09 September 2014

7 Cara Untuk Tingkatkan Keyakinan Diri Dengan Semulajadi & Percuma

Assalamualaikum.  Tips ini dari RotiKaya.  


Kenapa aku tempelkan kat sini.  Untuk makluman aku sendiri.  Aku nak 'remind myself' terutama point 2.  Aku suka bangun last minit.  Ya, itu kelemahan aku.  Kalau anak buat hal, atau perut meragam, atau terkeluar lambat skit, sangat jam dan aku pasti akan datang lambat.  Setiap bulan kerani admin bising kat aku.  "Pandai2lah jaga diri sendiri" Katanya.  Ahaks.  Aku sendiri pun da malas nak bagi alasan bila dia bebel.  Sebabnya aku tau aku sendiri yang salah.  Perasaan salah yang tanpa sekelumit pun rasa nak berubah tahap serius!

Bulan ini je da lewat 5 hari.  Bangga x? Kahkahkah...Baru 9hb.  Nampak sangat sehari je aku awal.  Ops! bukan awal tapi tepat jam 8.00.  Kahkahkah lagi.

Aku nak janji ngan diri sendiri dekat sini.  Nak bangun awal jam 4. Mampu ko?  Wakakaka..
Ekh2, serius sikit.  Ok, bangun awal pukul 4, janji tau Iza? Bangun pastu ko g Qiam sekejap, pastu ko kemas sikit umah ko supaya balik tenang x serabut otak, boleh terus masak, pas kemas, mandi, solat, gosok baju walaupun aku tau ko pemalas nak mampus gosok baju, selalu cari baju tak yah gosok, da bangun awal ini banyak sikit baju ko boleh pakai, tak la baju sama je...Kahkahkah...

Deal? Okay, bulan 10 kita tengok result k dear iza..huhu

Actually lama gak entri rotikaya ni tapi sape nak jenguk ntah ingat iklan apa tengok bontot laki..harem...sekali rupanya tips...rugi tak tengok dari awal..ahaks..kalau x, x la lambat aku 5 kali..wakakaka..alasan aje ko...
Oleh RotiKaya Staff pada 
28 August 2014, 9:08AM
Ini cadangan kami untuk anda para gadis di luar sana yang mahu meningkatkan keyakinan diri di dalam dunia yang penuh dengan cabaran & pancaroba — juga jejaka kacak untuk ditawan.
Z4mgxB

1. Amalkan Pemakanan Sihat (Serius?)

Ya, kami serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari anda anda mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan anda lebih yakin dengan diri tanpa anda sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.
giphy-fruit

2. Jadikan Rutin Untuk Bangun Awal Pagi

Jangan panggil enteng kesan bangun awal pagi kepada diri anda. Sains menunjukkan otak kita akan mengalami fasa optimum 2 jam selepas bangun tidur, jika anda bangun lebih awal, lebih cepat untuk anda merasa lebih yakin untuk bertemu dengan rakan sepejabat atau pun di kolej.
AqrKpo

3. Pastikan Anda Bersenam, Setiap Hari

Walaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau hey, sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri anda secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan anda hari demi hari. Cara ini paling kami sarankan.
YELX2o

4. Baiki Postur Badan, Gaya Jalan

Ini akan mengambil sedikit masa (seperti tips yang lain sebenarnya), jika anda fokuskan diri anda untuk mempunyai postur badan yang lebih baik dan berjalan dengan gaya peragawati di atas pentas fesyen, anda akan nampak lebih kurus dan berkeyakinan. Dari jauh pun orang lain boleh hidu, so tighten your core, stand or sit up straight.
giphy-stand tall

5. Luang Masa Bantu Orang Lain

Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat anda sendiri. Jika anda luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri anda. Membantu orang lain tunjukkan diri anda yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
Anq06O

6. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka

Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Anda pastinya tidak mahu bertemu si dia yang diminati dengan wajah kusam ‘kan?
ZyL529

7. Senyum!

Mulakan hari anda dengan senyuman dan hey, jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika anda suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.
A83Gkw
Shah Iza Shahdan Pengedar Shaklee [ID: 913771] 017-7807014

1 ulasan:

SYUHADA WAHI berkata...

Menarik post ni.. hihihi.. good job iza.. keep it up.. :-)