30 Disember 2008
Salam Maal Hijrah 1430
~pagi2 dpt SMS dari sepupu 'ALLAHU AKBAR..Ya Allah, di TAHUN BARU 1430 HIJRAH ini. Berkatilah SAUDARAKU ini, LIMPAHKAN rezeki MU padanya, BAHGIAKAN beliau dan keluarganya. MUDAHKAN urusannya. TERIMALAH ibadahnya serta AMPUNI segala dosanya. SELAMATkannya didunia & diakhirat. AMIN! SLMT TAHUN BARU HIJRAH 1430'
Lepas tu aku tido balik...then aku dpt mimpi yg amat best...seolah2 aku merasa idup dalam kemewahan...seperti sepupuku itu...mewah dgn rumah agam...dgn bilik yg indah n romantis..dgn peti ais yg besar..tak perlu nak buka peti ais utk amik ice cube...just luar peti je (can u imagine)..dgn perabot dan tv LCD yg besar melekat di dinding..terlalu humble utk mengaku itu rumah aku bile org datang...ah! tak penah aku impikan...aku hanya bersyukur dgn hidup yg sederhana...tp dgn nikmat mimpi tu aku rasa sangat bersyukur...dpt merasa perasaan orang2 kaya...(moga org yg diberi nikmat kaya bersyukur)...alhamdulillah..tibe2 teringat lagu PIANKA-Mahu yg Besar...syok!
Tahun Baru - Maal Hijrah 1430
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
(x dpt nak copy paste lew)http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
(sama lew..tak dpt nak copy paste gak..rugi rasanye tak dpt nak share)
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
28 Disember 2008
Perkahwinan penutup 2008
ape yg lain rumah belah pempuan ni pun wat pelamin sendiri..teramat la simple..cam tak best lak...simple sgt..lg best hasil keje tangan family angkat aku..pttnye ila gak yg mekap..tp makcik si pengantin nk mekap..sbb mkck die pun mak andam katenye..ok mekapnye tp mana ada org kai net kat pale dah..pattern lama la..sian si pengantin...tau la die mude..21 thn..mungkin tak byk permintaan..xpe la.. ni aku attach pic di pelamin..sedikit blur..

~(bulan 3) dua pupu aku..Kak Suhana dan pasangannye yg bernikah bulan 3 dan bersanding bulan 8..sebabnye nk mengikut suami..husband navy lew katakan..bersanding pun bawah pedang..tapi pic kawen die takde. sebab? hp aku ilang...ada pun pic pelamin nih je la..ekekeke...berkongsi tarikh nikah dgn kawan lama aku herliyana..tak sempat snap..pengantin bz..so aku amik pic ngan kawan2 lama lain..hahahaha
~(Jun) anak kwn baik arwah ayah aku kawen..inilah pengantin yg tak reti diam kat atas pelamin...syok melayan org...kalo leh bunga telur pun die nak bg sendiri..syok plak aku nengok die..ikut parents die la tu..peramah n suke melayan org..
~(Julai) membe poli..fara..cun..best..dpt jumpe beberapa org membe poli lelain..tp tak amik pic pun..amik pic ngan su n hani je..coz naik bus JPA ngn dorang..
~(ogos) kak yan..tak amik pic pengantin..pic pelamin n brg hantaran je yg ada..hehehe..
dan apa yg sedih ada pasangan yg cerai..aku mendoakan dibukakan hati utk merujuk semula..kerana dalam usia perkahwinan yg terlalu muda tuk mengenal satu sama lain...dan utk mengambil keputusan sebesar penceraian..
Belansungkawa n Blogger kurang ajar...
1) pasal kemangkatan YDP Besar Negeri Sembilan.. Almarhum Tuanku Ja'afar..diumumkan berkabung selama 40 hari..terasa juga lah sebab radio pun wat lagu slow2 jek ari tu...takziah diucapkan kepada keluarga beliau
dan
2) pasal blogger yg kurang ajar menyentuh sensitiviti masyarakat kite dgn menyebut berkenaan nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...nk gak tgk blogger die..bgs sgt ke orgnye..pempuan Melayu katanye..elok la dikenakan tindakan..biar sume belajar dari kesilapan die..atau nama dan identiti die diperalatkan..tak tau lah..tp pada blogger yg bersalah tu arap dipertanggungjawabkan dgn hukuman yg setimpal...agar rakyat Malaysia sentiasa aman...kalo die 'olang free thinker' itu die punya pasal...tak perlu nak pertikaikan agama lain..
24 Disember 2008
Iye ke ni??

saje nak muhasabah diri..tgh2 free nih..
minat?leh join same..
tak minat?boleh layan blog lain..(hahahaha...poyo gilos)
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat. (ekh...takkan la tak pernah..hehehe)
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. (mesti la penah..manusiakan mudah lupe)
3. makan atas pinggan yang terbalik. (camne nih...tak paham lew)
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri. (cam tak penah jek..)
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. (pe yg jatuh?)
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. (kbykan tmpt mmg takde tmpt wuduk yg khusus..contohnye umah aku..ekekeke)
7. suka bersandar pada pintu rumah. (penah la gak..kalo org datang tuh..tue la aku wat dulu..cam tade tulang belakang..hehehe)
8. suka duduk di atas tangga. (tade tangga..tp kalo ada..mmg suke)
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. (jarang..kecuali bekas air basuh tangan da penuh..ekh paham kan...hehehe)
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. (mana penah..cam pelik jek)
11. tidak membersihkan rumah. (of course la penah...aku kan rajin..:P)
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. (lap ngan kain penah lew..sama ke?)
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. (oh tidak! telah maklum kn yg aku rajin)
14. suka tidur di atas muka. (jarang sangat..tak benapas kang..huhuhu)
15. membakar kulit bawang. (pelik nih..ada ke org wat..SAPE WAT GTAU..sebab aku x paham)
16. menjahit baju yang sedang dipakai. (tak penah kot..sebab rajin sangat ke aku menjahit)
17. mengelap muka dengan baju. (org laki suke nih..ekekeke..tp mustahil la aku tak penah..sebab aku kan comot)
18. berdiri sambil bercekak pinggang. (si die suke nih :P)
19. tidur tidak memakai baju. (tidak lew..sejuk..)
20. makan sebelum mandi hadas. (ehehehe :D)
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. (cam penah pulak aku solat subuh kat masjid...)
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. (uik..tade la rajin mcm tu bangat)
23. lambat pulang dari masjid. (tidak dinafikan...aku lew antara org yg akan cepat lik kalo g masjid)
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. (glew ke ape..arap tidak)
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. (penah...kan aku rajin)
26. suka memadam pelita dengan nafas. (kalo time besday camne nih..oh itu lilin)
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. (ok kena matikan dulu ek kutu itu..huhu)
28. membasuh kaki dengan tangan kanan. (keadaan mcm ne nih..kalo jirus air ofkos tngn kanan..tp kalo pegang kaki..tangan kiri lew..)
29. membuang air kecil pada air yang mengalir. (he..bermaksud membuang time mandi kat sungai ngan pantai ke...he...jwp sendiri2 la ek)
30. memakai seluar sambil berdiri. (biasa sesangat)
31. memakai serban sambil duduk. (chop!!pe ek rupe aku kai serban..ahaks!)
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. (errk..dah mmg bilik air tu tmpt buang air kecil)
33. makan dengan menggunakan dua jari. (wah..ni utk dijawap oleh org gedik, tak selera mkn dan takde jari yg cukup jek..hehehe)
34. berjalan di antara kambing. (tade kambing di sisi aku)
35. berjalan di antara dua perempuan. (mesti la ada... ke kenyataan ini utk kaum adam shj??)
36. suka mempermainkan janggut. (ye...aku ada janggut sesangat..)
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. (cam biasa tgk org laki wat)
38. meletakkan tapak tangan pada hidung. (tgh bayang gaye aku sekejap..perlu ke wat camtu)
39. suka menggigit kuku dengan mulut. (nope!)
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. (ahaks!ofkos lew)
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. (ops!!)
42. menguap ketika solat. (ye sudah tentu pernah)
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil. (puih...jarang lew nak meludah)
p/s: seandainya ini fakta...betapa banyak amalan aku adalah penyumbang kepada kesusahan aku sendiri

22 Disember 2008
weekend..

..Awal2 pagi sabtu tu CDie mangun..konon nak renew road tax dan bertolak ke Klang..semata2 utk temankan aku g umah Rohani..aku nak kenalkan CDie dengan kawan baik aku yg sorg nih...sempena birthday party anaknye yg setahun..SITI NURHANIZA BINTI REZA ADHA...disebabkan sepupu CDie kawen ari sabtu kat simpang renggam CDie pun g umah kazen dulu..jdnye road tax pun tak sempat renew..dan disebabkan kepenatan, tetido....lepas maghrib baru CDie bertolak ke Klang..smpi pun da kul 2 pagi..tido umah kawan CDie kat Klang tuh..
AHAD @ sok nye jumpe kul 2 lebih lepas aku layan Melodi..pastu baru terhegeh2 nak cari adiah..g la Jusco Bukit Raja tu..disebabkan hani wat beday skali ngan anak sedara die so kenala beli dua hadiah..
Smpi je umah Hani..kitorg da terlepas acara memotong kek..baru saje lepas katenye..hehehe..takde rezeki..menu bihun grg, laksa, ikan cencaru bakar dan kerang bakar, kuih muih, dan sate..ada ABC gak..puas makan2 dan borak2..balik...aritu ntah kenape aku tak berniat pun nak amik pic..mungkin sebab da lewat..hehehe..tp hani pun da tempah fotographer..so leh ar cilok pic skit nnt utk dimuatkan di sini..huhuhu
Kuar jalan..g iOi sebab da lama tak g..gipun CDie kata baik usha barang2 hantaran kalo ada Sale..aku yg teringin nak p tgk wayg sebab da lama tak menjadi kaki wayang mengajak die...utk tgk HISTERIA...tp tak jadi..die taknak lik JB lmbt..ktorg g A&W jap sebab aku dahaga dan die pun teringin nak minum air A&W dgn aiskrim tu..skali dorg ada burger hawaii baru...k order plus air milo..skali CDie sound 'ekh2 leh cium2 lak..kang kitorg tido tak lena ingat awak..sib baik cun'..eii..sllu aku yg ayat manis kat kaunter..nih die lak...ekekeke..k pasal burger tu..saje nak merasa..alamak..tak sedap lew..ada nenas..sos die pun rasa tak sedap..mbazir jek..
JALAN2.. die da berkenan kat satu kasut tu..POLO..lepas discount dpt la 1++. ok gak..duit mmg ada tp aku ckp kat die..kata nak usha je kan..nnt kalo berkenan kat lain da rugi..outdated ke...die ckp tak kisah tp aku suh die pk gak..ekekeke..kejam nye aku..tp ok kan dari die pilih yg mahal2..masuk kedai emas..aku tgk2 jek..sebab aku sendiri tak tau pe yg aku suke..design cam sama je cam org len kai..pe yg best kan..pastu jumpe kedai repair kasut..disebabkan tapak kasut aku haus..sik bunyi kelentang kelentung kalo jalan...huhuhu..die suh wat..RM7 ..ok la dari beli baru kn mahal..time tokei tu suh bg lg sebelah ksut aku ckp la..takkan sy nak berkaki ayam..die bg aku sliper..sekali CDie sound..alamak jalan ngan minah indon la...adei..malu glew..tp aku tak de kaber2..lantakla..bukan aku kenal org sekeliling pun..dalam berslipar tu kitorg masuk kedai jam..smbil tgu kasut siap..aku berkenan kat pic jam tu...wah harga 4++..lepas discount 3++..tauke tu leh nak no fon lak..die akan usahakan dpt jam tu...erk...cam taknak je..mahal!paling mahal pun aku beli jam 1++.. utk CDie aku da beli awal time aku tunang tak jadik..hahahaha..jam tu aku akan bg die..kalo time aku beli dulu 2++..skrg mesti da murah kan..ntah2 outdated pun..sian CDie..sedey..sib die tak kisah..
kul 9 da gerak ke bus stop shah alam..sekali ada tiket kul 12.30..wah lagi 2 jam lebih nak tgu..aku ngantuk glew time tu..da merapu2..so aku cdgkan die masuk dalam keta...aku nak tido..die pun ckp nak tido..skali die belek2 hp die..sim kad tak leh baca..bising die duk ketuk2..tak lena aku di buatnye...die pun da tak jadi nak tido..jam da kul 11..die ajak g 7e..nak cari air..pas cari air aku tinggalkan die dan die suh aku balik..sian aku ngantok..takyah la teman katanye..aku pun cam hampeh je..teman menda kalo da tido..wakakaka..pas lik baru rasa nyesal..nape aku tak temankan die borak2..bukan dpt sllu jumpe kan
19 Disember 2008
sesi merepek


aku rasa bosan..n tangan aku ni gatal nk meluahkan..apa yg ada di hati..
kehilangan MAG

mcm da lama kenal..
Orang Sarawak...
Aku tak penah jumpe lagi orang Sabah dan Sarawak yg sombong..
sebab tu aku rasa senang..
Semalam adalah hari terakhir die kat ofis aku..
die naik pangkat daripada PA ke N27...
rezeki...
elok la tu..kalo tak ngadu gaji tak cukup jek...hahaha
gpun die ada dip pentadbiran awam...
kami celebrate kecil2...
tanda persahabatan...
semalam sempat juga aku borak2 berdua ngan die...
betul cakap die..
kalo kite tak rapat sangat ngan seseorg tu..
kite tak terasa sangat kalo die wat tAIk kat kite...
tp sebenarnye kalo kite tak rapat, tp org yg kite jumpe tu mmg mulut pedas...
tak byk, sikit mesti ada mkn ati gak
tp ngan die ni aku tak penah mkn ati la...iye..tak tipu..
sama2 hormat..tu yg penting..
sebab tu aku wat entry khas utk die
tahniah Mag...
kalo aku ke Sarawak..harap ko jd tourist guide aku...wakakakaka
hp...rindu lew...mengimbau kembali...segerakan la...

Rindu la...
Rindu kat hp aku...
Yg da terlantar
ntah dengan sape..
aku serahkan kat kedai pada 2/11
da sebulan lebih...
rindu plak...
tak sangka lama camni
hp tu la aku gune
time aku boring2
dgr mp3,dgr radio,3g,amik pic..
amik muke kebosanan aku sendiri
leh gak transfer ke blog ni
da byk cite tak jadi n pending
sebab takde hp tu
erm padan ngan muke aku
tak reti jaga harta
bape kali hp tu terhempas
dalam kelalaian aku pegang dan jaga die
alasan aku...tak larat la nak pegang
besar..nak comel2
agak nye sebab tu die majuk
lgsg padam tanpa signal
isk isk isk
sori la
sihat cepat2 ea
nnt aku jaga baik2

sejak die takde..
aku beli fon sementara
yg murah asal leh fon, sms, amik pic sikit2, dengar radio
tp tak de memory card..memori fon pun da penuh
dah tu tak de cable utk aku transfer ke pc..
mana aku tak rindu ngan fon lama
arghhh...
pun da penah terjatuh lebih 3x
pe plak alasan aku
erm...ringan sangat
tu yg terlepas...ahaks!
ah sebenarnye aku yg cuai..
tak reti jaga n sayang harta...
kadang org pk aku jenis suke tukar fon
padahal dorang tak tau aku hilang fon...
yg kebanyakan aku pakai tak sampai setahun...
hape la cuai nye aku ni...
dan atas alasan kecuaian aku itu
aku tak dibenarkan memakai fon slide
takut2 aku terpatahkan...
sebab cuai + ganas + kasar..mgunakan gajet itu
erkk...mmg alasan yg bernas...
sebab aku takut duit melayang lagi..
alahai...cepat la pulangkan fon aku...
cepatla dahulukan baiki fon aku...
da 3 kali aku call...
sik kata minggu depan
tp mmg aku tak nak terima
dalam keadaan fon tu berkemungkinan 'rosak lagi, lagi dan lagi..'
so aku masih sabar menanti...
da la jaminan tamat jan 09..
cepat..segera...faster...
12 Disember 2008
Menderma


10 Disember 2008
ari kesengalan...erkkkk


07 Disember 2008
Hot FM di Sunway Piramid
03 Disember 2008
erti KEKELUARGAAN...
Kali ni aku nak berkongsi cerita ttg keluarga aku...yg terdiri daripada 7 org kesemuanya...yg sentiasa berada di hati aku...dulu ...sebab baru2 ni aku sedang 'terasa' dgn adik2 aku...tp kat sini aku nak cite yg baik2 je pasal keluarga aku..sebab aku tau, setiap konflik pasti ada jalan penyelesaiannye...bak kata pepatah air dicincang takkan putus...k. kat ni aku just nk discribe pasal family aku..
AYAH...
Nama sebenar Shahdan bin Tanan. Lahir di Pulau Lumut. Membesar di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. Dilahirkan pada 25 Mei 1957..tahun Merdeka tu...Anak ke-6 daripada 7 orang beradik (adik bongsu adalah anak angkat wan @ nenek aku). Seorang yg kelakar...sikit pendiam..Pandai masak..kalo masak mmg sedap dan bertambah2 aku makan...satu2nye masakan yg aku rindu kue teow goreng die...kalo dulu aku tak suke kue teow tp bile die masak mmg aku suke..tp masakan die je la..tp bile die takde ni rindu aku pada masakan kue tiow die.......isk..isk..isk...tibe2 rasa nak nangis lak...Ayah meninggal dunia pada Disember 1999 iaitu pada 3 Ramadhan. Waktu tu umur aku 15 tahun..bayangkan waktu tu kita sedang berpuasa dan waktu tu kami berada dalam keadaan yg sgt sugul...tiada makna raya...ayah meninggal sebab paru-paru berair.. Memang seorang yg suke mandi tengah2 malam..merokok...Sedih sangat waktu tu...dah lama aku takut nak kenang..sebab kalo kenang je aku akan rasa semacam...aku akan rasa panas di muke...takut2 pipi aku dibasahi air mata...lagipun aku di ofis...pe lak org kata kalo aku menangis kan..tp tkpe la..saje nk kongsi n kenang setelah sekian lama aku sendiri cube padam dlm memori ni saat2 sayu akhir hayat die...time die teruk batuk n da tbaring..ramai suruh die ke spital tp die taknak...die kata kalo leh nak mati kat umah...erm no komen..lepas di paksa kakak die, die akur..dua or tiga hari kat spital dan setiap hari tu aku jenguk, aku tgk die mcm sihat je..tak mcm sebelum ni...so aku ckp ngan mama n ayah
'sok angah tak datang la ek...selang seli la datang...'
senyap...mama n ayah tak bersuara...erm...aku tak pasti...tp lepas beberapa ketika ayah kata ada tanah perkuburan kat depan hospital tu...erk...aku tak paham... aku bawa diri ke beranda hospital..menjenguk tanah perkuburan yg ayah ckp tu..nampak ada tanah perkuburan cine...aku n adik2 balik spital malam tu...pastu tido...
'angah2, bangun..'dlm hati aku alamak cepatnye nak kejut sahur...cm baru je tido..tp bile aku dengar...
'angah bangun...ayah da nazak...jom g spital...'
celik mata aku, terus terduduk dan kejutkan adik2 aku yg lain...bile dalam van...suasana sangat hiba...suara2 tangisan mula terdengar...yg buat aku rasa lebih sebak.. tp aku sempat berdoa moga ayah dipjgkan umur....bile sampai je...sepupu aku, kak long sambut dengan menda yg aku tak terduga..ayah da takde..ya Allah..pe lg yg leh aku ckp selain
innalillahi wainna lillahirajiun...disambut dgn tangisan..semua berpelukan sesama sendiri termasuk mama yg baru turun...pe yg aku tau lepas tu aku tak leh lalu lgsg depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang...air mata aku akan menitis dengan sendiri nye..setiap momen akhir aku ngan die akan keluar seperti slide show dlm lintasan fikiran aku...sukar utk aku buang...tp lepas 5, 6 tahun aku nekad yg aku nak lupekan..aku wat cam aku tak nampak hospital tu..aku rasa spt die masih ada walau jauh tp dekat di hati..hanya iringan al-fatihah selepas solat yg dpt aku kirimkan..sebab skrg aku da jarang kirimkan Yassin buat die..maaf ayah...
ada momen yg aku ingat dlm beberapa bulan sebelum perginye die
*sebelum die sakit ayah dirinkn umah yg serba sederhana utk kami...die wat sikit2 dgn pakcik n 2 org indon...die nk wat umah batu tp pakcik aku kata wat separuh batu separuh papan je...erk..k die ikutkan..design pun ikut kata pkck aku..(x ok, pape pun bersyukur sbb aku ada tmpt berteduh)..erm
*penah sekali tgh wat umah batu terjatuh ke kaki Wan aku (mak die)...sebenarnye time tu die demam tp die gagahkan jugak..erm.
*ada sekali time ayah rehat2 lepas wat rumah..jiran kata muke ayah sebijik ngan arwah Atok aku yg meninggal tahun 1997..erk..
*aku baca majalah REMAJA...ala2 tilik..utk usia seseorang...benda ni aku bukan la percaya dan sbg org Islam mmg tak leh percaya kan..tp niat aku time tu bile da terbaca saje suke2...aku pun p tunjuk kat mama yg masa tu ngah duduk berdue ngan ayah...
'cube tgk mama nye..' smbl tnjk pergelangan tgn die melayan aku..
'mama 50 lebih ke 60 ni'kata aku...
mama ckp'tgk ayah lak...
'erm 40 lebih...'alamak, baru aku sedar yg aku terlepas ckp..umo ayah kan mmg da 40 lebih...
utk cover aku kata,'cube tgk tgn sebelah'ayah tunjuk dan aku ckp 50 lebih...time tu ayah mmg senyap je...ayah aku kalo bersuara mmg kelakar..
* Mama kata die mmg mcm tau die nk pergi selama2nye malam tu..die ajak mama ke toilet bersihkan diri..gune kerusi roda...setiba ke katil..ketika mama nak bantu angkat die ke katil...die da pergi buat selamanye...adei...argh...cukup!
Mama aku cakap die suke anak perempuan tapi rasa aku bukan lah anak manja die...anak manja die Uda..tp seingat aku ayah tak pernah pukul aku...lgpun aku bukan nakal...cume ada satu malam kami adik beradik main smpi tgh malam..bile balik ayah da siap ngan tali pinggang..nak pukul kami..ayah suh kami duduk mengelilingi ayah.. smbil ayah pusing libas sorg2 tp aku rasa mmg tali pinggang tu tak sentuh lgsg kulit aku..just bunyi libasan kene kat simen je tp npe ada yg nangis...nangis terkena sisa tali pinggang ke atau nangis takut...aku sendiri tak pasti...mama kata ayah jenis tak pandai luahkan sayang..even ngan mama pun tidak...
sape yg ada ayah tu berbakti lah semasa die idup...tak kire mcm mana pun die,hargailah...
MAMA..
Nama sebenar Adek Azizah binti Kidam..lahir pada 1.1.1961...di Kuala Pilah, Negeri Sembilan...Mama bukanlah panggilan kami sejak kami bayi..sebelum tu kami panggil Mak..tp rasa cam panggilan Mama lebih lembut...so kami sepakat panggil Mama...orang yg garang ketika kami kecil dan seorang kawan ketika kami menginjak remaja hingga kini...anak ke 9 daripada 10 adik beradik...4 lelaki dan 6 perempuan..seorg (anak ke-2) meninggal time bayi..kalo ada yg tertanya nape nama mama aku ada adek..k aku cite skit...mama kata nenek aku ingat die lah yg bongsu..tak mou tambah2 lagi.. so letak la adek (adik)..orang dolu2 eja adik is adek...kekeke..tp rezeki Tuhan kan...aku ada sorang lg yg mkck yg aku panggil aunty...mama seorg yg amat tabah sejak ayah takde..aku tmpt die luahkan masalah..n aku mmg tak kisah
ALONG
Nama sebenar Aziz Shah..lahir pada 5 Mei 1983 kat Hospital Besar, Klang..tinggi ala2 aku..keje kat Proton, Shah Alam..sukar ditafsirkan...huhuhu
AKU
Nama Shah Iza. Ramai yg kata nama aku pelik..ada kata nama cam laki...pe yg mama gtau nama aku, ayah aku yg bagi...konon gabungan nama ayah dan mama..tak dirapatkan atas kepercayaan pd kata2 org yg kalo rapatkan diorg akan berpisah...papepun aku hargai aku ada nama yg jarang2 ada...erm lahir pd 1 Mei 1984 kat Hospital Besar, Klang..org kata best sebab time tu cuti org leh celebrate...erm..ye ke..aku rasa biasa je...kdg2 aku cemburu gak..rakan2 ofis diraikan bile befday dorg tibe...tp aku tak mungkin kan..biasa mama akan jadi org pertama wish...asal aku bangun pagi je die akan wish...cukup..sgt bermakna..
ALANG..
Nama sebenar Mohd Azlin Shah...kwn2 panggil ALIN..cam pempuan laks..lahir pada 21 Julai 1986..kat klinik..hehe..dolu2 time die kecik...die la adik paling aku sayg..lama2 biasa je la kan..paling tinggi dan cerah skit dlm ramai2..erm penah la die ngadu org tibe2 ckp chinese kat die...study kat politeknik sabak bernam...da keje..kat Telok Panglima Garang...keje pe ntah tp ada kene mengena ngan study die la...dip kejuruteraan awam...
UDA...
Nama Mohd Azrin Shah..alkisahnye...asalnye nama ni mak aku nak bg kat Alang tp nurse salah daftar...gitu lew..lahir pada 7.2.1989 kat hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang...pendiam dan suke wat hal sendiri...sebab tu die lebih pandai dari kitorg kot..UPSR biasa je..2A, PMR 4A 4B tp SPM dpt 9A..7A1 dan 2A2..yg 2A2 tu English lew...tu pasal kot die tak dpt study kat oversea..sebagai pelajar cemerlang di Sek Men Teknik Sepang..masuk matrikulasi kat Gopeng, Perak selama setahun..jd best student gak..dpt 4+..now study kat UM dalam Ijazah Kejuruteraan Elektrik...tinggi, manis,kurus dan bercermin mata....
DIKCU...
Nama Mohd Azrul Shah...lahir pada 6.12.1990 kat umah kot...sedang belajar di politeknik shah alam...suka melalak..means menyanyi...wat gaya2 suara artis...tinggi skit dari aku..bercermin mata..die ngan abang aku je yg berhidung mancung ala2 ayah aku...yg lain ala2 chinese look cam mak aku...
Pe yg aku nak cakap...aku rindu sangat kite sume masih kecil2...semuanye indah...semuanye kelakar...ada saje lawak masing2..tp lately aku rasa ada jurang antara kite...masing2 mcm tak bertegur sapa dan bergurau lg...kenape ye...kalo dulu aku rasa takde sesiapa yg lebih menggembirakan aku selain keluarga tp sekarang aku rasa nape mcm pandangan aku tu silap...atau adakah kalo kite da besar, hubungan kekeluargaan pun akan jurang kerana kesibukkan masing2 mengejar cita2 dan membawa haluan sendiri...aku sendiri tak pasti...pe yg aku harap..agar masa menyatukan kite...seperti masa2 lalu...duduk semeja, atau ramai2 sambil bergelak ketawa...aminn...
Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu ada kelas muzik dan cikgu muzik aku ajar lagu ni...best..jom membius cinta
ARIS ARIWATAN..1,2,3,4
Satu….
Kasih nan abadi
tiada tandingi
Dia yang satu
Dua….
Sayang berpanjangan
membawa ke syurga
Kasihnya ibu
Tiga….
Lapar dan dahaga
rela berpayahan
Setianya ayah
Empat….
Mudah kau ketemu
berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih
Ibu….Ku ingat dahulu menyisir rambutku Kemas selalu
Ayah….Menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang….Dengar lagu ini Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang Itu bidalan harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara….
pesanan dibiuscinta : pada yg minat dan ada masa jom layan lagu ni k...klik je kat butang play tu...sambil2 baca blog nih ke blog org len ke..smbl wat koje ke... layan...
Sindrom Anak ke-2
Sindrom Anak Kedua,


Bagaimana Ibu Bapa Menanganinya
http://www.karangkraf.com.my/E-majalah/MingWanita/newMW/content.asp?categories=MW11#isu2
Farid, anak kedua dalam keluarga.
Sikapnya sukar difahami.
Ada kalanya dia mempamerkan sikap degil dan tidak gemar dikongkong.
Tidak sekali terlintas di hati ibu dan bapanya untuk membandingkan Farid dengan adik-beradiknya yang lain tetapi perbezaan sikap yang ketara kadang-kala mencetus kemarahan si ibu.
Masalah ini tidak sahaja dihadapi oleh pasangan ibu bapa Farid tetapi juga kepada ibu bapa lain di seluruh dunia.
Ia dinamakan Sindrom Anak Kedua atau ‘The Second Child Syndrome’.
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata.
Walaupun jarang masyarakat kita memperkatakan mengenai sindrom ini, mungkin kerana kekurangan maklumat atau menyedarinya sebahagian daripada ragam si anak, sedar atau tidak, hakikatnya ia turut membelenggu ketenteraman hidup berkeluarga.
Sindrom anak kedua boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Mengapakah ia terjadi dan apakah sukar untuk menangani kerenah anak kedua?
Kami cuba mengupasnya dengan bertanyakan pendapat pakar dalam bidang berkaitan untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang kepada sindrom ini serta langkah mengatasinya serta pendapat ibu-ibu untuk berkongsi pengalaman mereka.
Berlaku kerana kehamilan tak dirancang - Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi“ Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik,” Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat“
Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan.
Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru.
Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan.“Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia.“Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung.
Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan.Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak.Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.


Anak Kedua Lebih Fleksibel - Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.
“Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu.
Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah.
Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari.
Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa.
Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.
Sikap ‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah.
Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.
Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya,” jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.Berdikari dan degil Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri.
Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel.
Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif.
Manusia lahir dengan pelbagai karakter.Misalnya mereka yang lahir pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih.
Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik.
Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak.


Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu.
Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia


02 Disember 2008
BuNkFaCe..sItUasI...

Mengharapkan sesuatu yang baru itulah impian aku
Mengharapkan sesuatu yang baru itulah impian aku
C/O dan C/O lagi… =)
Dibius Cinta

Kau membiusku dengan cinta
kursus PA
(PA Bhgn Perolehan Kerajaan. dari kiri...aku, yan, kak ziah, kak ana dan murni)
Ok..kali ni aku nak abadikan pic aku bersama PA2 lain di Perbendaharaan ni masa kitorg g Alaf, Pahang untuk mengikuti kursus PA di sana..selama 3 hari...actually kursus ni 23-25 Okt 2008.. saje nak share2..sebab ada cite dan kebengangannye sedikit semasa mengikuti kursus ni...aku ingatkan kursus ni lain skit dari kursus yg biasa aku g...selama ni g kursus mesti sama je pengisiannye...walaupun penceramah berbeza tp naik bosan dan just pk utk saje2 je penuhkan kuota berkursus setahun...tp kursus ni lain...konon bile tgk jadual ada kelas make over dan cara btudung aku rasa wah best ni nak join...leh menaiktarafkan diri kan...wah gitu..beria aku ckp ngan bos...kalo tak pun aku tak dpt g..nama aku tak tersenarai..mgkins sbb aku da g kursus asas PA 2 minggu di Kluang, Johor..tp bile Magdeline jatuh sakit demam denggi aku ada peluang..BERCUTI...ekh BER KURUS..ekh BERKURSUS
..hehehe..tp ntah ape pengurusan Multiways Global tu...die tak wat pun pe yg aku nak sangat tu..tp aku rasa yg lain pun terkilan gak...diorg p masukkan menda2 biasa yg aku sering dengar time kursus dan yg kureng aku minat tu...kalo da tak minat tu tau je la..ngantok..pasal pe kalo bukan pasal KESOPANAN DAN TATATERTIB DI MEJA MAKAN...adeii..lemah protokol2 ni...tunggu kawen ngan anak raje kot baru aku berminat...so haram la!!takde maknanye...pe lg time penilaian kursus tu kene bahan la...kalo tak haram aku nak mengomen...just bg marks je ...dah la tu..penceramah selama 3 ari bturut2 tu same je...kalo best tak pe..nih bosan gilew...ada ke masa sesi suai kenal malam tu tetibe die da aim grup aku ke grup sebelah aku tak tau la tp tgk die menunjuk kat belah kitorg dgn mata tak pandang kat kitorg..dgn mengeluarkan ayat MUKE KETAT...wei..sedapnye bahasa.. tu lg point utk aku mengomen die...blaja skit dr kesilapan kan...mungkin dia nk jd gamble ngan bahasa2 die...ke sebab die leh bercakap kat dpn...byk cantekkkk...penceramah yg aku rasa lebih bmuke ketat tu yg duduk berbadan beso kat pic tu...huhuhuhu
yg bju pink tu aku kenal dr time poli lg..IZAN namenye...die pun tak puas ht lew...dan yg baju merah tu laks kak sarimah...wah cam name artis lak kan...hehe
tp bab makan kat Alaf walaweii...cedap!!bilik pun selesa...nyenyakk...ekekeke..toilet pun cun...wuawuawua..kelas yg sepatutnye best ada make over berganti g shopping kopok lekor dan layan ke Teluk Chempedak...erm aku rasa ni 1st time kot g sana...ok gak la dpt jln2 biasa sebab tak la best sgt...mgkin sebab aku lebih minat sungai dari pantai....hehehe..tp pemandangan mmg best lew utk dilayan ...jom layan...
<---monyet ni manyak glew...die mcm berselera spt manusia je...cam nak amik aiskrim McD Murni punye..kelako tol