21 Julai 2009

Muhasabah Diri

Tempoh perkahwinan yang lama bukanlah ukuran tapi aspek seperti matlamat, tujuan dan pelaksanaan syariat hidup berumahtangga Islam itulah yang seharusnya turut diambil kira.
  • Muhasabah diri. Walaupun telah bertahun lama berkahwin, kita perlu menanyakan diri, adakah cinta dan sayang kepada pasangan kita seluas laut?
  • Apabila hati jadi tenteram, tenang dan merasa cukup serta bersyukur terhadap nikmat yang dimiliki, maka apa juga yang melanda dalam rumah tangga, ia mampu ditangani secara bijaksana
  • Syurga adalah asas kepada Shim, Ra, Ga dan Alif yang membawa maksud Seronok, Riang, Gaya hidup dan Anak-anak.
  • Kasih sayang perlu ditunjukkan dengan ucapan kata-kata pujian dan ungkapan romantis.
  • Jangan meniru atau membandingkan gaya hidup keluarga kita dengan keluarga orang lain (jiran atau teman)
  • Keperluan kehidupan biarlah berpadanan, berpatutan dan berkemampuan. Malah sekiranya mampu adakah ia satu keperluan? Jika tidak dan kita tetap menginginkannya, lantas dalam konteks Islam di situ telah berlaku pembaziran.
  • Cara untuk menyemarakkan rasa cinta dalam sesebuah keluarga ialah dengan solat berjemaah, makan bersama, membaca al-Quran, berzikir, beriadah, berpuasa, bergurau senda serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

sumber Utusan Malaysia 21 Julai 2009 (MEGA)










Tiada ulasan: