30 Julai 2009

hilang percaya

kadang ada sebab kenapa kita taknak beritahu sesuatu walaupun benda tu benda baik.
kalo benda buruk lagi la patut kita tapis takut mengaibkan orang, kan.
kadang kita rasa walaupun benda baik kita tak nak war-warkan agar taknak dikatakan riak.
biar org tahu dari orang lain.
kadang kita taknak bgtahu sebab kita rasa belum sampai waktu.
atau kita rasa kita tak layak untuk dapat berita baik itu
walau kita tahu itu rezeki dari Tuhan
tp walau apa pun perkara baik atau burukkita akan share dengan orang yang sentiasa bersama kita je. tahu perkembangan baik buruk hidup kita.
Hari ini aku dapat surat, bile org yg buka surat tu duk paksa aku bukak surat tu cepat aku teruja. Aku ingat aku dapat surat tukar. Tapi bila berita baik lain yang diterima, si pembawa berita beria nak tahu sama. Aku minta die berjanji jgn beritahu sesiapa. Bila tak percaya, aku minta bersumpah. Aku lihat bibir nya terkeluar perkataan SUMPAH. Aku beritahu dan kongsi gembira.
Tapi bila ramai yg dapat tahu dan org yg bersumpah yang menyebarkan aku jadi hilang percaya. Sejujurnya aku tahu aku tak layak dapat anugerah tu. Aku tahu aku mcm mana. Aku tahu orang akan kata aku dapat sebab 'turn'. ye, aku pun mengaku, sebab tu aku MALU utk itu. Malu dikata orang. Tak pe la..itu antara dia dan Tuhan. Aku da maafkan. Benda da jadi. Lagi pun biasa la manusia, kadang2 excited nak sampai sesuatu yang die rasa org lain tak tau..Mmg best perasaan tu..hahahaha.
Pape pun bila aku fikir balik kalo ikut 'turn', 'turn' aku tahun lepas. Tapi aku tau aku mmg tak layak so aku just let go. Aku percaya 'turn' ini sebenarnya rezeki. Tuhan tahu aku 'sesak' tahun ni. Byk lobang2 yang nak kena bayar..yang tak habis berbayar..Maknanya ini rezeki atau hadiah perkahwinan kami. Alhamdulillah...
p/s: Abg Razi Selambakreatif, cepat2 siapkan album kawen iza. Tuhan da bagi rezeki nak bayar abang ni..huhuhu

4 ulasan:

Mawaddah berkata...

APC ye tahniah :)
wdh tak tau la dapat merase ke tak sepanjang perkhidmatan nnt.asyik kene pindah aje.takpela, mungkin 'turn' wdh yang lain.

scha exa dan dunianya berkata...

tak pe..nnt sampai 'turn' Tuhan nak bg..tungguuu..tak perlu sebab musabab ek..

nadirah berkata...

tahniah!!! semoga anugerah itu membangkitkan lagi semangat bekerja. cayokk!! 'turn' aku ntah bilaaa... sbb asik bertukar bos sejak kebelakangan ini...rasanya lg bbrp bln akan tukar lagi daaa...

fieza hamid berkata...

tahniah iza..takperlah iza..rezeki tuh..jangan hirau apa orang nak cakap.orang yang cakap2 tuh sebab dia tak dapat..takperlah kalau orang kata turn..janji dapatkan.daripada saya ni yang tak dapat..hahahhaaha.lagi satu, cam tahu jek saper yang BERSUMPAH tuh..