- Pada umur 37-40 minggu, bayi sudah sempurna dan sedia untuk keluar dari rahim ibunya.
- Paru-parunya juga sudah matang. Sepanjang bulan ini berat bayi bertambah ½ paun seminggu.
- Kepala bayi biasanya sudah turun, terletak di bawah perut ibu.
- Diakhir bulan beratnya bertambah kepada 6 hingga 9 paun dan panjang 19 hingga 21 inci.
Ibu
- Berat anda mungkin tidak naik pada bulan ini.
- Pusat anda mungkin akan timbul.
- Pernafasan lebih mudah kerana bayi telah menurun ke bawah.
- Tetapi, anda juga akan kerap terkencing kerana bayi menekan pundi kencing anda. Jangan kurangkan pengambilan air walaupun anda akan kerap ke tandas.
- Kaki anda akan bertambah bengkak.
- Servik anda akan memanjang dan memendek semasa ia bersedia untuk kelahiran.
- Anda akan merasa tidak selesa kerana tekanan dan berat bayi dan pelbagai gejala lain seperti kekejangan, sembelit dan lain.
- Pastikan anda mendapat rehat secukupnya dan makan makanan seimbang.
Tip
- Pemeriksaan prenatal anda kini ialah seminggu sekali.
Awasi kontraksi anda. Anda hampir melahirkan apabila kontraksi anda:
- Tetap dan berjarak sama (contohnya setiap 7 minit )
- Berlaku lebih 5 kali dalam satu jam
- Berakhir selama 30 ke 70 saat
- Semakin terasa sakit/kuat apabila anda bergerak
- Tanya doktor anda jika anda rasa anda ingin melahirkan
2 ulasan:
lame xjenguk,
dah nak bersalin pun ye..
semoga selamat melahirkan.
tq awak...
Catat Ulasan