Lama dah tak menulis dan meluah perasaan di sini..
Macam-macam cerita sebenarnya aku nak luahkan..tapi tak semua boleh terluah..
Di hari yang rasany ada masa terluang, boleh la kucoretkan sedikit..
Sebenarnya otak aku masih ligat dan selagi waktu itu tak berlalu aku masih terfikir, apa yang terbaik untuk ulang tahun perkahwinan aku dan suami yang pertama. Mula-mula sekali aku nak fotoshoot..kenangan bersama perut boyot [walau tak boyot mana pun, baru 6 bulan :D] dengan suami, hasil setelah setahun perkahwinan tapi aku masih fobia dengan jurugambar yang tidak menunaikan janji. Sehingga kini album kahwin kami tak terima lagi. Sedih sangat. Tapi kalau aku pilih ini pun, aku pasti akan lebih berhati-hati dan minta resit.
Ada yang cadangkan makan malam. Ok jugak. Tapi kami ni macam tak romantik je. Segan pun ada. Lagi satu tak tahu area mana dengan suami. Ada juga bincang dengan suami tapi dia macam tak excited je. Asyik kata nanti dan nanti lah..huhu..Masa dah suntuk nih. InsyaAllah petang ni aku akan cuba bawa bincang lagi. Semalam ada kawan dia datang jemput wedding 1 Mei, nasib dia ingat tarikh kahwin dan kata tak dapat datang dan datang untuk nikah dan belah lelaki sahaja. Sekurang-kurangnya aku tahu dia ada hati nak sambut ulang tahun perkahwinan kami. Tapi bila nak decide ni cik abang oiii... :(( Terlalu mendesak ke aku? hik hik..
Kawan karib aku cadangkan picnic bersama keluarga yang lain. Jadi adalah yang tukang amik gambar.. Ok gak tu..Aku fikir kalau picnic biar lah yang dekat-dekat je dengan JB sebab kalau aku berjalan jauh, nanti pertengahan bulan nak ambil kakak ipar di Melaka, mesti berjalan sampai ke Klang, itu wajib..Mana boleh dalam sebulan tak jejakkan kaki ke sana..Hehe..Then, wesak day cuti. Mesti ada jalan-jalan. Duit lagi. Ekh lupa pulak, time tu da gaji..He, leh ar gak pertimbangkan kan..huhuhu..
Selain tu, ada yang cadangkan hanimun lagi. Tapi, sempat ke? Asben diam seribu bahasa..tak pe, akan diusulkan kepada suami, jgn risau 'ibu' ye..hehehe.. k la..cite len, len kali la.. :P
p/s : Erm, ada ke tak surprise dari suami tersayang untuk besday aku nih??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan