 Jun 2011

~KL Gangster, Gigi & Cinderella~

Tiga tajuk itu cerita hari Sabtu 11 Jun 2011. Filem kedua aku bawa Aisy ialah KL Gangster.  Filem pertama Aisy ke panggung ialah Nur Kasih The Movie.  Cerita KL Gangster ni oklah.  Kira tak berat sangat sebab ada unsur komedi dari Zizan dan Sofi. 

Macam mana Aisy di panggung?
Bukan nak puji.  Tapi dia memang budak baik.  Tak meragam.  Kalau ikutkan dia tak sihat.  Batuk dan selsema.  Batuk sejak hari Rabu.  Selsema pula sejak hari Jumaat.  Demam tak demam, orang kata 'dedar'.  Tapi dia tetap aktif.  Malah jadi kuat bebel.  Dalam wayang ni tak dapat nak bergerak ke mana. Jadi kejap dengan ibu, kejap dengan ayah.  Bila penat dia baring. Kasi susu, tidur lah dia. Tidurpun da nak habis cerita.  Kalau masa Nur Kasih dia tidur awal sikit.  Tapi KL Gangster lambat sebab bunyi bising sangat kot.   

Dalam pada tengok wayang tu, Aisy tiba-tiba tarik tudung aku dan gigit.  Aku pun tarik balik la, dan bagi jari aku untuk dia gigit.  Wah! berbunga hati aku. Kenapa? Aisy tumbuh gigi!!!!  Terus bagitahu ayah.  Ayah nya pun suka kot.  Terus cium dahi Aisy.  Keterujaan ibu terserlah bila ibu sekarang suka sangat nak mengusya giginya sampai naik marah aisy. Haha..
(Gambar sekadar hiasan.  Tak sabar nak tunggu peluang snap gigi sulong Aisy)

Bila sudah tidur, keluar wayang dalam kegelapan tu aku angkat Aisy dengan gaya baby lah jawapnya.  Jadi bila bertapak-tapak keluar dari TGV baru perasan yang kasutnya da hilang.  Alahai anak ibu jadi cinderella.  Takkan lah nak masuk balik kan.  Tidak lah jawapnya.  Jadi tinggallah kasut sebagai kenangan ada bayi berumur 10 bulan melayan KL Gangster.  Nanti ibu pamerkan kasut tu ye, mana lah tahu kot ada puteri yang terjumpa. Ahaks! 




(siapa puteri yang jumpa sila jumpa ye Encik Cinderella ada dengan saya..ahaks!..ops kasut murah² saje..AAK!)


2 ulasan:

wahi berkata...

heppp!! pe bwk aisy pegi movie ni, its not gud for telinga awal baby kowt.. xpasti... ahahaha.... chk dlu k, sbb aisy somel kecik agi, tnggu die dh 2 thn ke baru worait kowtt... mandai jek... kihkih...

dibiuscinta berkata...

aah kan..teruk betul ibu aisy ni..ehehehe..