02 April 2010

kehilangan

Salam,
Hari ni terima berita sedih tentang kehilangan penghibur berbakat besar iaitu Din Beramboi. 
Susah aku nak rasa terlalu sedih terima kehilangan artis macam apa yang aku rasa pada arwah Din Beramboi ni. 
Bagi aku yang sentiasa terhibur dengan lawak-lawak kasar dia, aku rasa satu kehilangan yang amat besar. 
Aku terhibur saat rancangan Pagi Di Era bersama arwah, rancangan Spontan, Mandi dan Raja Lawak yang terbaru.  Tapi Tuhan lebih sayangkan dia dari peminat-peminat yang sangat terhibur dengan gaya lawak spontan dan selamba beliau. Argh, sedihnya...
Lagi satu mungkin sebab cara kematian dia yang aku ikuti sejak Rabu lalu, sama seperti kematian sepupu aku iaitu arwah Kak Liza beberapa tahun yang lepas.  Memang aku dah sedih Rabu lalu lagi, aku dapat rasa arwah Din Beramboi pasti akan pergi jua tapi dalam hati tetap berdoa semoga ianya tak berlaku. 
Lagi lah bila terbaca Metro semalam, isterinya beritahu beliau kata akan cuti panjang, seakan takut dengan ayat 'cuti panjang' tu. Semua tu aku hanya dapat luah pada suami aku saja.
Aku faham perasaan keluarga dia.  Aku tak dapat lupakan bagaimana arwah Kak Liza meninggal.  Sedih sangat, arwah perlu diuruskan oleh pihak hospital kerana setiap yang berongga pasti ada darah sehinggakan Encik (ibu arwah) pengsan semasa melihat jenazah beliau sebelum dikapankan kerana masih banyak darah yang mengalir. 
Pagi tadi aku hanya mampu menahan air mata dari mengalir bila dapat tahu arwah meninggal dan berharap semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.




Tiada ulasan: