22 Julai 2011

Hasil Rembatan J Card Member's Day


Salam Jumaat.

Inilah hasil yang termampu dirembat sempena J Card Member's Day.  Agak-agak untuk keperluan raya.  Untuk anak je lebih kan. Yang permainan tu bukan untuk Aisy tapi sebaliknya untuk hadiah majlis besday anak member esok.

Seronok juga.  Sebab dapat yakinkan suami yang sales sememangnya sales!

Dulu aku juga sependapat dengan dia yang sekiranya sales, tak semestinya murah sebab ada taktik tipu harga di situ.  Sebab aku pernah buat part time dan kena tukar price tag naikkan harga time sales! Tapi pemikiran aku berubah sendiri.  Kena bijak pilih sendiri.  Asal berkualiti dan murah.

Paling best masa beli selipar untuk aisy.  Sebelum ni dia pakai kasut je.  Bila dah try taknak bukak!  Bila nak bukak, dia bunyi ek ek ek..pastu menggeleser (tak reti diam).  Tapi buka juga akhirnya time nak try kasut pula.

Pagi ni, bila dia nampak selipar, dia cuba nak pakai sendiri.  Ayah pun layankan pakai ke kaki dia.  Bila ayah nak betulkan kaki, bunyi ek ek ek, ingat tak selesa.  Betul lagi, ek ek ek lagi.  Rupanya dia taknak ayah dia pegang atau buka!  Bila nak ke rumah pengasuh, dalam kereta ayah tanggalkan, nak menangis peluk ibu.  Akhirnya ke rumah pengasuh berselipar.  Comel aja! Geram.  Bila beritahu pengasuh, pengasuh pun pe lagi, duk mengusik nak buka.  Memang tak tentu arah la dia..he.

Seronok!


2 ulasan:

Unknown berkata...

da ada anak semua anak yg lebih kan

♥EeiNz♥ berkata...

betul tu. aritu jcard day sban, hampir 90% semua utk anak2. sonok ! ;)