01 Mei 2011

Menyusu

Teringat masa mula-mula hendak menyusukan Aisy..
Aku bersalin jam 1.23 petang.
Aisy 'membuta' kerjanya.
Samalah dengan aku.
Mungkin disebabkan suntikan ubat tidur untuk kurang sakit hypercontraction itu buat kami mengantuk.
Malam, nurse datang tanya sudah susukan bayi.
Bayangkan, lama dia tidak menyusu. Layan tidur je.
Jadi, confirm la aku jawap tidak, baby tidur je.
Kejutkan, dia kata.  Aku blur.  Dia ambil aisy letak kat pangku aku.
Buka baju aku.  Picit breast aku. 
Dengan rakus tonyoh pale aisy kat dada aku.
3 kali dia buat macam tu, hati aku sangat terusik.
'Tak apa, tak apa, saya buat sendiri..saya cuba'.  Dia pergi.
Sayu sangat hati aku masa tu. Rasa hendak nangis.
Aisy tetap nak tidur. Tapi aku tetap cuba.
Bila tak mampu. Aku letak dia di katil sebelah aku.
Baru saja aku nak baring, Aisy muntah seolah air putih.
Banyak sangat.  Risau hanya Tuhan saja tahu.
Kebetulan nurse tadi masuk balik.
Dia pun ambil Aisy. Tak senang aku menunggu.
Rasa nak pergi je.  Tapi tak tahu ke mana.
Lama sedikit nurse hantar semula.
Dia kata tak ada pape. Aisy tak pandai telan lagi.
Tu je..haih~~
 (pasal ini aku ada juga cakap kat doktor esoknya tapi doktor pun macam percaya cakap nurse tu, sebab dia angguk dan diam saja)
Lepas itu aku cuba-cuba juga tonyoh @ sumbat @ susukan aisy.
Mula-mula, sumpah malu susu Aisy depan orang.
Mama aku datang lawat kat hospital suruh aku susu, tapi aku biarkan je.
Lagipun Aisy budak baik, tak nangis-nangis pun. ;P
Tapi lepas itu aku biasakan diri.

Sekarang bila fikir balik, rugi sangat lambat beli pam susu.  Tak silap lepas pantang baru beli.  Aku ingat lagi, masa mula-mula dulu susu sentiasa mengalir je.  Aku menyesal sebab sekarang aku tiada stok susu.  Kalau aisy nyusu, sebelah lagi akan keluar.  Tekap je lah.  Sayang~..

Aku bercita-cita nak susukan aisy sehingga 2 tahun.  Tapi kadang-kadang timbul juga ragu dan takut aku tak dapat capai cita-cita tu.  Kira tak yakin dengan diri sendiri la.  Jadi, untuk capai tahap tu, ada rasa macam nak tegas untuk tidak mengandung selagi aisy tidak 2 tahun.  Tapi aku tak dapat mengelak dan senang hati menerima jika rezeki itu datang.  Haish, macam mana itu.  Yang aku fikir, kalau aku mengandung, aku akan lebih cuba fikirkan kebaikan untuk ketiga-tiga iaitu aku, aisy dan bakal bayi.  Itu je.

Aisy bakal berumur 9 bulan 2 Mei ni.  Alhamdulillah, bak kata sue aku dah terima diploma. He. Katanya dia menganugerahkan diri sendiri dengan Diploma sekira menyusu sehingga 6 bulan, Ijazah jika sehingga setahun, Master - 18 bulan dan PhD jika jika genap 2 tahun.

Walaupun baru diploma, tapi ibu bangga sebab dapat Fully BF dengan Aisy. Hasilnya anak ibu sihat.  Sihat dalam 2 makna.  Peningkatan berat badan yang cantik dan anak ibu tak pernah @ jarang dapat penyakit.  Ibu harap dengan susu ibu, Aisy kekal sihat dan kurang dijangkiti penyakit. 

Walaupun macam tu, Ibu nak minta maaf kerana ibu tak berapa rajin nak mengepam dan kadang-kadang lupa.  Boleh nampak kemalasan ibu dengan penghantaran bilangan susu ke pengasuh. ;)
Aisy 2 bulan ibu bagi 2 botol susu.  3 bulan 3 botol susu.  4 bulan 4 botol susu.  5 bulan 5 botol susu.  Genap 6 bulan ibu cuma  bagi 3 botol je.  Alasan ibu?  Aisy da mula makan.  Walhal time tu Aisy baru nak belajar.  Tak pandai pun.  Duk bluwek2 macam ibu ngandung jek.  Sampai la umur 7 setengah bulan baru pandai makan.  Cian sayang, sampai sekarang ibu bagi 3 botol lagi.  Maaf ya.  Ibu mengaku, ibu pemalas. 


Walaupun berat aisy makin lama tak berapa naik, tapi alhamdulillah ibu bersyukur sekurang-kurangnya aisy tidak underweight.  Aisy lahir 3.34kg. Sebulan 4.5kg.  Dua bulan 5.6kg.  3 bulan 6.5kg. 4 bulan 7.5kg, 5 bulan 8.3kg. 6 bln, 9.1kg.  Bukan untuk bangga, saja nak share.  Sebab yang jumpa aku pun, tanya apa rahsia badan anak semangat, aku cuma cakap @ promote susu badan. Dan alhamdulillah mereka terima jawapan aku dengan kata-kata yang positif.

Yang buat aku terkejut bila cek up 8 bulan, berat aisy 9.82kg.  Dalam masa 2 bulan, anak ibu cuma naik 0.72kg sahaja.  Yang tak blh lupa ialah masa jumpa nurse, mula-mula macam biasa la nurse akan kata aisy semangat, berat ok.  Aku pun jawab 'ok ke, naik sikit je'.  Dia jawap, 'Ok la tu, ko nak berat macam mana, karang kalau berat sangat, tak larat ko nak dukung'.  Terus aku lega.  Dalam hati betul gak cakap dia tu.  Dukung lama-lama pun aku mana larat.  Sakit pinggang aku.  Haip! jangan alpa.  Kalau tak dapat naikkan usaha ngepam, maintain ye iza.  Jadi, bersyukurlah asalkan anak kita tak underweight, sihat dan kita masih memberikan hak menyusukan anak, sudah.  cukup! -tamat-


* sudah la lama tak berblog, bila datang mood..tetibe je lembab line..biasala hujung bulan..
yg da siap taip, hilang.  bila nak ingt balik, otak pun da jam..lantak!


Tiada ulasan: