- Janin kini boleh membuka dan menutup matanya, menghisap ibu jarinya, menangis serta menendang.
- Janin akan turut memberi tindakbalas terhadap cahaya dan bunyi.
- Cuba nyalakan lampu picit dan halakan kepada perut anda, bayi anda di dalam perut mungkin akan menghala ke arah cahaya tersebut.
- Jika janin dilahirkan semasa ini, ia mempunyai peluang yang baik untuk hidup.
- Panjangnya kini 15 inci dan berat 3 paun.
Ibu
- Anda kini telah memasuki trimester ketiga.
- Jika anda berisiko mendapat diabetes gestasi, doktor akan menjalankan ujian darah ke atas anda untuk mengesannya.
- Jika tumit dan kaki anda bengkak ketika berdiri, cuba baring dan tinggikan kaki anda daripada badan.
- Tanda regangan mungkin akan kelihatan di perut dan buah dada kerana saiznya yang membesar.
- Anda juga mungkin mengalami tanda kelahiran palsu. Ini adalah normal, tetapi anda hendaklah berjumpa dengan doktor jika tanda ini wujud lebih dari 5 kali dalam masa satu jam.
- Oleh kerana perut anda semakin membesar, badan anda akan menjadi kurang seimbang dan mudah terjatuh. Berhati-hatilah!
Tip
- Anda boleh menghadiri kursus kelahiran bayi yang ditawarkan oleh hospital.
- Berehatlah jika penat. Badan anda sedang bekerja kuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan