07 September 2009

Segala Macam

hari ini banyak aktiviti aku dihabiskan di laman sembang saja.
macam bangga pula cakap macam tu.
har har har harun salim bachik.
bukan nak bangga tapi saja beritahu perangai buruk aku hari ni.
ekh ekh ekh cam nak aibkan diri sendiri pula.
ah lantak.
dah itu kebenarannya.


aku sangat jeles pada siapa2 yang dapat cuti umum hari ini.
paling jeles dengan abang dan adik aku yang tak perlu kerja hari ini.
boleh sambung tutup mata.
sempat lagi aku minta bertukar ngan adik aku
biar dia jadi aku yang kena bekerja dan aku jadi dia..
"Boleh, angah amik sume keja alang"
"ekh mana lak alang keje ari ni. Angah duk rumah je ar"
"Mana leh tukar sehari je"
"la..mmg angah nak sehari je pun"
kalau boleh bertukar pun, tak kuasa nak lama-lama. nak alami persekitaran baru lagi. bukan nya aku tau kerja-kerja civil tu pun. ah, berangan.


Ada perkhabaran yang tak baik nak diselitkan di sini. Malam sabtu lalu, suami aku (myB) beritahu dia nak teman adik dia dan kawan ke Pasar Borong JB nak cari barang raya. Kul 12 lebih aku terjaga dan mesej myB tak balik lagi. Aku risau sebab esoknya dia nak kerja. Sian tak cukup tidur. mahu tak ke kerja pula. huhuhu. dia kata adik dia nak cari kasut lagi. Dalam pukul 5 jaga sahur ada 4 mesej. Pelik dah. Biasa kalau dia keluar dan aku tidur cuma ada 2 mesej dia beritahu yang dia da gerak dan dah sampai rumah. Rupa-rupanya adiknya terlibat dengan kemalangan. Adik ipar aku accident di highway sebab langgar lubang. Teruk juga katanya. Siku berlubang (aku pun tak faham) dan kaki semua koyak [dulu aku puji adik ipar aku ni sebab punya kaki yang licin mcm perempuan]. Sian la MIL tu mesti risau tengok anak balik da jadi camtu. Lama tu mereka di hospital. 3 ke 4 jam. Dan apa yang aku risaukan terjadi. Suami aku yang mengantok dan penat ambil EL. hehehe...

Moral: Berhati-hati. [jangan la jadi benda-benda buruk ni lagi pada keluarga dan orang-orang yang berada di sekeliling aku]


Masa sahur, myB beritahu dia ada beli baju raya. Syoknya. Warna hijau hitam. Dia pula berbaju melayu hitam dan bersampin hijau. Sedondon dan setandan u. Ahaks. Biasa pilihan dia tak pernah mengecewakan. Masa window shopping dengan family dia yang lalu aku ada juga beritahu fesyen aladin yang aku suka. Dia kata dia beli tangan aladin cam aku suka. Walaupun dah ramai yang pakai, fedulik apa ek. Janji kita pun merasa. i lyke!


Minggu lepas da sedap balik je makanan da terhidang. Mama aku yang shift malam masak segala macam. Mula dari hari Sabtu aku kena sambung balik kerja-kerja tu. Sebab mama aku tukar shift pagi. Jenuh sebenarnye tak tau nak masak apa. Hari Sabtu aku berbuka dengan lauk ayam 3 rasa, sawi goreng dan sambal petai ikan bilis. Buat air sirap + sunkist. Cedap. Suka air camtu. Ahad pula berbuka dengan air sunkist, buah tembikai, bubur labu, nasi goreng [nasi sahur berlebih2, dengan abang aku liat nak bangun lagi], keropok lekor dan ayam. 1st time buat bubur tu, biasa jadi tukang makan je. Licin. Alang dan mama kata sedap cuma aku potong labu tu kecik sangat. [mmg suke ptg kecil gilew]. Alg kata makan tekan ngan lidah je. kuikuikui. Ok la. Nanti aku potong besar sikit lain kali. Tadi pagi tanya dia nak masak sup hari ni ok tak. Dia kata tak minat. Jadi nak masak apa ek? Masak je la yang biasa2 ek. Masak ayam masak lemak cili api makan dengan ayam goreng. Slurpp cedap gak tu. yes! sib la ada blog ni. cerita2 da timbul idea untuk masak apa. esok2 plak??? adoiyai tu cerita esok2 la plak...


3 ulasan:

Mawaddah berkata...

kalo ko dah dok sebumbung nanti kepala pusing pikir..ape mahu masak lagi ni... :D

susudalambotol berkata...

dlm family saya sorg je keje area KL. yg lain semua selangor :(

scha exa dan dunianya berkata...

wadah: duk umah mak pun terasa gak. sbb takde adik beradik pempuan lain. kalo duk umah mentua, tlg jek. senang. takyah nak pk2 nak masak pe

hidd:sama lew kite :D